TEC - 3

Romance Series 824

"Untuk apa nak kena pergi mansion kau?"

"Mansion tu, rumah kita baby"

Rumah kita?

"Rumah kita? maksud kau?"

"Rumah kita dengan anak-anak" sambungnya kali ni buat aku terus mati kutu nak lawan katanya

Aku terus terdiam semula, lalu terus memandangnya ke arah luar tingkap. Lelaki ini memiliki kereta yang mewah malah mahal pula, aku pernah berangan nak bawak kereta ni. Tapi last-last kahwin dengan orang kaya je lah yang mampu nye

Setibanya dirumah dia, aku terdiam dan melihat sekeliling. Semasa aku fokus itu, tiba-tiba pintu terbuka nasib baik aku tak jatuh

"Keluarlah" katanya dengan riak serious

Aku pun keluar, lalu berdiri disebelah dia

"Jom masuk" dia terus menarik tangan aku lalu kami memijak beberapa anak tangga sehingga menuju depan-depan pintu utama yang besar dan mewah

Dia menekan beberapa nombor pin untuk masuk ke dalam rumah itu lalu kami pun melangkah masuk. Setibanya didalam, aku melihat semuanya dengan perhiasan mewah terlampau mewah. Sekaya-kaya mak ayah aku, kaya lagi dia ni. Sape mamat ni sebenarnya? kaya sangat

"I akan bagitahu u selok-belok rumah i" katanya sambil melepaskan genggam tangan aku lalu menuju ke dapur

Aku mengikutinya melihat sekeliling dapur sudah buat aku terkejut, tetapi yang buat aku lagi terkejut bila aku tengok gelas yang untuk orang minum arak tu ada permata (tapi dia tak minum, just bentuk gelas)

Selesai meminumkan air kosong sejuk, dia terus kebelakang kerja aku hanya mengikuti dia semula habis pusing daripada bawah tempat parking kereta sampailah atas sekali untuk tempat makan angin

Apabila sudah penat, aku berhenti seketika. Dia pulak memang tak reti penat atau sengaja nak buat aku penat?

"So tu je yang ada dalam rumah i, you boleh buat apa yang u suka, tapi ada syarat-syaratnya"

Aku turun berjalan ke bawah sehingga ke ruang tamu lalu aku duduk disofa empuk, dia yang melihat itu terus memberikan aku air sejuk

Aku tersenyum dan mengambilnya lalu terus meneduknya, lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah aku lalu menyandar pada sofa

Aku memandangnya lalu dia tersenyum "Kita duduk dalam rumah ni, dah nak hampir 12 jam. Tapi u dah tahu ke nama i apa?

Aku menggelengkan kepala

"That mean u tak dengarlah i sebut nama i tadi? and tok kadi sebut jugak?"

Aku dengar ke tak??? ntah tadi aku blur

"Tak, aku tak kisah pun pasal nama kau tadi. Lagipun aku blur tadi, so masuk telinga kanan keluar telinga kiri lah"

Dia menganggukkan kepala

"Okay, so let me tell u. My name is Tengku Emir Cullen bin Tengku Said Cullen, umur 28 tahun"

Oooooooooo tengku, wowwwwww. Lagi kaya daripada zayn emmm interesting suami baru aku ni

"Ohh" kata aku sepatah

Dia pun terdiam sekali bila aku memberi reaksi begitu sahaja

"Itu je yang u balas?"

Hahh? dia bagi aku soalan pulak?

"Iye lah, aku nak balas apa lagi?"

Dia pandang ke arah lain, agaknya kecewa dengan jawapan yang aku bagi kott

"Okay, tell me about u"

"Okay, nama aku Salsabella Irane binti Megat, umur 26 tahun, kerja sebagai CO-CEO dekat company ayahanda"

Dia anggukkan kepala sebagai tanda memahami jawapan aku itu

"Well memandangkan sekarang dah pukul 8 malam, u tak lapar ke?"

Aku geleng kepala, tetiba kantoi dengan perut sendiri yang berbunyi

"Tak lapar konon, pergi mandi, tukar baju nanti dah siap turun bawah. I nak pergi masak"

"Kau masak? kau pandai memasak ke?"

Dia tersenyum sahaja lalu bangun dan beredar ke dapur

Manakala aku naik ke atas lalu masuk ke dalam master bedroom, aku terus menuju ke bilik air dan membersihkan diri. Selesai membersihkan diri aku terbaca sticker note kecik dicermin "baju dah letak atas katil dalam beg kertas" aku terus memusingkan tubuh lalu menuju ke arah katil

Aku mengambil dan membuka beg kertas itu, aku mengambil buka itu dengan perlahan-lahan. Baju pajamas berjenama prada warna merah

Merah? kalau hitam aku okay lagi, merah yang mengerunkan lagi je. Ehh apa yang aku fikir ni??? mengarut-mengarut

Aku terus menyarungkan ketubuh, muat-muat pulak. Tak kecik, tak besar, sesuai je. Pandai pulak dia ukur, macam mana dia boleh tahu eh?

Selesai mengeringkan rambut, aku terus turun ke bawah menuju ke dapur. Aku melihat dia memakai kemeja hitam yang butang atas satu dibuka dan lengan baju dilipat sampai siku dengan apron berwarna hitam sangat menarik perhatian aku ni

"Dah siap mandi?" tegurnya tiba-tiba

Eh macam mana dia tahu? dia dengar ke aku berjalan?

"Macam mana kau tahu?"

"Smell"

Eh sepatah je dia jawab?

Aku anggukkan kepala

Aku berjalan dan berdiri disebelahnya "kau masak apa?"

"Nasi ayam"

"Wowwww, nasi ayam" suara aku riang

Dia menganggukkan kepala

"Mesti tak sedap" jawab aku jujur

"U tak rasa lagi, u tak tahu. After rasa, i izinkan u untuk judge masakan i sedap atau tak"

"Okay" aku pula jawapan sepatah

Selesai dia memasak, aku tengok yang dia tak mandi lagi

"Kau pergi lah mandi dulu, nanti aku tolong letakkan atas meja"

"Betul ni?" dia tersenyum senget

"Betul, sebab dah ada bau-bau macam asam keping dekat dapur ni haa" aku perli dia

Dia tergelak besar, lalu terus membuka ikatan apran dipinggang dan dileher

"Okay, u kata i macam tu. Takpe-takpe, make sure lepas u dah letak dalam pinggan. Kemaskan dan basuhkan semua alat dan peralatan yang i guna boleh?"

"Boleh je, aku suka je basuh-basuh ni"

Dia berjalan meninggalkan aku lalu menuju ke tangga dan naik ke atas, semasa naik ke atas pun aku dia berkata

"Thank you baby" jeritnya lalu terus menyambung langkah naik ke tingkat atas

Hati aku yang jadi terkejut bila dia kata macam tu

Aku terus menyambung menyusun lauk-lauk yang dimasak tadi, dan membasuh peralatan yang digunakan

Aku terdengar tapak kaki sedang turun dari tangga, aku ternampak emir memakai baju tidur pajamas berwarn merah jugak seperti aku. Wajib ke kena matching-matching ni??

Dia terus berjalan menuju ke meja makan

"Wowww dah siap hidang, bagus rupanya isteri i ni. Dengar kata, ikut arahan. I ingatkan degil sangat tadi" katanya sambil mengambil duduk

Aku yang mendengarnya terus memandangnya dengan besar kecik besar kecik sahaja

"Apa berdiri lagi tu? duduklah makan sekali dengan i"

Aku pun duduk lalu dia membaca doa dan memulakan makan malam bersama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience