BAB 56

Thriller Series 17

SUASANA malam yang sunyi ditemani bulan dan bintang-bintang yang menyinari malam itu.

Detektif Laya berdiri di depan sebuah bangunan terbiar sambil memegang telefon melihat location yang diberikan oleh seseorang petang tadi melalui emel peribadinya.

“Aku fikir aku akan bertemu dengan dia hujung minggu ni tapi siapa sangka dia dengan berani bagi location tempat persembunyian baru dia pada aku? Percaya sangat dia pada aku. Tak risau ke kalau aku bagitahu pada pihak polis tentang location dia ni.” Bisik hatinya memandang bangunan terbiar itu yang dari luar kelihatan sangat menakutkan tetapi di dalam bangunan itu tiada siapa yang tahu ada penjahat yang diburu oleh polis sekarang.

Belum sempat dia berfikir panjang, kelihatan kelibat 2 orang lelaki yang menghampirinya, Detektif Laya dengan cepat menyembunyikan tangan di belakang dimana terdapat pisau kecil terletak di poket belakang seluarnya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Anda pasti Detektif Laya?” Detektif Laya mengangguk kepala dengan pertanyaan lelaki tersebut.

“Master sudah menunggu anda di dalam. Sebelum itu, saya harap anda keluarkan semua barang anda dan bagi pada saya. Ini untuk keselamatan anda juga.” Ujar salah seorang lelaki itu menghulur tangan meminta Detektif Laya menyerahkan barangnya.

Detektif Laya dengan pasrah meletakkan pistol dan juga pisau di sebalik jaket dan juga poket seluarnya sementara pisau kecil disorokkan di sebalik lengan jaketnya, “Itu saja barang yang saya bawa, jadi boleh saya masuk?”

Lelaki tersebut melihat barang tersebut, memandang kawannya yang mengangguk kepala. “Baiklah, anda boleh masuk. Sila ikut saya.”

Detektif Laya mengikut langkah lelaki tersebut sementara salah seorang lagi mengikut dia dari belakang.

Apabila melangkah masuk ke dalam bangunan itu, dia dibawa ke sebuah ruang yang kelihatan bersih dengan beberapa kotak dan juga peralatan yang biasa digunakan oleh para doktor untuk membedah manusia.

“Dah macam hospital pula aku tengok ruang ni.” Bisik hatinya sehinggalah lelaki tersebut berhenti di depan sebuah pintu lalu meletakkan cap jari pada tombol pintu tersebut secara automatik pintu itu terbuka.

Lelaki tersebut memegang tombol pintu lalu membuka pintu seluas mungkin mempersilakan dia masuk terlebih dahulu.

Detektif Laya melangkah masuk ke bilik yang luas pada pandangannya sambil melihat sekeliling bilik tersebut yang penuh dengan gambar yang ditampal di dinding dan kertas yang berselerak di atas lantai. Di depannya terdapat skrin besar yang memaparkan beberapa kod komputer.

Dia melihat sebuah kerusi yang diduduki oleh seorang lelaki lalu menghampiri kerusi itu, “Moonlit Killer.”

Mendengar sebaris ayat itu, orang itu memusing kerusinya lalu memandang Detektif Laya dimana orang tersebut memakai topeng yang sama begitu juga cara pemakaiannya.

“Selamat datang saya ucapkan, Detektif Laya. Saya tak sangka berani juga anda datang ke sini seorang diri tanpa pembantu anda.”

“Saya pun tak sangka betapa percayanya anda pada saya sehingga berani berikan location tempat persembunyian anda kepada saya. Padahal anda tahu kan anda target yang saya tengah buru sekarang ni, bukan? Anda tidak risau kalau saya bagitahu location tempat persembunyian anda ini kepada pihak polis?” Balas Detektif Laya dengan berani sambil memeluk tubuh.

Balasannya membuatkan Moonlit Killer ketawa dengan kuat sambil menepuk tangan lalu bangun dari tempat duduknya berasa kagum dengan keberaniannya.

“Kalau saya risau, saya takkan saja-saja hantar location tempat persembunyian saya ni kepada anda, bukan? Haha, seperti yang saya harapkan dari anda. Jadi Detektif Laya, bagaimana dengan tawaran saya hari tu?” Moonlit Killer melangkah menghampirinya dan berhenti betul-betul di hadapan Detektif Laya lalu menurunkan sedikit badannya supaya sama paras tinggi dengannya.

“Sebelum saya jawab, saya ada 3 syarat dan saya harap anda terima 3 syarat saya ni.” Balas Detektif Laya menunjukkan tiga jarinya.

“3 syarat? Wow banyak juga syarat anda.” Moonlit Killer kembali duduk di kerusinya lalu menyilang kaki memandang Detektif Laya.

“Biar saya dengar dahulu 3 syarat anda sebelum saya pertimbangkan balik.”

“Syarat pertama, saya takkan libatkan diri saya dalam eksperimen anda. Syarat kedua, saya harap anda tidak memaksa saya untuk bongkarkan identiti sebenar saya seperti mana identiti anda juga. Syarat ketiga, saya tak nak pihak luar terutama pihak polis tahu tentang penyertaan saya dalam kumpulan anda ini.”

Moonlit Killer mendengar 3 syarat itu terdiam seketika lalu menjawab, “Sekiranya anda tidak libatkan diri dalam eksperimen saya, apa yang anda boleh buat untuk bantu kumpulan saya ini?”

Detektif Laya tersenyum sinis dengan pertanyaan itu, menghala jari pada skrin besar yang ada di belakang Moonlit Killer, “Sekarang ni pasti anda tengah cuba untuk masuk dalam sistem negara, bukan? Saya boleh tolong anda masuk dalam sistem mereka tanpa dikesan.”

“Sistem negara? Anda boleh masuk sistem negara tanpa dikesan?” Tanya salah seorang anak buah Moonlit Killer, Jamal yang merupakan ahli yang mengurus sistem mereka.

“Saya boleh. Itupun kalau Moonlit Killer tidak kisah kalau saya cuba.” Detektif Laya memandang Moonlit Killer seperti memikirkan sesuatu.

Pembantunya berbisik dengannya, “Anda yakin untuk terima syarat dia tu? Anda tak rasa ini seperti sebuah perangkap untuk kita? Anda lupa ke dia Detektif Laya yang tengah handle kes Master sekarang ini? Kita tak boleh percaya dia bulat-bulat…” Moonlit Killer mengangkat tangannya meminta pembantunya diam.

“Baiklah, saya bagi peluang kepada anda. Agap saja ini ujian untuk anda sebelum anda sertai kumpulan ini. Saya nak tengok kebolehan apa yang anda boleh lakukan untuk kumpulan saya ni.” Ujar Moonlit Killer membuatkan semua pengikutnya terkejut dengan arahan Master mereka.

“Master, anda yakin? Baik anda fikir baik-baik terlebih dahulu sebelum biarkan perempuan ni…” Balas salah seorang pengikutnya dengan panik.

“Betul tu, Master. Anda lupa ke dia tu orang yang tengah targetkan Master sekarang ni? Macam mana kalau dia cuma menyamar kemudian…”

Semua pengikutnya memberi nasihat kepada Masternya tetapi Moonlit Killer hanya memekak telinga mendengar keluhan anak buahnya.

SEMENTARA mereka semua memberi nasihat di hadapan Moonlit Killer, Detektif Laya menghampiri Jamal yang memandang dirinya.

“Macam mana saya nak percaya pada anda, kalau anda takkan mengkhianati kumpulan kami? Sedangkan anda adalah Detektif yang tengah buru kami bukan?” Detektif Laya tersenyum sinis dengan pertanyaan itu lalu hulur telefonnya pada Jamal.

“Kalau awak risau yang saya akan khianati kumpulan ni, awak boleh letak alat penjejak dalam telefon saya supaya awak boleh periksa jejak saya setiap masa.” Jamal menyambut hulurannya lalu menyambung telefonnya dengan sistem mereka.

“Saya masih tak percaya pada anda, tapi kalau anda berjaya masuk sistem negara tanpa dikesan, saya pertimbangkan balik untuk percaya pada anda.” Ujar Jamal lalu menjauh dari komputernya memberi ruang kepada Detektif Laya untuk duduk di tempatnya.

“Terima kasih.” Detektif Laya duduk di kerusi tersebut, meregang otot badan begitu juga mematahkan tulang tangannya lalu mula menaip di papan kekunci dengan laju.

Jamal memerhati dari belakang melihat paparan skrin besar yang memaparkan beberapa kod yang kurang dia faham begitu juga yang lain termasuk Moonlit Killer melihat Detektif Laya yang berjaya melepasi sistem perlindungan negara dengan mudah.

“Dia lepasi sistem keselamatan negara, macam tu je? Kalau aku ni makan masa 2 hari untuk buka sistem tu tapi perempuan ni tak sampai satu minit dia berjaya buka.” Bisik hati Jamal yang terkejut dengan kecepatan dan kecekapan Detektif Laya dalam mengoda sistem negara.

SETELAH 10 minit, Detektif Laya berhenti menaip lalu menekan satu fail dimana terpapar semua maklumat tentang semua penduduk yang tinggal di Kuala Lumpur termasuk pihak polis dan pemimpin negara.

Semua orang yang berada di sana terkesima dengan semua maklumat yang terpapar hasil daripada Detektif Laya yang berjaya masuk ke dalam sistem negara tanpa dikesan langsung.

“Jadi macam mana, Moonlit Killer? Saya berguna sekarang tak untuk kumpulan ini?” Detektif Laya memusingkan kerusinya memandang Moonlit Killer yang masih terkejut dengan hasil yang terpapar di depan matanya.

Setelah itu, Moonlit Killer ketawa dengan kuat lalu bangun dari kerusinya menghampiri Detektif Laya sambil menepuk tangannya.

“Saya tak salah memilih orang. Anda memang betul-betul berguna, Detektif Laya. Jadi saya terima 3 syarat anda itu dan secara rasminya anda diterima sebagai salah seorang anggota saya.” Moonlit Killer menghulur tangannya kepada Detektif Laya.

Detektif Laya melihat tangan Moonlit Killer lalu berjabat tangan dengannya walaupun dia tengah memakai sarung tangan, “Jadi rasanya anda tak perlu panggil saya Detektif Laya, bukan?”

“Kalau begitu saya perlu panggil apa? Laya?” Detektif Laya melepaskan pegangannya lalu menggeleng kepala.

“Saya takkan guna nama saya, tapi saya akan guna gelaran yang sama dengan anda. Mungkin ‘Phantom Byte’?”

Moonlit Killer memikirkan gelaran tersebut lalu mengangguk kepala, “Kedengaran menarik bagi saya. Jadi mulai hari ini, mohon kerjasama Phantom Byte. Semua anak buahku, dengar sini! Mulai hari ini, beliau akan diterima sebagai anggota kita! Mari kita semua sambut kedatangan anggota baru kita!”

Setelah mendengar arahan Moonlit Killer, semua pengikutnya berlutut lalu menunduk kepala sebagai tanda hormat. “Selamat datang dalam kumpulan kami, Phantom Byte!”

“Saya harap anda tidak mengkhainati kumpulan ini, Phantom Byte. Kalau tidak…” Satu pisau dikeluarkan lalu dihalakan pada leher Detektif Laya.

“…nyawa anda betul-betul tidak selamat di sini.” Detektif Laya tersenyum mengalih pisau yang dihala menjauh dari lehernya.

“Saya tahu akibatnya kalau saya khianati kumpulan ni. Saya takkan selamat selamanya, kan? Kalau saya mati pun, saya harap saya mati setelah saya capai apa yang saya mahu. Jadi tepati janji anda untuk bunuh saya apabila saya dah khianati kumpulan ini.” Balas Detektif Laya dengan berani lalu melangkah melintasi Moonlit Killer.

“Hm seperti yang diharapkan oleh anda. Jadi selamat datang ke kumpulan ini, Phantom Byte.” Detektif Laya memusing badannya menghadap Moonlit Killer lalu menunduk hormat kepadanya.

“Sila beri tunjuk ajar, Master.” Tanpa Moonlit Killer sedari, Detektif Laya tersenyum sinis yang bermakna rancangan berhasil.

APABILA hujung minggu tiba, adalah hari yang dinantikan oleh semua orang terutama pihak polis apabila mendapat satu laporan tentang kes Moonlit Killer.

Inspektor Qhadir bersama anggotanya tiba di tempat kejadian dan melihat guni yang seperti biasa dalamnya ada tangan dan kaki manusia termasuk jantung dan sedikit daging manusia yang dibungkus dalam plastik.

“Kenapalah Moonlit Killer ni tak kirim hadiah yang cantik sikit? Ni tak asyik tangan dan kaki selepas tu jantung manusia ni boleh je jual dekat pedagang habis tu kenapa dia letak sekali dalam guni ni?” Rungut salah seorang anggota polis yang tengah melihat isi guni tersebut.

“Jangan nak merungutlah, ni memang tugas kita. Lagipun dah 2 operasi kita buat untuk tangkap Moonlit Killer, last-last dia lepaskan diri. Kau ingat senang ke nak tangkap penjenyah macam dia, ibarat nak tangkap dia macam nak tangkap tikus.” Balas kawan sekerjanya.

“Apa matlamat yang dia dapat kalau buat semua ni? Dendam dia terbalas atau ada sebab lain?”

“Entah-entah dia tu memang hobi suka buat kerja gila macam ni? Atau dia dah pernah buat macam kerja jahat macam ni dulu dekat luar negara, selepas tu dia datang sini dan buat benda yang sama?” Belum sempat mereka terus berbual, kedengaran suara garau yang menegur dari belakang.

“Kita datang sini sebab kerja bukan nak merungut atau mengumpat di tempat kejadian. Kalau korang takde kerja, boleh sambung cari bukti dekat tempat lain.” Jawab Inspektor Qhadir memeluk tubuh dengan suara dingin dan tegas sambil memandang dua anggotanya yang masih mencangkuk di depan guni tersebut.

Mendengar hal itu, kedua anggota tersebut segera berdiri dan menghadap Inspektor Qhadir sambil mengangkat takbir hormat. “Baiklah, Tuan Inspektor.” Dengan cepat mereka berdua pergi dari situ melakukan arahan Inspektor Qhadir.

Inspektor Qhadir menghela nafas lalu menghampiri guni tersebut lalu mencangkuk, “Mana Detektif Laya ni? Selalunya dia datang awal dulu, atau dia ada kerja lain?”

Belum sempat dia fikir, kelihatan kelibat seseorang yang dia kenal lalu dia berdiri, “Selamat pagi, Nazrul. Seorang sahaja ke? Mana Detektif Laya?”

Inspektor Qhadir mencari kelibat Detektif Laya di belakang Nazrul tetapi tiada.

Nazrul mendengar pertanyaan Inspektor Qhadir mula panik, “Ini dia soalan yang aku tunggu-tunggu ditanya. Maaf Tuan Inspektor, saya bukan ingin menipu tapi ini arahan bos saya. Saya terpaksa mengikut rancangan bos saya jadi saya harap Tuan Inspektor dapat maafkan saya selepas ini.” Nazrul memohon maaf dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience