BAB 62

Thriller Series 17

“BUAT lawak bodoh pula, perempuan ni.” Jamal mengambil sudu yang disediakan lalu mencedok nasi dengan sedikit sambal, hidu lalu suap dalam mulutnya.

Mata Jamal terbuka luas merasa kesedapan nasi lemak yang menyentuh lidahnya, “Sedapnya! Dalam banyak-banyak nasi lemak aku makan, ni nasi lemak paling sedap aku makan. Kau ni pandai masak ke?”

Detektif Laya berhenti menaip, menatap Jamal yang berselera makan. “Bolehlah sikit. Kalau ye pun sedap, makanlah perlahan-lahan. Nanti tersedak kan, siapa susah?”

Jamal mengabai nasihat Detektif Laya terus menyuap nasi lemak itu dengan penuh berselera, “Nanti Master datang tiba-tiba, tak sempat aku habiskan nasi lemak ni. Semalam pun Master main terjah je masuk dalam ruang ni, aku pun tak sedar bila dia masuk. Mujur tak gugur jantung aku semalam.”

Detektif Laya hanya diam memerhati Jamal makan, “Jadi betullah yang kau intip aku semalam?”

Mendengar hal itu, Jamal tersedak sambil terbatuk kuat membuatkan Detektif Laya menghulurkan sebotol air mineral yang sudah dibuka lalu Jamal menyambut botol air tersebut meneguk sehingga lega.

“Kau ni nak suruh aku mati awal ke?” Marah Jamal sambil meneguk air mineral.

“Kan aku dah pesan makan perlahan-lahan. Ni tak makan macam takde hari esok, tak hairan kenapa tersedak.” Jawab Detektif Laya menyandar badan pada kerusinya.

“Dah tu ayat kau agak-agaklah. Intip? Kau ingat aku ada masa nak intip kau? Takde makna aku nak buat macam tu. Arahan dari Master, dia minta aku tunjuk location kau jadi jangan marah kalau aku jejak kau.” Jamal sambung makan setelah batuknya sudah mereda.

“Takde masa nak marah. Lagipun aku yang minta, bukan salah kau juga. Kau hanya mengikut perintah ketua kau kan?” Detektif Laya kembali fokus pada skrin laptopnya.

“Habis tu kau buat apa dekat kafe semalam? Jumpa orang ke?” Tanya Jamal membuatkan Detektif Laya terdiam seketika.

“Buat apa lagi kalau bukan beli kopi dan manisan? Kau ingat dekat kafe je ke boleh jumpa orang? Lagipun aku pun kena bahagi masa kerja Detektif aku dengan kerja Moonlit Killer sebab aku tak nak pihak atasan syak apa-apa pada aku.” Balas Detekti Laya menatap skrin laptop sambil menekan papan kekunci.

“Pihak atasan syak kau tak serius uruskan kes kitaorang ke?” Detektif Laya menggeleng kepala.

“Mereka tak syak apa-apa lagi setakat ni tapi buat masa sekarang aku pun perlu hati-hati juga daripada disyak oleh orang lain.” Jawab Detektif Laya.

Jamal mengangguk kepala dengan jawapannya lalu menutup bekas makanan setelah habis menyantap. “Terima kasih untuk sarapan pagi yang sedap. Kenyang perut aku, ni semangat nak buat kerja.”

Detektif Laya melihat hal itu tersenyum sinis, memanjang tangan mengambil satu plastik yang berisi satu bekas nasi lemak juga lalu letak pada meja Jamal.

“Aku masak lebih jadi alang-alang aku bagi kau terus. Kau kata nasi lemak aku buat sedap jadi kau boleh ambil yang ni. Aku dah makan sebelum datang sini.” Jamal dengan senang hati mengambil plastik tersebut lalu letak pada meja kecil yang terletak di sebelahnya.

“Semoga murah rezeki. Lain kali bawalah makanan lain pula.” Detektif Laya tersenyum sinis dengan ayat Jamal lalu kembali menatap skrin laptopnya.

“Jamal, aku nak tanya. Dah berapa lama kau bersama dengan Moonlit Killer?” Tanya Detektif Laya sementara matanya masih menatap skrin.

“Hmm nak dekat 3 tahun juga. Sebelum datang sini, Master pernah buat kerja lain dekat luar negara tapi disebabkan satu alasan dia datang ke Malaysia.” Jawab Jamal.

Detektif Laya terdiam seketika, “Biasanya Moonlit Killer akan datang sini waktu bila?”

“Biasanya Master akan datang sini waktu malam, kadang-kadang pagi tu pun kalau ada bahan eksperimen baru sampai.”

Tanpa Jamal sedar, Detektif Laya tersenyum sinis mendengar balasannya lalu menyambung kerjanya.

SUASANA petang yang aman dengan angin petang yang bertiup menyejukkan manusia dengan persekitaran yang indah.

Aryan melangkah keluar dari rumah menghampiri taman bunga yang terletak di belakang rumah keluarganya.

Dengan langkah perlahan, dia menghampiri seorang nenek tua yang duduk di sebuah kerusi roda yang sedang khusyuk melihat bunga yang indah dan mekar tanpa menyedari kehadirannya.

Apabila dia berdiri di belakang kerusi roda tersebut, dengan spontan dia memeluk leher nenek itu dengan mesra.

“Gradma. Rindunya Aryan pada grandma.” Ujar Aryan sambil mengeratkan pelukannya tanpa tidak terlalu kuat.

Datin Farisha menyentuh lengan Aryan, “Aryan, cucu grandma. Grandma pun rindu sangat pada kamu. Kenapa lama sangat kamu tak datang jumpa grandma?”

Aryan melepaskan pelukan dari leher Datin Farisha lalu berlutu di sebelah kerusi roda grandma sambil mengenggam tangan Datin Farisha.

“Bukan Aryan tak nak jumpa grandma tapi grandpa bagi Aryan kerja banyak sangat dekat office sampai Aryan takde masa untuk grandma.” Aryan mengadu pada grandma dengan suara yang dibuat sedih.

“Begitu. Takpe nanti pandai-pandailah grandma ajar grandpa kamu. Kasihan cucu grandma ni, penat ye?” Datin Farisha mengusap perlahan rambut Aryan.

“Terima kasih, grandma.” Aryan memberi senyuman kepada Datin Farisha lalu mengalih pandangan pada bunga-bunga yang berada di hadapan matanya yang ditanam oleh Dato Ryan Lee sendiri atas permintaan isterinya.

“Bila kamu nak kenalkan grandma, perempuan yang berani marah dan lawan grandpa kamu tu? Grandma nak sangat jumpa dia.” Aryan mendengar permintaan Datin Farisha tergamam seketika lalu memandang grandmanya.

“Bukan Aryan tak nak kenalkan tapi dia sibuk dengan kerja. Grandma pun tahu dia kerja sebagai hacker dekat Layrix Agency yang terkenal dalam menyelesaikan semua kes.” Terang Aryan.

“Tapi takkanlah dia takde masa nak bertemu dengan grandma? Grandma tanya benda sama pada grandpa kamu tapi dia kata benda yang sama macam kamu kata. Grandma merajuklah macam ni.” Datin Farisha membuat muka cemberut membuatkan Aryan tak sampai hati pula melihat reaksi grandmanya.

“Nanti Aryan cuba pujuk dia untuk datang jumpa grandma ye? Tapi buat masa ni dia betul-betul sibuk dengan kes baharu dia jadi grandma kena sabar sikit kalau nak jumpa dia.” Aryan menggosok tangan Datin Farisah seperti tanda memujuk.

Datin Farisha mendengar hal itu menatap Aryan, “Janji tau, bawa dia datang jumpa grandma?” Datin Farisha menunjukkan jari kelingking membuatkan Aryan tersenyum.

Aryan pun menyambungkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking grandma sebagai tanda janji, “Aryan janji yang Aryan akan bawa dia datang jumpa grandma.”

KEESOKAN petang, Asyikin melangkah keluar dari sebuah kedai buku bersama sebuah plastik di tangannya.

“Kyaa akhirnya dapat jumpa novel yang aku cari-cari.” Asyikin memeluk novel yang masih dalam plastik dengan perasaan gembira.

“Balik ni aku nak rehat dengan membaca novel baru aku. Asyik menghadap laptop sahaja, kadang-kadang nak juga manjakan diri dengan berehat.” Asyikin melihat jalan raya yang sesak dengan kereta dimana sekarang waktu itu orang ramai pulang dari kerja.

“Disebabkan kereta banyaklah, aku terpaksa parkir kereta aku jauh. Mujurlah kaki aku ini sudah biasa dengan jalan jauh.” Gumam Asyikin lalu membelok ke kanan dimana keretanya diparkir di hujung sana dimana suasana di lorong itu sunyi tapi tak baginya yang tengah mencari kunci kereta di dalam begnya.

Apabila dia sampai di depan pintu keretanya, matanya masih pada begnya mencari kunci kereta yang menyorok. “Mana pula kunci kereta aku ni? Nak main sorok-sorok dengan aku ke?”

Tanpa Asyikin sedari ada satu bayangan di belakangnya lalu dengan cepat bayangan itu menekup mulut Asyikin dengan sehelai kain.

Asyikin cuba meronta tapi disebabkan hidungnya terbau sesuatu yang melekat pada kain tersebut membuatkan pandangan menjadi kabur lama-lama menjadi gelap.

ASYIKIN perlahan-lahan membuka matanya, melihat sekelilingnya lalu bangun dari baring. Dia menyedari tangannya diikat dengan seutas tali dan cuba melonggarkan ikatan tersebut.

“Syaitan mana yang berani culik aku ni? Cari mati ke, hah?” Marah Asyikin berusaha melonggarkan ikatan di tangannya.

Belum sempat dia berjaya melonggarkan ikatan tersebut, dia terdengar bunyi pintu terbuka mengalih pandangan pada kelibat yang masuk.

Asyikin memberi pandangan dingin pada kelibat yang muncul di depannya bersama dengan sebuah dulang di tangan.

“Kau nak apa lagi, Zack?” Tanya Asyikin dengan suara dingin menatap Zack yang menghampirinya dengan senyuman di bibir meletakkan dulang di atas meja berhampiran katil.

“Jangan pandang saya macam tu, Syikin. Saya terpaksa buat macam ni supaya awak kahwin dengan saya. Saya ada bawakan bubur kegemaran awak.” Zack mengambil mangkuk bubur yang dibawanya lalu mencapai sudu.

Belum sempat dia cedok, “Aku tak teringin nak makan bubur sekarang, kau fikir nafsu makan aku ada ke untuk situasi sekarang? Kau culik aku selepas tu kau ikat aku and nak suap aku dengan bubur yang aku tak tahu apa kandungannya. Ingat Zack, kau fikir apa yang kau buat hari ni boleh ubah fikiran aku terhadap kau? Kau silap, aku takkan maafkan kau selepas apa kau buat pada aku sampai mati.”
Zack mendengar hal itu meletakkan mangkuk bubur itu tempat asal, “Saya tahu sebab tu saya terpaksa guna cara ni supaya awak terpaksa kahwin dengan saya.”

Selepas dia berkata begitu, dia menghampiri Asyikin dan ingin menolaknya ke atas katil. Tapi belum sempat apa-apa, Asyikin dengan cepat bangun dari katil mengelak daripada ditolak Zack dengan tangannya masih terikat.

“Kau nak apa dengan aku?! Tak cukup ke dengan apa yang kau buat pada aku?! Tak ingat ke kau dah bagi aku parut sampaikan aku takkan lupa apa yang kau buat pada aku dulu!” Jerit Asyikin yang berusaha cuba melonggarkan ikatan tersebut walaupun pergelangan tangan berasa pedih.

“Mana boleh aku lupa hari itu, hari dimana kau sepatutnya jadi milik aku tapi ada pengacau yang datang dan aku takkan dapat lupa bau kau yang wangi.” Zack membuat riak muka yang tersenyum lebar mengingatkan kembali hari itu membuat bulu roma Asyikin meremang.

“Kau bukan je gila, tapi sampah. Kau fikir aku akan diam diri macam dulu? Kau silap Zack, aku bukan yang dulu.” Selepas berkata begitu, dia berjaya melonggarkan tali tersebut dan melangkah ke pintu keluar yang sedikit terbuka.

Belum sempat tangannya ingin memegang tombol pintu, Zack menarik rambutnya dengan kuat sehingga dia terikut ke belakang. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Zack memberi satu tamparan kuat di pipi Asyikin menyebabkan Asyikin tertolak di dinding dengan kuat dan dahinya terhantuk pada bucu meja.

Asyikin menyentuh dahinya yang berdarah lalu cuba bangikt tapi malangnya, Zack menolaknya badan ke lantai lalu kedua tangannya mencekik leher Asyikin dengan kuat menyebabkannya sukar untuk bernafas.

Asyikin cuba meronta tapi apa daya tenaga lelaki lebih kuat daripada tenaga perempuan lagi-lagi situaisnya sekarang yang dicekik oleh Zack membuatkan pandangannya menjadi kabur.

Belum sempat dia memejam matanya, “Sesiapa…tolong aku.” Bisik hatinya lalu matanya terpejam rapat dan kedua tangannya yang memegang lengan Zack terjatuh ke lantai.

Zack melihat tiada sebarang reaksi daripada Asyikin tersenyum puas lalu ketawa dengan kuat, “Akhirnya awak jatuh dalam pelukan saya juga, Syikin. Jangan risau, saya akan buat perlahan-lahan, awak takkan rasa sakit langsung.”

Belum sempat Zack berbuat apa-apa, pintu bilik itu ditendang oleh seseorang dan melihat kelibat 2 orang di depan pintu tersebut terkejut dengan apa yang dilihat.

“Kurang ajar! Kau buat apa pada kawan aku, hah?!” Qhadir menarik bahu Zack menjauh dari Asyikin dan menatap Zack dengan perasaan marah.

“Kau…kau jangan ganggu aku dengan Syikin! Dia milik aku! Tak lama lagi dia akan jadi milik aku, milik aku sorang!” Jerit Zack dengan perlahan-lahan bangun dengan senyuman sinis di bibir.

Qhadir mendengar ayat itu, mengenggam tangannya dengan kuat menandakan dia tengah marah dan bila-bila masa je dia akan tumbuk muka Zack tu.

Aryan melihat keadaan Asyikin segera menghampirinya lalu memangku kepala Asyikin dengan perlahan sambil menepuk bahu Asyikin dengan perlahan.

“Syikin! Bangun, Syikin!” Jerit Aryan dengan perasaan risau melihat pipi Asyikin yang kemerahan dan dahinya yang berdarah membuatkan air mata jantannya mengalir melihat keadaan Asyikin sekarang.

“Aryan. Bawa Syikin keluar dari sini. Jantan ni biar aku uruskan. Aku dah lama berdendam dengan kau sebab kau lah Syikin merana. Aku takkan maafkan kau kalau jadi apa-apa pada Syikin.” Aryan mendengar hal itu, dengan cepat mendukung Asyikin lalu melangkah keluar dari bilik tersebut melalui pintu tadi.

Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga dan baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari rumah tersebut, langkahnya terhenti.

Aryan terkejut melihat kelibat 4 orang lelaki yang memakai baju melayu dan juga bersongkok menatap mereka berdua.

“Assalaimualaikum. Kami dari pejabat agama. Kami dapat aduan yang ada sepasang kekasih yang bukan muharam berduaan di rumah ini.” Ujar salah seorang lelaki tua yang masih menatap Aryan dan Asyikin bersilih ganti.

Aryan mendengar hal itu dia mula faham apa yang dimaksudkan Zack lalu menatap Asyikin yang masih lemah membuatkan genggamannya kuat di lengan Asyikin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience