Series
17
“AKU nak tanya kau memandangkan kau dah kahwin dan punya anak, aku nak tanya something boleh?” Aryan memandang Nik dengan perasaan serius.
“Nak tanya seribu soalan pun aku sanggup tapi jangan halang aku buat kerja sudah.” Gurau Nik tetapi melihat reaksi Aryan, dia berdehem kecil kembali fokus pada Aryan.
“Awal permulaan kau bila bertemu dengan isteri kau, apa perasaan kau bila tengok dia buat pertama kali?” Nik berfikir sejenak dengan pertanyaannya.
“Perasaan aku buat pertama kali? Hm masa pertama kali aku nampak isteri aku, hati aku berasa berdebar apabila melihat senyumannya yang terlalu indah membuatkan hidup aku jadi huru hara. Pernah dengar ayat ni, ‘Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena’? Itu yang aku alami selepas aku berjumpa dengan dia. Selepas tu aku buat solat hajat untuk minta petunjuk dari Allah yang betul ke dia perempuan yang tepat untuk aku.” Cerita Nik berpaling pada suasana jalan raya.
“Sebab yelah aku kan kerja jual burger dan dia kerja sebagai penulis novel yang terkenal jadi kau fikir orang seperti aku tak sesuai untuk dia. Tapi siapa aku untuk halang takdir dan jodoh aku. Aku tak boleh nafikan semua tu dan aku tak boleh tolak perasaan aku ni. Aku tak boleh pendam lama-lama perasaan ini. Aku kena terus terang dan mengaku perasaan aku pada dia.” Aryan terdiam mendengar ceritanya membuatkan dia tersedar sesuatu.
“Bro, aku ada satu nasihat untuk kau.” Nik mengalih pandangan pada Aryan.
“Kalau kau jatuh suka pada seseorang, jangan dipendam. Mengaku sahaja, dia tolak atau tak, kau letak tepi. Yang penting kau usaha dan ingat satu benda ni. Masa depan kita, kita sendiri yang tentukan bukan orang lain yang tentukan.” Mendengar nasihat Nik, Aryan mula sedar tentang perasaan dia selama ini lalu menunduk kepala menyembunyikan mukanya sedikit merah.
“Kau tanya pasal ni, kau dah mula suka pada dia, kan? Apa nama perempuan tu? Syikin kan?” Aryan mengangguk kepala.
“Seriuslah kau dah suka pada dia lebih daripada seorang kawan?” Aryan terdiam mendengar pertanyaannya hanya memekak telinga.
Nik melihat tingkah laku Aryan mula memahami, “Aku faham perasaan kau, bro. Tapi lagi lama kau simpan nanti dia kena rembat dengan jantan lain pula. Baik kau cepat beraksi.” Balas Nik memberikan semangat pada Aryan.
“Aku tahu tapi dia tu…suka aku ke tak? Sepertimana suka aku pada dia lebih daripada seorang kawan?” Ujar Aryan dengan muka yang masih menunduk ke bawah.
“Kalau kau nak tahu dia suka kau atau tak, apa kata kau ajak dia dating? Mana tahu dari situ kau dapat tahu perasaan dia terhadap kau. Belum cuba belum tahu.” Aryan mengangkat kepala memandang Nik dan tertarik dengan ideanya sebentar tadi.
“Aku cuba dulu.” Nik mengangguk kepala kemudian terdengar namanya dipanggil.
“Bro, aku sambung kerja dulu. Apa-apa datanglah sini lagi, aku akan dengar cerita kau.” Ujar Nik sebelum meninggalkan Aryan, dia menepuk bahunya lalu pergi ke gerai burgernya.
“Aku kena cuba dulu baru aku tahu yang aku ni betul-betul suka Syikin atau tak.” Bisik hati Aryan dengan menanam semangat dan tekad dalam diri.
Dua sahabat yang disangka mereka hanya akan kekal kawan tapi sebaliknya tidak, dimana mereka berdua mula suka antara satu sama lain tanpa mereka sedari selama ini. Apa agaknya akan jadi pada mereka berdua? Terus berkawan atau jadi pasangan kekasih?
“WHAT! Thoriq lamar kau depan orang ramai dekat klinik kau sendiri, biar betul?” Asyikin yang mendengar cerita Siti terhenti menaip pada papan kekuncinya, menatap Siti dengan perasaan tidak percaya.
Sekarang ini mereka berdua berada di ruang kerja Asyikin dimana atas meja kerjanya penuh dengan kertas dan juga dokumen-dokumen tertentu.
“Ye, aku tak tipu. Dia lamar aku depan orang ramai dekat klinik aku sendiri. Aku ingat aku mimpi tapi bila aku cubit pipi aku sendiri, aku rasa sakit. Itu bermakna aku tak bermimpi tapi kalau ini mimpi aku tak nak bangun dari mimpi indah ini.” Siti senyum lebar mengingat kembali pada saat Thoriq melamarnya tengahari tadi.
“Ya Tuhan. Aku fikir Thoriq takkan berani buat perkara macam tu tapi kalau tengok gaya miang kau ni, aku tak rasa kau tipu aku atau reka cerita. Jadi your answer? Kau bagi jawapan yes ke?” Asyikin memandang Siti dengan senyuman kecil muncul di bibirnya.
“Ahh pasal tu, aku…” Asyikin memandang Siti yang kelihatan ragu-ragu.
“Kau kata no ke? Kau tak cintakan Thoriq ke?”
Mendengar pertanyaan Asyikin dengan cepat dia menggeleng kepala untuk menidakkan pernyataan itu.
“Bukan tu maksud aku tapi…aku tak tolak dan aku tak terima. Aku sebenarnya…tak yakinlah dengan diri aku. Yelah Thoriq kerja lebih hebat dan bagus dari aku, aku tak naklah orang luar kata aku jatuh cinta pada Thoriq disebabkan harta dia.” Balas Siti dengan memasang muka murung membuatkan Asyikin menutup laptopnya.
“Siti, kau kerja apa?” Asyikin memeluk tubuh memandang Siti dengan perasaan serius.
“Kerja doktorlah, kau sendiri nampak kan? Takkan tu pun kau…”
“Dah tu kerja doktor pun kerja hebat dan baguskan? Kau ada klinik kau sendiri walaupun bukan milik kau tapi usaha kau selama ini membuahkan hasil yang membanggakan kedua mak ayah kau kan? Bagi aku, kau dah cukup layak dan cukup sempurna untuk Thoriq dan aku tak rasa Thoriq pandang kau sepertimana kau fikir sekarang ni.” Balas Asyikin dengan suara tenang.
“Kau juga cakap ke aku yang Thoriq tu berbeza dengan mana-mana lelaki so apa bezanya kalau Thoriq boleh terima kau seadanya kalau kau masih belum yakin pada diri kau sekarang? Look Siti, kau layak dan sempurna untuk dia. Kalau tak kenapa dia lamar kau tengahari tadi? Sebab dia nak lindungi kau, jaga kau depan mata dia sendiri. Yang lebih penting, dia cintakan kau. Kalau dia tak cinta, dia takkan bina sebuah kafe milik dia berdekatan dengan klinik kau kan? Jujur aku kata kau perempuan paling beruntung sebab dapat hati seseorang lelaki seperti Thoriq tu.” Sambung Asyikin dengan senyuman kecil di bibirnya.
Siti terdiam mendengar nasihat Asyikin yang membuat dia menyedari sesuatu. Cinta itu tak pandang rupa paras dan kesempurnaan seseorang melainkan hati. Hati yang baik dan suci melambangkan sikap seseorang itu.
“Kau dah sedar sekarang? Kalau dah baguslah, sekurangnya kau sedar sikit diri kau tu. Jangan ikut sangat perasaan kau yang kadang-kadang tak menentu and kalau boleh jangan dengar sangat cakap mak kau tu. Aku bukan merasuk tapi kadang-kadang kata mak kau tu boleh mempengaruhi minda kau and kau pun fahamkan aku kata semua ni sebab kau kawan baik aku.”
Siti mendengar ayat terakhir Asyikin berasa terharu, bangun dari kerusi menghampiri Asyikin lalu memeluknya, “Terima kasih, beb! Kau memang kawan baik aku selamanya! Aku sayang kau!”
Asyikin yang berasa terkejut dengan tindakan Siti hanya mendiamkan diri sehinggalah senyuman kecil muncul di bibirnya.
Menepuk lengan Siti yang memeluk lehernya, “Yelah. Masa ni sayang aku selepas ni takde dah sayang aku. Nanti tukar pada sayang Thoriq pula.”
Siti membuat muka cemberut, “Apa pula cakap macam tu? Tak kira aku dah kahwin, dah ada anak sekalipun, aku tetap akan sayang kau selamanya. Sebab kaulah kawan baik aku selamanya.”
Asyikin tersenyum mendengar ayat Siti hanya membiarkan Siti terus memeluknya lalu sambung pada kerjanya yang terhenti tadi.
“Kau tak jawab soalan aku tadi, kau bagi jawapan apa untuk lamaran Thoriq tu?” Siti terdiam mendengar pertanyaan Asyikin, melepaskan pelukannya dari Asyikin lalu kembali pada tempat duduknya.
“Aku tak tolak dia depan orang ramai, aku…” Siti mengingat kembali kejadian tengahari tadi saat Thoriq melamar dirinya di ruang rehat.
THORIQ memandang Siti yang hanya mendiamkan diri dari tadi, “Siti? Awak ok? Atau awak tak suka saya lamar awak?”
Thoriq berdiri menghadap Siti yang masih diam seperti tunggul, “Kalau awak tak suka dan takde jawapan nak diberi, saya tak…”
Belum sempat Thoriq habis cakap, Siti memegang lengan Thoriq menariknya melangkah keluar dari ruang rehat lalu Siti membuka pintu bilik kerjanya, menarik Thoriq masuk ke dalam bersamanya.
“Sorry bukan niat saya nak tarik awak macam ni tapi ramai sangat orang dekat ruang rehat tadi and saya…bukan tak suka tapi aaa…” Siti mencangkuk memeluk lututnya menyembunyikan muka yang sudah berubah warna.
“Awak tak apa-apa, Siti?” Thoriq berlutut di depan Siti, risau melihat keadaan Siti seperti itu.
“Kalau lamaran saya buat awak tak selesa, saya tak kisah. Awak boleh bagi jawapan tu nanti, saya tak paksa awak dan saya tak salahkan awak. Salah saya kerana tak sabar nak jadikan awak milik saya, Siti.” Sambung Thoriq membuatkan Siti mengangkat kepalanya memandang Thoriq yang tengah senyum padanya.
“Tak saya bukan rasa tak selesa tapi saya tak sangka awak lamar saya, dekat klinik saya sendiri depan semua pembantu saya…aaa. Saya tak salahkan awak cumanya saya terlalu gembira dan saya berasa saya mimpi sekarang mendapat lamaran dari awak, Thoriq.” Balas Siti menunduk kepala pada lututnya.
Mendengar ayat yang dikatakan Siti tadi membuatkan muka Thoriq sedikit merah, Thoriq mendekatkan jaraknya dengan Siti lalu menunduk sedikit kepala mendekatkan kepalanya dengan kepala Siti yang sedang menunduk.
“Awak tak bermimpi sekarang ni, Siti. Ini kenyataan.” Siti mengangkat kepalanya mendengar ayat Thoriq itu.
Thoriq mengangkat tangannya seperti bersumpah, “Saya Muhammad Thoriq Izzuddin, berjanji akan mencintai dan setia pada seorang perempuan yang bernama Siti Aleya untuk selamanya. Biarlah pengakhiran hubungan kami apabila ajal kami sudah tiba. Saya janji pada awak, saya akan sayang, cintai awak dan lindungi awak sepanjang hidup kita berdua.”
Air mata Siti menitis di pipinya mendengar sumpah yang dikatakan oleh Thoriq menyembunyikan mukanya dengan menunduk kepala, “Lagilah saya tak boleh tolak lamaran awak macam ni.”
Thoriq tersenyum kecil melihat tingkah laku Siti, “Awak benci saya ke?”
Siti terus mengangkat kepala mendengar satu perkataan yang pantang dia dengar dari mulut Thoriq, “Tak! Mana mungkin saya nak benci awak. Kenapa saya nak benci awak kalau awak dah buat sumpah macam tu, lagi bertambah rasa cinta saya pada awak. Kalau boleh sekarang juga kita kahwin tak perlu tunang terus kahwin je.” Jawab Siti memandang Thoriq dengan pandangan serius.
“Eh kalau begitu kita kena minta restu mak ayah kita berdua dulu. Mana boleh terjah kahwin macam tu je. Walaupun saya memang cintakan awak tapi saya nak kita kahwin dengan restu kedua ibubapa kita.” Balas Thoriq membuatkan hati Siti sedikit tersentap dengan ayat terakhir Thoriq itu.
“Aduh, bala lah macam ni. Kalau mak aku tak terima Thoriq macam mana? Macam mana ni Syikin? Qhadir? Apa yang perlu aku buat ni?!” Jerit hatinya sambil menujukkan riak muka biasa dengan senyuman di bibir.
“Baiklah, kita minta restu dulu. Baru kita kahwin ye?” Siti mencantumkan kedua tangannya seperti merayu pada Thoriq.
Thoriq melihat kelakuan Siti hanya ketawa kecil lalu mengangguk kepala, “Ye, selepas tu kita kahwin.”
Siti membalas senyuman Thoriq sedangkan hakikatnya luaran Siti nampak tenang tapi hakikatnya dalaman dia sudah panik dan huru-hara seperti puting beliung.
SITI menghentak dahinya dengan meja kerja Asyikin dengan perlahan, “Macam mana kalau mak aku tak terima Thoriq? Lambat lagilah kitaorang nak kahwin macam ni.”
“Bagusnya Thoriq. Meminta restu kedua ibubapa dulu sebelum terima idea gila kawan baik aku ni, kalau tak mesti dia dah angkut Siti pergi pejabat agama.” Bisik hati Asyikin.
Asyikin menghela nafas, memanjang tangannya lalu mengusap kepala Siti seperti memberi semangat, “Apapun kita tengok hujung minggu ni macam mana. Kau kena banyakan berdoa supaya mak kau tu lembut hati masa kau nak bawa Thoriq jumpa family kau. And aku rasakan kau perlu bagitahu Thoriq pasal mak kau tu.”
Siti dengan cepat mengangkat kepala memandang Asyikin, “No! Tak boleh, kalau Thoriq tahu perangai mak aku macam mana nanti dia tak berani nak jumpa mak ayah aku nanti.”
Asyikin menggeleng kepala, “Habis tu apa gunanya Thoriq sumpah depan kau kalau setakat terima ujian macam ni. Beb ni ujian sebelum kahwin, belum lagi ujian selepas kahwin. Ni baru sikit ujian yang Tuhan nak bagi kau, mana tahu lepas-lepas ni ada ujian besar yang menanti kau?”
Siti terdiam mendengar nasihat Asyikin kembali menghentak dahi pada meja, Asyikin hanya membiarkan kawannya begitu lalu sambung kepada kerjanya yang terhenti.
Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada sebuah mesej masuk. Asyikin mengambil telefon di sebelah laptopnya lalu membuka mesej tersebut.
Mata Asyikin terbuka luas membaca mesej itu lalu memandang Siti yang tidak menyedari riak wajahnya sekarang yang tengah gembira.
Asyikin dengan cepat menaip pada skrin telefonnya membalas mesej tersebut.
Share this novel