Series
17
“APA pula nak cari gaduh dengan Dato? Kalau saya nak cari gaduh pun, petang tadi saya dah start.” Jawab Asyikin dengan spontan membuat Ridz menahan bibirnya dari ketawa.
“Habis tu apa hal kau nak jumpa dengan aku? Nak bincang pasal 3 ujian tu ke?” Asyikin tersenyum melangkah menghampiri meja kerja Dato lalu meletakkan dulang yang dibawanya.
“Saya bawakan sedikit makanan ringan untuk Dato kunyah semasa buat kerja. Saya bawa biskut oat dengan kopi panas untuk Dato. Cubalah rasa, ini bukan rasuah. Saja nak bagi Dato rasa.” Dato menatap hidangan yang dibawanya lalu berpaling pada dokumen di tangannya.
“Saya pun datang sini nak minta keizinan untuk berjumpa dengan Datin.” Ujarnya menatap Dato yang berpaling padanya mendengar permintaannya itu.
“Untuk apa aku berikan keizinan pada kau…” Dato diam apabila Asyikin mengangkat tangannya di depannya meminta untuk berhenti bercakap.
“Takkan Dato tak nak turuti permintaan isteri Dato? Aryan ada bagitahu saya yang Datin nak sangat jumpa dengan saya, Datin pun ada bagitahu pasal ni ke Dato, kan? Takkanlah Dato tak nak turuti permintaan isteri tercinta.” Balas Asyikin tersenyum puas melihat reaksi Dato yang terdiam memikirkan apa yang dikatanya tadi.
“Memang betul pun isteri aku nak sangat jumpa dengan perempuan ni tapi… Ahhh…” Bisik hatinya mempertimbangkan permintaan Asyikin dan permintaan yang sama diminta oleh isterinya.
Setakat nak bagi jumpa dia dengan isteri aku apalah sangat, aku sanggup tunaikan apa-apa saja untuk isteri tercinta walaupun terpaksa melalui arus laut yang kuat.
“Baiklah, aku izinkan kau bertemu dengan isteri aku tapi pastikan kau tak kata apa-apa yang menyakitkan hati isteri aku. Kalau tidak…” Belum sempat habis cakap, Asyikin mencelah.
“Sekejam-kejam saya pun takdelah saya nak buat macam pada orang yang sakit, Dato. Kalau dengan Dato bolehlah sebab Dato sihat walfiat lagipun saya tahu yang Dato sayang sangat pada Datin. Jadi bila saya boleh jumpa dengan Datin?” Soalnya menatap Dato dengan perasaan gembira kerana rancangan berjalan lancar seperti yang dijangka.
“Nanti aku minta Ridz jemput kau. Takde apa dah kan? Jadi boleh keluar.” Halau Dato kembali fokus pada dokumennya sehinggalah dia menyedari yang Asyikin masih tercegat di depannya.
“Sebelum saya keluar, saya nak minta satu benda lagi. Saya nak Dato rasa biskut yang saya bawa ni, bagi komen macam mana. Nanti boleh saya bagi ke Datin rasa sebab Datin kan suka biskut oat?” Dato tergamam seketika apabila dia mengetahui biskut kesukaan isterinya.
“Macam mana kau…” Dato terdiam lalu menatap biskut di atas pinggang, tanpa fikir panjang tangannya mencapai sekeping biskut itu lalu mengigitnya sedikit.
Ridz melihat tindakan majikannya terkejut kerana kebiasaannya Dato akan mintanya rasa dahulu apa-apa sahaja hidangan yang disajikan sebelum Dato makan. Yelah mana tahu ada racun? Tapi kali ini lain daripada lain sebab Dato makan dahulu sebelum dia rasa.
Asyikin menunggu dengan sabar komen dari Dato melihatnya mengunyah semua biskut oat di tangannya lalu meneguk kopi yang masih panas.
Dato terdiam seketika merasa kopi yang dihirupnya kena pada tekaknya, “Jenama kopi apa yang kau guna ni? Pertama kali aku rasa kopi macam ni.” Soalnya.
“Ouh saya buat sendiri kopi tu tanpa sebarang serbuk mahupun kopi segera. Hanya buatan tangan sendiri.” Mendengar hal itu, Dato tergamam menatap kopi yang diminumnya.
“Macam mana Nona boleh buat kopi tanpa sebarang serbuk dan apa-apa kopi segera?” Soal Nazrul dengan penuh tertarik mendengarnya.
“Ouh saya cuma guna biji kopi Arabica yang saya tanam sendiri di belakang rumah. Benihnya pun saya buat sendiri. Kalau tak percaya, nanti saya bawa untuk tunjuk pada anda berdua.” Jawan Asyikin dengan perasaan bangga.
“Wow hebatlah Nona.” Dato berdehem kecil lalu meletakkan cawan kopi ke tempat asal menatap Asyikin dengan pandangan dingin.
“Itu saja je kan yang kau nak? Boleh keluar sekarang, aku ada dokumen yang perlu diselesaikan.” Mendengar hal itu, Asyikin tersenyum puas lalu mengangguk kepala.
“Baiklah, kalau begitu saya minta diri dulu.” Dia menundukkan sedikit kepalanya lalu melangkah ke pintu.
Belum sempat dia memegang tombol pintu, tindakannya terhenti apabila mendengar suara Dato.
“Terima kasih untuk sup cendawan yang kau buat baru ni. Sebabkan sup kau, selera isteri aku makin bertambah. Aku ucapkan terima kasih dari lubuk hati sebagai suaminya.”
Mendengar hal itu, Asyikin tersenyum kecil berpaling pada Dato. “Sama-sama. Kalau Dato nak saya masak apa-apa untuk Datin, bagitahu je. Saya akan buat Datin makin berselera untuk makan. Sebelum tu saja je nak bagitahu, biskut oat yang Dato makan tu saya buat. Tu jelah saya nak bagitahu. Selamat malam Dato dan Ridz, sweet dreams.”
Asyikin melambai tangan pada mereka lalu melangkah keluar dari ruang tersebut menutup pintu dengan perlahan.
DATO Ryan Lee menghela nafas panjang, mencapai cawan kopi tadi lalu menghirupnya dengan perlahan, Ridz hanya memerhati dari sebelah.
“Kenapa kau pandang aku macam tu? Ada masalah ke?” Soalnya sementara mata masih menatap pada dokumen di tangannya.
“Tiada apa-apa, saya cuma terkejut dengan Dato malam ni. Kebiasannya Dato akan suruh saya rasa dulu tapi malam ni terbalik pula.” Balas Ridz dengan senyuman mengusik.
“Kau akan faham bila kau rasa sendiri.” Ridz memahami apa yang dikatanya lalu menghampiri pinggan yang berisi biskut oat yang dibawa oleh Asyikin tadi.
Lalu dia mencapai sekeping biskut dengan lafaz bismillah dia mengiggit biskut tersebut apatah terkejutnya merasa biskut oat menyentuh lidahnya.
“Seriuslah, biskut ni Nona buat sendiri? Saya tak pernah rasa biskut oat sesedap ini.” Ujar Ridz dengan perasaan terkejut melihat biskut yang dimakannya separuh.
“Tu baru biskut, belum lagi kopi dia buat. Rasalah tapi sikit je, aku nak simpan untuk buat kerja malam ni.” Meletakkan cawan itu di depan Ridz mencapai cawan tersebut meneguk kopi dengan perlahan dan reaksi sama seperti tadi.
“Ni kali pertama saya rasa kopi sepahit dan sesedap ini. Ni barulah kopi namanya. Rasanya kuat dan tak terlalu pahit, sesuai untuk peminat kopi seperti Dato.” Meletakkan cawan tu di atas meja memuji masakan Asyikin.
“Aku tak boleh nak nafikan tetapi masakan perempuan ni lain daripada yang lain sampaikan isteri aku yang tiada selera terus berselera apabila makan sup cendawan buatannya. Aku puji dia kali ni, dia memang pandai memasak.” Dato mengambil satu keping lagi biskut oat.
“Kalau ikutkan, Nona ada kata yang bakat memasak ni menurun dari arwah mak Nona sendiri. Sejujur saya kata masakan Nona sangat sedap dan menyelerakan.” Dato hanya diam mendengarnya lalu tangannya mencapai satu biskut lagi mendengar teguran majikannya.
“Aku cakap ambil satu je, kenapa kau ambil lagi? Letak balik.” Tegurnya sementara matanya menatap dokumen.
“Alah satu je Dato, lagipun biskut Nona buat sedap. Takkan nak tolak rezeki, ada banyak lagi Dato.” Balas Nazrul dengan berani dan santai.
“Sekeping tu saja, lepas tu jangan berani ambil lagi.” Ridz hanya mengangkat kedua bahunya lalu mengunyah biskut tersebut.
Dato hanya menghela nafas kasar kemudian fokus pada dokumen. Ridz melihat hal itu menatap majikannya mula berubah sedikit setelah Asyikin masuk ke dalam keluarga Lee.
“Macam mana Nona boleh ubahkan perangai majikan aku yang dari dulu dingin dan beku, sekarang ni dah lain. Hanya isteri majikan aku sahaja boleh tenangkannya. Nampaknya Nona baru kita bukan biasa-biasa. Aku rasa Nona tak perlu menjalankan 3 ujian itu sebab Nona dah layak untuk jadi anggota Keluarga Lee.” Gumamnya dalam hati.
ASYIKIN melangkah laju menuju ke perpustakaan dimana dia meminta Aryan tunggu di sana sebelum dia berjumpa dengan Dato.
Tanpa sebarang ketukan, dia membuka pintu seluas mungkin menghasilkan bunyi dentuman pintu yang kuat.
Aryan yang terlalu fokus pada kerjanya terangkat kedua bahunya, terkejut mendengar bunyi tersebut berpaling pada Asyikin yang menghampirinya dengan senyuman lebar.
“Hihi sorry, terbuka kuat sangat pintu. Tapi saya ada berita baik untuk awak.” Dia menarik kerusi lalu mendekatkan kerusi itu dengan kerusi Aryan lalu melabuhkan punggung pada kerusinya.
“Terkejut saya tadi, saya fikir ada perompak nak masuk.” Dia mengurut dadanya membuatkan Asyikin mencantumkan kedua tangannya meminta maaf.
“Maaf, tapi saya berjaya dapat izin dari Dato untuk jumpa Datin esok. Yay!” Mengangkat kedua tangannya ke atas sambil bersorak gembira.
Aryan melihat tingkah lakunya hanya tersenyum sambil menepuk tangan, “Wow, hebatlah. Saya fikir ambil masa juga nak pujuk grandpa untuk minta izin tapi…” Menatap jam di dinding.
“…tak sampai setengah jam, awak berjaya dapat keizinan. Tahniah diucapkan.” Mereka berdua sama-sama bertepuk tangan.
“Terima kasih banyak-banyak, tak sia-sia saya bagi rasuah sebelum minta izin tadi.” Menyandar badan pada kerusi yang diduduknya.
“Awak betul-betul bagi rasuah ke grandpa?” Soal Aryan berfikir yang dia hanya bergurau sahaja pasal nak bagi rasuah tu. Sebabnya grandpa bukan orang yang mudah menerima sesuatu melainkan benda yang melibatkan grandma.
“Hm kalau bagi biskut oat dengan kopi tu dikira rasuah tak?” Soalnya sambil menyengetkan sedikit kepala ke kanan.
“Yang tu dikira juga, tapi grandpa terima ke?”
“Terimalah, siap makan lagi. Tu pun saya yang suruh Dato makan dengan berkata yang Datin pun suka biskut oat juga. Jadi Dato terus makan biskut tu.” Balas Asyikin mengingat balik reaksi Dato memakan biskut buatannya.
“Guna nama grandma bolehlah. Sekurangnya awak dah dapat izin untuk jumpa grandma esok. Nak saya temankan awak tak?” Soalnya. Manalah tahu Asyikin nak berteman tapi saya rasa mustahil.
“Awak nak teman pun boleh, saya tak kisah sangat. Lagipun saya kalau dengan orang tua ni tak berapa ngam sangat. Kalau dengan Dato tu nak gaduh je tapi kalau dengan Datin saya tak tahu nak kata apa? Mungkin sebab saya ada atuk saya tu yang jadi ngam.” Jawabnya memeluk lutut memikirkan bagaimana, apa yang dia nak cakap dengan Datin esok.
Aryan menatap Asyikin yang murung lalu mendekatkan jaraknya sehinggalah muka Aryan dekat dengan mukanya. “Jangan risau, awak boleh.”
Asyikin mengangkat kepalanya terkejut melihat jarak dekat antara mukanya dengan muka Aryan hanya beberapa inci lagi.
“Kalau awak boleh marah grandpa apatah lagi awak boleh rapat dengan grandma. Jangan risau, grandma tu orang yang sporting dan banyak mulut maksudnya suka berbual tak kira pasal apa sekalipun.” Aryan meletakkan tangan pada bahunya seperti memberi semangat kepadanya.
“Ka…kalau awak dah cakap macam tu, saya cuba.” Asyikin membalas tatapan Aryan yang menatap matanya sambil tersenyum lebar.
“Ni barulah Syikin yang saya kenal.” Aryan mengusap kepala Asyikin dengan perlahan membuatnya terasa tersentuh dengan tindakan Aryan mengingatkannya pada arwah ayahnya yang dulu suka mengusap kepalanya masa dia kecil.
“AYAH! Tengok ni Syikin lukis apa.” Dia menghampiri ayahnya yang tengah bersantai di luar menunjukkan kertas yang digunakannya tadi untuk melukis sesuatu.
Ayahnya mengambil kertas tersebut lalu mengusap kepalanya dengan perlahan sambil memuji, “Pandai anak ayah lukis. Sebiji macam ayah dan mak. Besar nanti bolehlah jadi pelukis.”
“Syikin tak nak jadi pelukis. Syikin nak jadi macam ayah yang pandai nasihatkan orang, tolong orang dan baik pada semua orang. Syikin suka dengan sikap ayah.” Balasnya dengan senyuman di bibir membuatkan ayahnya terharu mendengarnya lalu memeluk dirinya.
“Ayah sayang anak ayah! Nanti petang ni kita kayuh basikal nak?” Mendengar perkataan ‘basikal’, dia terus mengangguk kepala dengan mata bersinar.
“Nak! Nak! Syikin suka naik basikal, lagi-lagi naik dengan ayah!” Ayahnya mencium kedua pipinya sehinggalah dia ketawa kecil terasa geli apabila pipinya bersentuh dengan janggut ayahnya.
“Abang! Saya dah kata cukur janggut tu, kesian anak kita awak cium macam tu. Sakit pipi dia.” Marah mak Asyikin menghampiri mereka berdua membawa dulang di tangannya.
“Nanti abang cukurlah. Anak ayah tak kisahkan?” Ayahnya mengangkat duduk di atas riba ayahnya sambil maknya menyuap buah epal yang sudah dipotong berbentuk arnab.
“Wow epal bentuk arnab! Syikin suka arnab!” Mereka berdua ketawa melihat telatah anak mereka yang selalu menceriakan suasana,
“SYIKIN?” Aryan menatap Asyikin yang hanya terdiam sahaja sambil menunduk kepala ke bawah.
Asyikin menyedari Aryan memanggil namanya, mengangkat kepalanya menatap Aryan. “Ye? Awak panggil saya ke? Maaf saya melamun pula tiba-tiba.”
Asyikin memandang skrin laptop Aryan menyala dan boleh dilihatnya ada dokumen dan projek yang diuruskan oleh Aryan.
“Saya rasa saya pun perlu balik ke bilik sekarang, maaflah ganggu awak bekerja.” Dia bangun dari duduknya menarik kerusi ke tempat asal.
“Tidak apa-apa, saya pun tak kisah. Bukan kerja penting pun, tak menganggu saya langsung.” Ujar Aryan menatap Asyikin.
“Ohh macam tu takpelah saya pun nak rehat juga, dah mengantuk pula ni. Saya masuk bilik dululah, selamat malam Aryan.” Belum sempat Aryan membalasnya, dia melangkah keluar dari perpustakaan meninggalkan Aryan berseorangan.
“Selamat malam, Syikin.” Balasnya sambung kepada kerjanya yang terhenti tadi.
Share this novel