BAB 53

Thriller Series 17

“BAIKLAH, saya terima lamaran anda dan saya setuju untuk bekerjasama dengan anda.” Selepas berkata begitu, Detektif Laya melepaskan pegangannya.

Mata Aryan terbuka luas menatap Detektif Laya dengan pandangan tidak percaya, “Anda serius?”

“Ye, saya terima tapi ada syaratnya.” Detektif Laya melangkah ke hujung meja lalu melabuhkan punggung atas meja.

“Saya ada 3 syarat jadi saya harap anda tidak kisah dengan syarat saya ni.” Sambung Detektif Laya.

“Saya tak kisah berapa syarat anda sekalipun kerana saya yang mulakan plan ni jadi saya akan dengar syarat anda itu.”

“Syarat pertama, hubungan kita berdua ni tiada siapa pun boleh tahu termasuklah kawan-kawan anda sekalipun. Syarat kedua, saya harapan anda tidak terlalu masuk campur dalam urusan saya lebih tepat urusan peribadi. Syarat ketiga, saya harap anda tidak benci dengan wajah saya ini jika satu hari nanti saya terpaksa bongkar identiti saya. Itu 3 syarat saya.” Ucap Detektif Laya dengan suara serius.

“Baiklah saya terima syarat anda tapi saya ada soalan nak tanya sebelum saya setuju dengan semua ini. Itu pun kalau anda tidak kisah.” Aryan bertanya dengan berhati-hati.

“Saya tidak kisah asalkan tidak melibatkan hal peribadi saya.”

“Adakah anda muslim? Saya bukan apa, saya tidak tahu anda agama apa? Bangsa apa? Jadi sebab tu saya tanya, saya risau kalau cara ni boleh mencemarkan maruah…” Detektif Laya mengangkat tangannya meminta Aryan berhenti bercakap.

“Jauh betul anda punya fikiran. Saya muslim, beragama islam dan berbangsa Melayu. Sudah puas dengan jawapan saya?” Detektif Laya memeluk tubuh selepas menjawab soalan Aryan.

“Baiklah. Kalau anda dah jawab begitu, secara rasminya saya terima kerjasama kita berdua dan 3 syarat yang anda katakan sebentar tadi. Jadi saya mohon kerjasama anda, Detektif Laya.”

“Saya pun mohon kerjasama juga. Memandangkan kita berdua sudah rasmi menjadi pasangan, nampaknya kita perlu tukar panggilan. Jadi saya patut panggil anda, Aryan atau Yusof?

“Panggil saya, Aryan sahaja. Kebanyakkan orang dekat sini panggil saya, ‘Aryan’ je termasuk kawan-kawan dan ahli keluarga saya. Jadi Detektif Laya, saya…” Detektif Laya memotong ayat Aryan.

“Panggil saya, Laya. Kalau Dato dengar awak panggil saya dengan panggilan Detektif, nampak sangat kita berpura-pura bercinta, kan? Jangan risau kita berdua akan panggil begitu apabila kita berdua sahaja, macam mana?”

“Betul juga. Baiklah, jadi Laya…mohon kerjasama sekali lagi.” Detektif Laya mengangguk kepala dengan ayat Aryan itu.

“Sebelum saya lupa, untuk beberapa hari ini kemungkinan kita tak dapat nak bertemu disebabkan saya ada urusan penting yang perlu saya uruskan jadi saya terpaksa pergi ke luar negara untuk selesaikan urusan itu.” Terang Detektif Laya.

“Urusan penting awak tu ada kaitan dengan Moonlit Killer?” Detektif Laya mengangguk kepala.

“Faham, seperti yang dijanjikan saya takkan ganggu awak. Awak terima tawaran saya ni pun dah cukup memuaskan, Laya.” Sambung Aryan tersenyum riang kepada Detektif Laya.

Detektif Laya melihat hal itu mengalih pandangan ke arah lain, “Ba…baguslah, kalau awak faham.”

Suasana antara mereka menjadi senyap sunyi dimana mereka berdua tengah layan perasaan masing-masing.

KLINIK Seri Kasih, Doktor Siti selesai merawat pesakit meregang badannya untuk mengendur semua otot badannya setelah 5 jam merawat tanpa henti.

“Finally, boleh rehat juga. Perutku dah lapar, nak makan apa petang ni?” Tengah Doktor Siti berfikir, tiba-tiba pintu biliknya terbuka tanpa sebarang ketukan dan melihat kelibat Susanti yang nafas tercungap-cungap.

“Awak ni dah kenapa? Macam baru lepas nampak hantu je. Ada masalah ke?” Doktor Siti bangun dari kerusi menghampiri Susanti yang tengah mencari nafas.

“Bukan masalah besar bagi doktor but bagi saya ni malang petaka sudah datang. Tunang anda ehh tidak BEKAS tunang anda datang dan buat kecoh dekat kaunter sekarang. Dia kata dia nak jumpa dengan doktor.” Doktor Siti mendengar hal itu terdengar suara orang lelaki menjerit.

“Dah kenapa pula jantan tu datang cari saya tiba-tiba?” Doktor Siti dengan cepat melangkah ke kaunter dimana kelihatan kelibat seorang lelaki yang sedang memegang sejambak bunga bergaduh mulut dengan salah seorang penjaga kaunter.

“Saya dah kata kan yang Doktor Siti tidak mahu bertemu dengan anda, anda tak reti bahasa ke?” Marah Rina.

“Aku dah kata aku ni tunang dia, kau tak faham ke?!” Jerit Haris dengan kuat membuatkan Doktor Siti menghela nafas panjang.

Lalu dia menghampiri Haris, “Apa yang kau nak lagi ni, Haris? Kau dah kahwin dengan Tiya kan?”

“Siti! Saya merayu pada awak, kita getback semula dari awal. Saya baru sedar dengan perasaan saya yang saya mula jatuh cinta pada awak.” Ujar Haris sambil tangannya mencapai lengan Doktor Siti seperti memujuk.

Siti melihat hal itu dengan cepat menepis tangan Haris lalu undur satu langkah ke belakang, “Jangan sentuh saya dengan tangan jijik awak tu. Pergi baliklah Haris, awak dah kahwin dengan Tiya kan? Pergilah dekat isteri tercinta awak tu, jangan ganggu saya boleh tak?”

“Tak! Saya tak cintakan Tiya! Saya cintakan awak, Siti. Saya baru sedar perasaan saya selama ini pada awak. Saya jatuh cinta pada awak, saya tak boleh hidup tanpa awak! Awak pun tak boleh lupakan saya sebab tu awak cepat-cepat cari pengganti kan? Awak pun cintakan…” Tangan Haris cuba menyentuh pipi Doktor Siti dengan cepat dia menepis tangan Haris menjauh dari menyentuh dirinya.

“Pergi matilah dengan cinta kau tu! Dari dulu memang aku tak suka kau. Aku dah lama tahu hubungan kau dengan Tiya sebelum mak bapak kau datang masuk minang aku lagi. Aku dah suruh mak aku tolak tapi mak aku terima pinangan kau tanpa pengetahuan aku. Jadi aku terpaksa terima hakikat tapi sebaliknya Allah turunkan penyelamat untuk aku elak dari kahwin dengan kau. Aku berterima kasih sangat pada sepupu aku tu, tanpa dia aku mungkin takkan tahu yang ada lelaki yang lebih baik dari kau. Lelaki yang sanggup tunggu aku dan takkan berani curang seperti mana kau curang belakang aku dengan sepupu aku sendiri.” Balas Doktor Siti mengambil nafas panjang setelah panjang lebar dia cakap tanpa sempat brek langsung.

“Jantan tu cuma permainkan awak je, awak tak faham ke?! Hanya saya je layak untuk awak! Hanya saya yang…” Suasana tiba-tiba hening, apabila sebuah penampar singgah di pipi Haris.

“Biar aku bagitahu satu benda. Masa kita berdua dulu bertunang, kau curang dan aku pun curang. Aku dah lama jatuh cinta pada lelaki tu tanpa pengetahuan kau sebab yelah kau kan dah ada Tiya? Aku pula dah ada lelaki idaman aku. Dan saja nak bagitahu kau yang aku akan bawa dia jumpa mak ayah aku supaya kitaorang boleh cepat kahwin.” Ujar Doktor Siti memeluk tubuh tersenyum sinis kepada Haris.

“Tak…ini tak mungkin! Itu semua tidak boleh terjadi, Siti! Awak Ah!!” Haris mengerang kesakitan apabila Doktor Siti menendang lututnya dengan satu tendangan kuat membuatkan Haris terduduk memegang lututnya.

“Aku malas nak cakap panjang sekarang ni. Apa kata kau pergi dari sini sebelum aku heret kau sendiri keluar dari sini. Atau nak aku call polis? Aku boleh call kawan baik aku yang kerja polis, senang kerja bolah angkut kau pergi balai terus.” Doktor Siti menunjuk tangannya pada pintu.

Susanti yang memerhati dari belakang, menghampiri pintu lalu menarik pemegang pintu mempersilakan Haris untuk keluar dari klinik.

“See, pembantu aku dah tolong buka pintu. Kau just heret je kaki kau tu keluar dari sini. Aku dah guna cara lembut, but kalau kau masih melawan juga kau minta cara kasar dengan aku.” Setelah berkata begitu, Doktor Siti memusing badan untuk kembali ke bilik kerjanya.

Haris melihat Doktor Siti yang sudah mahu pergi dengan cepat berdiri lalu baru sahaja tangannya ingin menyentuh bahu Doktor Siti.

Satu tangan memegang lengannya lalu memusing ke belakang sehingga mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan, “AHHH! Sakitlah sial! Lepaskan aku! Patah tangan aku!”

Doktor Siti mendengar jeritan itu memandang gerangan lelaki yang menolongnya, mata dia terbuka luas melihat gerangan tersebut.

“Thoriq? Apa awak buat dekat sini?” Thoriq melepaskan pegangan pada lengan Haris berpaling pada Doktor Siti dengan senyuman tenang.

“Saya datang nak ajak awak lunch sama-sama. Saya ada belikan nasi ayam untuk awak.” Thoriq mengangkat plastik nasi kepada Doktor Siti lalu berpaling pada Haris yang sedang memegang lengannya yang sedikit bengkok.

“Dah patah ke lengan jantan ni? Kalau patah memang Thoriq ni kuat betul. Tapi kesian pula tengok jantan ni kesakitan tapi salah dia juga nak sentuh aku siapa suruh, kan dah kena.” Bisik hati Doktor Siti dengan suara jahat.

“Siti, saya dengar bunyi bising. Ada apa-apa yang berlaku…ops.” Datang seorang lelaki yang memakai kot yang sama dengan Doktor Siti yang merupakan seorang doktor juga.

“Oh Daud, bagus awak ada dekat sini. Boleh tak rawat jantan ni? Saya rasa tulang dia dah patah, tolong bagi rawatan pertama dulu.” Kata Doktor Siti sambil menerangkan situasi pada Doktor Daud.

“Tak silap saya jantan ni bekas tunang awak, kan? Yang khianati awak dan curang dengan sepupu awak sendiri tu kan?” Doktor Siti mengangguk kepala dengan pertanyaan Doktor Daud.

“Ohh jadi jantan nilah yang mainkan perasaan awak. Don’t worry, saya akan rawat dia dengan penuh cermat.” Doktor Daud meletakkan lengan Haris di lehernya lalu memimpin Haris yang sedang kesakitan.

“Tolong rawat dengan penuh cermat, ok?” Doktor Daud faham dengan maksud Doktor Siti lalu menunjukkan isyarat tangan bagus.

Setelah melihat mereka berdua hilang dari pandangan, Doktor Siti memandang Thoriq dengan senyuman.

“Awak datang sini nak hantar lunch untuk saya ke? So sweet. Awak macam tahu-tahu je saya tengah lapar and nak makan nasi ayam petang ni.”

“Ohh yeke, jadi tak salahlah pilihan saya hari ni. So nak lunch sama-sama?” Thoriq memberi senyuman tenang kepada Doktor Siti.

“Boleh juga. Apa kata kita lunch dekat ruang rehat sahaja? Dekat klinik ni ada ruang rehat yang luas, macam mana?”

“Takpe ke?” Tanya Thoriq.

“Apasal tak boleh pula, ruang rehat tu boleh diguna oleh semua orang, awak pun boleh. Dah jom, saya tengah lapar ni. Makin bertambah lapar lepas marah si jantan tak guna tu.” Doktor Siti terus melangkah ke ruang rehat yang terletak di sebelah kanan hujung sekali diikuti oleh Thoriq.

SUSANTI dan Rina memandang kelibat Doktor mereka dengan Thoriq berjalan bersama melangkah ke ruang rehat.

“Kau rasa tak yang Tuan Thoriq tu sesuai dengan doktor kita? Nampak macam pinang dibelah dua kan?” Ujar Susanti dengan senyuman di bibir melihat doktornya bahagia dengan lelaki pilihannya.

“Kan? Lebih baik dari jantan tadi yang perasaan bagus tu. Apa dia ingat hati doktor kita ni puzzle, boleh cantum balik? Dia yang dulu curang, boleh pula curang dengan sepupu doktor sendiri. Lepas tu dah menyesal kahwin, nak getback dengan doktor balik. Tak tahu malu betul.” Balas Rina dengan suara marah mengenang sikap bekas tunang Doktor Siti.

“Memang tak tahu malu pun jantan tu. Dia siap bawa bunga lagi pada doktor kita.” Susanti memegang jambak bunga yang dibawa oleh Haris tadi letak di atas meja kaunter.

“Apa, dia fikir bunga dia ni yang tak berapa nak mekar ni boleh kembalikan hati doktor kita tu? Hmm takde style betul jantan tu. Tak hairan kenapa Doktor benci sangat pada jantan tu. Harap muka kacak tapi perangai hancur berkecai.” Kutuk Rina melihat jambakan bunga itu.

“So kita nak buat apa dengan bunga ni? Kalau buang, sayang pula. Bukan murah bunga sekarang walaupun tak berapa nak mekar sangat but cantik juga.” Sambung Rina memegang bunga mawar merah tu lalu hidu haruman bunga tersebut.

“Kalau sayang, kau ambil jelah. Doktor pasti bagi lagipun aku tak rasa dia nak terima bunga dari jantan tak guna tu. Kau ambil jelah, nanti aku bagitahu Doktor.” Balas Susanti melihat kawan sekerja seperti menyukai bunga tu.

“Betul ni, aku boleh ambil bunga ni?” Susanti mengangguk kepala. “Thank you, beb. Boleh aku letak dalam pasu nanti dekat rumah atas meja makan. Biar nampak meriah sikit meja makan rumah aku. Thank you again.” Rina mengambil jambakan bunga itu dengan senyuman gembira.

“Suka hati kaulah, aku nak pergi lunch dulu. Layan jantan tu tadi buat perut aku makin lapar. Selamat berseronok dengan bunga tu.” Setelah berkata begitu, Susanti melangkah ke mejanya untuk mengambil bekal makan yang tersimpan di begnya.

“Ada tunang tapi tunang busy, apa boleh buat? Terpaksalah kita lunch sorang-sorang hari ni. Tapi nak lunch dekat mana, takkan nak lunch dekat ruang rehat? Nanti ganggu dating doktor dengan Tuan Thoriq pula. Hmm makan dekat kaunter jelah.” Susanti melangkah ke ruang kaunter yang terdapat meja kecil di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience