BAB 68

Thriller Series 17

SUASANA tengah malam yang sepi hanya kedengaran bunyi burung hantu dan bunyi cengkerik ditemani oleh sinaran bulan dan bintang.

Asyikin cuba untuk memejam matanya, memusing badannya ke kiri dan ke kanan tapi hasilnya tetap sama, dia tetap tak boleh tidur. Bukan memikirkan hari esok tetapi memikirkan ayat Kak Tiara tengahari tadi yang menganggunya.

“Aduh, kenapa susah sangat nak tidur ni? Just pejam mata dan tidur.” Asyikin bangkit dari baring memegang kepalanya lalu dia bangun dari katil, mengambil cardigan yang disangkut pada kerusi lalu melangkah keluar dari biliknya.

Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga menuju ke pondok yang pernah dibawa oleh Aryan sebelum ini untuk mencari angin malam.

Asyikin melangkah perlahan-lahan memerhati sekeliling luar rumah tersebut menghampiri kolam kecil melihat ikan-ikan berenang dengan tenang. Asyikin mencangkuk di tepi kolam tersebut memerhati ikan-ikan tersebut.

“Kan best dapat jadi macam ikan yang hanya tahu berenang sahaja dan menunggu tuannya bagi makan. Seronok pula tengok awak semua berenang, mesti best kan?” Gumam Asyikin bercakap dengan ikan.

Ikan-ikan itu seperti memahami apa yang dikatakan olehnya, memercik sedikit air padanya membuat Asyikin terundur ke belakang mengelak percikan tersebut.

“Hey, nakal juga ikan-ikan ni. Pantang nampak perempuan cantik, kan?” Marah Asyikin lalu ketawa kecil dengan perangainya sendiri yang bercakap dengan ikan macam orang tak betul.

Asyikin tersenyum kecil lalu berdiri daripada mencangkuk tadi sambil meregang sedikit badannya sehinggalah mendengar satu suara dari belakangnya.

“Awak tak tidur lagi ke?” Asyikin terkejut mendengar suara itu memusing badannya sehingga kakinya tersadu membuatkannya hilang keseimbangan diri hampir jatuh ke dalam kolam.

Belum sempat Asyikin jatuh, sepasang tangan memeluk pinggangnya dengan erat lalu menariknya sehingga badannya bersandar dengan badan seseorang yang berasa hangat baginya.

“Awak tak apa-apa?” Asyikin mendengar suara tersebut menjauh dari badan lelaki tersebut mendongak kepalanya melihat gerangan tersebut.

“Aryan? Awak tak tidur lagi ke?” Soal Asyikin. Orang tanya lain dia tanya balik soalan lain, peninglah macam ni.
“Saya memang biasa tidur lewat. Saya turun sebab nak buat air kopi tapi saya perasaan ada orang yang tengah bercakap seorang diri tu yang saya ada dekat sini.” Jawab Aryan melepaskan pegangannya dari pinggang Asyikin.

“Begitu. Maaflah saya bukan sengaja nak bercakap sorang-sorang tapi saya tak boleh tidur pula. Maybe berdebar untuk akad nikah esok?” Asyikin tersenyum kecil menatap Aryan yang sedang memandangnya.

“Masalahnya saya yang perlu berdebar esok, sebab saya yang kena jabat tangan dengan tok kadi.” Balas Aryan dengan nada santai sambil memasukkan satu tangan ke dalam poket seluarnya.

“Haha awak kan memang dah berani untuk jabat tangan dengan tok kadi esok. Saya harap awak tak tergagap bila nak sebut akad esok dan biar saya ulang balik nama penuh saya. Luna Asyikin Binti Muhammad Idris. Sebut baik-baik dan jangan tersalah sebut.” Pesan Asyikin memandang Aryan supaya tidak tersalah sebut namanya esok.

“Saya baru tahu nama punuh awak. Tapi it’s okay kalau awak dah bagi nama penuh, senanglah sikit saya nak test malam ni.” Usik Aryan dengan senyuman nakal di bibirnya.

“Suka hati awaklah, Aryan.” Jawab Asyikin mengalih pandangan pada kolam renang tadi sambil termenung panjang memikirkan sesuatu.

Aryan menatap Asyikin yang sudah termenung, “Awak masih fikir pasal ayat perempuan tengahari tadi ke?”

Asyikin tersedar dari lamunannya lalu tersenyum kecil, “Takdelah. Buat apa saya nak fikir pasal tu? Buang masa saya jelah. Lagipun saya dah bosan dengar ayat dia tu, saya dah banyak kali dengar ayat macam tu sejak saya kecil sampai saya besar.”

“Apapun ayat dia kata tu ada betul juga.” Sambungnya sambil tangannya bermain dengan hujung rambutnya.

“Rupa paras saya ni ramai je lelaki luar sana nak. Saya tinggal petik jari dan berebut lelaki datang ke saya. Macam barang pameran pula rasa.” Balas Asyikin ketawa kecil mengingat kenangan dulu.

“Rumah awak ni ada asid tak? Kalau ada, saya nak boleh?” Mata Aryan terbuntang mendengar permintaannya lalu menatap muka Asyikin dengan riak muka tiada sebarang perasaan terutama matanya kelihatan kosong sahaja.

“Awak…” Asyikin mula ketawa dengan menutup mulutnya daripada ketawa kuat kedengaran sambil bahunya terhinjut-hinjut melihat reaksi Aryan seperti orang minta bom pemusnah.

“Haha, saya gurau jelah. Reaksi awak tu lawaklah.” Asyikin mengesat air matanya disebabkan ketawanya tadi.

“Tak lawaklah, Syikin.” Jawab Aryan memandang Asyikin dengan pandangan serius dan tegas bermakna dia tidak suka dengan lawakannya tadi.

Asyikin menyedari pandangannya berhenti ketawa, “I joking lagipun esok saya dah nak kahwin. Nanti apa pula orang kata tengok muka pengantin perempuan yang hodoh sedangkan pengantin lelaki kacak bagaikan putera raja yang turun dari langit.”

Asyikin melintasi Aryan sambil menepuk bahunya lalu berbisik, “Tak semua orang suka dengan wajah masing-masing. Lagi-lagi rupa cantik dan kacak tak semestinya bahagia selalu.”

Setelah berkata begitu, Asyikin melangkah masuk ke dalam rumah untuk masuk ke biliknya meninggalkan Aryan seorang diri cuba memahami ayat Asyikin tadi.

Aryan memerhati kolam ikan yang diperhati Asyikin tadi, “Awak tak bahagia ke, Syikin?”

KEESOKAN paginya, saat-saat yang ditunggu oleh orang ramai dimana majlis akad nikah Aryan dan Asyikin berlangsung. Yang datang pun hanya keluarga, saudara mara terdekat dan kawan-kawan.

“Aku nikahkan dikau, wahai Aryan Lee Yusof Bin Danial Lee Imran, dengan Luna Asyikin Binti Muhammad Idris, cucuku, dengan mas kahwinnya sebanyak RM 50 000 tunai.”

“Aku terima nikahnya Luna Asyikin Binti Muhammad Idris dengan mas kahwinnya sebanyak RM 50 000 tunai.”

Dengan sekali lafaz, secara sahnya Asyikin menjadi isteri sah Aryan pada pagi itu.

Siti yang duduk di sebelah memeluknya dengan erat dengan air mata terharu mengalir di pipi, “Huhu tahniah beb, akhirnya kau dah jadi isteri orang juga. Aku gembira untuk kau, beb. Semoga kau bahagia sampai ke Jannah.”

Asyikin tersenyum kecil mendengar hal itu hanya menepuk lengan Siti yang memeluk lehernya.

Puan Sri melihat hal itu tersenyum manis, lalu Asyikin bersalam dengannya dan menarik Asyikin ke dalam pelukannya membuatkan Asyikin tergamam seketika apabila merasa sebuah pelukan yang hangat baginya.

“Mummy selalu doakan kamu berdua supaya selalu bahagia. Ingat ye Syikin walaupun kamu menantu mummy, mummy anggap kamu macam anak mummy sendiri.” Asyikin terdiam mendengar suara lembut Puan Sri baginya itu untuk pertama kali.

Puan Sri melepaskan pelukannya sambil menatap menantunya yang kelihatan cantik dengan bertudung dihias dengan mekap simple.

SETELAH Aryan selesai menunaikan solat sunat, tiba masa yang dinantikan iaitu menyarung cincin pada jari pegantin perempuan.
Aryan pun duduk di depan Asyikin yang sedang menunduk kepala melihat jarinya membuatnya tersenyum kecil.

“Assalaimualikum, isteriku.” Mendengar suara itu, Asyikin dengan perlahan-lahan mengangkat kepalanya menatap Aryan yang berada di depannya.

Aryan terpaku seketika melihat keindahan di depan matanya lalu tersenyum manis pada Asyikin.

“Wa…walaikumusalam.” Jawab Asyikin dengan suara gagap.

Puan Sri menghulurkan sekotak cincin pada Aryan lalu dia mengambil cincin tersebut mencapai tangan Asyikin dan menyarung cincin tersebut di jari manis Asyikin.

Asyikin melihat cincin di jarinya yang kelihatan cantik dan muat di jarinya. Padahal dia hairan macam mana Dzakwan boleh tahu saiz jarinya sedangkan dia tak pernah bagitahu padanya.

“Pengantin lelaki boleh cium dahi pengantin perempuan.” Mendengar arahan jurugambar itu, Asyikin memejam matanya menantikan sebuah ciuman yang akan diberi oleh Aryan.

Aryan melihat tingkah laku Asyikin itu tersenyum kecil lalu melabuhkan bibirnya di dahi Asyikin dengan lembut dan pada masa itu satu kilauan kamera menangkap mereka berdua.

“Cantik, inilah kita mahu.” Mendengar hal itu, Aryan dengan cepat menjauhkan mukanya dari Asyikin lalu Siti berbisik padanya.

“Beb, salamlah tangan Aryan tu. Jangan diam je.” Asyikin mendengar tegurannya dengan cepat menghulur tangan menyambut huluran tangan Aryan lalu salam tangan Aryan sehinggalah mendengar usikan jurugambar.

“Cantiklah pengantin perempuan! Kejap lagi cium pipi suami pula.” Asyikin dengan cepat menunduk kepalanya menyembunyikan mukanya yang sudah berubah warna.

“Jas, aku dah pesan jangan usik dia, kan?” Tegur Aryan menatap jurugambar mereka, Jas yang mula mengusik Asyikin dengan tatapan tegas.

“Gurau jelah lagipun ni kan majlis akad nikah korang bila lagi nak bergurau macam ni?” Balas Jas lalu sambung mengambil gambar mereka berdua.

Aryan memerhati Asyikin yang masih menunduk kepala lalu mendekatkan mukanya dengan Asyikin lalu berbisik, “Maaflah, kawan saya usik awak. Kalau awak tak suka, saya boleh minta dia berhenti ambil gambar kita berdua.”

Mendengar hal itu, Asyikin mengangkat kepalanya. “Tidak perlu, saya tak kisah pun.”
Aryan tersenyum lalu mengusap kepala Asyikin yang terlindung dengan tudung lalu bangun menghulurkan tanganya pada Asyikin.

“Masa untuk ambil gambar.” Asyikin memandang tangannya lalu tersenyum menyambut huluran tangan Aryan membantunya bangun melangkah ke pelamin yang sangat cantik dan ringkas.

“AKU rasa takde apa yang lawak masa ambil gambar tadi. Yang kau gelak macam orang tak betul ni dah kenapa?” Asyikin memandang Siti yang tengah ketawa tanpa sebarang bunyi hanya gerak geri sahaja bergerak seperti orang ketawa.

“Memanglah tapi aku tak boleh lupa riak muka kau tadi masa ambil gambar dengan Aryan. Macam tak pernah disentuh dengan lelaki lah kau ni.” Jawab Siti sambil mengesat air matanya.

“Dah memang aku tak pernah sentuh mana-mana lelaki pun. Kalau tangan aku boleh lagi kalau dah pegang pinggang aku memang sensitive. Bukan geli tapi aku dari dulu tak suka orang pegang atau peluk pinggang aku.”

Sekarang ini dia sudah menukar gaunnya kepada blaus yang cantik dengan rambut yang sengaja dibebas hanya ditambahkan penjepit rambut yang cantik pada rambutnya.

