Series
17
SEPERTI yang dijanjikan, Ridz datang menjemput Asyikin diikuti oleh Aryan untuk bertemu dengan Datin Farisha menaiki lif menuju ke tingkat atas.
Asyikin menayangkan muka tenang sedangkan tangannya sudah kesejukkan dari tadi, Aryan memandang Asyikin lalu mengenggam tangannya membuatnya tersentak dengan tindakan Aryan.
“Sejuk sangat tangan awak ni. Kita nak jumpa grandma je bukan nak pergi perang, Syikin.” Ujar Aryan sambil tertawa kecil dengan reaksi Asyikin yang kelihatan comel pada pandangannya.
“Janganlah usik saya macam tu. Awak tak tahu yang saya tak biasa sangat dengan orang tua, kan? Awak pun boleh tengok saya dengan Dato macam mana.” Bisiknya supaya Ridz yang berada di depannya tidak dengar apa yang mereka cakap.
Tapi hakikatnya pendengaran Ridz tajam bagaikan lintah, “Datin bukan orang yang seperti yang anda jangkakan, Nona. Datin adalah perempuan paling baik yang pernah saya jumpa.”
“Macam manalah Datin boleh kahwin dengan lelaki seperti Dato yang sukar menunjukkan reaksi dan perasaan dia tu. Jangan-jangan mereka berdua kena kahwin paksa?” Soalnya membuat Ridz hanya tersenyum nipis.
Tiba di tingkat atas, mereka bertiga keluar dari perut lif kemudian melangkah ke sebuah pintu lalu Ridz mengetuk pintu tersebut.
“Dato, saya datang bersama Nona dan juga Tuan Aryan.” Jawab Ridz membuat Asyikin semakin berdebar, Aryan melihat hal itu tersenyum lalu mengenggam tangannya dengan erat seperti menyalurkan tenaga dan semangat padanya.
Mendengar hal itu, Datin Farisha yang sedang berbaring terus menegak badannya dengan mata bersinar. “Dia dah datang.”
Dato melihat keterujaan isterinya tersenyum kecil, “Sila masuk!” Jerit Dato lalu berdiri tegak menyambut kedatangan mereka.
Setelah mendapat kebenaran, Ridz membuka pintu tersebut mempersilakan mereka berdua masuk terlebih dahulu.
Asyikin menarik nafas panjang lalu menghembusnya dengan perlahan kemudian dengan semangat melangkah masuk ke bilik tersebut bersama Aryan yang masih mengenggam tangannya.
“Selamat petang saya ucapkan kepada Dato dan Datin.” Asyikin memberi tunduk hormat seperti seorang puteri dengan memegang hujung pakaiannya lalu menarik sedikit dengan lutut dibengkokkan ke hadapan.
Datin Farisha melihat tindakannya tertawa kecil, “Ya ampun cantiknya. Grandma fikir yang masuk tadi boneka cantik.”
“Ah terima kasih untuk pujian anda, Datin. Salam perkenalan saya Luna Asyikin. Isteri kepada cucu anda, Aryan Lee Yusof dan juga cucu menantu anda.”
Datin Farisha tersenyum melihatnya, “Jangan panggil Datin, panggil grandma. Kamu dah jadi cucu menantu grandma jadi tak perlu panggil Datin.”
“Saya hargainya tetapi saya masih belum rasmi menjadi anggota keluarga Lee jadi buat sementara waktu saya akan panggil anda dengan Datin. Maaf atas ketidaksopanan saya ini.” Asyikin menunduk sedikit kepala memohon maaf.
Datin Farisha mendengar hal itu menatap suaminya, “Abang! Saya dah kata jangan buat ujian seperti tu lagi, kan?! Tengok sekarang, cucu saya tak nak panggil saya grandma.” Marahnya sambil membuat muka cemberut.
“Sayang jangan marah abang. Abang terpaksa sebab ini tradisi keluarga abang turun temurun, mana boleh abaikan tradisi itu. Sayang kan dulu pernah lalui ujian tu?” Ujar Dato dengan suara tenang membuat Asyikin tidak percaya mendengarnya.
