BAB 55

Thriller Series 17

“TAK boleh guna cara halal, nak guna cara haram pula. Manusia ni betul-betul munafik semata-mata nak beri anak pada mentua dan nak elak daripada suami sendiri kahwin dengan orang lain, sanggup guna cara syirik untuk dapat anak.” Bisik hati Asyikin.

“Tok bomoh? Ok juga tu tapi mak kenal ke dengan mana-mana tok bomoh?” Tiya memandang maknya yang memberikan harapan baginya untuk mengandung.

“Mak ada kenal seorang tok bomoh ni tapi dia tinggal dekat hujung kampung kita tu. Tak tahulah sekarang ni masih hidup atau…” Belum sempat dia habis cakap, Tiya mengambil begnya, menghirup sisa minuman yang tinggal.

“Nak tahu dia hidup atau tak, kita kena pergi sekaranglah. Jomlah mak.” Tiya meletakkan duit di atas meja, bangun lalu melangkah keluar dari kafe itu diikuti oleh maknya.

“Seriuslah mereka berdua nak guna cara syirik untuk mengandung? Aku risau nanti bukan anak manusia yang lahir tapi anak syaitan.” Ujar Asyikin dengan suara perlahan menggeleng kepala dengan kelakuan Mak Tiya dengan Tiya.

“Tapi sekurangnya…” Asyikin menekan skrin telefonnya dimana terpapar rakaman suara yang direkod sejak awal perbualan anak dengan mak tadi.

“…aku dah rekod perbualan korang. Kalau Siti tak percaya, aku boleh bagi pada dia.” Asyikin tersenyum sinis pada rakaman suara itu lalu kembali pada kerjanya yang tertangguh.

ASYIKIN membuka rakaman suara yang dirakam masa tu menggunakan telefon lalu memperdengarkan kepada kedua kawannya yang mendengar rakaman itu.

Mata Siti dengan Qhadir terbuka luas dengan idea bodoh Mak Tiya yang nak guna cara bomoh untuk bantu anaknya mengandung.

“Kesan tak habis belajar beginilah jadinya. Agama cetek, iman pun goyah pahtu maruah tercemar, memang patut pun perempuan tu mandul.” Balas Qhadir dengan nada menyindir.

“Amboi mulut kau, bisa nampak?” Asyikin memandang Qhadir yang mengangkat kedua bahunya menandakan dia tak kisah pun.

“Tapi tak sangka Mak Long aku dengan sepupu aku sanggup guna cara syirik untuk dapatkan anak. Astaga, aku tak risau pasal Tiya. Yang aku risau dengan anak yang akan dia lahirkan tu nanti, jangan-jangan anak dia lahir dengan rupa syaitan takpun iblis takpun aduh!”

Siti memegang dahinya yang dijentik oleh Asyikin dengan tangannya, “Takdelah sampai iblis, lebih normal keluar anak berupa manusia tetapi ada syaitan dalam badannya. Itu pun dah dikira ok daripada keluar anak syaitan dalam rahim dia.”
“Bukan anak berupa manusia, silap-silap anak berupa muka syaitan dengan badan manusia yang keluar. Padahal cara rawatan biasa ada tapi tak nak keluarkan kos banyak sangat, beginilah jadinya.” Ujar Qhadir memandang Siti yang masih menggosok dahinya yang terasa pedih dengan jentikan Asyikin tadi.

“Tapi cetek betul fikiran mak saudara kau dengan sepupu kau tu. Haih orang dah bagi cara halal nak juga guna cara haram.” Sambung Qhadir.

“Aku pun tak tahu nak kata apa tentang 2 orang tu. Mak aku pun dah banyak kali nasihat tapi begitulah tak dengar cakap, bak kata orang tua, ‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.” Balas Siti.

“Aku rasakan Siti, kau kena kahwin cepat-cepat dengan Thoriq tu. Takdelah Mak Haris tu paksa anak dia untuk kahwin dengan kau sebab kau dah jadi isteri orang. Isteri mana boleh kahwin lebih, kan?” Ujar Asyikin memandang Qhadir meminta pendapat.

“Aku setuju dengan idea Syikin tu. Kalau kau tak nak peningkan kepala kau, kau cepat-cepat bawa Thoriq tu jumpa mak ayah kau. Lagi cepat lagi bagus.” Sokong Qhadir.

“Memang aku nak bawa Thoriq jumpa mak ayah aku pun, hujung minggu ni. Tapi ayah aku je yang tahu, mak aku tak tahu lagi yang aku nak bawa Thoriq hujung minggu ni. Aku bukan apa aku risau yang mak aku hina Thoriq sebab fizikal dia tu.” Balas Siti menunduk kepala memandang kakinya.

“Dah kenapa dengan fizikal Thoriq? Bagi aku, Thoriq tu dah cukup sempurna walaupun warna kulit tu sedikit berbeza tapi kacak apa lelaki kulit hitam manis. Lagipun yang nak kahwin tu kau bukan mak kau kan?”

“Senanglah kau cakap. Kau macam tak faham perangai mak aku tu macam mana? Kalau dia memang tak suka dengan orang tu, memang dia betul-betul tak suka. Ayah aku memang dah suka dengan Thoriq selepas sahaja aku tunjuk gambar Thoriq tapi tulah aku risau nak tunjuk pada mak aku.” Asyikin memandang Siti yang kelihatan sedih, menghela nafas panjang.

“Kau bawa je dia dulu. Kalau memang mak kau tak suka juga Thoriq tu, kau kahwin je dengan Thoriq tanpa restu ibu. Sebab ayah kau wali so tak dapat restu ibu tak semestinya tak boleh kahwin. Lagipun korang berdua saling mencintai kan? Kau cinta Thoriq kan?”

“Aku bukan setakat cinta, aku terlalu cinta dan gilakan Thoriq! Hanya dia satu-satu lelaki yang aku mahu!” Jerit Siti membuatkan kedua kawannya menutup telinga mereka setelah mendengar jeritannya.

“Tak payah jerit, kau luah macam tu pun kitaorang dapat rasa. Kau cinta Thoriq dan Thoriq cinta kau, so apa susah? Yang penting kahwin dulu, nak dapat restu kemudian cerita.” Balas Qhadir menurunkan kedua tangannya dari telinga.

“Aku setuju dengan Qhadir. Kau kahwin dulu dengan Thoriq and then selepas kahwin tu baru kau boleh minta restu takpun ambil hati mak kau untuk terima Thoriq sebagai menantu dia.”
“Boleh ke macam tu? Kahwin takpe restu mak? Macam berdosa pula.” Kata Siti memandang kedua kawannya silih berganti.

“Lebih berdosa kalau kau asyik tangguh korang punya hubungan. Daripada kau keluar dengan dia tanpa sebarang ikatan, baik kau halal kan terus. Takdelah nanti kau fikir haram semua tu dah lepas ni kalau nak keluar dengan dia.” Balas Qhadir.

“Apapun kau bawa dulu Thoriq jumpa mak ayah kau, selepas tu tengok dulu mak kau terima ke tak. Kalau dia tak terima kau terus plan dengan ayah kau, aku pasti ayah kau setuju dan ayah kau pasti faham dengan perangai mak kau tu. Ayah kau kan suami mak kau so kita tunggu dan lihat je.” Asyikin menepuk bahu Siti memberi semangat padanya.

“Qhadir. Kau tak rasa ke hidup kita berdua ni terlalu klasik dan dramatik? Mana taknya sorang dah bertunang tapi ada atasan yang gilakannya. Sorang lagi dah ada kekasih hati tapi bekas tunang minta getback selepas mak dia sendiri tak suka pada menantu dia. Hmm susahlah hidup kita berdua ni.” Qhadir mendengar hal itu mengangguk kepala seperti setuju dengan apa yang dikatakan Siti.

“Kita berdua je ke? Ni Syikin, takkan takde masalah?” Mereka berdua memandang Asyikin yang kelihatan santai seperti tiada sebarang masalah.

“Aku…” Teringat pada surat yang Zack bagi. “Aku setakat ni takde masalah buat masa sekarang lah tapi tak tahulah satu hari nanti datanglah dugaan dan ujian untuk aku hadapi. Korang bersyukurlah sebab dapat ujian sebelum korang kahwin, aku ni tiada siapa nak. Aku single tapi kedua kawan aku dah berpunya.” Balas Asyikin dengan berpura-pura mengelap air mata.

“Mana tak singlenya kalau bila lelaki nak mendekat, kau dah halang jauh-jauh.” Ujar Qhadir mengingatkan kawan baiknya.

“Alah tak payah nak single sangat, kau dengan Aryan kan rapat? So takkan kau takde langsung perasaan takpun sedikit perasaan macam berdebar dengan dia? Takkan takde langsung?” Usik Siti membuat Asyikin terdiam seketika.

Asyikin mendengar pertanyaan Siti, teringat kenangan dia bersama Aryan selalu keluar bersama tak kira waktu lunch, waktu malam sekalipun. Entah kenapa dia rasa selesa berbual dan bercakap dengan Aryan. Bagi dia, Aryan tu lebih kepada seorang kawan atau lebih tepat ada satu perasaan yang dia tak berani nak tafsir.

Aryan sedikit berbeza dengan mana-mana lelaki yang dia jumpa. Kalau nak sama Aryan dengan Qhadir, macam jauh sangat tapi diorang punya batas tu sama bagi aku.

“Lama betul fikirkan jawapan? Atau tiada sebarang jawapan yang kau nak bagi? Atau kau memang suka pada Aryan?” Suara Qhadir menghentikan lamunan Asyikin.

“Aku…suka Aryan?” Asyikin menyedari sesuatu tentang perasaan dia selama ini. Walaupun dah banyak kali dia usaha untuk abaikan perasaan itu tapi hakikatnya dia dah tak mampu untuk sembunyikan perasaan itu selamanya.

Yang selama ini, dia suka pada Aryan. Bukan sebagai seorang kawan lebih tepatnya lebih daripada seorang kawan.

Asyikin memeluk lututnya menutup mukanya yang sedikit merah, Siti dan Qhadir memandang antara satu sama lain melihat reaksi Asyikin.

Siti menutup mulutnya dengan perasaan teruja, “OMG! Seriuslah beb? Kau suka Aryan? Aku tumpang gembira untuk kau.”

“Aku ingat kau takde hati dan perasaan pada Aryan rupanya kau sembunyikan perasaan kau selama ini. Akhirnya terbuka juga pintu hati Luna Asyikin setelah 7 tahun berlalu.” Qhadir tersenyum sinis kepada Asyikin.

Asyikin melihat senyuman sinis Qhadir, “Kau ni takde soalan lain ke nak tanya pada aku? Stres aku macam ni.”

“Alah takpelah beb sekurangnya kau dah jatuh suka pada seseorang kan? So kita bertiga akan menjejak alam perkahwinan tahun ini bersama-sama.” Siti memeluk bahu Asyikin yang masih memeluk lututnya.

“Entahlah aku…Aryan tu aku tak rasa dia ada perasaan yang sama dengan aku. Aku tepuk sebelah tangan je.” Balas Asyikin menyembunyikan mukanya di sebalik lengan.

“Yang penting kau perlu usaha untuk pikat hati Aryan kalau tak melepaslah kau jawabnya.”

“Biar aku cakap satu benda ke kau, ‘Persahabatan antara lelaki dengan perempuan tak semestinya berakhir sehingga kawan sahaja. Ada yang berakhir sebagai pasangan hidup, ada yang berakhir dengan kematian dan ada juga berakhir dengan berkawan selamanya’. Kalau kau betul suka pada Aryan, curi hati dia. Bukan susah sangat nak curi hati Aryan.” Ujar Qhadir memandang Asyikin yang tengah memandangnya.

“Ye, beb. Yang penting usaha itu ada. Lagipun dah dekat 7 tahun, kau tak pernah buka hati kau dekat mana-mana lelaki. Jadi jangan lepaskan peluang depan mata kau, beb. Aku dengan Qhadir akan sentiasa menyokong kau dari belakang.”

Asyikin memandang kedua kawannya silih berganti, “Terima kasih. Tapikan Qhadir, aku rasa ayat tu baik kau tuju pada diri kau. Kau pun suka Risya juga kan?”

Qhadir mendengar pertanyaan Asyikin dengan cepat mengalih pandangan menyembunyikan reaksi mukanya, “A…apa yang kau merepek ni? Aku tak…bukan aku tak suka Risya tapi aku…”

Asyikin tersenyum sinis melihat Qhadir tergagap, “Aku suka…je dia tu sebab dia tunang aku jadi…”
“Jadi maknanya kau suka pada Risya sebab dia tunang kau atau kau dah mula jatuh cinta pada dia?” Qhadir dengan cepat bangun dari duduknya, menyapu sebarang kotoran pada seluarnya.

“Malas aku nak layan korang, baik aku balik. Siapkan kerja atas meja aku yang bertimbun daripada aku layan korang berdua.” Ujar Qhadir melangkah ke arah keretanya meninggalkan kedua kawannya yang memandang kelibat Qhadir yang melarikan diri.

“Malulah tu, orang nak tahu perasaan dia tak boleh, kalau nak tahu perasaan orang lain boleh pula. Kata jelah kau suka ke Risya! Kau kata ke dia yang kau suka sangat ke dia!” Jerit Siti kepada Qhadir yang baru sahaja membuka pintu keretanya, memandang Siti lalu isyarat menunjukkan penumbuk ke Siti.

Siti membuat isyarat yang sama sebagai balasan, “Ingat aku takut ke? Aku pun boleh bagilah.”

Asyikin menggeleng kepala melihat tingkah laku kedua kawannya, “Aduh kalau dua orang ni bersama, aku rasa malam pertama dah minta cerai.” Bisik hatinya.

“BEGITULAH bagaimana saya boleh kata yang sepupu saya tu mandul. Sebab tulah Thoriq, saya nak awak bertemu dengan kedua ibubapa saya hujung minggu ni, boleh?” Siti memandang perasaan berharap Thoriq ingin bertemu dengan kedua ibubapanya.

“Kalau boleh saya nak hubungan kita berdua ni cepat-cepat halal supaya tiadalah saya dijodohkan oleh orang lain pula. Awak tak kisah kan?” Sambung Siti.

“Kenapa hujung minggu? Kenapa bukan sekarang?” Mata Siti terbuka luas dengan pertanyaan Thoriq itu.

“Siti.” Thoriq bangun dari kerusi lalu berlutut di depan Siti seperti orang ingin melamar, mengeluarkan sekotak cincin dari poketnya lalu membuka di depan Siti.

“Saya tahu kita baru je berkenalan tapi saya rasa awaklah jodoh saya yang sebenarnya. Saya tak kisah macam mana penampilan awak sekalipun, bagi saya hati awak dah cukup bagi saya. Awak berbeza dengan mana-mana perempuan yang pernah saya jumpa, hanya awak je saya nak. Saya dah lama perhatikan awak, Siti.”

Semua orang yang berada di ruang tersebut sudah mula menjerit kegembiraan dan keterujaan melihat Thoriq melamar doktor mereka.

Siti melihat hal itu menutup mulutnya dengan perasaan tidak percaya dengan air mata yang mula bergenang di matanya.

“Jadi Siti… will you marry me?” Thoriq memberi senyuman yang membuatkan Siti yakin itu pilihan yang terbaik baginya.

So apa agaknya jawapan Siti? Yes or No?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience