Series
17
SUASANA waktu tengah malam kelihatan menyeramkan apabila berada di luar malam berseorangan, kelihatan seorang perempuan melarikan diri dalam hutan mencari jalan keluar selepas sahaja keluar dari tempat berbahaya tersebut.
Langkahnya terhenti di sebuah pokok besar di sebelahnya sambil menarik nafas panjang setelah lama berlari daripada orang yang mengejarnya. “Siapapun tolong aku.” Gumam dalam hatinya mengharapkan bantuan dari sesiapa.
Dia terdengar bunyi tapak kaki menghampiri lalu bersembunyi di sebalik pokok besar di sebelahnya, mengeluarkan sedikit kepala melihat beberapa orang yang memakai hoodie seperti mencari sesuatu bersama parang di tangan masing-masing.
“Aduh, macam mana boleh terlepas perempuan tu? Apa nak jawab pada Master ni, mesti dia akan mengamuk nanti. Matilah aku.” Keluh salah seorang dari mereka.
“Habislah kau, mesti malam ni kau jadi hidangan utama Master.” Usik kawannya mendapat satu pukulan di bahu dari kawannya itu.
“Dah. Dah. Apapun kita kena cari perempuan tu sampai dapat tak kira lah kita bunuh dia terus atau tak, kita terpaksa buat macam tu. Kalau kita terlepas dia, habislah. Mesti dia akan bagitahu polis pasal kedudukan markas kita ni.”
“Sayanglah, aku baru nak rasmi badan dia tu. Nampak sayang pula nak dijadikan hidangan kita semua.” Balas salah seorang lelaki membayangkan perempuan tersebut dalam pelukannya.
Perempuan itu menekup mulut dengan tangannya tidak mengeluarkan sebarang suara dan air matanya mengalir dengan deras mendengar hal itu lalu memejam matanya.
“Apapun jom sambung cari perempuan tu, dia mesti tak berada jauh dari sini. Kita berpecah!” Setelah itu, mereka semua berpecah mencari di sekitar hutan mencari perempuan itu.
Melihat hal itu, perempuan itu dengan cepat melarikan diri dari tempat persembunyiannya dengan berhati-hati tanpa sebarang bunyi.
Selepas dia merasa yang jaraknya sudah jauh dari mereka, tanpa fikir panjang dia membuka langkah seribu, berlari sekuat hati tanpa memandang kiri dan kanannya. Dalam fikirannya sekarang hanyalah keluar dari hutan tersebut dan mencari bantuan.
KETIKA itu, Siti memandu keretanya selepas sahaja dia pulang dari tempat kerjanya yang terpaksa ditutup lewat disebabkan seorang pesakit yang mengalami luka yang serius.
“Kalau bukan sebab jalan yang biasa aku lalu tu kena baiki, memang taklah aku nak guna jalan ni untuk balik ke rumah aku.” Rungut Siti memandu keretanya di kawasan hutan kerana hanya jalan ini sahaja boleh dilalui untuk pulang ke rumahnya.
Kebiasannya dia hanya menggunakan jalan satu lagi tapi disebabkan ada penambahbaikan jalan raya, dia terpaksa menggunakan jalan itu walaupun sunyi dan menakutkan.
“Ya Allah, lindungilah aku sepanjang perjalanan ni. Jangan nak keluar benda yang pelik-pelik depan aku tak kira hantu, jin sekalipun janganlah ganggu aku. Aku tengah penat ni, balik ni nak cari katil je.” Doa Siti menatap jalan di depannya tanpa mengerling kiri dan kanannya.
Setelah berkata begitu, Siti menyanyi kecil mengharapkan apa yang bermain di fikiran menghilang sehinggalah kelihatan kelibat seorang perempuan yang baru sahaja keluar dari hutan berdiri di tengah jalan menatap keretanya.
Melihat hal itu, kaki Siti terus menginjak brek kaki secara mengejut. Mujurlah kereta berhenti sebelum dia sempat melanggar perempuan itu membuat jantungnya hampir tercabut.
“Aduh doa aku tak termakbul ke? Adakah ini makhluk halus atau jin yang menyamar jadi manusia ni? Patut ke aku larikan diri atau…” Belum sempat dia habis fikir, perempuan itu menghampir pintu keretanya lalu mengetuk cermin keretanya.
“Alamak dia datang sini pula, perlu ke aku…” Siti menatap perempuan itu yang kelihatan panik dan ketakutan seperti ingin meminta pertolongan.
Siti menarik nafas panjang dengan lafaz bismillah dan sedikit doa penenang, dia membuka cermin keretanya menatap perempuan itu dari atas ke bawah lalu menatap pakaiannya yang kelihatan kotor dan terkoyak di bawah.
“Tolong saya! Ada orang nak bunuh saya! Saya…” Siti berasa keliru sehinggalah dia terdengar suara seseorang yang menjerit dari dalam hutan lalu dengan cepat dia membuka kunci pintu belakang.
“Masuk pintu belakang, cepat!” Perempuan itu dengan cepat membuka pintu belakang lalu masuk ke dalamnya. Setelah itu, Siti menginjak minyak kereta lalu memecut kereta keluar meninggalkan hutan itu.
“Aduh baru nak balik dengan tenang, last-last ketenangan aku hilang. Dahlah yang tengahari tadi tak hilang lagi rasa sakit hati.” Gumamnya dalam hati mengerling perempuan di kerusi belakang melalui cermin pandang belakang.
“Awak ni salah seorang mangsa Moonlit Killer ke?” Soalnya. Sebab Asyikin ada bagitahu yang kemungkinan mereka berdua pun mungkin tergolong juga kerana usia mereka 24 tahun jadi kemungkinan mereka pun target Moonlit Killer.
Perempuan tu menganguk kepala beberapa kali, “Ye, tapi saya sempat melarikan diri sebelum sempat dia apa-apa kan saya.” Balasnya dengan air mata yang sudah kering.
“Apapun saya akan bawa awak balik ke rumah saya terlebih dahulu. Bersihkan diri dan pakai pakaian bersih sebelum bawa awak pergi balai polis untuk buat laporan esok pagi.” Balasnya mengerling cermin sisi untuk pastikan tiada sebarang kereta mengekorinya dari belakang.
“Te…terima kasih banyak-banyak.” Perempuan tu menunduk kepala padanya membuat Siti tersenyum kecil.
“Takpe, saya pun mungkin tergolong juga seperti awak. Apa nama awak? Nama saya Siti Aleya, panggil Siti je.” Ujarnya memperkenalkan diri untuk menenangkan perempuan itu.
“Nama saya Nur Arissa Sofea, umur saya 20 tahun.” Balasnya dengan senyuman kecil di bibir.
“Muda lagi, awak masih belajar ke?” Arissa mengangguk kepalanya.
Mereka berdua terus berbual tentang diri masing-masing sehinggalah tiba di sebuah rumah bertingkat 2 lalu Siti memasuki keretanya apabila pagar rumahnya terbuka menggunakan remote di tangannya.
“Nak bawa dia ke balai atau bawa pergi jumpa Syikin? Sebab Syikin kan anggota Layrix Agency, mesti dia boleh tolong. Tapi apapun kena lapor pada polis dulu.” Gumamnya dalam hati, mengajak Arissa untuk masuk ke rumahnya.
KEESOKAN paginya, Siti memandu keretanya untuk ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan bersama Arissa di kerusi penumpang di sebelahnya.
Siti menyedari tangan Arissa mengigil lalu cuba menenangkannya, “Jangan risau, selepas sahaja kita buat laporan polis, polis akan lindungi awak 24 jam tanpa henti setiap hari. Agap jelah awak artis terkenal dijaga oleh bodyguard.” Guraunya membuat Arissa tertawa kecil mendengarnya.
“Pun boleh juga begitu.” Siti tersenyum kecil kerana dapat menceriakan balik Arissa sehinggalah dia mendapat satu panggilan telefon dari seseorang.
“Siapalah pula call?” Siti mengambil earphonenya lalu memasang di telinganya kemudian menjawab panggilan tersebut.
“Hello, beb. Ada apa call aku pagi-pagi ni? Rindu aku ke?” Soalnya setelah melihat nama yang tertera pada telefonnya.
“Sekarang ni kau dalam perjalanan ke balai polis ke?” Siti mendengar hal itu dengan cepat mengerling cermin pandang belakang untuk melihat sekiranya ada kereta kawan baiknya di belakang.
“Macam mana kau tahu aku nak ke balai sekarang ni?” Soalnya dengan perasaan yang separuh terkejut mengerling kiri dan kanannya juga.
“Letak tepi pasal tu. Aku nak kau bawa perempuan tu ke rumah mertua aku sekarang juga. Jangan bawa dia ke balai.” Balasnya dengan suara tegas membuat Siti berasa hairan.
“Kenapa pula? Dia salah seorang mangsa Moonlit Killer, beb. Hanya polis je boleh membantunya. Takkan nak biarkan dia kena culik pula dengan…” Belum sempat dia habis cakap, Asyikin mencelah.
“Masalahnya kalau kau bawa dia ke balai bukan dia sorang je akan jadi mangsa, kau pun akan jadi mangsa dia juga. Dengar cakap aku Siti, bawa perempuan tu ke sini. Aku dah call Qhadir, tinggal kau bawa dia ke sini je.” Terang Asyikin memeluk tubuhnya menatap skrin laptopnya.
“Baiklah, aku faham. Aku bawa dia jumpa kau dekat sana.” Setelah itu, Siti meletakkan panggilannya lalu menghela nafas panjang.
Arissa memerhati Siti yang sedikit marah, “Kenapa ni, Kak Siti? Ada masalah ke yang berlaku?”
“Tak. Macam ni sebelum kita buat laporan, kawan saya nak jumpa awak. Don’t worry, kawan saya tu kerja di Layrix Agency dan merupakan salah seorang bawahan Detektif Laya yang tengah handle kes Moonlit Killer.” Terang Siti tersenyum kecil.
“Layrix Agency tu agensi yang diketuai oleh Detektif Laya yang terkenal tu ke? Jangan kata kawan baik akak tu Detektif Laya?” Siti tertawa kecil mendengar hal itu mengeleng kepalanya.
“Bukan. Syikin tu hanya anggotanya sahaja bukan Detektif Laya.” Balasnya sambil matanya masih menatap jalan raya menuju ke rumah mentua Asyikin.
“Ehh saya ingat saya boleh jumpa Detektif Laya.” Luah Arissa dengan muka sedikit kecewa kerana tidak dapat jumpa Detektif yang terkenal di Kuala Lumpur itu.
Siti mengerling Arissa yang muka cemberut mampu tersenyum kecil, “Mustahillah kawan baik aku tu Detektif Laya.” Bisik hatinya.
“JADI awak larikan diri dari markas Moonlit Killer? Jadi maknanya awak tahu dimana terletak markas baru dia?” Soal Qhadir sambil berdiri di sebelah Arissa yang duduk di sebuah pondok sementara dirinya menatap perempuan itu dengan pandangan serius.
Sekarang ini Qhadir tengah bersoal siasat dengan Arissa di sebuah pondok luar rumah, Asyikin menghampiri mereka berdua bersama dulang di tangannya.
“Ye, saya larikan…diri dari sana.” Jawab Arissa dengan gugup melihat pandangan Qhadir yang menakutkan pada pandangannya.
Asyikin menyedari hal itu menghampiri Qhadir menegurnya, “Kalau ye pun nak soal siasat, janganlah tegas sangat. Kau buat dia ketakutan, Qhadir. Cuba tanya baik-baik. Kau tanya macam ni sampai ke sudah perempuan ni ketakutan nak jawab soalan kau.”
Qhadir mendengar hal itu menatap Arissa yang menggigil lalu menghela nafas panjang menghampirinya kemudian mencangkuk sambil menatapnya.
“Saya minta maaf, bukan niat saya nak takutkan awak. Ni sudah tugas saya sebagai anggota polis untuk bertanya dan merupakan anggota yang terlibat dalam selesaikan kes Moonlit Killer. Saya minta maaf atas sikap kasar saya.” Menunduk kepalanya di depan Arissa.
Arissa tergamam seketika dengan tindakannya lalu menjawab, “Tidak apa-apa, saya faham tugas anda sebagai polis.”
Qhadir tersenyum kembali berdiri tegak, Asyikin menghulurkan segelas air pada Arissa dengan senyuman di bibirnya.
“Minumlah, awak pasti haus.” Arissa melihat gelas tersebut terus menyambut hulurannya.
“Terima kasih, awak ni…” Arissay menunjuk jari telunjuknya pada Asyikin yang berdiri di sebelah Qhadir.
“Saya Luna Asyikin, kawan baik Siti dan juga merupakan salah seorang anggota Layrix Agency. Selamat berkenalan Arissa. Siti dah ceritakan semua pada saya pasal apa yang terjadi pada awak.” Ujarnya melabuhkan punggung di sebelah Arissa.
“Awak kerja dengan Detektif Laya?” Soalnya dengan perasaan teruja.
Asyikin melihat hal itu tertawa kecil, “Awak pasti suka dengan bos saya, kan?” Arissa mendengar hal itu tersenyum malu dengan kelakuannya tadi.
“Jadi boleh cerita pada kami apa yang berlaku semasa awak kena culik dengan Moonlit Killer?” Asyikin dalam diam mengeluarkan telefon dari belakang merakam perbualan mereka.
Arissa mula bercerita dari awal macam mana dia boleh diculik dengan Moonlit Killer dengan pengakhirannya dia berjaya melepaskan diri daripaad cengkaman Moonlit Killer dengan menyepak tempat kemaluannya dengan kuat membuat mereka berdua yang mendengarnya menahan diri dari ketawa.
SETELAH mendengar cerita lengkap Arissa, Qhadir bertanya tentang lokasi markas Moonlit Killer kemudian Arissa menerangkan suasana di tempat tersebut serta mengatakan yang tempat tu dikelilingi dengan hutan yang tebal.
“Hutan tebal? Aku rasa macam aku tahu je dekat mana.” Tanpa fikir panjang, Qhadir mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi pembantunya untuk bertanyakan tentang hutan tersebut.
Arissa memerhatinya dari jauh dengan pandangan kagum lalu berbisik pada Asyikin yang memerhati tindkaan Qhadir, “Ahh akak, saya nak tanya sesuatu boleh?”
Asyikin mengerlingnya dengan salah satu keningnya terangkat, “Tanya jelah.”
“Lelaki tu kawan baik akak juga ke?” Menunjukkan jari pada Qhadir yang tengah fokus bercakap, menarik perhatiannya melihat ketampanan Qhadir yang terlalu mengugat imannya.
“Ouh Inspektor Qhadir ke? Ye, dia pun kawan baik akak dengan Siti. Kitaorang dah berkawan lama dari sekolah menengah lagi.” Terang Asyikin yang dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan pertanyaan Arissa.
Kerana setiap kali dia bersama Qhadir mesti akan ada yang bertanya hubungannya dengan Qhadir. Yelah lelaki sekacak Qhadir ni takkanlah tiada siapa terpikat, semua orang hairan dengannya yang tidak tertarik langusng pada Qhadir walaupun mereka dah lama berkawan.
“Ouh, kacak juga dia.” Tu dia dah datang ayat yang ditunggu olehnya. Belum sempat Arissa menyambut ayatnya, Asyikin dengan cepat memotong ayatnya.
“Memang kacak pun. Tak hairan kalau dah ada tunang.” Dia menekankan perkataan tunang itu dengan terang dan jelas.
Arissa mendengar hal itu terkejut, “Dia dah ada tunang?” Soalnya dengan perasaan tidak percaya.
“Ye, kawan saya dah ada tunang pun. Tak silap tahun ni juga kahwin.” Mengerling Arissa yang buat muka sedih seperti hilang peluang untuk berkenalan dengan Qhadir.
“Saya dah biasa dengar ayat macam tu dari perempuan lain. Kawan saya dari dulu terkenal dalam kalangan perempuan. Bukan awak sorang je, ramai je perempuan dekat luar sana gilakan dia.” Sambungnya membuat Arissa berasa lagi kecewa berlipat ganda.
Share this novel