“Tapi tak boleh ke dia panggil saya dengan grandma? Tu pun dilarang juga ke?” Soalnya dan baru sahaja Dato ingin membalas.
“Sebenarnya Dato tidak pernah melarang saya untuk tidak memanggil begitu tetapi saya sedar yang posisi saya masih belum lagi rasmi untuk masuk ke keluarga ini. Saya nak buktikan pada Dato yang saya layak untuk masuk ke dalam keluarga ni dan pada masa tu saya akan panggil Dato dan Datin dengan panggilan itu.” Jawab Asyikin dengan berani dan tegas membuat mereka berdua terdiam begitu juga dengan Aryan dan RIdz yang hanya memerhati dari belakang.
“Nampaknya cucu saya pandai dalam memilik perempuan yang sesuai untuknya. Grandma dah mula suka pada kamu, sayang. Boleh grandma panggil kamu ‘Syikin’?”
Asyikin tersenyum lalu mengangguk kepalanya, “Dah tentu boleh, Datin.”
Datin Farisha tersenyum lalu menepuk ruang kosong di tepi katilnya, “Mari duduk sini. Grandma nak tengok kamu lebih dekat.”
Asyikin memandang Aryan di sebelahnya yang tersenyum, “Pergilah.”
Asyikin membalas senyumannya lalu melangkah menghampiri Datin melabuhkan punggung di sebelahnya.
Datin tersenyum mencapai tangan Asyikin lalu mengenggamnya, “Bila grandma tengok kamu dari dekat rupanya kamu lebih cantik dari apa yang grandma dengar dari Aryan dan Maria. Sebelum terlambat, grandma nak ucapkan ‘Selamat datang dalam Keluarga Lee ni, sayang’.”
Asyikin terkejut seketika dengan ucapan Datin lalu tersenyum, “Terima kasih kerana sudi terima saya sebab cucu menantu anda, Datin. Saya tak hairan kenapa Dato terlalu cintakan Datin, rupanya hati Datin ini lembut seperti kapas.”
“Kamu ini ada-ada je. Ouh grandma dengar kamu yang berani marah pada grandpa, betul ke?” Soalnya membuat Asyikin terdiam seketika mengerling Dato yang diam berpaling arah lain seperti nak elak daripadanya.
“Lah Dato ni boleh pula buat tak tahu. Takpe Dato, saya akan pastikan Datin akan marah Dato sepuas mungkin.” Gumamnya dalam hati dengan niat jahat.
“Memang betul pun, saya marah Dato bersebab. Dato baling kad perkenalan saya begitu je padahal saya sudah bagi dengan cara sopan tapi Dato baling kad saya dan dia kutuk saya.” Jawabnya dengan berpura-pura membuat riak muka sedih membuat Dato berpaling padanya dengan muka marah.
“Tak sayang, dia tokok tambah ayat je tu. Memang abang baling kad dia tapi abang tak sengaja sayang. Masa tu abang tengah marah, fikiran pula serabut. Janganlah marah abang.” Balas Dato menghampiri isterinya sambil memegang bahunya seperti memujuk.
“Kenapa abang baling kad dia? Abang tahu tak tindakan abang tu kurang sopan? Mana adab abang pada perempuan ni? Sayang tak pernah ajar abang buat begitu pada perempuan tak kira abang marah sekalipun tak perlu sampai balik kad orang.” Jawab Datin menatap suaminya dengan tatapan marah.
“Abang tak sengaja sayang, janganlah marah abang.” Rayu Dato sambil memeluk lengan isterinya.
Asyikin dan Aryan memerhati tingkah laku Dato dengan perasaan tidak percaya dengan apa yang mereka berdua lihat.
Dato Ryan Lee yang orang kenal adalah orang yang dingin, berhati keras dan kejam tapi apa yang mereka lihat sekarang ni adalah orang yang manja, perangai seperti kucing bukan beruang kutub utara dan bercakap dengan suara lembut.
Asyikin menatap Aryan begitu juga dengannya lalu tertawa kecil melihat tingkah laku Dato yang berbeza di luar dan apabila bersama dengan isterinya.
“Jadi betullah apa yang orang luar cakap yang perangai Dato ni berubah apabila bersama isterinya. Macam mana agaknya Datin boleh tundukkan ego seorang lelaki seperti Dato ini ye?” Bisik hatinya sambil tersenyum melihat hubungan Dato dean Datin yang kelihatan manis seperti pengantin baru.
Setelah itu, mereka berbual dengan rancak dan Asyikin mula selesa bercakap dengan Datin Farisha yang mesra melayannya.
WAKTU malam tiba, seperti yang dikatakan oleh Qhadir yang malam tu mereka melakukan operasi ketiga untuk memecah masuk ke dalam markas Moonlit Killer setelah mendapat kesaksian dan maklumat daripada carian oleh anggotanya.
Operasi ketiga kali ini mereka akan lakukan tanpa Detektif Laya digantikan dengan Nazrul untuk mengetuai mereka.
Nazrul memerhati keadaan sekeliling dan juga bahagian dalam menggunakan teropong sambil tangannya memegang walkie talkie, “Semuanya clear, seperti tiada apa-apa bayangan yang datang tapi jaga-jaga mungkin ini sebuah perangkap.”
“Saya rasa yang mereka dah larikan diri. Kemungkinan mereka dapat jangka yang mangsa akan bagitahu lokasi markas mereka lalu mereka berpindah ke tempat lain.” Ujar Inspektor Qhadir yang berdiri di sebelahnya memantau keadaan sekeliling.
Nazrul pun tak boleh nafikan apa yang dikatakan Inspektor Qhadir tu ada betul juganya sebab suasana di bangunan terbiar itu terlalu sunyi tapi untuk pastikan betul atau tidak, mereka harus masuk ke dalam.
“Apapun kita masuk dahulu. Is, tolong cover sekeliling. Pastikan tiada siapa-siapa yang masuk selain kami bertiga.” Balasnya melalui walkie talkie di tangannya kepada rakan sekerjanya yang sekarang memantau di atas sebuah pokok.
“Baik, serahkan pada aku. Kau boleh masuk.” Balasnya sambil tangannya memegang sebuah senapan menghala pada bangunan terbiar itu sebagai tanda berjaga-jaga.
“Inspektor Qhadir dan Inspektor Umar, kita bertiga akan masuk serentak dari belakang dan periksa sekeliling tak kira bilik mahupun apa-apa ruang, kita mungkin boleh dapat bukti kedudukan mereka seterusnya.” Jawabnya menatap kedua Inspektor di depannya yang mendengar arahannya.
“Baik, Tuan Nazrul.” Balas mereka secara serentak bersedia dengan pistol dan senapan di tangan mereka.
SETELAH mendapat isyarat tangan darinya, mereka bertiga bergegas ke pintu belakang lalu masuk ke bangunan terbiar itu sambil menghala senjata masing-masing ke sekeliling mereka.
“Kosong sahaja bangunan ni? Seperti tiada orang di dalamnya.” Setelah lama memerhati sekeliling bangunan tersebut, mereka menurunkan senjata mereka.
Nazrul masih lagi mengangkat senjatanya menghampiri sebuah pintu yang kelihatan masih baru berbeza dengan pintu yang lain sudah reput dan rosak.
Inspektor Qhadir mengikutinya memerhati keadaaan sekeliling. Tanpa fikir panjang, Nazrul memulas tombol pintu tersebut dan membiarnya terbuka luas lalu dia menghala pistol setelah pintu itu telah terbuka besar.
Setelah memastikan tiada sesiapa di dalam, mereka bertiga melangkah masuk ke ruang tersebut yang merupakan ruang yang digunakan untuk kawal sistem Moonlit Killer dimana terdapat skrin besar yang terdapat di ruang itu.
Inspektor Umar menghampiri sebuah kerusi mewah yang diduduki oleh Moonlit Killer lalu memeriksa di sekitar kerusi tersebut.
Manakala Inspektor Qhadir dan Nazrul memeriksa sekitar ruang tersebut sehinggalah Inspektor Umar menemui sebuah remote control.
“Remote? Dia nak suruh kita tengok movie night ke?” Soalnya sambil memberikan remote tersebut pada Nazrul yang menghampirinya.
Nazrul mengambil remote tersebut, memeriksa sekitar remote itu bagi memastikan tiada sebarang bahaya lalu mengerling skrin besar yang gelap.
Satu firasat hati mengatakan untuk membuka skrin tersebut dengan remote di tangannya dan dia mula sedar yang remote di tangannya seperti remote televisyen.
Nazrul menghala remote tu pada skrin besar, menekan butang on. Seperti yang dijangkanya, skrin itu menyala dan mereka melihat paparan individu lelaki yang memakai hoodie membelakangi mereka bertiga.
Kemudian lelaki itu memusing badannya dan mereka melihat topeng yang menyeramkan dipakai di mukanya. Nazrul melihat hal itu dah tahu siapa gerangan tersebut. Siapa lagi kalau bukan Moonlit Killer.
Inspektor Qhadir dan Inspektor Umar pertama kali melihat Moonlit Killer jadi mereka keliru dengan gerangan tersebut.
Teka teki dalam kepala mereka mula terjawab apabila Moonlit Killer mula bersuara.
“Selamat datang saya ucapkan kepada penyelamat negara sekalian. Saya perkenalkan diri dahulu, saya penjenayah yang anda semua buru sekarang atau panggilan yang diberi oleh seseorang iaitu Moonlit Killer. Selamat berkenalan dan saya berasa gembira dapat bertemu dengan anda semua. Anda pasti yang anda dapat tangkap saya malam ini tapi sayang sekali…yang anda dapat hanya kekosongan sahaja. Memandangkan saya berasa bangga dan terharu dengan kerja keras anda semua, saya sediakan rakaman video ini untuk ucapkan terima kasih atas kerja keras anda semua. Saya pasti anda semua berasa kesal kerana tidak dapat apa yang anda ingin kan? Ouh saya baru tahu yang Detektif Laya tidak sihat, kan? Saya tumpang kasihan padanya yang sudah bekerja keras memburu saya.”
Nazrul melihat hal itu mengenggam tangannya dengan kuat, “Macam mana dia…”
“Semoga dia cepat sihat. Sebabnya dia adalah bahan eksperimen terakhir saya selepas ini sebelum saya serahkan diri pada polis. Mungkin ya mungkin tak? Hahahaha! Heroin negara yang menyelamatkan negara tapi adakah dia selamanya akan melindungi negara ataupun mengkhianati negara sendiri? Adakah betul dia adalah heroine negara? Adakah itu apa yang dia nak? Betul ke yang…”
Rakaman video itu terhenti, Inspektor Qhadir memandang Nazrul yang kelihatan marah sambil menekan butang pause pada remote di tangannya.
Inspektor Umar dengan segera menghampiri meja yang berdekatan, mengeluarkan laptopya berserta dengan wayar panjang kemudian menyambungnya pada laptop dan alat perakam skrin untuk memuat naik dalam sebuah fail.
“Apa yang jantan tu faham tentang bos? Dia faham ke apa yang bos lalui selama ini?” Nazrul mengenggam remote di tangannya dengan kuat sehingga hampir rosak.
Inspektor Qhadir dengan segera mengambil remote tersebut dari tangannya, “Bawa bertenang, Nazrul. Dia sengaja buat kita terpedaya dengan ayat dia. Dia nak kita percaya apa yang dia kata.”
Dia menepuk bahu Nazrul memberi sedikit kesabarannya padanya. Nazrul menarik nafas panjang lalu menghembusnya dengan perlahan.
Inspektor Umar berjaya memuat naik rakaman tersebut, menyimpan semua barangnya. “Saya dah muat naik rakaman tu.”
“Kerja bagus, Umar.” Nazrul mengambil walkie talkie yang tersangkut di pinggangnya.
“Is, macam mana di luar?” Soalnya melangkah keluar dari ruang tersebut.
“Semua nampak ok setakat ini.” Balasnya sambil memerhati dari luar menggunakan teropong.
“Bagus, jadi korang semua boleh…” Belum sempat dia habis cakap, satu bayangan orang bersembunyi di sebalik dinding bersama satu kayu di tangannya diangkat tinggi untuk memukulnya.
“Nazrul, elak!” Jerit Is melihat gerangan tersebut ingin memukul Nazrul.
Share this novel