“Kalau ye pun tak payahlah sampai tunjuk reaksi macam tu. Aku tak boleh tahan ketawa tadi.” Siti memegang perutnya yang berasa senak disebabkan banyak ketawa tadi.

“Takpe, nanti kau tunggu hari kau pula. Biar kau rasa macam mana aku rasa bila ada orang sentuh kita, peluk kita. Kau tunggu turn kau nanti.” Balas Asyikin memerhati Aryan dan yang lain bersembang di sebuah meja yang luas.

“Hissh kau ni aku tak bawa lagi Thoriq jumpa parents aku. Dahlah esok harinya, aku rasa berdebar pula bila fikir hari esok.” Siti merasa jantungnya yang berdengung secara tiba-tiba.

“Seperti yang aku kata try and error, beb. Lagipun…” Asyikin melangkah ke depan sedikit.

“…bukan kau sorang sahaja berdebar untuk esok.” Sambung Asyikin lalu melangkah menghampiri yang lain tengah rancak berbual meninggalkan Siti yang terpinga-pinga.

“Beb, tunggu aku.” Siti mengejar langkah Asyikin yang semakin jauh dengannya.

Akid yang tengah rancak berbual menyedari kehadiran mereka, “Tu dia penganti perempuan sudah sampai!” Jerit Akid membuatkan Asyikin hanya mampu menggeleng kepala mendengarnya.

Aryan berdiri lalu menarik sebuah kerusi di sebelahnya menyuruh Asyikin duduk, Asyikin melihat hal itu tersenyum melabuhkan punggung pada kerusi tersebut.

“Terima kasih.” Balas Asyikin menatap Aryan dengan senyuman.

“Aku nak duduk mana? Kerusi macam penuh je.” Siti memandang sekitarnya mencari kerusi yang kosong sehinggalah sebuah kerusi diletakkan di hadapannya.
“Duduklah, awak pun pasti penat selepas lama berdiri tadi.” Ujar Thoriq melakukan perkara yang sama dilakukan Aryan tadi.

“Thoriq.” Siti menatap Thoriq dengan perasaan terharu. Belum sempat terus berlarut, kedengaran suara berdehem kecil.

“Kalau ye pun terharu, duduklah. Kesian putera raja menahan kerusi tu lama-lama, tuan puteri perlu cepat duduk sebelum putera raja kepenatan.” Usik Asyikin sambil memeluk tubuh.

Siti mendengar usikan Asyikin dengan cepat duduk berpaling pada Thoriq di sebelahnya dengan senyuman di bibir, “Terima kasih Thoriq.”

“Nampak gaya aku ada bau nasi minyak lagi ni. Gemuklah aku tahun ni asyik makan nasi minyak je.” Usik Akid sambil membuat gaya bau nasi minyak.

Sedangkan baru sahaja dia makan nasi minyak, 2 pinggang pula. Maklumlah model mana boleh makan banyak-banyak, kena jaga body. Tapi kalau dah terbau nasi minyak lagi-lagi nasi minyak buatan Kak Su memang yang terbaik di dunia.

“Don’t worry, kau gemuk pun akak aku masih boleh terima kau. Kan, akak?” Usik Aryan memandang kakaknya yang memukul badannya dengan perlahan. Alah macam pukul manja-manja. Kan pukul dengan batang penyapu naik risau pula.

“Merepek je kamu ni. Takde-takde siapa nak terima lelaki gemuk? Tak kacak pun.” Jawab Kak Maria sambil menjeling pada Akid.

“Jadi akak suka lelaki sado lah ni?” Akid tersenyum nakal menatap Kak Maria yang berpaling arah lain menyembunyikan mukanya yang sudah sedikit merah.

“Tak tahulah!” Jerit Kak Maria bangun lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Semua yang melihat hal itu hanya ketawa dan tersenyum melihat ego tinggi Kak Maria yang tidak mahu mengaku perasaan sebenarnya sedangkan hakikatnya dia pun mencintai Akid. Tapi biasalah perempuan dengan ego mana boleh dipisahkan. Macam isi dengan kuku juga.

Perempuan kenalah ego takkan nak tunjuk gedik je dengan lelaki 24 jam.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience