Series
17
SUASANA awal pagi yang mendung, kemungkinan akan hujan tetapi hanya awan mendung sahaja kelihatan.
Di seberang sungai, terdapat banyak kereta polis begitu juga dengan beberapa wartawan dimana terdapat satu kes yang datang dan ketika itu Inspektor Qhadir bersama Nazrul menghampiri kawasan tersebut.
Kali ini bukan guni dijumpai mereka melainkan mayat, bukan perempuan melainkan lelaki. Adakah kes ini ada kaitan dengan kes Moonlit Killer ataupun ada kes baru yang muncul?
“MUHAMMAD Zahid Bin Tengah, berumur 65 tahun, status single dan anak yatim piatu. Tinggal dengan datuknya tetapi datuknya dah 5 tahun meninggal dunia, kerja di sebuah kilang makanan dan juga kerja partime di supermarket sebagai juru kaunter.” Terang Inspektor Qhadir membaca biodata dan latar belakang mangsa yang ditemui mereka pagi ni.
“Takde laporan lagi ke tentang pertemuan guni di mana-mana hutan ataupun di mana-mana kawasan sunyi?” Soal Nazrul menatap mayat yang sudah tidak bernyawa dan seluruh badannya sudah berubah kebiru-biruan akibat terlalu lama tenggelam di dalam sungai.
“Tiada lagi setakat ni. Saya sudah menyuruh seluruh polis di setiap balai untuk buat rondaan di setiap kampung, rumah terbiar dan juga hujung bandar tapi tiada apa-apa maklumat terkini.” Balas Inspektor Qhadir.
“Padahal lelaki ni adalah lelaki yang kita cari selama ini, tak sangka dia dah mati terlebih dahulu.” Nazrul berdiri tegak memandang mangsa tersebut yang merupakan orang yang meninggalkan kesan tapak kaki sebelum ini di tempat kejadian dijumpai di kawasan pembunuhan Moonlit Killer bagi mangsa perempuan yang ketiga.
“Mungkin Moonlit Killer risau yang lelaki ni akan bongkarkan rahsianya sebab tu dia bunuh salah seorang pengikutnya untuk selamatkan diri sendiri.” Teka Inspektor Qhadir menatap mayat tersebut.
Nazrul hanya diam kemudian kembali mencangkuk, memakai sarung tangan getahnya lalu memulakan pencarian bukti pada badan mayat bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki setelah sahaja mayat itu kering.
Inspektor Qhadir pada awalnya hanya memerhati tindakan Nazrul berpaling pada anggotanya yang memanggil dari kejauhan lalu menghampirinya.
Nazrul ketika itu tengah memeriksa setiap poket seluar dan baju mayat sehinggalah dia memegang sesuatu dan mengambilnya lalu melihat benda yang dipegangnya dengan dahi berkerut.
“Loket?” Sebuah loket yang sederhana yang cantik walaupun terendam dalam air tetapi loket itu masih dalam keadaan baik takpe sebarang karat.
Nazrul memandang sekelilingnya lalu membuka loket tu berhati-hati sehinggalah matanya terbuntang melihat isinya dengan cepat dia menutupnya, memasukkan loket itu ke dalam poket seluarnya.
Ketika itu, tiada sesiapa menyedari tindakannya tadi kerana semuanya sibuk dengan kerja masing-masing membuatnya menghela nafas lega.
“Macam mana? Anda ada jumpa apa-apa tak?” Soal Inspektor Qhadir menghampiri Nazrul yang kaku dan terdiam mendengar pertanyaan itu lalu segera berdiri tegak.
“Sayang sekali, tiada apa-apa barang yang ditemui. Nampaknya semua barang dia terhanyut di dalam air ataupun dibuang oleh Moonlit Killer sebelum dicampak ke dalam sungai.” Jelas Nazrul menatap air sungai yang arus kuat dengan sekali arus sahaja boleh membuat sesiapa sahaja terhanyut ke dalam sungai.
“Mungkin begitu. Saya cuma nak bagitahu yang pihak forensik dah sampai untuk buat siasatan mayat ini.” Inspektor Qhadir menghala tangannya pada pihak forensik yang menghampiri mereka.
Mereka berdua menjauh dari tempat kejadian, menatap pihak forensik dari jauh melihat mereka menjalankan tugas.
“Berapa lama lagi Detektif Laya akan kembali?” Soal Inspektor Qhadir membuat Nazrul tersentap seketika.
“Bos kata kemungkinan ambil masa yang lama juga, jadi bos minta maaf dan akan cuba sedaya mungkin untuk selesaikan masalahnya secepat mungkin.” Balas Nazrul dengan nada tenang.
“Baiklah kalau dia dah cakap macam tu, saya pun tak rasa lama-lama Moonlit Killer akan diam sahaja lepas ni.” Inspektor Qhadir memeluk tubuhnya tanpa dia sedari Nazrul menghela nafas lega.
“Bos, cepatlah kembali. Saya rasa dah tak sanggup untuk tipu orang lagi ni. Saya tak kisah handle mana-mana kes tapi kes ni saya dah tak sanggup.” Luahnya dalam hati.
SEMENTARA Asyikin menatap skrin laptopnya sambil jarinya menari di atas papan kekunci dengan laju menghasilkan bunyi ketikan kuat. Pandangannya sekarang ibaratkan berada dalam dunia komputernya.
Tanpa dia sedar, Aryan melangkah masuk ke dalam perpustakaan setelah beberapa kali mengetuk pintu tetapi tiada sahutan di dalam, melihat Asyikin yang terlalu fokus pada laptopnya.
Aryan melangkah berhati-hati tanpa sebarang bunyi berdiri di belakang Asyikin melihat skrin laptop yang terdapat banyak bahasa dan kod kumputer yang tidak difahamnya langsung.
Baru sahaja dia ingin menegur Asyikin, Asyikin menekan sesuatu pada papan kekunci lalu menjerit kecil membuat bahunya terangkat mendengarnya.
“Ah! Stres betullah. Kenapa susah sangat nak masuk sistem mereka ni? Ada pakar IT hebat sangat ke? Huish bukan bisa-bisa ini orang tapi it’s okay diorang tak kenal lagi siapa Luna Asyikin. Orang yang pantang dicabar oleh mana-mana programmer dan hacker yang lain.” Dia mematahkan tulang tangannya lalu meregangkan sedikit lengan dan tangannya mula menari semula di atas papan kekunci seperti tadi.
Aryan melihat kelakuannya mampu tertawa kecil lalu melangkah keluar dari perpustakaan dengan menutup pintu dengan perlahan.
“Rupanya dia pun sombong juga dalam diam. Awak kelakarlah, Syikin.” Ujarnya lalu melangkah turun menuju ke dapur untuk membuat sesuatu.
1 JAM KEMUDIAN, Asyikin menyandar badannya pada kerusi menghela nafas panjang setelah berjaya memecahkan kod yang dia usaha dari tadi.
“Finally, dapat juga apa yang aku nak. Sikit je lagi dan aku akan tahu apa yang aku nak. Ah sedapnya kalau dapat makan aiskrim yang sejuk, sesuai untuk musim panas sekarang. Takpun fresh orange buatan Mak Luna yang melegakan tekak.” Dia memejam matanya sambil memikirkan semua menu yang sejuk setelah lama memeras otak.
Sehinggalah kedengaran bunyi mangkuk kecil diletakkan di atas meja bersebelahan dengan laptopnya, Asyikin berdiri tegak melihat mangkuk sederhana yang terisi aiskrim vanilla yang nampak mengiurkannya lalu menatap orang yang membawanya.
“Aryan?” Aryan tersenyum melihatnya, menarik sebuah kerusi yang berdekatan dengannya lalu melabuhkan punggung pada kerusi itu setelah dekat dengannya.
“Maaflah saya tak sedar pun awak masuk. Untuk saya ke aiskrim ni?” Dia menghala tangan pada aiskrim di depan matanya, Aryan mengangguk kepala.
“Ye, special untuk awak yang setelah lama memeras otak. Sesuai untuk tenangkan diri.” Mendengar hal itu, Asyikin terus mencapai mangkuk aiskrim tersebut mencedok sedikit menggunakan sudu kecil yang tersedia lalu menyuapnya ke dalam mulut.
Asyikin memejam matanya menikmati kesejukan dan kesedapan aiskrim itu menyentuh lidahnya, “Ini barulah kehidupan baru setelah memeras otak. Terima kasih, Aryan. Awak memang yang terbaiklah.” Pujinya sambung menyuap aiskrimnya.
“Syukurlah kalau awak suka, kalau awak tak suka tadi mungkin saya dah pergi beli aiskrim dekat luar untuk awak.” Menatap Asyikin yang sangat menikamati aiskrimnya yang dibawanya.
“Maknanya aiskrim ni buatan awak ke?’ Seperti dapat membaca apa yang di fikiran Aryan, aiskrim yang dimakan ni bukan dari kedai mahupun aiskrim bekas melainkan aiskrim buatan sendiri.
“Ye, saya yang buat. Kadang-kadang nak juga bagi awak rasa makanan buatan saya, jadi saya fikir aiskrim boleh sejukkan kepala awak setelah 1 jam memeras otak awak tu.” Ujar Aryan sambil menongkat dagunya dengan tangan menatap Asyikin yang menikmati aiskrim sehingga licin.
“Awak ada tangan yang berbakat, Aryan. Saya suka aiskrim buatan awak. Lain kali, kalau saya nak makan aiskrim lagi, boleh awak tolong buatkan?” Berpaling pada Aryan sambil tersenyum.
Aryan melihat ada aiskrim pada hujung bibirnya, “Ada aiskrim dekat hujung bibir awak.”
“Lah yeke? Comot betullah saya ni.” Mencari sesuatu untuk mengesat bibirnya.
Belum sempat dia bangun untuk mencari tisu, Aryan mendekatkan jarak dengannya lalu mengesat aiskrim di bibirnya dengan ibu jari dengan lembut membuatkannya terdiam seketika menjadi patung dengan tindakan Aryan tadi.
“Ok dah takde aiskrim dekat…” Menyedari jaraknya dengan Asyikin terlalu dekat dimana dia boleh melihat anak mata Asyikin yang menatap dirinya membuat mereka berdua larut dengan tatapan masing-masing.
Tetapi tidak berkekalan lama sehinggalah kedengaran ketukan pintu di luar, membuat mereka berdua sedar lalu menjauhi antara satu sama lain.
Tiada sebarang sahutan di dalam, Mak Luna menjenguk kepalanya di sebalik pintu menatap mereka berdua. “Maaflah ganggu kamu berdua. Mak Luna nak panggil kamu berdua turun untuk minum tengahari, Mak Luna ada buatkan muffin jagung dengan donut. Nanti turun ye?”
“Okay, Mak Luna. Nanti kami berdua turun.” Balas Asyikin tidak menatap Mak Luna menunjukkan bahasa isyarat ok.
Mendengar hal itu, Mak Luna tersenyum lalu menutup kembali pintu dengan perlahan.
“Ahh Mak Luna dah panggil turun tu, awak turunlah dulu. Saya nak kemas meja dulu. Bersepah pula.” Asyikin bangun dari kerusinya mula mengemas meja yang taklah bersepah sangat cuma hanya ada kertas contengan yang ditulisnya tadi.
“Takpe, saya tunggu. Kita turun sama-sama.” Balas Aryan membantunya mengemas, mengutip beberapa kertas yang jatuh ke lantai.
Sementara tangan masing-masing mengemas kertas-kertas tanpa mereka sedari muka masing-masing berubah sedikit kemerahan mengenang tatapan mata tadi.
“MUMMY dengan Daddy di mana, Mak Luna?” Soal Aryan mencapai satu muffin jagung di atas meja.
“Tuan Sri dengan Puan Sri dah keluar, katanya ada urusan penting. Dato dengan Datin ada dekat bilik. Baru je tadi Tuan Ridz ambil makanan untuk mereka berdua.” Balas Mak Luna menuangkan teh ke dalam cawan.
Setelah itu, Mak Luna meminta izin untuk menyambung balik kerja rumah meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
Suasana antara mereka menjadi sunyi sepi, mungkin disebabkan tadi tapi disebabkan kesunyian itu membuat Asyikin kurang selesa dengan suasana tersebut lalu bersuara.
“Sebut pasal Datin, boleh tak saya nak jumpa dengannya? Sebab sejak saya datang ke rumah ni, saya tak pernah nampak mukanya. Dan awak ada kata ke saya yang Datin nak sangat jumpa saya, kan?” Soal Asyikin menatap Aryan yang juga menatapnya.
“Boleh je, saya tak kisah. Cumanya yang kisah adalah grandpa. Awak kena minta izin dulu dengan grandpa untuk bertemu dengan grandma. Semua urusan tentang grandma kena didahulukan dengan grandpa.” Jawab Aryan, Asyikin mendengar hal itu tersenyum.
“Bukan masalah besar bagi saya. Hanya minta izin dengan Dato, kan? Bukan halangan bagi saya.” Ujar Asyikin mencapai cawannya menghirup tehnya dengan hati-hati.
“Tapi bukan mudah nak minta izin dengan grandpa. Awak kena pujuk grandpa semampu boleh, sebab awak pun tahu kan? Grandpa sayang dan cintakan grandma sangat-sangat. Kalau boleh grandpa tak nak grandma melangkah keluar terus dari bilik.” Cerita Aryan menimbulkan senyuman pada bibirnya.
“Aryan. Aryan. Awak ni macam baru je kenal saya. Saya Luna Asyikin takkan sesekali mendapat jawapan tidak dari mana orang. Saya akan berusaha sehingga mendapat jawapan ya. Serahkan pada saya, saya tahu apa nak buat untuk lembutkan hati Dato.” Jawabnya sambil tersenyum jahat memikirkan idea-idea nakal di kepalanya sekarang.
Aryan melihat senyumannya hanya mampu menggeleng kepala sebab dia tahu Asyikin takkan buat kerja gila dan takkan buat perkara yang berbahaya pada grandpa walaupun dia benci padanya tapi takdelah sampai nak membunuh.
“Apa rancangan awak?” Aryan mencapai donut di depan matanya lalu mengunyahnya dengan berhati-hati.
“Mungkin bagi rasuah ke Dato.” Aryan berhenti mengunyah mendengar ayat yang keluar dari mulutnya berpaling padanya dengan perasaan tidak percaya.
Asyikin menatap reaksi Aryan hanya tertawa kecil, “Saya gurau jelah. Mungkin saya hanya akan pujuk Dato dengan cara saya sendiri. Jangan risau, kalau saya dah dapat izin, saya akan suruh awak teman saya untuk bertemu dengan Datin ye?”
“Baiklah, kalau awak dah cakap macam tu.” Aryan kembali mengunyah donut di tangannya.
Sementara Asyikin sudah tersenyum memikirkan rancangan yang akan dia lakukan untuk mendapat keizinan Dato dengan mudah tanpa sebarang paksaan.
TIBA waktu malam, Dato Ryan Lee berada di ruang kerja menatap dokumen-dokumen projek yang perlu diselesaikan dibantu oleh Ridz.
Semasa dia terlalu khusyuk dengan dokumennya kedengaran ketukan pintu dari luar, Ridz berpaling pada pintu.
“Tengok siapa yang datang, Ridz.” Mendengar arahan dari majikannya, Ridz mengangguk kepala, menghampiri pintu lalu melihat orang yang mengetuknya.
“Nona? Kenapa Nona datang ke sini? Ada apa-apa yang Nona perlukan?” Soalnya menatap Asyikin yang berdiri di depan pintu bersama sebuah dulang di tangannya.
“Saya datang sini nak jumpa dengan Dato. Dato ada tak? Saya ada bawa sedikit makanan ringan untuknya.” Menunjukkan dulang di tangannya.
Belum sempat Ridz menjawab, kedengaran suara garau dari dalam.
“Masuk jelah.” Mendengar hal itu, Ridz tergamam seketika lalu membuka pintu menyuruh Asyikin melangkah masuk.
Asyikin tersenyum mendapat keizinan itu lalu melangkah masuk ke dalam ruang kerja tersebut kemudian Ridz menutup pintu itu dengan perlahan.
Asyikin memandang sekeliling ruang kerja tersebut, berasa kagum melihat ruang tersebut yang kelihatan klasik dan tenang untuk membuat kerja.
“Apa mimpi kau datang jumpa aku malam ni? Nak cari gaduh dengan aku ke?” Soal Dato menatapnya dengan pandangan tajam.
Share this novel