Series
17
AURORA WEDDING GALLERY, semua berkumpul di sebuah meja membincangkan warna dan tema untuk majlis perkahwinan yang akan berlangsung esok.
“Akak dah decide untuk baju perkahwinan kamu berdua nanti warna putih atau warna peach.” Kak Maria memberikan ideanya sambil menunjukkan 2 gaun yang dipegang oleh kedua pembantunya.
“Putih dengan peach? Takde warna yang lebih elegan ke, kak?” Aryan menatap kakaknya yang kurang berkenan dengan warna yang disebut olehnya.
“Habis tu kamu ada warna yang lebih baik dari 2 warna ni? Kamu kena tahu warna baju tu penting dalam membentuk suasana majlis kamu nanti.” Jawab Kak Maria.
“Masalahnya 2 warna tu macam warna biasa yang orang selalu guna untuk perkahwinan.” Beberapa saat kemudian, berlaku pergaduhan mulut antara 2 beradik.
Asyikin memehati perang antara 2 beradik tersebut menghela nafas panjang sambil matanya menatap pada buku tentang baju pengantin dan juga pelamin yang disediakan.
“Gaduhlah pula 2 beradik ni. Orang nak bincang pasal baju je, ni gaduh pasal warna pula.” Luah Faizal memerhati Aryan dan Kak Maria yang masih lawan mulut.
Asyikin menutup buku di tangannya lalu bangun dari sofa menghampiri gaun-gaun pengantin yang bergantungan dengan pelbagai corak, warna dan gaya.
Thoriq menyedari hal itu menghampiri Asyikin lalu menunduk sedikit kepala untuk berbisik, “Siti tak datang sekali ke untuk baju pengapit?”
Asyikin tersenyum mendengar pertanyaan Thoriq lalu berbisik, “Sayang sekali tak, sebab dia ada meeting besar yang tak dapat dielakkan.”
Thoriq mengangguk kepala dengan riak muka sedikit murung, Asyikin tersenyum melihat riak muka Thoriq.
“Tapi kalau boleh dia nak sangat tengok awak dengan baju pengapit. Mesti kacak. Jadi dia minta saya untuk ambil gambar awak semasa awak pakai baju pengapit nanti. Kalau boleh ia nak simpan sampai anak awak berdua nanti.” Bisik Asyikin membuatkan muka Thoriq sedikit merah mendengar perkataan ‘anak’.
“Anak tu macam berlebihan sangat rasanya.” Balas Thoriq dengan perasaan gugup.
Asyikin tertawa kecil melihat reaksi Thoriq lalu kembali menatap gaun-gaun pengantin yang boleh menarik perhatiannya.
“Saya rasa awak sesuai dengan warna lembut.” Asyikin mengalih pandangan pada Faizal yang berdiri di belakang Thoriq sambil memeluk tubuh.
“Kenapa warna lembut?” Soal Asyikin dengan pendapat Faizal.
“Mungkin sebab…aura awak yang sangat berbeza dengan mana-mana perempuan. Macam mana saya nak cakap, aura awak seperti orang yang mempunyai banyak rahsia yang tersimpan di dalamnya.” Asyikin terdiam seketika mendengar balasan Faizal.
“Begitu.” Asyikin kembali mencari gaun yang berwarna lembut sehinggalah dia jumpa satu gaun yang memikat hatinya.
“Gaun ni nampak sesuai.” Tanpa fikir panjang, Asyikin mengambil gaun tersebut lalu melangkah ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya.
“SUDAH-sudahlah gaduh. Kalau gaduh bukan boleh cepat putuskan warna baju kahwin korang berdua nanti.” Ujar Akid menenangkan kedua beradik yang masih lagi bergaduh mulut.
“Apapun kena pilih salah satu dari 2 warna yang akak putuskan.”
“Aryan nak kahwin, biarlah Aryan yang tentukan warna baju pengantin Aryan dengan Syikin.” Bantah Aryan sehinggalah kedengaran suara pembantu Kak Maria yang memuji.
“Wah, cantiknya Puan Syikin.” Ucap salah seorang pembantu Kak Maria menatap Asyikin dengan perasaan kagum.
Mendengar hal itu, semua orang menatap Asyikin yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik persalinan dengan gaun pengantin dikenakan pada badannya.
Semua orang di situ berasa kagum melihat kecantikan Asyikin memakai gaun pengantin berwarna baby blue yang sesuai dengan kulitnya yang putih.
“Apa kata untuk warna baju perkahwinan kita, kita pilih warna baby blue?” Soal Asyikin sambil memegang hujung gaun pengantin berpusing-pusing di depan mereka.
Aryan melihat hal itu, bangun dari sofa menghampiri Asyikin. Tatapannya tidak beralih daripada melihat Asyikin lalu memegang lengan Asyikin dengan lembut.
Asyikin menyedari tindakan Aryan terkejut seketika, “Aryan?”
“Awak nampak cantik sangat. Cantik bagaikan bidadari yang turun dari langit. Saya tak sampai hati nak biarkan orang lain tengok kecantikan awak ni, Syikin.” Ujar Aryan dengan pandangan seperti orang yang tidak mahu cinta hatinya dilihat orang lain.
Riak muka Asyikin berubah sedikit merah mendengar ayat Aryan, “Ta…tapi saya rasa baby blue sesuai untuk saya berbanding warna putih dan peach. Awak pun fikir macam tu, kan Aryan?”
Asyikin memberi senyuman manis pada Aryan yang terus terpukau melihat senyuman yang sangat cantik pada pandangannya.
“Baiklah, kalau kamu dah cakap macam tu. Akak tak boleh nak halang kamu. Tapi betul juga cakap kamu yang nak kahwin tu kamu juga dan baby blue ni pun sesuai juga dengan kamu, Syikin. Apa pendapat kamu dengan gaun ni?” Balas Kak Maria sambil melangkah menghampiri mereka berdua.
“Pendapat saya…gaun ni terasa ringan dan mudah untuk saya bergerak. Bagi saya gaun ni sesuai dengan saya dan kalau boleh saya nak gaun dengan gaya macam ni.” Asyikin memandang Kak Maria.
“Baiklah, jadi sudah diputuskan warna baby blue sebagai warna baju pengantin jadi untuk warna baju pengapit pula…”
Kak Maria menghampiri meja mencapai buku yang dipegang Asyikin tadi sambil melangkah ke baju pengapit yang berada di ruang sebelah diikuti oleh kawan-kawan Aryan meninggalkan mereka berdua dimana Aryan masih memegang lengannya.
“Aryan? Kenapa diam je ni, awak tak suka warna baby blue ke?” Dia menatap Aryan yang masih merenung dirinya seperti nak terkamnya pun ada juga.
“Saya suka je lagipun warna baby blue memang sesuai dengan awak dan kalau boleh biarlah satu gaun ini saja yang orang lain boleh lihat. Warna gaun lain saya harap hanya saya je boleh lihat.” Jawab Aryan sambil menyelitkan rambut Asyikin di belakang telinganya dengan suara tenang.
Mata Asyikin terbuntang mendengar hal itu mengalih pandangan pada arah lain, menyembunyikan mukanya yang sudah berubah merah dengan ayat Aryan sebentar tadi.
Belum sempat hal itu terus berlarut, kedengaran satu suara yang dia kenali menegurnya.
“SYIKIN?” Asyikin memandang orang yang menegurnya lalu memandangnya dengan perasaan seperti orang yang tidak suka lebih tepat benci pada orang tersebut.
“Kak Tiara, lama tidak bertemu dengan akak. Akak buat apa dekat sini?” Soal Asyikin sambil tersenyum walaupun senyumnya bukan seikhlas hati.
“Akak datang sini sebab nak jumpa kawan akak, Kak Maria. Syikin buat apa dekat sini dengan gaun pengantin ni?” Soal Kak Tiara sambil menatap gaun yang dikenakan olehnya.
“Tengah cari baju kahwin lah dekat sini. Takkanlah cari makan pula.” Perli Asyikin sambil buat-buat senyum membuatkan riak muka Kak Tiara sedikit berubah mendengar perliannya.
“Akak tahy tapi kamu dah nak kahwin ke? Lelaki mana yang kamu dapat kali ni?” Soal Kak Taria membuatkan Asyikin mengenggam tangannya terlalu kuat seperti tahan marah.
“Ye, saya dah nak kahwin lagipun akak juga yang minta saya kahwin cepat-cepat kan? And soalan akak seperti tengah hina saya? Macam saya ni dah banyak goda lelaki pula.” Balas Asyikin dengan senyuman sinis di bibirnya.
“Ehh salah ke apa yang akak cakap? Memang betulkan? Kalau perempuan cantik seperti kamu ni memang senang lelaki dekat luar sana tu tergoda dengan kamu. Dengan sekali petikan di jari terus lelaki datang pada kamu.” Kak Tiara membuat riak muka yang tidak bersalah dengan ayatnya tadi.
Belum sempat Asyikin membalasnya, Aryan berdiri di depannya dengan riak muka tenang tetapi dalam hati kemarahannya bergelora.
“Ayat cik tadi seperti menghina bakal isteri saya? Kalau cik menghinanya maknanya anda menghina saya sebagai bakal suami dia.” Jawab Aryan dengan suara tenang.
“Tak, itu bukan apa yang saya maksudkan. Saya cuma kata yang perempuan seperti Syikin ni pernah ramai lelaki dekat luar sana yang gilakannya. Suami saya pun pernah gilakan dia sebab Syikin ni dulu…” Kak Tiara terdiam apabila melihat tatapan mata Aryan yang menakutkan pada pandangan matanya.
“Cik ni isteri kepada Zakwand Armand, kan? Setahu saya sekarang ni dia dah keluar dari penjara atas sebab peguam yang datang untuk ikat jaminnya. Peguam tu cik yang bayar dia untuk keluarkan suami tercinta cik dari penjara, kan? Sejujurnya saya tak faham, yang gilakan isteri saya hanya suami cik tapi Syikin mungkin dah benci ataupun jijik dengan dia sekarang ni. Memang ramai lelaki dekat luar sana gilakan dia termasuklah saya.” Aryan melangkah menghampiri Kak Tiara yang sudah mengigil ketakutan.
“Saya tak tahu apa masalah cik dengan isteri saya. Setahu saya, cik dengan suami cik berkahwin atas perjanjian keluarga, kan? Cik risau kerana suami tercinta cik masih mencintai Syikin sahaja, kan? Saya tak hairan kenapa Zack tak cintakan cik, sebabnya…” Aryan mendekatkan mukanya dengan muka Kak Tiara tapi masih menjaga jarak selamat.
“…mulut cik yang busuk dengan hati kotor. Siapa je nak perempuan macam tu?” Muka Kak Tiara berubah merah mendengar hinaan Aryan.
Baru sahaja tangannya ingin menampar Aryan, satu tangan memegang lengannya dengan erat membuatkan dia mengerang kesakitan.
“AH! Sakitlah, lepaskan akak! Apa yang Syikin buat ni?!” Asyikin dengan cepat melepaskan pegangannya itu berdiri di depan Aryan.
“Apa yang saya buat? Dah tentulah melindungi muka suami saya sebelum kitaorang kahwin. Akak fikir saya akan diam bila akak cuba tampar bakal suami saya? And biar saya jawab soalan akak tadi.” Asyikin mendekatkan jaraknya dengan Kak Tiara.
“Akak cakap macam tu sebab…akak cemburu dengan saya, kan? Saya lebih cantik, lebih anggun dan lebih menggoda dari akak, kan? Sebab tu Zack tergila-gilakan saya macam orang gila. And sebab tu juga akak buat fitnah pada saya dekat media sosial, kan?” Bisiknya dengan mendekatkan mukanya dengan muka Kak Tiara.
Kak Tiara mendengar ayat terakhirnya mula gementar, “A…apa yang kamu kata ni? Fitnah? Apa bukti yang kamu ada yang akak buat fitnah tentang kamu? Ada bukti?”
“Kalau takde bukti takdelah saya tanya akak.” Asyikin mengeluarkan telefon di sebalik poket gaun yang dipakainya lalu membuka sebuah video, menunjukkan video tersebut pada Kak Tiara.
Matanya terbuka luas melihat video tersebut dengan muka pucat, “Tak…tak itu bukan akak. Itu video fake, kamu cuba perangkap akak, kan?”
“Entahlah, saya pun tak tahu. Mungkin ini salah satu sebab kenapa akak takde kawan langsung, sebab mulut akak yang tiada pelapik tapi saya pelik macam mana akak boleh kawan dengan Kak Maria ye?” Soal Asyikin memeluk tubuh menatap Kak Tiara yang sudah panik.
Belum sempat dia membalas, kedengaran satu suara yang memanggilnya namanya.
“Tiara? Apa yang berlaku ni?” Kak Maria menghampiri kawannya lalu memandang Asyikin dan Aryan bersilih ganti.
“Mereka buli saya dan hina saya, Maria. Mereka kata saya perempuan tak guna dan tak reti jaga suami.” Kak Tiara menangis dan mengadu di dalam pelukan Kak Maria.
“Aryan betul ke apa yang akak dengar ni?” Dia menatap adiknya meminta penjelasan.
“Akak rasa Aryan tergamak ke nak cakap macam tu pada kawan baik akak? Aryan tak sekejam begitu pada perempuan lagipun bukan kitaorang yang mula menghina dulu melainkan dia yang hina Syikin dulu.” Aryan melangkah menghampiri kakaknya yang tengah menenangkan kawannya.
“Kawan baik akak ni hina Syikin, dia kata ‘Kalau perempuan cantik seperti Syikin ni memang senang lelaki dekat luar sana tu tergoda dengan dia. Dengan sekali petikan di jari terus lelaki datang pada dia’. Akak fikir Aryan akan diam bila dia hina Syikin macam tu?” Marah Aryan mengingat ayat-ayat yang dilontarkan Kak Tiara pada Asyikin tadi yang kedengaran seperti sebuah hinaan.
“Maria, kau tak percaya apa yang dia kata, kan? Aku tak macam tu. Aku kahwin baik kau, aku satu-satunya kawan…” Belum sempat dia habis cakap, satu tamparan hinggap di pipinya menghasilkan bunyi tamparan yang kuat.
Dia memegang pipinya yang sudah berubah merah akibat tamparan yang dia dapat, “Maria, sanggup awak tampar saya demi mereka berdua ni? Saya ni kawan baik awak, awak sepatutnya lindung saya sebagai kawan!”
“Tiara, saya jujur dengan awak. Selama saya kawan dengan awak, awak selalu hina pernampilan dan wajah saya. Awak ingat saya tak sakit hati ke bila awak cakap macam tu pada adik ipar saya? Dengar sini mulai hari ini awak bukan lagi kawan saya dan kita dah tiada sebarang hubungan apa-apa. Awak boleh keluar sekarang.” Luah Kak Maria dengan linangan air mata sambil menunjuk jarinya pada pintu butiknya.
“No, Maria! Bagi saya peluang untuk tembus balik kesalahan saya…” Belum sempat tangannya menyentuh Kak Maria, satu tangan menghalangnya.
“Jangan sentuh dia. Kau hina dia ibaratkan kau hina aku juga. Jangan sampai aku nampak muka kau dekat sini lagi. Jika aku nampak kau buat dia menangis lagi, aku takkan lepaskan kau.” Akid memberi amaran kepadanya dengan suara tegas.
Mendengar hal itu, Kak Tiara melangkah keluar dari butik tersebut sambil menangis.
Akid memeluk bahu Kak Maria yang sedang menangis memandang Aryan yang memberi isyarat memintanya untuk memujuk kakaknya.
Akid memahami isyarat itu tersenyum puas lalu memujuk Kak Maria.
Share this novel