BAB 57

Thriller Series 17

“PASAL tu, bos tak dapat nak handle kes Moonlit Killer buat sementara waktu. Disebabkan pihak atasan telah memberi tugasan lain kepada bos jadi bos diminta untuk selesaikan kes tersebut dengan segera. Memandangkan kes tu melibatkan luar kawasan jadi bos terpaksa terima arahan pihak atasan. Buat masa sekarang bos serahkan kes ni pada saya.”

Inspektor Qhadir mengangguk kepala, “Begitu pula. Tapi takkan pihak atasan tak tahu yang Detektif Laya tengah handle kes besar sekarang ni?”

“Itu saya tak pasti pula, Inspektor. Bos hanya bagitahu macam tu je pada saya dan Zulaikha, kami hanya mengikut arahan bos kami.” Balas Nazrul.

“Baiklah kalau macam tu, mohon kerjasama Nazrul.” Inspektor Qhadir menghulur tangannya.

Begitu juga Nazrul lalu mereka berdua mula berjabat tangan.

“Jadi ada apa-apa yang kita dapat hari ni? Atau masih benda sama?”” Tanya Nazrul sambil memakai sarung tangan getah lalu menghampiri guni tersebut melihat isinya.

“Masih sama, tiada yang kurang dan masih ada suhu haba. Maklumat mangsa je kita belum dapat lagi, tapi ikutkan laporan yang diberi oleh Luna Asyikin semalam.” Inspektor Qhadir mengeluarkan telefon, membuka sebuah fail yang diberi oleh Asyikin semalam lalu hulur pada Nazrul.

Nazrul menyambut huluran tersebut dan meneliti maklumat mangsa, “Maya Jasmin, berumur 21 tahun dan merupakan penyanyi yang hampir terkenal dan merupakan artis yang tengah naik nama.” Baca Nazrul dengan nada rendah.

“Sudah periksa sekitar tempat kejadian, mencari bahan bukti atau apapun kesan tapak kaki mahupun jejak kereta dekat sekitar sini?” Tanya Nazrul menghulur semula telefon pada tuan badan kemudian menanggalkan sarung tangan yang dipakainya.

“Buat masa sekarang, anggota saya tengah cuba mencari sedaya upaya mereka.” Jawab Inspektor Qhadir sambil melihat semua anggotanya melakukan tugas masing-masing.

“Baiklah, kalau Tuan Inspektor dah cakap begitu. Saya pun kena cari bahan bukti juga, jadi Tuan Inspektor tunggu di sini sehingga pihak forensic tiba. Kalau anda cari saya, boleh jerit nama saya.”

Setelah berkata begitu, Nazrul melangkah jauh dari tempat kejadian meninggalkan Qhadir sendirian yang masih terpinga-pinga dengan arahan Nazrul.

“Dia pergi macam tu je? Mentang-mentang bos kau takde dekat sini, kau mula tunjuk perangai sebenar kau. Sabar jelah aku dengan kau, kalau tak penumbuk ni dah sampai dekat muka kau.” Rungut Inspektor Qhadir dalam hati memeluk tubuh memandang kelibat Nazrul hilang di sebalik pokok-pokok.

SETELAH lama berjalan, akhirnya Nazrul berhenti berjalan sambil meletakan satu tangan pada pokok lalu meletakkan tangan satu lagi pada dadanya.

“Fuh nasib baik Tuan Inspektor tak syak apa-apa, dahlah aku ni tak reti nak menipu orang lagi-lagi….” Bisik hati Nazrul sambil menarik nafas panjang menghilangkan debaran.

“Aku harap bos baik-baik sahaja dekat sana. Kalau apa-apa jadi pada bos, aku takkan maafkan diri aku ni.” Sambung Nazrul lalu kembali berjalan setelah menenangkan dirinya.

SEMENTARA di markas Moonlit Killer, Jamal tengah menikmati makanannya sehinggalah dia tidak menyedari kehadiran Detektif Laya yang menghampirinya.

“Lapar sangat ke sampai tak pandang kiri kanan?” Tegur Detektif Laya membuatkan Jamal yang mendengar tegurannya tersedak kuat sambil terbatuk-batuk.

Detektif Laya melihat hal itu dengan cepat membuka penutup botol air mineral lalu menghulur botol yang dah dibuka kepada Jamal.

Jamal menyambut huluran tersebut lalu meneguk air sehingga batuknya reda memandang Detektif Laya dengan perasaan marah, “Kau nak bunuh aku ke?”

“Maaflah tak sengaja. Lagipun siapa suruh makan gelojoh sangat? Tak kemana lah nasi tu, tetap masuk dalam perut kau juga. Bukan salah aku menegur kau, kan?” Balas Detektif Laya melabuh punggung di sebuah kerusi yang disediakan untuknya.

Setelah beberapa hari dia diterima sebagai salah seorang pengikut Moonlit Killer, dia diarahkan untuk membantu Jamal dalam sistem mereka dan mencari semua maklumat tentang semua perempuan dekat Kuala Lumpur ni.

Tapi dah tentulah bab cari perempuan dia serahkan pada Jamal sedangkan dirinya menguatkan sistem keselamatan mereka daripada sebarang virus takpun pendatang asing.

“Memanglah tak kemana, yang kemana tu Master yang tiba-tiba je boleh datang sini suruh aku buat kerja. Tak kiralah waktu aku makan, waktu aku sakit perut dan waktu tidur sekalipun dia tetap paksa aku buat dulu. Kau bukan faham sangat perangai Master tu macam mana.” Rungut Jamal sambung menyuap makanannya.

“Kejam juga bos kau tu.” Detektif Laya tersenyum sinis mendengar rungutan Jamal lalu fokus pada kerjanya.

“Alang-alang ni kan, aku nak tanya something boleh?” Jamal mengunyah makanan sambil memandang Detektif Laya yang masih fokus pada skrin komputer.

“Kalau soalan kau tak melibatkan identiti aku, aku akan jawab. Tanyalah.”
“Kau kan Detektif and kau juga memburu Master tapi sekarang ni kenapa kau berhenti dengan kerja kau? Padahal kerja kau mendatangkan hasil yang banyak.” Detektif Laya terdiam seketika, berhenti menaip pada papan kekunci.

“Aku kerja Detektif bukan sebab aku nak tapi sebab aku cari keadilan. Aku nak cari keadilan aku sendiri sebab tu apabila Moonlit Killer tawarkan aku untuk join kumpulan dia demi keadilan, aku pun tertarik untuk sertai dia. Sebab bagi aku negara sekarang tak sama dengan negara kita yang dulu.”

Jamal mendengar hal itu, menutup bekas makanannya lalu mendekatkan kerusinya dengan kerusi Detektif Laya,“Kau pun fikir benda sama?”

Detektif Laya memandang Jamal dengan dahi berkerut, “Ye, sejak pelantikan pemimpin baru ni aku rasa macam entahlah, rasa macam dipimpin oleh orang yang tak layak jadi pemimpin. Aku rasa pemimpin kita ni seperti orang yang tak habis belajar, jalan pemikiran dia pula cetek selepas tu dia punya gaya bahasa hmm teruk nak mampus.” Luah Detektif Laya dengan perasaan geram mengenang sikap pemimpin sekarang ini.

Jamal menepuk meja dengan perlahan seperti menyokong apa yang dikatakanya, “Aku setuju dengan apa yang kau kata. Aku dari dulu memang tak puas hati langsung dengan pemimpin kita tu. Dia macam orang yang takde akal, macam manalah orang lain boleh lantik orang macam dia jadi pemimpin. Kalau ikutkan hati aku nak sangat Master jadikan dia bahan eksperimen dia.”

Detektif Laya memandang reaksi Jamal yang seperti tengah menahan dendam, “Kau ada dendam dengan pemimpin sekarang ke?”

“Ye, aku ada dendam dengan jantan tu. Sebabkan jantan tu tak buat keputusan secara adil, ayah aku yang tak bersalah terpaksa dipenjara selama 12 tahun. Ayah aku tak bersalah dalam hal tu tapi disebabkan keputusan jantan tak guna tu ayah aku terpaksa dipenjara dan ayah aku diseksa oleh banduan lain. Pada akhirnya, ayah aku tak tahan dengan semua deraan tu buat keputusan akhir untuk tamatkan hidupnya.” Cerita Jamal dengan air mata yang mengalir, dengan cepat menghapuskan air matanya daripada dilihat Detektif Laya.

“Sebab tu kau sertai kumpulan ni untuk dapatkan keadilan untuk arwah ayah kau?” Jamal mengangguk kepala dengan pertanyaannya.

“Habis tu mak kau mana? Takkan dia tinggalkan kau sorang-sorang?”

“Mak aku dah lama mati sejak umur aku 7 tahun sebab kanser hati. Sejak tu arwah ayah aku yang jaga aku, sayang aku dan didik aku tapi disebabkan jantan tak guna tu, hidup aku hancur dan aku fikir masa tu nak mati. Sehinggalah satu hari penyelamat aku datang, dia selamatkan aku, dia tanggung kos belajar aku dan akhirnya aku sertai kumpulan ni untuk balas dendam aku dan juga demi keadilan bagi arwah ayah aku.” Detektif Laya terdiam seketika mendengar cerita Jamal.

“Aku faham sekarang kenapa kau sertai kumpulan ni.” Ujar Detektif Laya lalu kembali pada kerja menaipnya yang terhenti tadi.

Tapi belum sempat dia menghabis menaip kod itu, jarinya berhenti menaip apabila mendengar soalan dari Jamal.

“Kau pula join kumpulan ni demi keadilan juga kan? Untuk siapa? Kalau kau tak nak cerita, aku tak kisah pun, sebab tu syarat kau untuk sertai kumpulan ni. Kau buat tak dengar je soalan aku tadi. “Jamal membuka kembali bekas makanannya lalu sambung makan.

“Aku…cari keadilan untuk kedua ibubapa aku yang mati dibunuh tanpa sebarang siasatan langsung dan bukti yang kuat untuk cari pembunuh tu. Polis isytiharkan yang kedua ibubapa aku mati sebab dibunuh oleh perompak tapi hakikatnya…” Detektif Laya mengenggam kedua tangannya menahan marah.

“…depan mata aku sendiri pembunuh tu bunuh kedua ibubapa aku atas suruhan seseorang. Aku cuba bagitahu polis tapi perkataan yang keluar dari mulut budak umur 5 tahun, siapa nak percaya kan? Sebab tu aku benci pemimpin macam jantan tu yang tak tegakkan keadilan dengan cara yang benar.” Luah Detektif Laya sambil tangannya menghentak meja dengan kuat membuatkan Jamal pun terkejut mendengar hentakan itu.

“Sabar. Sabar. Kau jangan sampai meja ni hancur pula, nanti aku nak jawab apa pada Master nanti? Nak kata yang kau hancurkan meja ni sebab tekanan? Hmm silap-silap dia hancurkan tangan kau dulu sebelum dia dengar penjelasan kau.” Balas Jamal sambil memeriksa keadaan meja tidak pecah takpun retak disebabkan hentakan Detektif Laya tadi.

“Maaf, terlebih emosi tadi. Kalau pecah pun, aku boleh bayar ganti rugi. Tapi aku nak tanya something pasal bos kita tu.” Jamal menghabiskan makanannya sebelum menjawab pertanyaannya.

“Kau nak tahu pasal apa? Aku tak tahu banyak sangat pasal Master tu.”

“Aku cuma nak tanya, selama kau kerja dengan dia tu memang penampilan dia macam tu ke depan korang? Maksud aku pakai topeng dengan hoodie hitam? Memang style dia ke?” Jamal meneguk air mineral dari botol sehingga kosong.

“Memang style Master macam tu pun dari dulu. Dari awal aku kenal Master sampai sekarang, Master memang tak pernah langsung tanggalkan topeng dari mukanya termasuklah hoodie dia. Orang yang pernah tengok muka Master pun hanya pembantu Master je.” Jawab Jamal bangun dari kerusi bersama bekas makanan dan botol minuman yang kosong lalu buang ke dalam plastic sampah yang berhampiran dengannya.

“Pembantu dia?” Detektif Laya membaiki topi di kepalanya begitu juga cermin mata hitamnya.

“Ye, pembantu dia. Lelaki yang pakai topeng separuh muka dan dia selalu berdiri di sebelah Master. Aku dengar yang pembantu dia tu dah lama bersama dengan Master, tak silap aku dari Master kecil lagi dia dah bersama Master.” Detektif Laya meletakkan jarinya di bawah dagu memikirkan sesuatu.

“Apa nama pembantu Moonlit Killer?” Jamal yang tidak menyedari niat sebenarnya itu terus menjawab.

“Hm yang pasti bukan nama melayu, macam nama panggilan cina. Tak silap aku Master panggil dia…” Jamal duduk semula di kerusinya memikirkan nama yang biasa disebut oleh Master.

“…ohh Ah Ling. Itu nama panggilan pembantu dia.” Mendengar sebaris nama itu, Detektif Laya terdiam seketika.

“Sebelum aku lupa, atas meja sebelah kau tu ada nasi lebih. Master beli untuk kau sekali itupun kalau kau naklah.” Detektif Laya memandang plastik makanan dimana di dalam ada sebekas nasi sama seperti makanan Jamal tadi.

“Aku hargai kebaikan Moonlit Killer tapi sayang sekali sebelum aku datang sini, aku dah makan. Kalau kau nak, kau boleh makan yang aku punya.” Jawab Detektif Laya kembali kepada kerja menaipnya yang terhenti tadi.

“Ni yang aku suka tentang kau, walaupun mulut kau tu berbisa dan gaya kau kasar tapi kau ada hati yang baik. Terima kasih, sahabat.” Ujar Jamal memandang Detektif Laya dengan senyuman lebar di bibir.

“Alasan sebab aku bagi nasi aku ke kau, baru kau nak mengaku sahabat? Hm suka hati kaulah.” Detektif Laya tersenyum kecil lalu fokus pada kerjanya.

APABILA malam tiba, suasana di jalan raya menjadi lenggang daripada petang tadi yang tak nampak rupa jalan dah disebabkan kesesakan jalan yang dipenuhi dengan pengangkutan awak yang terlalu banyak.

Aryan termenung melihat jalan raya tersebut sehinggalah kedengaran ketukan meja menyebabkan lamunan Aryan hilang dan memandang gerangan orang tersebut.

“Jauh termenung, bro? Fikir pasal apa atau fikir pasal perempuan yang kau dating hari tu?” Tanya Nik menarik kerusi duduk di hadapan Aryan.

“Perempuan? Maksud kau, Syikin? Merepeklah, aku dengan dia kawan je tak lebih dari tu pun. Aku just fikir pasal kerja je.” Ujar Aryan dengan senyuman kecil di bibirnya.

“Yeke, dah tu kenapa kau order burger sampai 2 sekali? Lapar sangat ke kau ni?” Nik menunjuk kepada 2 burger yang ada di depan Aryan yang masih belu buka.

Aryan melihat hal itu mula menyedarinya, “Ya allah, aku tak sedar terbeli 2 burger. Kau nak tak, Nik? Aku tak boleh nak habiskan 2 burger sekaligus.” Aryan menolak salah satu burger pada Nik.
“Baiklah, memandangkan sekarang takde pelanggan lagi ni. Aku ambil ye?” Aryan mengangguk kepala, Nik membuka bungkusan burger tersebut, membaca doa makan lalu mengunyah burger itu dengan nikmat.

“Kau ni ada masalah je aku tengok? Kalau kau tak kisah, kau boleh cerita pada aku.” Sambung Nik memandang Aryan yang kelihatan kurang semangat malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience