BAB 64

Thriller Series 17

KEESOKAN paginya, Detektif Laya melangkah masuk ke dalam markas Moonlit Killer berdiri di depan pintu sambil memikirkan sesuatu.

Belum sempat dia memegang tombol pintu, seseorang telah membuka pintu itu dari dalam membuatnya mengangkat pandangannya melihat gerangan tersebut.

“Selamat pagi, Phantom Byte. Saya fikir anda tidak akan datang terus ke sini. Saya baru sahaja nak minta anak buah saya cari anda disebabkan anda tak dapat dikesan semalam. Apapun masuklah dahulu.” Moonlit Killer memberi laluan kepada Detektif Laya untuk melangkah masuk ke dalam ruang tersebut

Detektif Laya melintasi Moonlit Killer lalu menuju ke arah Jamal yang fokus pada laptopnya.

Jamal menyedari kehadirannya, “Datang pun kau. Kau pergi mana? Puas aku jejak kau, tak dapat-dapat.”

“Aku ada masalah sikit semalam. Telefon aku buat hal jadi sebab tu kau tak boleh kesan aku, maaflah. Aku bukan sengaja tak datang semalam tapi ada malang petaka yang berlaku.” Balasnya dengan serius meletakkan beg laptopnya di atas kerusi.

Jamal mendekat sedikit dengannya, mengangkat tangan lalu berbisik, “Aku tak kisah, masalahnya Master tanya aku banyak kali semalam pasal kau. Aku pun cuba jejak kau tapi tak dapat, tu yang Master sanggup datang markas awal pagi ni. Mana tahu kau datang, tengok-tengok kau datang ni memang habislah kau.”

“Takut pula aku.” Jawab Detektif Laya lalu mengalih pandangan pada Moonlit Killer yang sedang menatap dirinya meminta perjelasan darinya.

“Aku akan terangkan semuanya tapi sebelum itu aku ingin berbincang sesuatu dengan kau. Berdua sahaja, aku tidak mahu orang ketiga dengar hal ni.” Detektif Laya memandang Ah Ling yang berdiri di belakang Moonlit Killer.

Moonlit Killer mendengar hal itu tersenyum sinis lalu memusing badannya untuk melangkah ke pintu, “Ikut aku.”

Dia melangkah keluar dari ruang tersebut diikuti oleh Detektif Laya begitu juga dengan Ah Ling. Mereka bertiga menaiki tangga untuk ke tingkat atas lalu menghampiri sebuah pintu bilik yang baru.

“Ling, kau tunggu di luar. Kau jangan sesekali dengar perbualan kitaorang.” Tegas suara Moonlit Killer memberi arahan kepada pembantunya sebelum dia memulas tombol pintu.

“Baiklah, Master.” Ah Ling menunduk sedikit kepala lalu Moonlit Killer memulas tombol pintu dan membuka pintu dengan luas, mempersilakan Detektif Laya untuk masuk terlebih dahulu.

Detektif Laya melangkah masuk ke bilik tersebut dan memandang sekeliling bilik tersebut yang kelihatan seperti ruang kerja tapi versi simple sahaja.

Dalam bilik tersebut ada sebuah meja kerja, 2 sofa baharu, meja kecil berhadapan dengan sofa dan juga rak kecil dimana tersusun beberapa fail dan dokumen penting.

Moonlit Killer melangkah ke sofa, melabuhkan punggung di sofa tersebut lalu menatap Detektif Laya yang masih memandang sekeliling bilik tersebut.

“Ni ruang kerja saya. Kalau anda fikir ini ruang eksperimen saya, bukan. Ruang eksperimen saya ada dekat atas, anda nak lihat ke?” Detektif Laya mendengar hal itu dengan cepat menggeleng kepala menandakan dia menolak tawaran itu.

“Hati saya jadi terluka bila awak tolak tawaran saya.” Moonlit Killer menyentuh dadanya berpura-pura sakit.

Detektif Laya menghela nafas lalu melangkah ke sofa berhadapan dengan Moonlit Killer, melabuhkan punggung di sofa tersebut.

“Jadi apa alasan awak semalam, sampai tidak dapat dihubungi mahupun dikesan? Saya tak suka kebohongan, kalau awak bohong…” Pada masa yang sama, Moonlit Killer menghalakan sebilah pisau di depan mata Detektif Laya.

Detektif Laya melihat tindakannya tidak nampak gemuruh mahupun takut, kelihatan seperti dia sudah biasa diancam begitu.

“Kau fikir yang aku ni bodoh sangat ke? Kalau aku bohong, apa yang aku dapat? Pisau? Parang? Gergaji pun ok juga. Kalau setakat pisau kecil ni…” Detektif Laya memegang pisau tersebut lalu perlahan-lahan mengalih pisau itu menjauh dari matanya.

“…tak mampu bunuh aku dengan cepat. Guna cara lain je, Moonlit Killer.” Mendengar hal itu, Moonlit Killer tersenyum puas meletakkan pisau tersebut di atas meja.

“Jadi apa alasan kau, Phantom Byte?” Detektif Laya menghela nafas kasar lalu memberitahu alasannya.

“Pihak atasan mula syak sesuatu pada aku sebab aku kurang fokus menyelesaikan kes korang jadi aku terpaksa cover line dengan berkata yang aku tidak sedap badan untuk sementara waktu ini. Untuk itu, aku nak minta izin dengan kau untuk benarkan aku berhenti sementara waktu. Tak lama, aku hanya perlukan sebulan sahaja untuk selesaikan semua wasangka pihak atasan terhadap aku.” Terang Detektif Laya menatap Moonlit Killer yang diam mendengar penjelasannya.

“Sebulan? Bukan ke terlalu lama?” Balas Moonlit Killer dengan suara sedikit tegas.
“Kalau aku minta seminggu, aku risau masa seminggu itu tidak cukup untuk yakinkan balik pihak atasan terhadap aku, sebab tu aku minta sebulan. Ini demi eksperimen kau juga.” Balas Detektif Laya dengan selamba membuat Moonlit Killer berfikir sejenak.

“Macam mana saya nak percaya awak? Padahal awak tu Detektif yang mencari saya.” Jawab Moonlit Killer.

Detektif Laya mendengar hal itu memeluk tubuh, “Kalau aku khianati kau, kau boleh guna cara kau. Suruh anak buah kau bunuh aku takpun jadikan aku bahan eksperimen kau seperti perempuan lain. Kalau kau masih tak percaya, kau boleh minta Jamal jejak aku 24 jam setiap hari.”

“Baiklah, saya izinkan. Tapi selepas sebulan, kembali ke sini semula. Sistem keselamtan saya perlukan awak untuk perkuatkan lagi. Kalau lebih dari sebulan, saya sendiri yang akan datang jemput awak.” Balas Moonlit Killer dengan nada tegas.

“Ikut kaulah. Aku akan perkuatkan lagi sistem keselamatan kau sebelum aku pergi. Jangan ganggu aku sepanjang sebulan ni.” Detektif Laya bangun dari kerusi melangkah ke pintu keluar.

Langkahnya terhenti apabila mendengar ayat Moonlit Killer, “Awak minta sebulan ni untuk baik pulih kepercayaan pihak atasan ataupun atas sebab lain?”

“Maksud kau?” Jawab Detektif Laya tanpa mengalih pandangannya.

“Contoh awak minta sebulan ni untuk hal peribadi awak, macam kahwin?” Detektif Laya terdiam seketika lalu senyuman kecil muncul di bibirnya.

“Ada ke lelaki nak perempuan seperti saya yang merupakan salah seorang pengikut Moonlit Killer yang menjadi buruan pihak polis? And saya tak fikir lagi untuk mencari pasangan hidup buat masa sekarang. Hidup single lebih seronok berbanding hidup berdua.”

Setelah berkata begitu, dia memulas tombol pintu lalu melangkah keluar dari bilik tersebut menuju ke ruang kerjanya yang terletak di tingkat bawah.

“Kalau aku kahwin pun ada urusan dengan kau ke?” Bisik hatinya.

SEMENTARA di rumah keluarga Aryan, Aryan menuruni anak tangga lalu menuju ke dapur.

“Selamat pagi, Mak Luna.” Tegurnya sambil tangannya mengambil sebiji mug lalu mengisi air kosong ke dalamnya.

Mak Luna tersenyum mendengar teguran anak majikannya, “Selamat pagi juga, Tuan Aryan. Awal bangun pagi ni?”

“Awal apanya, Mak Luna? Dah lewat ni, buat malu anak bujang bangun lewat-lewat macam ni. Daddy dengan Mummy mana?” Aryan meneguk minumannya sambil melihat sekitar rumah yang sunyi sepi.

“Tan Sri dengan Puan Sri awal-awal pagi dah pergi kerja. Nona Maria pula masih dalam biliknya mungkin tak bangun lagi.” Jawab Mak Luna yang tengah menyusun bahan dapur yang dibelinya di pasar tadi.

“Syikin dah bangun ke?” Disebabkan luka Asyikin masih belum sembuh, dia menyuruhnya untuk menginap sahaja di rumahnya. Awalnya Asyikin menolak kerana dia akan menyusahkan orang lain tapi selepas dipujuk oleh mummy akhirnya dia mengalah.

“Ohh Nona Asyikin pagi-pagi sudah keluar. Dia pesan ke Mak Luna supaya bagitahu kamu yang dia keluar sebentar sebab pagi tadi bosnya call dia pagi-pagi, minta dia pergi agensi pagi ni. Nona pesan suruh Tuan Aryan sarapan pagi. Atas meja makan tu ada nasi lemak yang diam asak sendiri.” Mak Luna menghala jarinya pada meja makan yang tertutup dengan tudung saji.

“Nasi lemak?” Mendengar hal itu, Aryan melangkah ke meja makan lalu mengangkat tudung saji tersebut. Dia melihat ada nasi lemak, timun dengan kekacang, sambal, telur, ayam goreng dan juga kuih donut.

“Syikin masak semua ni ke pagi tadi?” Soal Aryan dengan pandangan terkejut melihat nasi lemak yang menggugat seleranya terutama sambal nasi lemak yang nampak pekat dan pedas.

“Ye. Mak Luna pun terkejut pagi tadi bila Mak Luna bangun je, Nona Asyikin sudah siap masak dan hidang di atas meja makan. Dia pun ada sediakan nasi lemak untuk Mak Luna dengan Pak Hakim juga. Betapa baiknya Nona Asyikin ni, untung kamu dapat dia sebagai isteri kamu.” Puji Mak Luna dengan sikap Asyikin yang pemurah dan tidak memandang statusnya apabila bercakap dengannya pagi tadi.

“Bukan sahaja cantik, berani malahan pandai masak macam ni. Rasanya tak perlu pun Dato buat ujian untuk Nona sebab semua ciri-ciri yang ada pada Nona sudah lengkap semuanya.” Sambung Mak Luna dengan serius membuatkan Aryan tersenyum kecil mendengar pujian Mak Luna terhadap Asyikin.

“Ye, dia hebat dalam semua benda.” Puji Aryan menatap nasi lemak yang dibuat oleh Asyikin.

“Apapun Tuan Aryan makanlah. Tan Sri dan Puan Sri dah makan sebelum pergi tadi. Mereka cakap nasi lemak buatan Nona ni sangat sedap sampai Tuan Sri dengan Puan Sri menambah 2 kali tau.” Ujar Mak Luna sambil mencedok nasi lemak ke atas pinggan lalu menghulur pada Aryan yang dah melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Terima kasih, Mak Luna.” Sambut huluran pinggan tersebut lalu mencedok telur, sambal sedikit lalu seketul ayam goreng.

Menadah tangan membaca doa makan, lalu mencapai sudu, mencedok sedikit nasi dengan sambal lalu suap ke dalam mulutnya.

Aryan terkejut seketika merasa kesedapan nasi lemak yang menyentuh lidahnya, “Sedapnya.”

“Kan Mak Luna dah cakap? Sambal yang Nona buat ni tak pedas langsung, ada rasa manis-manis macam tu. Sebab tu Tuan Sri sampai menambah 2 kali sebab sambal nasi lemak ni kena dengannya. Takpelah, Mak Luna nak sambung buat kerja. Kalau nak apa-apa, panggil Mak Luna.” Mak Luna menepuk bahu Aryan yang menikmati nasi lemak dengan penuh berselera.

“Baik, Mak Luna.” Balas Aryan lalu terus menyuap nasi lemak sehingga licin. Kemudian dia mengambil donut yang berada di depannya lalu masuk ke dalam mulutnya.

“Ya allah, sedapnya donut ni. Apa yang awak tak boleh buat agaknya, Syikin?” Ujar Aryan mengunyah donut itu seperti menghayati masakan yang dibuat oleh Asyikin.

MARKAS Moonlit Killer, Jamal melihat bekas makanan yang terisi beberapa donut yang dibawa oleh Detektif Laya untuknya.

“Apa benda yang kau bawa ni?” Soal Jamal dengan dahi berkerut seperti orang yang tidak pernah melihat kuih tersebut.

“Takkanlah kau tak kenal donut? Tu kuih favourite semua orang tau, takkanlah kau tak pernah makan donut?” Balas Detektif Laya sementara matanya masih menatap pada skrin laptop.

“Lah ni ke donut? Aku pernah dengar orang sebut tapi aku tak tahu rupanya. Sebab selama aku hidup, aku tak pernah makan benda-benda macam ni. Kadang-kadang Ah Ling just beli nasi, mee goreng dengan roti je pada aku. Kalau kuih macam kau bawa ni, pertama kali aku tengok.” Jamal mengambil donut tersebut lalu menyuap ke dalam mulutnya.

Jamal memejam matanya seperti menghayati donut yang dibawa oleh Detektif Laya, Detektif Laya memerhati reaksi Jamal itu tersenyum kecil.

“Sedap sangat ke donut tu, sampai terpejam mata bagai?”

“Sedap! Serius, kau beli mana ni?” Detektif Laya hanya memerhati Jamal menikmat donut yang dibawanya dengan selamba menjawab.

“Aku tak beli, aku buat sendiri.” Jamal mendengar hal itu terkejut seketika menatapnya seperti tidak percaya yang donut dimakannya itu buatannya sendiri.

“Tipulah kau yang buat…” Detektif Laya hanya mengangkat kedua bahunya menandakan dia tak kisah kalau Jamal nak percaya atau tak.

“Kau ni pernah kerja sebagai Master Chef ke?” Soal Jamal sambil menyambung menyuap donut ke dalam mulutnya.
“Takdelah sampai Master Chef tapi bolehlah sikit-sikit. Aku just isi masa lapang aku dengan memasak makanan yang simple dan senang je.” Jawabnya lalu menyambung menaip pada papan kekunci fokus pada kod-kod komputer.

“Untunglah siapa yang jadi suami kau nanti, dapat isteri yang pandai masak.” Detektif Laya tersenyum kecil mendengar hal itu

“Untung sangat.” Jawabnya lalu terus fokus pada kerjanya.

“Sebulan ni aku takde, aku berhenti buat sementara waktu.” Mendengar hal itu, Jamal berhenti mengunyah lalu menatap riak muka Detektif Laya yang serius.

“Dah kenapa kau berhenti sementara waktu? Kau nak kembali pada kerja lama kau ke?” Jamal meletakkan bekas donut itu di atas meja lalu menghampirinya.

“Pihak atasan mula syak aku jadi sebab tulah aku minta pada Moonlit Killer untuk tak ganggu aku sebulan ni.” Balasnya sambil terus menaip tanpa melihat Jamal.

“Begitu pula.” Jamal mengeluh perlahan lalu bermain dengan kerusinya.

“Aku harap tak lama kau cuti. Sebab kalau kau takde…tak dapatlah aku rasa masakan kau lagi. Sumpah sedap gila.” Detektif Laya menggeleng kepala.

Lah dia fikir Jamal akan rindunya tapi lebih rindu masakannya, sabar jelah layan jantan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience