BAB 66

Thriller Series 17

MAK Luna yang baru sahaja selesai bersiap menuju ke dapur dan melihat Asyikin tengah memasak, “Ya ampun, Nona. Kan udah Mak Luna pesan, Nona tidak perlu buat semua ni. Biar Mak Luna je masak. Luka Nona kan belum pulih lagi.”

Mak Luna membebel pada Asyikin melangkah menghampirinya yang tengah mengacau nasi goreng yang sudah siap masak dalam kuali lalu mengambil sudu mencedok sedikit nasi goreng tersebut.

“Walaupun Nona ni bakal isteri Tuan Aryan tapi Nona tidak perlu hmph!” Mak Luna terdiam apabila Asyikin menyuap nasi goreng yang sudah ditiup ke dalam mulut Mak Luna.

Mak Luna memejam matanya seperti menghayati kesedapan nasi goreng yang dibuat oleh Asyikin yang menyentuh lidahnya.

“Sedapnya, Nona. Nona pasti ke Nona bukan Master chef? Masakan Nona ni taraf-taraf macam seorang chef 5 bintang.” Puji Mak Luna dengan perasaan kagum membuatkan Asyikin tertawa kecil mendengarnya.

“Taraf 5 bintang ye? Takdelah sampai macam tu padahal nasi goreng ni saya guna bahan yang biasa diguna untuk masak nasi goreng. Dan Mak Luna berapa kali saya kata jangan panggil saya ‘Nona’ selagi saya belum rasmi menjadi anggota keluarga Lee, panggil saya ‘Syikin’ je.”

“Tidak boleh begitu, Nona. Nona tidak lama lagi bakal menjadi Nona di rumah ini dan juga isteri kepada Tuan Aryan. Mana boleh Mak Luna panggil kamu dengan nama sahaja, itu namanya kurang sopan.” Asyikin menghela nafas lembut mendengarnya lalu melintas Mak Luna menghampiri peti sejuk.

Dia membuka peti sejuk tersebut, memanjang tangan mengambil daun pandan. “Mak Luna, daun pandan ni ada sesiapa nak guna ke?” Dia memandang Mak Luna menunjukkan daun pandan di tangannya.

“Tiada, kawan Mak Luna yang bagi sebagai hadiah katanya. Mak Luna pun tak tahu nak buat apa dengan daun pandan tu. Kalau Nona ingin guna, Nona boleh ambilnya.” Asyikin tersenyum puas mendengar hal itu lalu mula memasak sesuatu.

“Apa yang Nona ingin buat dengan daun pandan tu?” Mak Luna berdiri di sisinya melihat tangannya mengaul sesuatu di dalam mangkuk.

“Saya nak buat kuih seri muka sebagai pencuci mulut. Kuih seri muka ini akan sedap kalau ada daun pandan. Mak Luna pernah makan kuih seri muka?” Mak Luna menggeleng kepala menandakan ini pertama kali dia dengar nama kuih itu.

“Tidak apa-apa, nanti saya akan bagi Mak Luna rasa. Ohh sebelum saya lupa, kebiasaannya Dato dengan Datin turun tak untuk sarapan pagi? Sebab semalam saya tak perasaan pun mereka turun.” Soal Asyikin sementara tangannya sibuk mengaul adunan memikirkan kedua orang besar dalam rumah ini.

“Hmm jaranglah melainkan Datin sendiri nak turun tapi kebiasannya Tuan Ridz sendiri akan turun dan bawa makanan Dato dengan Datin ke bilik. Beberapa hari ni, Datin kurang berselera nak makan walaupun Mak Luna masak makanan favourite dia pun tetap takde selera. Tu yang Dato risaukan tu.” Terang Mak Luna dengan riak muka sedih bercampur risau memikirkan kesihatan Datin Farisha.

“Begitu. Hm kalau makanan yang lembut-lembut, Datin makan tak?” Asyikin memikirkan makanan lembut yang boleh dia masakkan untuk Datin.

“Boleh sahaja. Tapi ada ke makanan lembut selain bubur yang boleh Datin makan?” Asyikin tersenyum kecil mendengar pertanyaan itu berhenti mengaul.

“Pasal tu serahkan pada saya, Mak Luna. Saya pasti Datin akan berselera makan selepas ini.” Jawab Asyikin menatap Mak Luna dengan senyuman.

“Sebelum tu Datin ada alahan tak contohnya alahan dengan cendawan?”

“Setakat ni Datin tiada alahan sebab dulu Datin telan je semua makanan yang dihidang tanpa sebarang bantahan dan cendawan tu makanan kegemaran dia.”

Asyikin tersenyum puas mendengar ayat terakhir itu dan mendapat satu hidangan yang boleh dia buat untuk bangkit kembali selera Datin Farisha.

TAN Sri dan Puan Sri baru sahaja bersiap menghampiri meja makan yang sudah terhidang dengan nasi goreng dan juga kuih seri muka yang dibuat oleh Asyikin.

“Wow sedapnya bau nasi goreng pagi ni.” Puji Puan Sri menarik kerusi makan lalu melabuh punggung di kerusi tersebut.

Mak Luna melangkah keluar dari dapur menghampiri meja makan sambil membawa seteko teh, “Mestilah sedap Puan Sri sebab pagi ni Nona Asyikin yang masak padahal Mak Luna dah pesan tapi Nona tak nak dengar.” Luah Mak Luna dengan sikap keras kepala Asyikin.

Tan Sri mendengar luahan pembantu mereka ketawa kecil, “Biasalah anak muda, Mak Luna. Mana boleh duduk diam lagi-lagi perempuan macam Syikin tu.”

Puan Sri mencedok nasi goreng ke atas pinggang suaminya lalu hulur pada suaminya dan dia pun mencedok nasi ke atas pinggannya.

“Mana Syikin?” Puan Sri melihat sekeliling mencari menantunya di dapur.

“Nona tengah memasak sesuatu untuk Datin.” Jawab Mak Luna sambil menuangkan teh dan kopi kepada dua majikannya.

Tan Sri mencapai sudunya lalu mencedok nasi goreng tersebut suap ke dalam mulutnya.
Matanya terbuka luas merasa kesedapan nasi goreng yang menyentuh lidahnya.

“Menantu kita ni bekas Master Chef ke? Kenapa semua masakan dia sedap sangat ni?” Puji Tan Sri berasa kagum dengan masakan menantunya yang lain daripada lain.

“Kan? Saya rasa menantu kita ni dulu Master Chef. Masakan dia lebih sedap dari masakan saya.” Balas Puan Sri.

“Apa yang Aryan dengar Master Chef ni? Mummy dengan Daddy nak ambil Master Chef ke selepas ni?” Tegur Aryan sambil menghampiri kerusi makan selepas sahaja dia bersihkan diri setelah bermain gym.

“Daddy puji masakan isteri kamulah, sedap sangat macam makanan yang dimasak oleh Master Chef.” Balas Tan Sri memandang Aryan yang menarik kerusi makan di sebelahnya.

“Mana Syikin? Tak join sekali ke makan?” Soal Aryan sambil anak matanya mencari kelibat Asyikin untuk mengajaknya sekali sarapan bersama.

Baru sahaja Mak Luna ingin membalas, Ridz menghampiri Mak Luna.

“Mak Luna, saya datang nak ambil makanan Dato dan Datin.” Mak Luna mendengar arahan itu mengangguk kepala dan ingin melangkah ke dapur.

Belum sempat dia melangkah, Asyikin melangkah keluar dari dapur bersama dulang ditangannya dimana terdapat sepinggang nasi dan juga semangkuk sup.

“Ini dia sarapan untuk Dato dan Datin. Saya masak khas untuk mereka.” Asyikin menghulur dulang tersebut kepada Ridz lalu dia menyambut huluran tersebut menatap sarapan yang dibuat olehnya.

“Saya harap Datin suka dengan sup yang saya buat tu. Saya tahu Datin tiada selera untuk beberapa hari ni jadi saya cuba buat sesuatu yang lembut dan juga dapat membangkitkan kembali selera Datin.” Sambung Asyikin sambil tersenyum.

“Baiklah, Nona. Saya akan bawa hidangan ini kepada beliau berdua. Terima kasih banyak-banyak kerana menyiapkan hidangan ini.” Ujar Ridz menunduk kepala sedikit lalu melangkah pergi ke bilik majikannya.

Asyikin memerhati kelibat Ridz sehingga hilang dari pandangannya, “Harap-harap makanan tu boleh bangkitkan selera Datin lah.” Gumam dalam hatinya.

“Syikin sayang. Kamu dah sarapan?” Asyikin mendengar teguran tersebut memusing badannya melihat Puan Sri yang sedang menatapnya dengan senyuman di bibir.
“Belum lagi, Puan Sri.” Jawab Asyikin membalas senyuman Puan Sri.

“Kenapa panggil Puan Sri pula? Panggil mummy, kamu pun tak lama lagi bakal jadi menantu mummy juga. Panggil mummy ye?” Asyikin pada mulanya berasa kekok untuk memanggil Puan Sri dengan panggilan ‘mummy’ kerana memikirkan statusnya yang masih belum rasmi menjadi keluarga Lee.

“Sa…saya akan cuba.” Jawab Asyikin dengan senyuman kekok.

Aryan bangun dari kerusinya lalu menarik kerusi di sebelahnya menyuruh Asyikin untuk duduk di kerusi tersebut, “Duduklah, jom sarapan sama-sama.”

Pada mulanya Asyikin menolak tapi setelah dipujuk oleh Aryan dan Puan Sri akhirnya Asyikin mengalah lalu melabuhkan punggung di kerusi yang ditarik oleh Aryan.

Asyikin mencapai kuih seri muka yang dibuatnya diperhati oleh Aryan, “Kuih apa yang awak pegang tu? Pertama kali saya tengok kuih macam tu.”

Asyikin mendengar pertanyaan Aryan tersenyum kecil lalu menunjuk kuih seri muka di tangannya, “Ni kuih seri muka, sedap sangat. Cuba awak rasa.” Asyikin menghalakan kuih tersebut ke mulut Aryan ingin menyuapnya.

Aryan melihat tindakan Asyikin hanya layan sahaja lalu membuka mulutnya menyambut suapan Asyikin.

“Macam mana?” Asyikin menatap Aryan yang sedang mengunyah kuih seri muka itu.

Mata Aryan terbuka luas merasa kuih seri muka buat pertama kali, “Sedap. First time saya rasa kuih sesedap ini.” Puji Aryan.

“Kuih seri muka ye? Mummy pun nak cubalah.” Asyikin mencapai pinggan yang berisi kuih seri muka memberi kepada Puan Sri dan Tan Sri untuk merasanya.

Asyikin memerhati kedua orang tua itu menyuap kuih tersebut ke dalam mulut dan reaksi mereka sama seperti Aryan yang juga pertama kali memakan kuih tersebut.

“Ya ampun, sedapnya. Pandai betul menantu Mummy ni masak. Mummy tak pernah puas dengan masakan kamu ni, Syikin.” Asyikin tersenyum kecil mendengar pujian kedua orang tersebut.

“Saya biasa je masak, Puan Sri. Hobi saya dari dulu memang suka memasak.” Balas Asyikin dengan senyuman kecil di bibirnya.

“Mesti arwah mak kamu dulu pandai masak, kan?” Asyikin terdiam seketika mendengar ayat itu.

“Hmm boleh dikatakan begitu juga.” Lalu mereka sambung menikmati sarapan sambil berbual mesra.

“GOOD morning everyone!” Jerit Kak Maria sambil menuruni anak tangga menuju ke meja makan sambil memeluk Tan Sri dengan erat begitu juga dengan Puan Sri.

“Morning apanya, matahari sudah tercegat atas kepala.” Perli Aryan menatap kakaknya yang hanya menjelir lidahnya mendengar perlian adiknya.

Asyikin melihat hal itu hanya tertawa kecil. Lalu Kak Maria menghampirinya dan membuat perkara yang sama membuat Asyikin terkejut seketika apabila seseorang memeluknya dengan erat.

“Good morning juga untuk adik ipar kesayangan akak. Hmm pagi ni pun kamu nampak cantik and shining.” Puji Kak Maria sambil mencubit pipi Asyikin lalu melepas pelukannya dari Asyikin.

Menarik kerusi di sebelah Puan Sri lalu melabuhkan punggung pada kerusi tersebut. “Wow nasi goreng dan kuih seri muka. Pagi ni mesti Syikin yang masak, kan?”

Asyikin tersedar dengan pertanyaan Kak Maria segera mengangguk kepalanya menjawab pertanyaan itu.

“Jadi nasi lemak semalam pun kamu yang masak, kan?” Asyikin tersenyum menjawab pertanyaannya.

“Wow untunglah Aryan dapat isteri yang pandai masak macam Syikin. Dahlah cantik, pandai masak pula tu. Makin gemuklah Aryan nanti selepas kahwin ni.” Usik Kak Maria sambil mencedok nasi goreng ke atas pingannya.

“Takdelah sampai gemuk. Setiap pagi Aryan akan pergi gym untuk stabilkan berat badan Aryan. Tak naklah Aryan, penat-penat je bina otot pada badan ni.” Balas Aryan membuat Asyikin tersenyum kecil mendengarnya.

“Hm nanti lama-lama hilang juga otot dekat badan tu. Ohh ye tengahari nanti kamu berdua akan pergi butik akak, kan? Untuk baju perkahwinan korang berdua.” Soal Kak Maria menatap mereka berdua silih berganti.

“Ye. Nanti Aryan akan pergi bersama Asyikin. Thoriq dengan yang lain pun akan join juga untuk baju pengapit.” Balas Aryan menghirup kopinya.

“Semua kawan awak jadi pengapit awak ke? Tak ke ramai sangat?” Soal Asyikin sambil memandang Aryan.

“Pada mulanya Thoriq je sepatutnya jadi pengapit saya tapi disebabkan Akid nak jadi pengapit saya juga so saya decide semua kawan-kawan saya jadi pengapit.” Balas Aryan.

“Pula dah.” Asyikin menggeleng kepala mengenang perangai Akid yang memang keras kepala.

“Oh Siti pun akan jadi pengapit awak juga kan? Dia datang tak nanti?” Aryan menatap Asyikin yang tengah menyuap kuih seri muka ke mulut sendiri.

“Pasal tu…” Asyikin berfikir sejenak mengingat kembali perbualannya dengan Siti semalam melalui panggilan telefon.

“KURANG ajar, Zack! Sanggup dia buat macam tu pada kau! Sepatutnya aku suruh Qhadir patahkan semua tulang badan dia tu, biar lumpuh terus!” Asyikin menjauhkan telefon dari telinganya mendengar suara jeritan Siti yang membingit telinganya.

“Janganlah jerit, aku tak pekak lagi.” Asyikin mendekatkan balik telefonnya setelah tidak dengar sebarang jeritan.

“Maaf. Jadi korang akan berkahwin lusa lah ni? Cepatnya kau nak kahwin, tak bertunang dulu ke?” Asyikin terdiam seketika mendengar pertanyaan Siti.

“Tak, disebabkan aku kan kena tangkap basah dengan Aryan jadi kalau boleh nak percepatkan perkahwinan ni. Aku pun tak kisah sangat pasal tu. Ohh ye, aku call kau sebab nak tanya kau busy tak waktu tengahari esok? Nak ajak kau pergi butik untuk cari gaun perkahwinan dengan baju pengapit.”

“Ahhh kenapa esok?! Esok aku ada meeting besar jadi tak boleh elak. Huwaah aku baru nak tengok kau pakai pelbagai gaun kahwin! Kenapa kau buat aku macam ni, Syikin!” Marah Siti kerana tak dapat nak ikut.

“Lah salah aku ke? Manalah aku tahu nak jadi macam ni, janganlah salahkan aku. Ok macam ni nanti kau bagi ukuran kau. Aku akan minta pada kakak Aryan untuk buat baju pegapit mengikut ukuran kau.” Jawab Asyikin cuba menenangkan kawan baiknya yang tengah sedih di sana.

“Baiklah.” Asyikin tersenyum kecil mendengar suara Siti yang seperti budak mengajuk yang tak dapat gula-gula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience