Series
17
APABILA waktu tengahari, Asyikin melangkah keluar dari Grab yang dipesannya lalu melangkah masuk ke dalam pagar rumah mewah sambil membelek telefonnya.
“Mujurlah telefon aku ni tak rosak teruk walaupun skrin ni dah retak tapi masih boleh guna lagi. Telefon sekarang bukan murah sangat pun, padahal aku baru je beli. Hmm tunggu bila dia memang dah rosak sangat baru aku beli baru.” Gumam Asyikin menuju ke pintu masuk rumah tersebut.
Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket. Belum sempat dia mengetuk pintu tersebut, pintu itu dibuka dari dalam oleh seseorang.
Asyikin memandang orang tersebut, “Aryan? Awak tunggu saya ke?”
Aryan mendengar pertanyaan Asyikin tersenyum, “Ahh tak saya cuma ternampak awak keluar dari grab sebab tu saya fikir… Awak dari agensi ke?”
Aryan menukar topik sambil menatap Asyikin dari atas sampai ke bawah melihat penampilan ringkas Asyikin yang memakai baju T-Shirt labuh dengan seluar putih dan cermin mata bersama topi di atas kepalanya.
“Ye, bos call saya pagi-pagi buta. Saya ingatkan ada apa rupanya minta saya datang ke agensi. Nak bincang sesuatu katanya.” Jawab Asyikin.
Aryan mengangguk kepala mendengar balasan Asyikin, “Awak dah sarapan?”
Asyikin tersenyum mendengar soalan Aryan, “Dah. Saya dah sarapan sebelum saya keluar tadi. Awak dah sarapan?”
“Dah. Sedap nasi lemak dan donut yang awak buat.” Puji Aryan membuatnya tersenyum lebar mendengar pujian seseorang.
“Syukurlah kalau kena pada tekak awak. Saya fikir nak masak apa untuk keluarga awak jadi bila saya tengok ada bahan-bahannya, saya terus buat. Yang donut tu, saya baru pertama kali buat. Tak tahu sedap ke tak.” Balas Asyikin.
“Pertama kali? Tapi…” Aryan mendekatkan mukanya dengan muka Asyikin tapi masih menjaga jarak.
“…donut tu sedap sangat seperti bukan orang yang buat pertama kali. Apa bahan yang awak letak dalam donut tu sampai sesedap itu?”
Asyikin tergamam seketika melihat Aryan yang menatap dirinya dengan jarak yang dekat membuatnya gugup, “Sa…saya hanya ikut resepi dalam Youtube, saya tak letak bahan-bahan yang pelik. Saya tak tahu yang donut tu akan sesedap itu untuk pertama kali.”
Aryan tersenyum kecil melihat reaksinya lalu mendekatkan sedikit mukanya, “Yeke? Tapi saya rasa awak letak bahan rahsia dalam donut tu.”
Aryan mendekatkan mulutnya pada telinga Asyikin dengan suara seperti berbisik, “Kasih sayang awak yang terlalu banyak awak masukkan ke dalam donut tu sampai saya boleh rasa kasih sayang awak.”
Mata Asyikin terbuka luas mendengar hal itu, Aryan pun menjauhkan dirinya dari Asyikin dengan jarak yang selamat.
“Jomlah, kasihan awak. Dahlah awak tak sembuh lagi, saya pula biarkan awak berdiri dekat luar ni lama-lama. Jahat betul saya ni, masuklah. Mak Luna ada buatkan fresh orange dari buah orange yang dia beli dekat pasar pagi tadi. Jomlah, rugi awak tak rasa.” Aryan menarik pemegang pintu lalu membuka pintu seluas mungkin mempersilakan Asyikin masuk.
Asyikin melangkah masuk ke dalam rumah tersebut lalu memandang Aryan, “Terima kasih, Aryan.” Asyikin memberi senyuman manis kepada Aryan.
Aryan melihat senyuman Asyikin lalu membalasnya, “Sama-sama.” Mereka berdua pun melangkah bersama ke ruang tamu.
“AWAK tak lupakan yang esok kita berdua nak pergi butik Kak Maria untuk cari baju kahwin kita?” Aryan menatap Asyikin di hadapannya yang meneguk fresh orange yang dihidangkan sebentar tadi.
“Yelah, saya hampir lupa pasal tu. Mujur awak tolong ingatkan. Tapi kita nak pergi masa bila?”
Selepas sahaja kedua orang tua mereka berbincang tentang tarikh perkahwinan mereka, mereka semua putuskan untuk langsungkan akad nikah terus tanpa ikatan pertunangan. Dan tempoh majlis tersebut akan berlangsung pada hari Jumaat ini di rumah keluarga Aryan.
Memandangkan hari ini hari rabu jadi mereka ada masa 2 hari lagi, 2 hari lagi oiiii! Padahal baju kahwin tiada lagi, pelamin pun takde, kad jemputan pun takde apatah lagi cincin kahwin.
Tapi Puan Sri Diana kata dia akan uruskan semuanya dan meminta Aryan dengan dirinya hanya uruskan baju pengantin sahaja manakala untuk cincin Puan Sri minta tolong dengan Dzakwan.
“Mungkin waktu tengahari. Takdelah letih sangat masa tu dan jalan pun tak sesak sangat. Kalau pergi lewat nanti susah pula, dahlah lusa kita dah nak kahwin tapi baju kahwin cari esok.” Luah Aryan mengunyah macaron yang dibuat oleh Mak Luna.
Asyikin hanya tersenyum mendengar luahan Aryan, “Sekurangnya adalah juga sesuatu yang kita boleh uruskan daripada berharap pada Puan Sri terus kan? Lagipun selagi saya belum jadi salah seorang anggota Keluarga Lee selagi tu saya perlu berguna dalam keluarga ni.”
Aryan menatap Asyikin yang bertekad tersenyum kecil, “Mungkin ini sebab kenapa saya suka pada awak, Syikin.”
Asyikin mendengar hal itu, mengalih pandangan sambil mengambil satu macaron lalu gigitnya dengan pipi yang sedikit merah.
“Aduh janganlah goda aku dekat sini, malulah macam ni. Silap-silap jantung aku boleh gugur macam ni lama-lama.” Gumannya dalam hati memejam matanya sambil mengunyah macaron.
Aryan melihat tingkah laku Asyikin yang kelihatan comel di pandangannya, “Comelnya awak ni, Syikin. Walapun awak memang comel semula jadi tapi awak memang nampak comel.” Bisik hatinya.
WAKTU malam tiba, setelah semua selesai makan malam, Asyikin meminta izin untuk masuk ke biliknya terlebih dahulu.
Apabila Asyikin tiba di biliknya, dia pun merebah badannya pada katil sambil memandang siling atas memikirkan sesuatu.
Teringat kembali penerangan Ridz, pembantu Dato Ryan Lee petang tadi di perpustakaan menerangkan tentang 3 ujian yang akan dihadapinya.
“SEPATUTNYA petang ini, Dato sendiri yang terangkan tentang ujian anda tapi disebabkan kesihatan Datin tidak menentu, Dato meminta saya untuk gantikan tempat beliau untuk terangkan pada anda.”
“Saya tidak kisah siapapun yang akan jelaskan lagipun perkara sama juga yang akan anda berdua akan bagitahu, bukan?” Ridz hanya diam sahaja mendengar hal itu lalu membuka fail di tangannya.
“Mengikut tradisi Keluarga Lee, individu yang terpilih sebagai calon suami ataupun calon isteri diminta untuk melakukan 3 ujian ini terlebih dahulu sebelum mereka layak untuk berkahwin dan individu tersebut secara rasminya menjadi anggota keluarga Lee sebenar.” Asyikin hanya mendengar penjelasan Ridz tanpa sebarang bantahan atau keluhan.
“Ujian pertama, anda perlulah tunjuk kepakaran memasak anda. Setiap calon isteri wajib menjalankan ujian ini untuk memastikan sama ada masakan mereka layak atau tidak untuk mereka. Ujian kedua, kelebihan ataupun kebolehan yang ada pada dirinya contohnya menyanyi, menari mahupun bermain alat muzik dimana setiap calon perlulah ada sekurangnya satu kebolehan dalam diri sama ada pelik atau normal. Dan ujian ketiga, anda perlu mengambil hati pewaris tertua dalam keluarga Lee iaitu Dato Ryan Lee dan juga isterinya, Datin Farisha.”
“Sekiranya anda lulus ketiga ujian ini, anda secara rasminya menjadi salah seorang anggota keluarga Lee.” Sambung Ridz dengan penerangan panjang lalu mengalih pandangan pada Asyikin yang tekun mendengar penerangannya.
“Boleh saya tanya soalan sekiranya anda sudah selesai menerang?” Ridz menutup fail di tangannya lalu memberi isyarat tangan bermaksud ‘silakan’.
“Kalau begitu, bila saya boleh mulakan ujian saya? Memandangkan ujian ni sepatutnya dijalankan sebelum saya kahwin dengan Aryan tapi situasi sekarang saya ada masa 2 hari lagi, jadi bila saya boleh mula ujian itu?”
“Dato baru sahaja menerangkan saya pasal itu dimana walaupun sepatutnya anda perlu menjalankan 3 ujian ni sebelum kahwin dengan Tuan Aryan tapi disebabkan sudah jadi begini, Dato memberi kebenaran dimana ujian anda ini akan berlangsung setelah seminggu anda berkahwin dengan Tuan Aryan.” Jawab Ridz.
“Adakah 3 ujian yang saya akan hadapi ini, saya kena lakukan dalam satu hari atau bersilih hari?” Tanya Asyikin.
“Itu berpandukan mood Dato. Sekiranya Dato minta anda lakukan pada hari itu, hari itu juga anda perlu lakukan. Jadi mulai hari, anda boleh mula untuk cari idea takpun inspirasi untuk 3 ujian itu.” Asyikin mengangguk kepala mendengar penerangan Ridz.
“Sekiranya saya gagal salah satu ujian itu, saya perlu minta cerai dengan Aryan dan jauhkan diri dari keluarga Lee ke?”
Ridz tergamam seketika mendengar ayat Asyikin lalu kembali sedar, “Ye, seperti yang anda katakana tadi. Tiada peluang mahupun pilihan lain yang boleh anda buat, melainkan menjauh dari keluarga ini.” Asyikin terdiam seketika lalu berfikir sesuatu.
“Boleh ke perempuan seperti dia ini lalui 3 ujian ini? Walaupun kedengaran senang tapi akan makin susah untuk mengambil hati Dato yang memang semula jadi hatinya keras seperti batu. Aku risau dengan perempuan ni yang mungkin tak kuat nanti tapi kalau ingat balik hari perempuan marah Dato tu. Aku akui dia memang hebat dan berani untuk tinggikan suara pada Dato.” Gumam hatinya.
Dalam diam dia mengagumi keberanian Asyikin tetapi disebabkan Asyikin ni orang asing dan dia belum mengenali Asyikin dengan lebih mendalam jadi dia tak boleh nak kata yang Asyikin tu ada niat tersembunyi atau tidak.
“Tapi tak semestinya saya gagal 3 ujian tu, kan? Baiklah, saya akan lakukan 3 ujian tu tak kira apa jua sekalipun. Sebab saya adalah bakal menantu pertama Tuan Sri Danial dan Puan Sri Diana. Dan saya juga adalah bakal isteri Aryan yang akan membahagiakannya dengan cara saya sendiri.” Jawab Asyikin dengan pandangan tegas dan serius.
Ridz terkejut seketika melihat reaksi Asyikin yang difikirnya mungkin dia akan mengalah ataupun mengundur diri sebelum berkahwin dengan Aryan tetapi itu semua hanya bayangannya sahaja.
Tiada istilah mengalah mahupun putus asa dalam kamus hidup Luna Asyikin. Baginya sebuah kehidupan baru sahaja bermula, takkan nak undur diri hanya disebabkan ujian kecil sahaja? Ujian ini baru permulaan sebelum kahwin, belum lagi ujian selepas kahwin yang akan dia hadapi selepas ini.
“Rasanya dah takde apa-apa, kan? Kalau macam tu, saya minta diri dulu, Tuan Ridz.” Asyikin bangun dari tempat duduknya mengambil sebuah fail di depannya yang mengandungi tentang syarat tentang 3 ujian yang akan dihadapinya.
Sebelum dia melangkah keluar dari perpustakaan itu, dia memandang Ridz. “Bagitahu Dato yang saya bukan lemah yang beliau sangkakan. Saya kalau memang dah tunjuk perangai sebenar saya, harap anda tidak terkejut pula.”
Asyikin memberi senyuman sinis lalu melangkah keluar dari perpustakaan itu meninggalkan Ridz yang terpinga seketika mendengar ayatnya itu.
ASYIKIN mencapai sebuah fail yang memang sudah ada di atas katilnya, membuka fail tersebut lalu mula membaca isi fail tersebut dengan tekun.
Anak matanya bergerak mengikut huruf-huruf yang tersusun pada kertas tersebut, “Macam tu. Takdelah susah sangat 3 ujian ni, kalau nak dibandingkan segala ujian yang aku pernah hadap masa aku kecil.”
“3 ujian ini hanyalah permulaan dan untuk pengakhiran bukanlah sebuah kebahagiaan yang muncul tetapi penderitaan yang sakit dan berdarah.” Ujar Asyikin dengan suara dingin, kembali kepada bacaan yang terhenti tadi.
KEESOKAN paginya, Asyikin menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Walaupun di rumah mewah itu mempunyai pembantu rumah tetapi sudah jadi kebiasaan Asyikin sekiranya menumpang di rumah orang lain. Lagipun dia tidak selesa kalau tidak berbuat apa-apa, hanya menggoyang kaki dan bermalasan di bilik.
Itu bukan prinsip hidup dia dan arwah mak dia pernah mengajarnya yang ‘Walaupun kita hidup mewah, kita tak boleh berharap mahupun bermalasan terusan. Itu namanya tidak sopan sebagai seorang perempuan’.
Asyikin mengikat rambutnya menggunakan getah rambut yang memang sedia ada di pergelangan tangannya lalu menyingsing lengan bajunya sampai ke siku.
“Apa yang aku nak masak untuk sarapan pagi ni? Semalam aku dah masak nasi lemak, hari ni nak masak apa?” Asyikin membuka peti sejuk lalu mencangkuk sambil melihat bahan mentah dan bahan basah yang ada di dalam peti tersebut.
“Ada telur, sawi, ayam dengan kobis.” Asyikin berfikir sejenak masakan yang boleh dibuat dengan menggunakan bahan yang disebutnya tadi.
Asyikin menutup peti sejuk lalu melangkah ke periuk nasi dan melihat sisa nasi yang masih banyak lagi. Asyikin melihat hal itu tersenyum kecil mendapat idea untuk menu sarapan pagi ni.
Asyikin pun mula memasak. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang memerhatinya dari pintu dapur dan Asyikin tidak menyedari hal itu kerana terlalu fokus memasak.
Aryan memeluk tubuhnya memerhati Asyikin yang terlalu fokus pada masakannya sehingga tidak menyedari kehadirannya.
“Aku sengaja bangun awal, ingatkan nak jogging sekejap. Tapi rasanya baik aku pergi gym je.” Gumam Aryan dalam hati lalu meninggalkan Asyikin yang masih memasak melangkah ke tingkat atas menuju ke ruang gym yang sedia ada dan lengkap dengan semua alatan gym.
“Kalau Asyikin masak pagi ni, memang tak jadilah aku nak jogging, Kena jaga badanlah selepas kahwin ni. Dapat isteri pandai masak macam Syikin ni, memang rosaklah badan dan sixpack yang aku bina selama ni.” Aryan bergumam sorang-sorang menaiki anak tangga menuju ke ruang gym.
Share this novel