Pada malam hari pernikahannya, aku telah bersiap-bersiap segala barang dan hantaran untuk majlis pernikahan esok pagi. Aku telah menyusunnya kemas diruangan yang ditetapkan. Aku merupakan anak tunggal daripada keluarga orang kaya. Ayah aku mempunyai syarikat besar di bandar kuala lumpur manakala ibu aku bekerja sebagai seorang peguam yang professional setelah hampir 15 tahun bekerja. Aku pula berumur 26 tahun, aku baru sahaja habis belajar di Universiti of Scotland sebagai graduan master dalam bidanb perniagaan kerana aku amat meminati perniagaan dan ingin memegang jawatan CEO di syarikat ayah
Nama ayah aku tan sri bahrain manakala ibu aku, puan sri bahriah. Manakala nama aku salsabella irane, panggil aku irane sahaja. Okay back to story
Knock knock
Aku melihat ke arah pintu, lalu terlihat wajah bonda disitu
"Bonda?"
"Busy ke?"
Aku tersenyum lalu menjawab
"Tidaklah bonda, sengaja irane mengemas barang untuk esok ni. Susun-susun sikit" kata aku sambil menolak barang hantaran itu ke tepi
"Cantik semua barang hantaran kamu ni, mesti mahalkan zayn beli"
Okay zayn tu lah yang bakal nikah dengan aku esok, aku dah kenal dia lama like 4 tahun daripada zaman kitaorang belajar diploma lagi. Dia pun anak tan sri malik dan puan sri maria jugak. Kami belajar sama-sama
"Mestilan bonda untuk irane kan kekasih hati dia. Mana boleh murah-murah bonda"
"Iye lah, irane pun pandai, cantik, sesuai dengan dia. Itu yang bonda suka, sebab dia setaraf dengan kita" kata bonda sambil mengosok kepala aku
"Betul tu bonda"
Jeda
"Tak sangka nak kahwin tak anak puteri tunggal bonda ni, lepasni tinggal bonda dengan ayahanda je lah dalam rumah ni"
"Ishhh bonda ni, janganlah buat irane rasa sedih nak kahwin esok. Irane tak nak tinggalkan bonda dengan ayahanda" aku terus memeluk erat bonda
"Itulah bonda pun, tapi dah jodoh irane dah sampaikan. Alhamdulillah lepasni bonda dengan ayahanda pun tak risau sebab kamu dah ada orang yang jaga makan minum pakaian tempat tinggal kamu"
Aku menganggukkan kepala sahaja
"Dah la tidur awal, esok kena bangun awal. Kita kena pergi hotel tu awal"
"Itulah bonda, penatlah bonda selepas mandi bunga tadi"
"Inai dah keringkan?"
"Dah bonda, itu yang irane buat kerja sikit"
"Tak apa lah kalau macam tu, pergilah tidur ya"
"Baik bonda, bonda pun tidurlah ya. Good night bonda"
"Good night love"
Knock knock
"Masuk" jawab gerangan lelaki yang memakai serba hitam dengan suaranya yang garau itu
"Anything information i get?"
"Ada boss" jawab pembantunya
"Apa?" jawab lelaki itu sambil mengetuk meja
"Esok dia akan berkahwin dengan lelaki itu, pada pukul 10 di dewan hotel blue moon cyberjaya"
"Kahwin huhh?" sindir suaranya
"Iye boss"
Lama lelaki itu berdiam diri
"Tak apa, esok aku akan pergi ke sana seperti yang telah dijanjikan oleh bakal suami dia" dia tersenyum senget sindir
"Baik boss"
"Make sure bawak semua orang-orang kita ke sana dengan pakaian lengkap hitam"
"Baik boss, saya keluar dulu"
Lelaki itu menganggukkan kepalanya sahaja sambil tersenyum dan berkata
"Salsabella irane....."
Lelaki itu memandang ke arah luar penthousenya yang terletak di tingkat paling atas kondominium itu. Dia amatlah kaya dan juga jutawan muda yanb tersohor, seluruh dunia mengenali siapakah ia. Tetapi disini saya tutup dulu cerita dia ya......
Lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail seseorang
Lama.........
"Hello"
"Hello bro, apa khabar pasal esok?" tanyanya sambil kaki naik ke atas meja dan disilangkan
"Aku dah get ready semuanya"
"Baik"
"Tapi ingat sekali gagal, nyawa kau dengan mak ayah kau sekali duduk hujung tanduk. Seperti yang telah dijanjikan" lelaki itu mengugutnya
"Aku tahu"
"Baik"
Lelaki itu tersenyum sahaja lalu meletakkan panggilan, dia hanya perlu menanti apa yang akan terjadi pada hari esok sahaja
Dia memandang ke arah luar tingkap, lalu berkata "Kahwin? aku? duit? mungkin?" lalu tersenyum kembali
Dia bangun lalu berjalan menuju ke bilik tidurnya yang serba mewah
Dia terlihat pada suit bajunya yang akan dipakai esok berwarna hitam, daripada atas sampai bawah
Pada awal pagi esok, pukul 5 pagi. Aku sudah pun bangun untuk mempersiapkam diri pada hari paling istimewa dan berharga bagi aku. Pada pagi itu, bonda juga melakukan mandi bunga kepada aku buat kali terakhir. Selesai mandi aku pun mula bersiap dengan perlahan-lahan
Knock knock
"Masuk"
Aku terlihat bonda sedang membawa seorang jurusolek dan beberapa pembantunya untuk bantu aku bersiap
"Irane?"
"Ya bonda?"
"Dah siap mandi?"
"Dah bonda"
"Baguslah kalau macam tu, ni bonda ada bawakkan kamu jurusolek dengan pembantu dia untuk bantu solek kamu dan apa-apa lagilah yang patut untuk kamu"
"Baik bonda"
Jurusolek dan pembantunya terus tersenyum memandang aku, lalu mereka pun terus memulakan kerjanya
Aku mengikuti sahaja arahan yang mereka berikan, aku memakai gaun kembang seperti cinderella yang berwarna putih dan dihiasi dengan manik-manik dan terdedah dibahagian bahu. Kepala aku juga dihiasi dengan crown kecil dan juga kain berfabrikkan halus. Aku memakai kasut tumit tinggi 5 inci berwarna putih yang berjenama. Setelah semuanya aku siap pakai, juru solek itu berkata
"Okay, dah siap. Dah cantik"
Aku tersenyum sahaja, bonda datang untuk mengambil aku semula
"Dah siap ke puteri bonda?"
"Dah bonda"
Aku membuka pintu lalu memandang ke arah bonda
"MasyaAllah cantiknya puteri bonda sorang ni" kata bonda sambil memegang pipi aku
Aku tersenyum malu "terima kasih bonda, anak bonda jugak kan? mestilah cantik macam bonda"
"Betul tu" bonda memegang tangan aku erat lalu berkata
"Jom kita pergi, ayahanda dah tunggu dekat bawah dalam kereta dengan yang lain"
"Baiklah bonda"
Bonda dan aku jalan berpimpin tangan menuruni tangga lalu menuju ke kereta yahg menanti kehadiran mereka
Aku disebelah bonda gementar, bonda yang perasan itu terus menarik dan memegang tangan aku erat
"Irane gementar ya?"
"Ya bonda, irane takut"
"InsyaAllah tak ada apa-apa sayang" kata bonda yang erat memegang tangan aku
"Biasalah tu bonda, irane kan baru nak kahwin. Mestilah dia gementar" kata ayahanda aku pulak
Aku tersimpul senyum
Setibanya di dewan hotel blue moon itu, aku melihat seluruh dewan itu dihiasi dengan hiasan yang mahal-mahal. Bonda menghantar aku terus menaiki pelamin dan bonda juga menemani aku. Manakala ayahanda sudah duduk disebelah tok kadi untuk menanti ketibaan keluarga pengantin lelaki, aku melihat barang hantaran kepada pihak pengantin lelaki aku tersenyum. Aku tidak sabar rasanya
30 minit kemudian
Keluarga pengantin lelaki masih tidak tiba, sudah terlambat 30 minit. Aku sudah rasa tidak sedap hati tentang hal itu. Tetamu juga ada yang berbicara tentang majlis kami
"Bonda"
"Ye love?"
"Kenapa keluarga zayn tak sampai lagi? kan dah janji pukul 10, sekarang dah pukul 10.30"
"Mungkin dorang lambat sikit kottt, jalan sesak ke" jawab bonda untuk menyedapkan hati aku
Aku menganggukkan kepala dan tetap bersabar dan menanti
Tepat pukul 11, beberapa buah kereta mewah datang ke hotel itu. Mereka keluar dengan pakaian yang dipakainya serba hitam tetapi mewah
Beberapa orang lelaki berjalan menuju ke dewan hotel dengan lagak gaya masing-masing
Knock knock
Buka dewan hotel dibuka dari dalam, terus semua mata tertumpu kepada lelaki yang kemas lengkap berpakaian serba hitam itu
"Sorry if i late my future wife" katanya sambil tersenyum
Share this novel