UDARA malam di luar kelab El Mariposa dingin, tetapi suasana masih bergetar dengan irama muzik yang mengisi jalan-jalan sunyi di ibu kota Valle Sereno.
Dante Rashan mengangkat rokoknya ke bibir, mengambil sedutan perlahan sambil memandang Kara Sofee yang berdiri tidak jauh darinya.
Mata wanita itu melirik ke sekitar, mencari alasan untuk tidak memandang lelaki yang baru saja menuntunnya keluar dari pesta tadi.
“Awak tak menyesal, kan?” Dante Rashan bersuara, memecah keheningan.
Kara Sofee memandangnya, wajahnya penuh keraguan.
“Menyesal apa?”
Dante Rashan tersenyum nipis, meniupkan asap rokok ke udara.
“Menuruti saya keluar dari sana.”
Kara Sofee menjeling tajam.
“Awak selalu begini, kan? Menarik orang ke dunia awak tanpa peduli apa kesannya?”
Dante Rashan ketawa kecil, nada suaranya sinis.
“Dunia saya, hermosa bukan untuk mereka yang lemah.”
“Jadi awak anggap saya lemah?” Kara Sofee mencabar, melangkah lebih dekat.
Dante Rashan membuang rokok. Memijaknya dengan kasut kulit hitam berkilat.
“No, querida,” katanya perlahan, memandang terus ke matanya.
“Awak nampak seperti seseorang yang sedang mencari alasan untuk jadi kuat.”
Perbualan mereka terganggu oleh deringan telefon bimbit Dante Rashan. Dia menariknya keluar dari poket dengan satu gerakan yang licin, pandangannya berubah tajam sebaik sahaja melihat nama di skrin. Carlos Velasco.
“Un momento,” katanya ringkas kepada Kara Sofee sebelum menjawab panggilan.
“¿Qué pasa, Carlos?” Suaranya rendah, tetapi tegas.
“Dante, tenemos un problema,” suara Carlos terdengar serius.
“El envío... alguien lo interceptó.”
Dante mengerutkan dahi.
“Quién? La policía o competidores?”
“No estoy seguro,” jawab Carlos.
“Pero tienes que venir ahora. Esto es grave.”
Dante Rashan menghela nafas berat, wajahnya kembali tenang seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Dia menutup telefon dan memasukkan kembali ke poket tetapi kali ini sorot matanya lebih gelap, lebih berbahaya.
“Masalah?” tanya Kara Sofee sambil lensa mata hazelnya memerhatikan perubahan ekspresi wajah lelaki itu.
“Sedikit urusan,” jawab Dante Rashan sambil tersenyum samar tetapi senyumannya tidak sampai ke matanya.
Dia memandang Kara Sofee sejenak, seolah-olah sedang mempertimbangkan sesuatu. Akhirnya, dia berkata,
“Awak nak ikut saya?”
Kara Sofee mengerutkan kening.
“Ikut awak ke mana?”
Dante Rashan melangkah lebih dekat, hingga jarak mereka hanya beberapa inci.
“Ke tempat yang lebih menarik daripada sini. Tapi kalau awak takut, kita boleh tamatkan malam ini di sini.”
Kara Sofee menelan liur, jantungnya berdebar. Dia tahu dia seharusnya berkata tidak tetapi sesuatu tentang lelaki ini membuatnya ingin tahu lebih. Akhirnya, dia mengangguk.
“Baiklah,” katanya perlahan.
Lima belas minit kemudian, mereka tiba di sebuah gudang terbiar di pinggir bandar. Tempat itu gelap, hanya diterangi oleh beberapa lampu neon yang berkelip-kelip.
Kara Sofee melangkah keluar dari kereta sport Dante Rashan sambil anak matanya lincah memandang sekeliling, dengan rasa tidak selesa.
“Ini tempat yang lebih menarik awak kata?” Kara Sofee memandang Dante Rashan dengan kening terangkat.
Dante Rashan hanya tersenyum, menariknya ke sisi.
“Percayalah, ini hanya permulaan.”
Mereka berjalan ke dalam gudang, di mana beberapa lelaki sudah menunggu. Carlos, lelaki bertubuh sasa dengan rambut hitam kemas, melangkah ke arah mereka dengan wajah serius.
“Dante, estamos en un lío,” katanya tanpa basa-basi.
“Explícame,” balas Dante Rashan sambil memasukkan tangan ke dalam poket.
Carlos mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkannya kepada Dante Rashan. Di dalamnya ada foto-foto truk yang dihentikan di jalan raya, dengan barang-barang di dalamnya berselerakan.
“Penghantaran kita dirampas,” kata Carlos dalam bahasa Inggeris, supaya Kara juga memahami.
“Kita kehilangan barang bernilai jutaan dolar.”
Dante Rashan memandang foto-foto itu dengan ekspresi kosong tetapi Kara Sofee dapat melihat rahangnya mengetap.
“Siapa yang buat?” tanya Dante Rashan perlahan tetapi ada nada ancaman dalam suaranya.
“Kami belum tahu. Tapi kami rasa ini kerja geng Los Sanguinarios,” jawab Carlos.
Dante Rashan menghela nafas panjang, menarik kerusi dan duduk dengan tenang.
“Kalau mereka mahu perang, kita akan beri mereka perang. Tapi buat masa ini, kita perlukan maklumat.”Ujarnya tetap tenang sambil mata melirik ke arah sebelah.
Carlos mengangguk.
“Kita ada seseorang yang mungkin tahu sesuatu. Dia ada di bilik belakang.”
Dante Rashan bangkit dari kerusinya, matanya penuh dengan tekad. Dia menoleh ke arah Kara Sofee yang berdiri membeku di tempatnya.
“Awak tunggu di sini,” katanya tegas.
“Tunggu?” Kara Sofee menyoal. Tak percaya sambil memandangnya dengan mata membulat.
“Awak bawa saya ke sini, dan sekarang awak nak saya tunggu?”
Dante Rashan memandangnya sejenak, lalu tersenyum kecil.
“Percayalah, hermosa. Ini bukan sesuatu yang awak nak lihat.”
Sebelum Kara Sofee sempat membalas, Dante Rashan sudah berjalan pergi bersama Carlos, meninggalkannya sendirian di ruang utama gudang.
Di bilik belakang...
Seorang lelaki kurus dengan wajah lebam duduk di atas kerusi, diikat dengan tali tebal. Dia menggigil ketakutan, matanya melilau ke sekeliling.
Dante Rashan masuk dengan langkah perlahan, mengambil masa untuk memerhatikan lelaki itu sebelum bercakap.
“Siapa hantar kau?” tanyanya dengan nada rendah tetapi dingin.
Lelaki itu tidak menjawab, hanya memandang Dante Rashan dengan takut.
Dante Rashan menarik kerusi dan duduk di hadapan lelaki itu, wajahnya tenang tetapi matanya penuh ancaman.
“Saya tak suka ulang soalan. Jadi, saya akan tanya sekali lagi. Siapa hantar kau?”Soalnya. Bertegas.
Ketika lelaki itu masih diam, Dante Rashan menghela nafas panjang. Dia memandang Carlos dan mengangguk. Carlos segera menarik keluar pisau kecil dari poketnya, memainkannya di udara dengan santai.
“Jangan buat saya kehilangan sabar,” kata Dante Rashan masih nada perlahan.
“Saya boleh jadi lelaki yang sangat baik... atau sangat jahat. Pilihan di tangan kau.”
Akhirnya, lelaki itu tidak tahan lagi.
“Los Sanguinarios!” dia berseru.
“Mereka yang suruh! Saya cuma ikut arahan!”
Dante Rashan tersenyum kecil.
“Bagus. Sekarang, beritahu saya di mana mereka.”
Sementara itu, di luar bilik. Kara Sofee sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu.
Dia melangkah perlahan ke arah pintu, mendekatkan telinganya untuk mendengar apa yang sedang berlaku. Suara Dante terdengar, tegas tetapi mengancam.
Kara Sofee menggigit bibirnya, rasa ingin tahu bercampur dengan ketakutan.
Malam ini jelas lebih dari sekadar malam biasa dan lelaki yang dia temui di pesta itu, bukan sekadar playboy kaya.
Dante Rashan jelas menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang jauh lebih gelap daripada yang dia bayangkan.
Kara Sofee berjalan tergesa-gesa keluar dari gudang. Udara malam terasa dingin tapi tidak cukup untuk menenangkan debaran jantungnya yang kencang.
Dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang dia saksikan di dalam tetapi satu perkara jelas. Dante Rashan sesuatu.
Namun langkahnya terhenti apabila derap
kaki yang tergesa-gesa
mendekat dari belakang. Naluri amaran Kara Sofee segera menyala.
Dia menoleh dan melihat
seorang lelaki asing menghampiri.
"Hey, sweetheart. Malam ni, kau ikut aku," suara lelaki itu kasar, disertai
senyuman yang penuh niat jahat.
Kara Sofee cuba mengundur tapi lelaki itu
lebih pantas. Tangan kasarny hampir mencapai lengan.
Di ketika sama, satu bayang besar muncul dari sisi, menumbangkan
lelaki itu ke tanah
dengan satu tumbukan padu.
Dush!
"Sentuh dia lagi. Aku patahkan tangan kau," suara Dante Rashan rendah tapi cukup
dingin untuk membuat lelaki itu menggigil.
Lelaki itu tersenyum menyeringai sambil jari menguis lelehan darah di pinggir bibir.
Lelaki itu tidak menyerah begitu sahaja. Dia cuba bangkit dan menyerang Dante Rashan tetapi Dante Rashan juga bersedia.
Dalam pergelutan yang
cepat, Dante Rashan sekali lagi menjatuhkannya ke tanah kali ini, lebih keras.
Namun, dalam kekacauan itu, Kara Sofee juga kehilangan keseimbangannya.
Tubuhnya terjatuh tetapi sebelum dia menyentuh tanah, Dante Rashan dengan cekap menangkapnya.
Kedua-dua mereka
jatuh bersama, Dante Rashan di atas Kara Sofee, nafas mereka bertaut dalam keheningan
yang tiba-tiba.
Share this novel