Series
17
DI ruang rehat, Siti dengan Thoriq tengah menikmati nasi ayam yang dibeli sambil berbual.
“Doktor Daud tu doktor dekat klinik ni juga ke? Ni first time saya nampak dia dekat sini.” Tanya Thoriq memandang Siti yang tengah nikmat menyuap nasi.
“Daud tu kawan saya sejak U. Kitaorang minat bidang yang sama dan mempunyai impian yang sama iaitu bina sebuah klinik besar di Kuala Lumpur ni. Jadi klinik ni bukan milik saya seorang, klinik ni milik saya dan Daud. Mungkin awak jarang nampak dia sebab setiap bulan dia akan sibuk dengan kursus dia sebab Daud tu seorang penceramah dalam bidang perawatan jadi dia jarang masuk klinik. Selama dia takde, sayalah ganti tempat dia.” Balas
Siti.
“Awak nak tahu, Doktor Daud tu ramai peminat. Kebanyakan perempuan datang klinik ni untuk bertemu dengan dia atau nak dapat rawatan dari dia. Sebab Daud tu kacak, badan sado and greenflag.” Puji Siti.
Tanpa dia sedar, riak muka Thoriq berubah setelah mendengar pujian yang dilontarkan oleh Siti tadi sambil bermain dengan nasi.
“Awak suka dia ke?” Siti menyedari nada suara Thoriq kedengaran lain, mengangkat kepalanya memandang Thoriq yang pandang nasi dengan muka tegang macam orang yang tengah…
“Awak cemburu ke?” Mendengar hal itu, automatik muka Thoriq berubah sedikit merah lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya untuk cover malu.
“Takdelah, saya cuma tanya sahaja. Sebab bukan ke main awak puji dia, jadi saya fikir awak…” Thoriq mengalih pandangan memandang arah lain.
Siti mendengar hal itu tersenyum berserta ketawa kecil melihat reaksi Thoriq, “Buat apa saya nak suka dia, kalau saya dah suka awak, Thoriq. Lagipun Daud tu dah ada isteri dengan 2 anak.”
“Ehh? Dia dah kahwin? Dah ada anak?” Siti mengangguk kepala dengan pertanyaan itu.
“Ye, dekat 6 tahun dah dia kahwin. Isteri dia tu kerja nurse dekat Hospital Kuala Lumpur dan dia dah ada anak 2 orang. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Daud tu memang lelaki yang setia walaupun ramai perempuan cuba goda dia tapi dia tak pernah tergugat pun. Sebab tu saya kata untunglah isteri dia dapat suami seperti Daud.” Siti menyambung suapan nasi ke mulut.
“Begitu. Saya fikir dia belum kahwin lagi.” Thoriq mengangguk kepala memahami status Daud itu kembali menyuap nasi.
“Tipulah kalau lelaki sekacak tu tak kahwin lagi kan? Jadi awak tak cemburu dah kan?” Siti memandang Thoriq dengan senyuman kecil.
“Mungkin dah tak cemburu. Tapi saya tertanya, apa yang jantan tu buat dekat sini? Dia nak apa dengan awak?” Mendengar hal itu, Siti menghela nafas panjang.
“Jantan tu nak getback dengan saya balik.” Thoriq yang baru sahaja meneguk air tiba-tiba tersedak mendengar ayat Siti.
“Maaf. Awak kata apa? Jantan tu nak getback semula dengan awak?” Siti mengangguk kepala sambil menghulur sehelai tisu padanya.
Thoriq menyambut huluran itu lalu mengelap mulutnya, “Kenapa tiba-tiba dia minta getback dengan awak padahal dah dekat sebulan jantan tu kahwin dengan sepupu awak kan?”
“Ada 2 sebab. Sebab pertama mak Haris tu memang dari awal lagi tak suka dengan Tiya jadi mak dia suruh Haris kahwin lain lebih tepat mak dia suruh Haris kahwin dengan saya. Walaupun kitaorang dah putus but mak dia fikir yang saya masih tak boleh lupakan jantan tu sebab yelah sampai sekarang takde pengganti.”
“Mak dia fikir lepas apa anak dia tu buat pada awak, awak nak semula ke anak dia? Tak betul agaknya orang tua tu.” Kutuk Thoriq meneguk airnya.
“Bukan tak betul pun memang jenis orang tua yang tak bersyukur langsung. Saya kalau boleh nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Tiya sebab sanggup selamatkan saya dari terus berkahwin dengan Haris. Kalau tak saya terpaksa menghadap mak dia tu walaupun isteri ketua kampung tapi tak reti bersyukur walaupun dah ada duit banyak bagi dia tetap tak rasa cukup.” Ujar Siti menutup bekas setelah habis makan.
“Mak dia suruh Haris kahwin dengan awak sebab nak duit awak?” Siti mengangguk kepala lalu meneguk airnya sehingga habis.
“Ye. Sebab selepas dapat tahu saya ada klinik sendiri dekat KL lagilah dia paksa Haris tu kahwin cepat-cepat dengan saya. Tapi dia tak tahu klinik ni bukan milik saya seorang je.”
“Jadi apa sebab yang kedua?” Siti memandang sekeliling, bangun lalu menarik kerusi berhenti di sebelah Thoriq.
“Sebab yang ni saya kena bisik di telinga awak sebab saya tak nak buat dosa kecil pula dekat sini. Syikin yang bagitahu hal ni pada saya jadi dia minta saya tak sebar ke sesiapa jadi dekatkan telinga awak.”
Thoriq mendengar arahan itu hanya mengikut sahaja lalu dekatkan telinga pada Siti, Siti mengangkat tangannya mula berbisik.
Setelah itu, Thoriq memandang Siti dengan pandangan tidak percaya mendengar sebab kedua itu.
“Awak biar betul? Awak pasti ini bukan fitnah semata?” Siti mengangguk kepala menarik kerusinya kepada ke tempat asal.
“Saya pun tak nak buat fitnah tapi kalau dah Syikin dah cakap macam tu memang betullah. Sebab Syikin tu takkan cari maklumat bodoh-bodoh je and semua ayat yang keluar drai mulut dia selalu betul. Dan yang menguatkan lagi adalah Mak Tiya datang jumpa saya sendiri.” Cerita Siti mengingat balik perbualannya dengan Mak Tiya di kampung.
“UBAT untuk buat orang mengandung? Maksudnya, Mak Long nak ubat yang boleh buat seseorang tu mengandung?”
“Ye, Mak Long nak ubat tu kalau ada. Nak bagi ke Tiya yang dah banyak kali mengadu yang dia tak mengandung-mengandung walaupun dah lama mereka berhubungan tapi masih tak lekat-lekat.”
Siti mengaru kepalanya yang tidak gatal, “Tapi Mak Long, biasanya mengandung ni bukan dah sebulan kahwin terus mengandung. Ambil masa lah juga nak mengandung tu mungkin dalam 3 bulan, setahun macam tu. Saya bukan apa tapi takut kalau Tiya ambil ubat tu nanti ada risiko lain pula…” Siti terdiam apabila Mak Tiya menghentak meja dengan kuat.
“Mak Long tak kira! Sebulan ke, 3 bulan ke, setahun sekalipun, Mak Long tetap nak Tiya tu mengandung cepat-cepat supaya apa yang orang kampung tu kata tak betul!” Siti menghela nafas panjang.
“Maksud Mak Long, orang kampung kata yang Tiya tu mandul ke?” Mak Tiya membaling bantal kecil ke Siti, dengan cepat Siti menangkap bantal itu dengan tangannya.
“Anak Mak Long tak mandul! Kamu jangan hina anak Mak Long!” Mak Tiya menunjuk tangan pada Siti.
“Bila masa pula saya fitnah? Saya tanya je bukan saya fitnah anak Mak Long tu. Macam nilah Mak Long bukan Siti tak nak bagi tapi kalau Siti bagi, risau ada kesan samping kalau bagi ubat macam tu pada Tiya. Apa kata kalau Mak Long bawa Tiya ke klinik takpun hospital untuk rawatan lanjut? Bukan sebab Siti nak tuduh dia mandul but untuk kepastian.” Terang Siti meletakkan bantal dibaling Mak Tiya tadi di sebelahnya.
“Kata jelah kamu tak nak tolong Mak Long selepas apa Tiya buat ke kamu kan? Kamu tak nak tolong selepas Tiya ambil Haris tu dari kamu kan? Kamu sakit hati kan?” Tuduh Mak Tiya membuatkan Siti menghela nafas.
“Mak Long ni pekak ke apa? Saya dah kata saya tak bagi sebab takut ada kesan samping dekat Tiya. Kalau saya bagi macam mana kalau lebih teruk jadi? Saya bukan fitnah tapi ni untuk kebaikan Tiya juga. And Mak Long kata apa tadi, sakit hati? Buat apa saya nak sakit hati lagipun saya berterima kasih sangat-sangat pada Tiya kerana sudi kahwin dengan Haris tu. Dari awal lagi Siti tak berminat langsung pada Haris tu tapi mak yang sesuka hati terima lamaran dia tanpa pengetahuan Siti.” Balas Siti dengan marah.
“Kalau Mak Long datang sini setakat nak sakitkan hati orang lepas tu nak tuduh macam-macam, baik Mak Long balik and bawa anak kesayangan Mak Long tu pergi klinik untuk dapat rawatan lanjut.” Siti menghala tangan pada pintu yang semula jadi sudah terbuka luas.
“Hm! Mak Long pasti kamu akan menyesal nanti! Kamu tunggu je nanti!” Selepas berkata begitu, Mak Tiya melangkah keluar dengan menghentak kaki.
Siti melihat kelibat Mak Tiya hilang dari pandanganya, menyandar badan ke sofa sambil mengurut pelipis. “Nak minta tolong macam nak cari gaduh. Tak boleh minta dengan cara lembut ke? Haih stress betul aku ni, tapi betul ke yang Tiya tu mandul? Aku bukan nak fitnah tapi…” Siti menghela nafas lalu berbaring di atas sofa memandang kipas yang tengah berpusing meletakkan lengan di atas mukanya.
“Malaslah aku fikir, baik aku tidur. Tenanglah sikit hidup aku.” Bisik hati Siti memejam matanya perlahan-lahan sehingga terlelap.
Tapi semua pertanyaan dia terjawab apabila Asyikin memberitahu jawapan untuk pertanyaan yang bermain di fikirannya.
“WHAT? Betul ke apa yang kau cakap ni, beb? Kau jangan buat fitnah.” Siti memandang Asyikin dengan perasaan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Kau ni, macam tak kenal dengan kawan baik kau sendiri. Syikin ni takde masa nak buat fitnah bagai, kawan kau bukan macam tu. Kalau dia dah cakap macam tu, betullah. Kenapa kau tak percaya ke?” Balas Qhadir memandang Siti yang masih tidak percaya dengan cerita Asyikin.
“Aku bukan tak percaya tapi aku takutlah yang semua tu hanya gurauan ke atau just nak main-main?” Siti membuat sangkaan sendiri sama ada nak percaya atau tak.
“Buat apalah aku nak gurau dengan bab-bab macam ni. Aku sendiri dengar dari mulut Mak Long kau. Masa tu aku buat kerja dekat kafe aku biasa pergi, lepas tu aku perasaan mereka tapi mereka tak perasaan aku. Diaorang pula duduk dekat belakang aku and kau tahu kan suara Mak Long kau tu kalau boleh nak suruh satu kafe tu dengar suara dia.”
“Mak Long aku memang macam tu, tak hairan mulut Tiya ikut siapa.”
“So, apa yang Mak Long dia cakap?” Qhadir memandang Asyikin yang tengah memeluk lutut.
“Dia kata yang…” Mengingat kembali perbualan antara Mak Tiya dengan Tiya.
“MACAM mana ni, mak? Apa yang perlu orang buat? Apa yang Tiya nak bagitahu pada Haris nanti yang Tiya ni…” Memegang rambutnya dengan kedua tangan sehingga rambutnya jadi kusut.
“Jangan bagitahulah Haris, nanti malu mak. Ni kalau orang kampung tahu yang fitnah mereka sebarkan tu benar, malu mak sebab dapat anak yang tak dapatkan lahirkan anak, mandul terus.” Mak Tiya berasa tertekan memikirkan fitnah yang tersebar di kampung tentang anaknya yang tak boleh mengandung.
“Ta…tapi doktor ada kata ada cara nak rawat kan? Kalau Tiya ikut dia punya rawatan kemungkinan Tiya nak mengandung tu ada and bolehlah Tiya bagi anak kepada…”
“Jangan nak merepek, kamu tak dengar ke apa yang doktor tu kata tadi? Kalau nak buat rawatan tu kamu kena tanggung risiko tinggi dan rawatan tu perlukan kos tinggi. Mana kamu nak cari duit? Nak minta dengan suami kamu tu, nanti dia tanya pula.”
“Mak kena tolong Tiya, mak. Kalau mak Haris tahu pasal ni, mak dia akan kahwinkan Haris dengan Kak Siti. Orang tak nak Haris kahwin dengan Kak Siti, susah tahu Tiya nak perangkap Haris supaya kena tangkap basah dengan orang. Senang-senang je mak dia nak kahwinkan suami orang dengan perempuan lain. Apa yang mak Haris tu suka sangat dengan Kak Siti tu yang hanya ada duit banyak je tapi penampilan dia buruk.” Kutuk Tiya mengingat kepada sepupunya yang mempunyai kerjaya tinggi tapi penampilan yang kurang menarik.
Asyikin mendengar hal itu mengenggam tangannya tanda marah, “Amboi sedap betina ni kutuk kawan baik aku. Hoi, yang penampilan buruk ni lah berlambak lelaki nak ke dia, kau je yang perasaan lebih, orang nak ke kau cuma kecantikan kau je. Kata jelah kau jelaous yang sepupu kau lebih berjaya dari kau.” Bisik hatinya.
“Sekurangnya sepupu kamu tu ada kerjaya yang menjamin masa depan, sebab tu mak Haris nak sangat sepupu kamu tu kahwin dengan anak dia. Jamin masa depan cerah, kalau dengan kamu mesti masa depan gelap.” Asyikin mendengar ayat terakhir Mak Tiya, menahan bibirnya daripada ketawa.
“Apa ni mak, kutuk orang? Tak sukalah macam ni. Takde ke cara lain untuk buat orang mengandung mak? Tak kisahlah cara apa sekalipun, orang sanggup buat.” Kata Tiya dengan tekad yang kuat untuk melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mengandung.
“Kalau macam tu kita guna tok bomoh untuk buat kamu mengandung, macam mana? Sebab tu sahaja cara terakhir, sebab arwah nenek kamu pun susah nak mengandung tapi bila dia jumpa seorang tok bomoh ni akhirnya mengandung juga.” Cerita Mak Tiya membuatkan Asyikin tersenyum sinis.
Share this novel