Series
17
SETELAH Qhadir selesai membuat panggilan, dia menghampiri mereka berdua.
“Aku dah dapat lokasi markas Moonlit Killer. Aku dah minta kebenaran dengan Komander aku untuk mula operasi malam ini.” Terangnya kepada Asyikin yang menatapnya.
“Dah bagitahu Detektif Laya ataupun Nazrul pasal ni?” Soalnya membuat Qhadir berfikir seketika.
“Nanti aku call Nazrul untuk bagitahu pasal tu.” Mengerling Arissa di sebelah Asyikin yang sedang kesedihan.
Qhadir berasa hairan menghampiri Asyikin mengangkat tangannya untuk berbisik, “Dah kenapa perempuan ni? Tadi ok je, kenapa murung sangat ni, kau ada cakap sesuatu ke pada dia?”
Asyikin tersenyum kecil mendengar pertanyaan Qhadir yang kadang-kadang kurang bijak, kadang-kadang dia tahu tapi buat tak tahu.
“Kau punya soalan tu memang tak tahu atau buat tak tahu?” Perlinya lalu bangun dari duduknya menepuk belakang badannya memastikan tiada debu melekat pada pakaiannya.
“Dah selesai soal siasat kan? Jomlah masuk, Cik Zulaikha dengan Encik Nazrul sudah menunggu di dalam untuk menjemput Arissa balik ke rumahnya.” Jawabnya sambil melangkah perlahan untuk masuk ke dalam rumah.
“Cik Zulaikha dengan Encik Nazrul datang?” Mendengar hal itu, Qhadir mengejar langkahnya diikuti oleh Arissa membawa sekali dulang yang dibawanya tadi.
“Ye, diorang datang atas arahan Detektif Laya.” Mereka bertiga melangkah masuk menuju ke ruang tamu dimana semua orang berada di sana menatap mereka bertiga.
“Maaflah buat anda berdua menunggu lama, Cik Zulaikha dan Encik Nazrul. Inspektor Qhadir baru sahaja selesai sesi soal siasat dengan mangsa.” Jelasnya sambil menunjukkan tangan pada Qhadir yang menunduk kepala pada mereka berdua yang menghampiri mereka.
“Tidak apa-apa. Sudah tugas polis untuk itu, terima kasih atas kerja kerasnya, Inspektor.” Balas Zuaikha tersenyum kecil pada Qhadir.
Nazrul menghampiri Arissa mengambil dulang di tangannya, “Anda pasti Cik Arissa, kan? Keluarga anda sedang menunggu anda di rumah.”
Arissa terpaku seketika menatap Nazrul tanpa berkelip mata, membuat Nazrul berasa hairan melihatnya yang kaku melambai tangan di depan matanya.
“Cik Arissa? Anda masih ada di sini?” Asyikin melihat hal itu mampu tersenyum kecil sambil menggeleng kepala.
“Perempuan cantik ni memang pantang nampak lelaki kacak. Tadi baru je kecewa ni kembali gembira pula? Tak faham betul aku dengan perempuan zaman sekarang.” Bisik hatinya kemudian menuju ke sofa lalu melabuhkan punggung di sebelah Aryan begitu juga dengan Qhadir melabuh punggung di sebelah Siti.
Sementara Zulaikha dan Nazrul membawa Arissa pulang ke rumah setelah mendapat keizinan.
Qhadir memerhati Siti yang hanya diam kerana kebiasannya mulutnya pasti riuh bertanya pasal apa yang dibincangkan mereka.
“Kenapa hari ni kau diam je? Biasanya mulut kau banyak bertanya.” Tegurnya mencapai cawannya menghirup sedikit teh yang terhidang lalu mencapai seketul karipap.
Asyikin mendengar pertanyaan Qhadir menatap Siti yang hanya memandang cawan di tangannya, dia hanya membiarkan lalu mencapai cawannya menghirup tehnya sehinggalah…
“Mak aku tak restu hubungan aku dengan Thoriq. Lebih tepatnya mak aku hina fizikal Thoriq.” Mendengar hal itu, Asyikin dengan Qhadir secara serentak tersedak kuat sambil terbatuk.
Aryan melihat hal itu, menepuk belakang badan Asyikin dengan lembut untuk meredakan batuknya yang kuat begitu juga dengan Qhadir yang ditepuk oleh Mak Luna yang sedang menghidang juadah.
“Kau nak suruh kitaorang mati awal ke, hah? Kenapa tak bagitahu masa kitaorang tak tengah makan atau minum? Hampir saja nak tercabut nyawa ni.” Marah Qhadir memegang lehernya yang berasa perit menelan karipap inti kentang, dahlah rasa pedas.
“Awak ok?” Soal Aryan sambil tangannya masih menepuk belakangnya dengan perlahan, Asyikin mendengarnya mengangkat tangan membuat isyarat bagus.
“Aku…huwah!” Siti menangis kuat dengan air mata yang terus mengalir lalu menekup mukanya membuat semua orang di sana terdiam dan panik melihatnya.
“Ara-ara jangan nangis Siti.” Kak Maria menghampirinya lalu memeluknya dari sisi menenangkannya yang masih menangis.
“Mak kau cakap apa fasal Thoriq?” Soal Asyikin mengelap mulutnya dengan tisu yang dihulur oleh Aryan menatap Siti yang masih menekup mukanya.
“Mak aku kata yang…” Mengingat balik pada ayatnya maknya tehadap Thoriq membuatnya berasa marah dengan ayat maknya.
“MAK tak setuju dan mak tak restu hubungan kamu berdua. Mak tak nak lelaki macam dia jadi menantu mak! Mak tak nak! Cari lelaki lain!” Jerit Mak Siti sambil menunjuk tangan pada Thoriq yang hanya diamkan diri.
Siti mendengar hal itu berdiri dengan perasaan marah, “Kenapa pula? Akak cintakan Thoriq dan Thoriq cintakan akak. Kenapa mak tak restu hubungan kami berdua? Apa yang kurang dari Thoriq berbanding lelaki lain?!”
Thoriq melihat Siti yang tengah marah, cuba menenangkannya dengan menarik lengannya menyuruhnya berhenti bergaduh dengan maknya.
“Siti, sudahlah. Janganlah marah mak awak.” Ujarnya dengan suara lembut membuat Siti berasa bertambah marah mendengarnya.
“Lelaki seperti dia, ada apa je? Rupa tak kacak pun! Kulit pun hitam! Kerjaya pun biasa sahaja! Tak mampu untuk tampung anak aku yang bekerjaya lebih tinggi dari kau!” Siti berasa marah mendengar maknya menghina fizikal Thoriq lalu menghentak meja dengan kuat.
“Jadi lelaki macam apa yang mak nak!? Lelaki macam Haris tu ke? Lelaki curang, lelaki mengharapkan duit orang lain, lelaki yang tak cintakan orang? Mak nak menantu macam tu ke?” Marahnya mengenggam kedua tangannya dengan kuat sambil menatap kakinya.
“Mak, akak nak tanya. Yang nak kahwin tu akak ke mak?” Soalnya dengan suara tenang.
“Kamulah, takkan mak pula nak kahwin. Apalah soalan kamu ni…” Siti mengangkat kepalanya menatap maknya dengan air mata mengalir dengan senyuman sinis di bibir.
“Jadi untuk apa, mak tolak semua pilihan akak? Yang nak kahwin akak bukan mak, mak yang cakap macam tu kan? Tapi bila akak bawa calon akak sendiri, apa mak buat? Mak tolak semuanya takpe fikirkan perasaan akak. Akak dah besar, mak.” Ujarnya sambil mengelap air matanya yang mengalir di pipi.
“Bukan semua pilihan kamu tepat. Mak nak yang terbaik untuk kamu dan mak dah jumpa calon lebih baik untuk kamu. Dia anak tauke emas dekat kampung kita ni dan dia pun orang yang…”
Belum sempat dia habis cakap, Siti mengambil begnya lalu menarik lengan Thoriq melangkah keluar dari rumahnya meninggalkan kedua ibubapanya.
“Siti! Kamu nak pergi mana, mak tak habis cakap lagi! Siti!” Baru sahaja dia ingin bangun, suaminya memegang lengannya sambil menggeleng kepalanya memintanya berhenti.
“Sudahlah, sayang. Anak kita dah besar, biarlah dia sendiri tentukan masa depan dia sendiri. Jangan satu hari nanti anak kita merana dan tak bahagia disebabkan pilihan yang awak buat ke dia.” Ujarnya lalu bangun dari sofa meninggalkan isterinya berseorangan di ruang tamu menuju ke bilik.
THORIQ mengerling Siti yang sedang memandu keretanya dengan muka murung membuat dia berasa risau dengan keadaannya.
Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bercakap, kedengaran satu suara memecah kesunyian antara mereka.
“Saya minta maaf bagi pihak mak saya. Maaf sebab mak saya hina awak. Maaf sebab saya tak boleh kahwin dengan awak tanpa restu mak ayah, maaf saya tak boleh…kahwin dengan awak.”
Untuk elakkan risiko, Siti memberi signal lalu berhentikan kereta di seberang jalan lalu meletakkan dahinya pada stereng kereta.
“Maaf…saya bukan calon isteri yang sesuai untuk awak. Saya tahu awak nak kita kahwin dengan restu ibubapa, saya hargai. Tapi mak saya tu degil dan keras kepala. Apa saja yang dikatanya, saya kena ikut juga tak kira saya setuju atau tak. Mak saya tak pernah dengar pendapat dan pilihan saya. Saya rasa bodoh kerana masih mengharapkan pilihan dari ibu padahal saya dah besar pun. Saya…”
Siti mengenggam stereng kereta dengan kuat sambil air mata mengalir jatuh atas seluarnya sementara Thoriq mampu memerhatinya menangis.
Dia mengangkat tangannya untuk memujuk Siti tapi terhenti memikirkan hukum haram menyentuh perempuan bukan mahram. Dia menjatuhkan tangannya lalu membiarkan tangisan Siti memcah kesunyian mereka berdua.
“TAK malu betul doktor ni nangis depan orang.” Perli Qhadir, Siti mengambil bantal disebelahnya lalu memukulnya dengan bantal di tangan.
Qhadir dengan cepat menangkap bantal di tangannya, “Habis tu apa salah kau sampai kau perlu menangis dan berminta maaf dengan Thoriq? Aku tak rasa semuanya salah kau.”
“Kau ni buat tak faham ke?! Salah aku sebab tak boleh nak tunai janji dan harapan dia nak kahwin dengan restu kedua ibubapa. Ibubapa dia dah restu aku, tapi mak aku tak restu dia. Mak aku siap hina fizikal Thoriq lagi. Macam mana aku nak jumpa Thoriq lagi lepas ni?” Siti menekup muka dengan tangan melepaskan tangisannya.
“Habis tu Thoriq ada cakap apa-apa tak selepas tu?” Soal Asyikin menatap Siti yang mengangkat kepalanya dengan muka comot dengan air mata mengalir.
“Tak. Selepas sahaja dia hantar aku dekat klinik, dia terus pecut balik tanpa sebarang kata. Aku rasa…dia dah bencikan aku. Huwah!” Siti menangis dengan kuat, Kak Maria mencapai sehelai tisu lalu mengelap air matanya.
Asyikin dengan Qhadir pandang antara satu sama lain menghela nafas panjang melihat kawan mereka yang menangis begitu.
“Bukan salah Thoriq juga buat Siti macam ni. Tapi macam mana nak kata kalau ye pun bagilah sepatah kata ke dia ni. Tak fasal-fasal salah faham macam ni.” Guman Asyikin dalam hati sambil mengunyah sandwich telur berpaling melihat arah lain.
“Tak boleh nak pergi belasah Thoriq juga. Bukan salah dia pun.” Bisik hati Qhadir menghirup tehnya berpaling arah lain.
“Saya tak rasa Thoriq akan benci awak, Siti. Saya dah kenal dengan Thoriq sejak kami sekolah rendah lagi. And you know yang Thoriq tak pernah sekalipun jatuh cinta dengan mana-mana perempuan sehinggalah awak hadir dalam hidup dia. Saya pun tahukan yang dia bina sebuah kafe berdekatan dengan klinik awak. Thoriq takkan buat kerja macam tu melainkan dia betul-betul cintakan awak, Siti.” Ujar Aryan memberi sedikit kata-kata kepadanya yang menadah telinga mendengarnya.
“Thoriq kalau dia dah cintakan orang, dia takkan lepas orang tu macam tu sahaja. Mungkin dia tengah kesal dengan sesuatu atau pada diri dia sendiri?” Sambung Aryan menatap Siti yang merenungnya.
“Kesal dengan diri sendiri? Kenapa dia nak kesal dengan diri dia? Dia tak salah, yang salah aku sebab tak bagitahu awal-awal pasal mak aku. Aku yang salah, aku tak boleh kahwin dengan dia.” Asyikin merenung kawannya menghela nafas panjang.
“Aku setuju dengan Aryan. Mungkin dia kesal dengan diri dia. Kau ada kata yang kau nangis depan dia? Dia ada sentuh kau tak atau aku patut kata dia ada tak naikkan tangannya untuk pujuk kau?” Siti menggeleng kepalanya membuatnya tersenyum kecil.
“Sebab tulah dia kesal dengan kau. Sebab dia hanya mampu tengok kau nangis tak mampu pujuk kau.” Sokong Qhadir yang faham apa yang dimaksudkan oleh Asyikin.
“Maksud kau?” Soal Siti dengan dahi berkerut, kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh kedua kawannya.
“Maksudnya dia kesal dengan dirinya yang tak dapat mengesat air mata kau dan dia kesal sebab dia tak boleh peluk kau.”
“Korang kan masih belum halal. Aku rasa apa yang Thoriq buat tu ada betul juga, tak peluk kau untuk tengankan kau. Dia fikir haram dan halal sebelum dia buat macam tu pada kau, kau faham tak?” Sambung Qhadir menerangkan apa yang ingin disampaikan oleh mereka.
“Sebab tu dia tak kata apa-apa pada kau. Dia fikir ni salah dia sebab tengok kau nangis depan dia. Kau faham sekarang yang Thoriq bukan benci pada kau tapi dia kesal pada dirinya yang tak dapat hapuskan air mata kau dengan tangannya sebab korang belum sah.” Sambung Asyikin mencapai satu karipap lalu kunyah dengan perlahan.
Siti memeluk lututnya lalu menekup mukanya pada lututnya memahami apa yang berlaku. “Tolong bagitahu aku yang aku bodoh sekarang ni.”
“Ye, memang kau bodoh pun. Cepat berfikiran negatif dan cepat beremosi. Itulah diri kau. Macam manalah Thoriq nak jaga kau kalau perangai dan jalan pemikiran kau macam tu? Macam mana korang nak bahagia hingga ke Jannah kalau kau berfikiran negatif sebelum korang disatukan?” Qhadir memberi ayat pedas padanya yang tersentap mendengarnya.
“Beb, tengok kawan baik kau perli aku.” Siti mengadu pada Asyikin yang hanya mengangkat kedua bahunya.
“Bukan urusan aku. Lagipun apa yang Qhadir kata tu memang betul pun, aku sokong Qhadir kali ni.” Qhadir menaikkan ibu jarinya menyokong kata-katanya.
“Rasanya kau kena jumpa Thoriq dan bagitahu rancangan kau sebenarnya. Yang kau nak kahwin dengannya tapi tanpa restu mak kau. Aku rasa dia faham kau. Kalau dia tak faham kau, aku dengan Qhadir akan buat dia faham.” Ujarnya tersenyum jahat di bibirnya.
“Aku bagitahu dia sendiri. Selagi aku tak suruh, jangan korang berani apa-apakan Thoriq.” Panik Siti mendengar ayat terakhirnya tadi membuat Asyikin dengan Qhadir tersenyum kecil.
Share this novel