Series
17
WAKTU malam tiba, semuanya sudah dilena mimpi disebabkan keletihan dari awal pagi mengurus majlis perkahwinan walaupun majlis kecil-kecilan.
Asyikin menatap siling atas kemudian memandang cincin yang tersarung di jarinya, “Apa guna kalau dah sah jadi suami isteri tapi tidur terpisah.”
Macam mana diorang boleh tidur terpisah? Disebabkan arahan dari Dato Ryan Lee sebelum masuk tidur.
“APA? Tidur berpisah? Ayah tak pernah bagitahu pasal ni sebelum mereka kahwin.” Tan Sri Danial memandang Dato yang memberi arahan begitu tanpa berbincang dengannya.
“Itu arahan. Walaupun dia sudah sah menjadi isteri Aryan tapi dia masih belum rasmi menjadi anggota keluarga Lee. Jadi untuk sementara waktu sebelum dia selesaikan 3 ujian dia, kamu berdua perlu tidur terpisah. Ini arahan dari grandpa, jangan berfikir untuk membantah.” Ujar Dato Ryan Lee dengan suara tegas membuatkan semua orang di ruang tamu itu terdiam.
“Tapi grandpa…” Belum sempat Aryan membalas, merasa tangannya digenggam oleh Asyikin lalu menatapnya, Asyikin menggeleng kepala melarangnya untuk membantah.
“Saya rasa itu bukan satu masalah, saya pun sedar walaupun saya dah sah jadi isteri Aryan tapi saya belum rasmi menjadi anggota keluarga Lee. Saya rasa tidur terpisah tu taklah teruk sangat, bukan berpisah selamanya. Cuma berpisah apabila waktu tidur je, kan Dato?” Asyikin menatap Dato Ryan Lee yang tersenyum sinis mendengar ayatnya.
“Walaupun kamu ni kurang beradab tapi otak kamu boleh tahan juga. Ye, kamu hanya berpisah ketika waktu tidur sahaja. Grandpa taklah kejam sangat nak pisahkan kamu berdua jauh-jauh. Dato pun faham perasaan kamu bila berpisah dengan isteri ketika tidur.” Balas Dato menghirup kopinya.
“Jadi maknanya Dato pun pernah berpisah dengan Datin ke bila nak tidur?” Soal Asyikin membuatkan Dato tersedar dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi lalu berdehem.
“Tiada masa aku nak jawab soalan kamu itu. Aku ingin naik ke bilik untuk berehat.” Dato pun bangun melangkah ke lif untuk ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas diikuti Ridz.
Belum sempat Dato melangkah masuk ke perut lif, langkah terhenti mendengar ayat Asyikin.
“Nak rehat atau nak peluk isteri, Dato?” Usik Asyikin membuatkan Dato terdiam lalu melangkah masuk perut lif menyembunyikan mukanya yang sedikit merah.
Semua orang yang menyedari reaksi Dato terkejut melihatnya. Seriuslah lelaki yang berhati dingin seperti Dato boleh blushing? Alamak sejarah baru tercatat dalam keluarga Lee.
“Pertama kali mummy tengok grandpa malu begitu.” Puan Sri tidak menyangka apa yang dia lihat tadi. Selama dia kahwin, tidak pernah sekali melihat reaksi ayah mertuanya begitu.
“Hebatlah kamu, Syikin. Memang tepat pilihan kami, menjadikan kamu sebagai isteri Aryan dan juga cucu menantu keluarga Lee.” Puji Kak Maria menatap Asyikin yang hanya tersenyum mendengarnya.
“Haha saya tak buat apa-apa pun. Niat hanya untuk mengusik Dato je yang selalu serius 24 jam. Saya pun boleh naik gila kalau tengok Dato macam tu.”
“Grandpa dari dulu macam tu. Daddy sebagai anaknya pun tak pernah tengok dia blushing macam tu. Kalau cerita ke grandma mesti dia tak percaya.” Balas Tan Sri menghirup kopinya yang sudah suam.
“Tak sangka lelaki sedingin macam Dato ni ada juga perasaan malu. Niat aku hanya ingin mengusik je, tak sangka pula sampai blushing.” Bisik hatinya.
Aryan menatap Asyikin yang tersenyum kecil, membalas genggaman tangan Asyikin. Asyikin melihat tangannya berpaling pada Aryan yang sedang merenungnya.
“Awak…betul-betul tak kisah dengan arahan grandpa?” Asyikin tersenyum mendengar pertanyaannya lalu mengangkat tangan mereka yang saling mengenggam antara satu sama lain.
“Hanya untuk sementara waktu sahaja. Saya kan dah berjanji dengan awak, saya pasti akan lulus ketiga ujian tu. Jadi tolong tunggu saya ye?” Aryan menganguk kepalanya mendengar ayatnya.
“HARAP tak lamalah ujian tu berlangsung. Lagi cepat habis lagi cepat boleh tidur sama-sama…” Asyikin menyedari apa yang dikatakannya lalu riak muka berubah merah menutup mukanya dengan bantal di sebelahnya.
“A…apa aku merepek ni, haha. Aku mesti mengantuk sangat ni sampai mulut aku cakap bukan-bukan. Tapi masalah sekarang aku tak boleh tidur ni.” Asyikin bangun dari baringnya sambil memikirkan macam mana nak tidur sedangkan matanya masih segar bugar.
“Mungkin minum air boleh buat mata aku mengantuk.” Asyikin bangun dari katil mencapai cardigannya lalu melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang dapur dengan langkah berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi ketika menuruni anak tangga.
Apabila dia sampai di ruang bawah, dia menyedari lampu dapur menyala sebelum tidur tadi Mak Luna sudah tutup lampu di dapur tapi sekarang lampu di dapur menyala.
Asyikin dengan berhati-hati melangkah lalu memerhati kelibat seseorang yang sedang mencari sesuatu di kabinet atas.
Asyikin mengenali gerangan tersebut dari belakang badannya lalu menegur, “Aryan? Apa awak buat tu?”
Aryan ketika itu tengah fokus mencari tiba-tiba terkejut mendengar teguran seseorang dari belakang. Mujurlah dia tak pegang apa-apa berbahaya di tangannya kalau tak memang tak selamat muka orang tu kalau dia terbaling.
Aryan berpaling pada pemilik suara itu menghela nafas lega, “Syikin. Terkejut saya dibuatnya.”
“Maaflah bukan niat saya nak kejutkan awak tapi saya pun terkejut juga tengok ada orang dekat dapur ni. Saya fikir pencuri ke apa, rupanya awak. Awak tak boleh tidur ke?” Soal Asyikin menghampiri Aryan menutup pintu kabinet yang dibukanya tadi.
“Ye, saya tak boleh tidur pula. Saya fikir nak cari sesuatu yang boleh buat saya tidur.” Balas Aryan sambil mengosok belakang lehernya.
Asyikin tersenyum mendengar ayat Aryan, “Kalau macam tu, awak nak minum susu coklat panas tak? Boleh tolong awak tidur.”
“Susu coklat panas? Saya tak pernah rasanya sebelum ni walaupun pernah dengar nama minuman tu.” Makin lebar senyuman Asyikin mendengar ayatnya lalu melangkah ke sebuah kabinet atas bersebelahan dengan kabinet yang dibuka Aryan tadi.
“Susu coklat tu sangat sedap lagi-lagi bila panas. Saya boleh buat untuk awak dan awak boleh rasanya.” Asyikin mencapai sebuah bekas yang berisi serbuk coklat.
“Nak saya tolong apa-apa?” Soal Aryan.
“Hm boleh awak tolong ambilkan susu kotak dalam peti sejuk?” Aryan mengangguk kepala, melangkah ke pintu sejuk lalu mengambil sekotak susu, hulur padanya.
“Terima kasih.” Asyikin menuang susu dalam kotak ke dalam sebuah periuk lalu meletaknya di atas dapur lalu menunggu susu itu panas.
Sementara menunggu, Asyikin mencapai 2 mug lalu tuang serbuk coklat, kemudian ambil periuk yang terisi susu yang sudah panas lalu tuangkan susu tersebut ke dalam mug tadi.
Setelah itu, Asyikin mengacau susu tersebut sehingga sebati dengan serbuk coklat tadi, kemudian dia menghulur mug tersebut kepada Aryan yang hanya memerhati dirinya.
“Ini untuk awak, rasalah untuk pertama kali.” Aryan menatap mug yang dihulurnya lalu mencapai mug tersebut dengan lafaz basmalah, dia meniup dahulu kemudian meneguk dengan perlahan-lahan.
Aryan kagum seketika dengan minuman yang menyentuh lidahnya berpaling pada Asyikin yang menatapnya menunggu jawapan.
Aryan tersenyum kecil, “Seperti biasa, tiada jawapan lain yang mampu saya bagi selain sedap.”
Asyikin tersenyum mendengar jawapannya, “Syukurlah, kalau awak suka. Susu coklat panas ni memang favourite saya sejak dulu lagi dan ia juga ubat tidur saya kalau saya susah sangat nak tidur.”
Asyikin meniup minumannya lalu menghirup perlahan-lahan, “Tapi coklatnya tak kena dengan susu ni. Nampak gaya kena pergi supermarket untuk cari susu yang lebih berkrim.” Komennya menatap minumannya yang kurang ngam dengan seleranya.
“Awak pasti yang awak boleh lulus ujian tu?” Asyikin menatap Aryan yang memandang minumannya dengan pandangan kosong.
“Awak tanya macam tu sebab apa yang mummy cakap tadi ke?” Asyikin tersenyum kecil mengingat perbualannya dengan Puan Sri semasa makan malam.
“MUMMY macam kamu juga dulu sebelum nak masuk dalam keluarga ni, kena lakukan 3 ujian sebelum secara rasmi menjadi anggota keluarga Lee.”
“Yeke? Susah tak ujiannya mummy?” Soal Kak Maria menatap Puan Sri.
“Bagi mummy tak susah sangatlah, tapi tak tahulah bagi Syikin. Mungkin Syikin rasa senang sebab Syikin kan pandai jadi rasanya tiada masalah untuk kamu.” Jawabnya menatap menantunya yang hanya diam sahaja.
“Mungkin bagi mummy je senang tapi mummy pun tahu kan yang grandpa tu tak suka Syikin? Macam mana kalau grandpa sengaja bagi ujian yang susah-susah? Grandpa tu kan…” Asyikin menepuk belakang badan Aryan perlahan untuk menenangkannya.
“Relax, Aryan. Saya ok je lagipun saya suka sesuatu yang mencabar dan saya tak rasa Dato akan bagi ujian yang susah. Jadi tenang je ye?” Dia memberi senyuman kepada Aryan.
“Tengok, Syikin ok je. Kamu tu yang panik berlebihan. Syikin kan kuat kalau setakat ujian grandpa tu apalah sangat, kan Syikin?” Asyikin mengangguk kepala mendengar hal itu.
Aryan menghela nafas menatap Asyikin lalu mengenggam tangannya dengan erat, “Kalau grandpa buli awak atau buat sesuatu yang kejam pada awak, bagitahu saya. Jangan sorok-sorok apa-apa dari saya.”
Asyikin mendengar arahannya tersenyum kecil lalu mencapai sudunya mencedok sedikit nasi menghala pada mulut Aryan, “Baiklah, saya janji.”
Aryan tersenyum lalu membuka mulutnya, Asyikin menyuapnya. “Maaf Aryan, saya terpaksa menipu awak. Tapi saya buat semua ni untuk kebaikan awak juga.” Bisik hatinya.
“SEPERTI yang Kak Maria kata tadi, saya kan kuat? Setakat 3 ujian Dato tu, taklah seteruk daripada ujian yang pernah saya hadapi sebelum ini. Ini baru permulaan Aryan bukan pengakhiran cerita. Lagipun saya percaya diri dalam ujian ni.” Asyikin tersenyum walaupun dalam hatinya pelbagai perasaan dan debaran yang datang memikirkan ujian itu.
Aryan hanya terdiam sambil meneguk minumannya, “Saya iri hati dengan awak, Syikin. Awak boleh lawan cakap orang tak kira orang muda mahupun orang tua, awak tak sembunyikan perasaan awak melainkan berterus terang dengan perasaan awak pada orang tu.”
Asyikin menatapnya lalu berpaling pada tingkap dapur memandang suasana luar yang sudah gelap gelita, “Saya lawan pun bukan sahaja-sahaja. Saya ada fikir melawan orang tua tu tak baik tapi kalau orang tua tu hina keluarga kita takkan nak diam je? Orang lain boleh hina saya, tapi kalau hina orang yang saya sayang, saya tak suka.”
“Lagipun saya hanya melawan bila orang tu memang betul-betul tiada adab dengan orang lain, saya bukan saja-saja nak melawan tapi tulah. Perangai saya yang suka melawan ni ikut arwah mak saya.” Sambung Asyikin bermain dengan permukaan mugnya.
“Arwah mak awak dulu, macam mana orangnya?” Aryan menatap Asyikin yang tersenyum kecil mendengar pertanyaannya.
“Arwah mak saya dulu seorang yang cantik macam saya, sebab tu saya kata yang muka saya mewarisi dari arwah mak saya. Saya sepatutnya ada adik tapi belum sempat saya lihatnya dia dah takde. Selain itu, mak saya kuat melawan terutama lawan mulut bukan lawan pakai tangan semua tu sebab bagi dia perbuatan tak boleh mereda jadi lawan mulut tu lebih baik baginya. Arwah mak saya juga suka memasak jadi bakat dia menurun pada saya sebab tu saya pandai memasak. Akhir sekali, arwah mak saya ni seorang yang setia pada arwah ayah saya. Walaupun dah ramai lelaki tak kira kaya ke status tinggi mana pun dia tetap pilih arwah ayah saya.” Cerita Asyikin tersenyum kecil mengenang sikap arwah maknya.
“Beruntung arwah ayah awak dapat isteri seperti arwah mak awak.” Balas Aryan.
“Ye, beruntung sangat-sangat.” Kemudian suasana menjadi diam hanya kedengaran bunyi burung hantu dan cengkerik sehinggalah Asyikin bersuara.
“Mak ayah saya meninggal sebab kena bunuh tapi bukan dibunuh oleh perompak melainkan ada orang yang suruh.” Ujar Asyikin dengan suara dingin sambil menatap luar tingkap.
Mata Aryan terbuntang mendengar ayatnya menatap Asyikin yang hanya terdiam seketika.
“Macam mana saya tahu? Sebab saya nampak dan dengar sendiri dari orang yang bunuh mak ayah saya tu. Mereka disuruh untuk buat tu tapi saya tak tahu siapa orangnya sehinggalah sekarang. Sebab tu saya belajar keras supaya saya dapat cari orang itu.” Sambung Asyikin menghirup minumannya sehingga habis.
“Itu saja kisah saya untuk malam ini. Saya tiba-tiba rasa mengantuk pula.” Aryan tergamam seketika melihat reaksinya yang terus berubah secara tiba-tiba.
Tadi bukan kemain mukanya dingin dengan tatapan kosong sekarang mukanya kembali ceria dengan tatapan biasanya.
Aryan memerhati langkah Asyikin yang menghampiri singki membasuhkan mug yang digunanya kemudian dia menghulur tangan padanya.
“Mug awak, nak saya basuh sekali tak?” Aryan dengan cepat menghabiskan sisa susunya lalu menghulur mugnya pada Asyikin.
“Okay dah settle. Memandangkan mata kita berdua dah mengantuk, jadi jom kita tidur. Selamat malam, Aryan. Mimpi indah kalau awak tak kisah boleh mimpi saya, bye Aryan.” Asyikin melambai tangan pada Aryan lalu melangkah menaiki tangga satu persatu menuju ke biliknya.
“Selamat malam, Syikin.” Aryan membalas lambaiannya memerhati langkah Asyikin sehingga hilang. Aryan masih tergamam dengan cerita Asyikin tadi yang mengisahkan kematian ibubapanya.
Share this novel