Series
17
DETEKTIF Laya masih menghalakan pistol pada Moonlit Killer yang masih belum berhenti ketawa.
“Apa yang kau dapat selepas kau bunuh semua perempuan cantik dekat sini?” Moonlit Killer berhenti ketawa mendengar pertanyaan Detektif Laya.
“Dah tentulah untuk dapatkan duit. Duit adalah segalanya! Kalau aku bunuh mereka lepas tu ambil jantung, paru-paru dan buah pinggang mereka dan jual pada pedagang luar, aku boleh dapat duit yang banyak!” Jerit Moonlit Killer sambil mendepangkan tangannya mendongak kepala ke atas melihat langit malam.
“Apa salah mereka? Apa salah perempuan cantik pada kau?” Tanya Detektif Laya dengan suara dingin.
“Tiada salah apa-apa. Aku hanya ingin jalankan eksperimen terhadap manusia. Dan juga untuk lepaskan keseronokkan sahaja” Balas Moonlit Killer memandang Detektif Laya.
“Keseronokan? Kau ni dah gila ke?” Kata Detektif Laya dengan suara seperti tengah tahan marah.
“Aku tak gila, aku masih sihat. Yang gila tu orang lain. Dan Detektif Laya, anda pun gila juga kan?” Detektif Laya terdiam mendengar pertanyaan Moonlit Killer.
“Sebelum saya lupa, terima kasih kerana telah memberi saya sebuah nama, Moonlit Killer kan? Nama yang menarik dan kedengaran sesuai dengan saya.”
“Itu bukan nama tapi gelaran untuk pembunuh gila macam kau. Memang sesuai sangat gelaran itu untuk kau yang bunuh orang hanya untuk keseronokan kau sahaja! Orang macam kau memang layak masuk penjara.” Mendengar hal itu, Moonlit Killer ketawa dengan kuat seperti kelakar dengan ayat Detektif Laya tadi.
Detektif Laya masih menghalakan pistol pada Moonlit Killer, tak lama kemudian Moonlit Killer berhenti ketawa dan memandang Detektif Laya.
“Habis tu orang seperti anda layak ke jadi heroin negara?” Detektif Laya terkesima seketika mendengar pertanyaan itu.
“Sebenarnya orang seperti anda tidak layak untuk jadi heroine negara…” Moonlit Killer melangkah menghampiri Detektif Laya yang seperti tersentap dengan pertanyannya.
“Orang seperti anda layak untuk memperjuangkan keadilan dengan cara lain. Apa kata anda sertai saya bersama dalam mencari keadilan? Saya teringin sangat anggota yang mempunyai pemikiran seperti anda.” Berhenti di depan Detektif Laya lalu menurunkan pistol di tangannya.
“Jadi, Detektif Laya tinggalkan semua ini dan sertailah saya.” Moonlit Killer menghulur tangan pada Detektif Laya.
Detektif Laya memandang huluran tangan itu sehinggalah dia terdengar satu suara yang menyuruhnya menyambut huluran tangan itu.
Tanpa dia sedari, tangannya perlahan-lahan angkat untuk menyambut huluran tangan tersebut. Moonlit Killer ketika itu kelihatan senang.
Belum sempat tangannya hampir menyambut huluran tersebut, tiba-tiba satu tangan menarik lengan Detektif Laya dengan kuat membuatkan Detektif Laya menjauh dari Moonlit Killer.
Dengan tangkas, Nazrul mengangkat kakinya lalu menendang Moonlit Killer dengan kuat membuatkan dia terundur beberapa jarak.
“Jauhkan tangan kotor kau dari bos!” Jerit Nazrul menarik bosnya bersembunyi di belakangnya.
“Alamak ada penganggu pula yang datang kacau kita, Detektif Laya. Tapi tidak apa-apa, saya akan bagi anda masa untuk fikir. Satu hari nanti saya akan datang balik dan menagih jawapan daripada anda, Detektif Laya.”
Moonlit Killer pun pergi begitu sahaja, baru sahaja Nazrul ingin mengejarnya, “Tak perlu kejar dia, Nazrul. Malam ni kita tak berjaya tangkap dia.”
Detektif Laya melihat tangannya dimana dia hampir sahaja menyambut huluran tangan tadi, “Apa yang aku fikirkan tadi? Apa yang aku buat ni?” Bisik hatinya.
“Bos tak apa-apa? Dia ada lukakan bos?” Tanya Nazrul melihat Detektif Laya yang masih memandang tangannya lalu dia menghela nafas.
“Saya tak apa-apa, terima kasih Nazrul.” Balas Detektif Laya.
“Macam mana dengan pengikut dia yang kita lawan tadi? Berjaya dikalahkan?”
“Itu saya tak pasti, saya minta Inspektor Qhadir untuk…” Belum sempat dia habis jawab, kedengaran nama mereka berdua dipanggil.
“Detektif Laya! Nazrul!” Jerit Inspektor Qhadir berlari menghampiri mereka berdua.
“Berita buruk, kami terlepas beberapa pengikut Moonlit Killer. Mereka menusuk beberapa anggota polis dengan pisau tapi mereka sudah dihantar ke hospital berdekatan.” Lapor Inspektor Qhadir dengan nafas tercungap-cungap.
“Tidak apa-apa, saya pun terlepas Moonlit Killer tadi. Nampaknya operasi kita nak tangkap Moonlit Killer malam ini, gagal.” Balas Detektif Laya dengan senyuman kecil.
“Macam mana dengan keadaan mangsa? Dia tak apa-apa?” Sambung Detektif Laya.
“Mangsa sekarang berjaya diselamatkan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sekarang ni beberapa anggota saya tengah mencari bukti-bukti yang ada.” Jawab Inspektor Qhadir.
“Kita perlu periksa ruang bawah tanah tu, saya pasti ada beberapa bukti yang boleh kita dapat untuk cari tahu siapa sebenarnya Moonlit Killer.” Inspektor Qhadir mengangguk lalu melangkah keluar dari hutan menghampiri rumah banglo untuk menuju ke ruang bawah tanah.
“Kalau Nazrul tak halang aku tadi mungkin aku dah terima tawaran dia tadi. Apa yang aku fikirkan ni?” Bisik hati Detektif Laya lalu dia meneruskan kerjanya lalu mencari bukti yang ada.
KEESOKAN paginya di Layrix Agency, Detektif Laya memeluk tubuh sambil meneliti semua maklumat pada whiteboard sementara Inspektor Qhadir membaca semua fail yang mereka jumpa di rumah banglo itu.
“Tiada apa-apa maklumat yang boleh dikaitkan dengan Moonlit Killer. Semua fail yang kita jumpa ni hanya maklumat tentang semua perempuan cantik dengan laporan tentang eksperimen mereka itu sahaja.” Kata Inspektor Qhadir setelah membaca semua fail yang ditemui mereka.
“Sekurangnya kita dapat selamatkan mangsa daripada hampir jadi korban. Lagipun mungkin kita dapat kesan dia secepat mungkin sebab semasa saya kejar dia semalam, saya ada lepaskan tembakan pada bahunya. Mungkin akan ada kesan luka tembakan dekat bahunya.” Balas Detektif Laya sementara pandangannya masih tidak beralih dari whiteboard.
“Mungkin ambil masa juga nak cari orang macam tu. Tapi yang pasti Moonlit Killer tu lelaki yang mempunyai ketinggian 175 cm.” Inspektor Qhadir menganggar ketinggian Moonlit Killer.
“Macam mana anda boleh anggar ketinggian dia?”
“Saya hentam je. Tapi Moonlit Killer tu memang gila. Dia buat eksperimen bodoh dia hanya untuk dapat duit semata-mata?” Kata Inspektor Qhadir seperti marah dengar ayat itu.
“Duit itu adalah sebahagian kehidupan bagi manusia untuk hidup, duit adalah segala-galanya untuk manusia. Lagipun harga organ dalamaan manusia tidak semurah harga barang di pasaran, ia memakan beribu-ribu atau berjuta-juta.”
Inspektor Qhadir bangun dari sofa melangkah menghampiri Detektif Laya yang masih fokus pada whiteboard lalu berdiri di sebelahnya.
“Apa rancangan kita seterusnya, Detektif? Saya tak rasa Moonlit Kiler akan berhenti setakat itu sahaja, mungkin dia akan buat lagi lepas ini.” Detektif Laya terdiam mendengar ayat Inspektor Qhadir.
“Memandangkan kita dah tahu mangsa seterusnya, saya nak minta anda jaga dan lindungi mangsa tak kira apapun sekali. Dan anda ada kata salah seorang mangsa yang kita selamatkan tu sudah disoal siasat kan?” Inspektor Qhadir mengangguk kepala.
“Mangsa bagitahu dia tak dapat cam muka Moonlit Killer kerana topeng yang dikenakannya, tapi ada satu benda menarik yang saya dapat dari dia. Yang…” Teringat penerangan salah seorang mangsa yang hampir dikorban.
“CIK kata cik tak nampak rupa sebenar dia kerana terlindung dengan topeng?” Perempuan itu mengangguk kepala dengan pertanyaan Insepktor Qhadir.
“Walaupun saya tak nampak muka dia, tapi saya nampak ada tato di pergelangan tangannya. Tato tu berbentuk seperti bunga ros dengan gabungan tengkorak manusia.” Perempuan tersebut cuba mengingat tato yang terdapat pada Moonlit Killer.
“Tato? Bunga ros dan tengkorak manusia? Pergelangan tangan mana yang ada tato tu?” Perempuan iu cuba mengingat kembali kejadian itu.
“Pergelangan tangan kanan, saya yakin sebab masa tu dia cuba untuk cekik saya.” Jawab perempuan itu dengan yakin.
“JADI bukti yang kita dapat yang Moonlit Killer ni ada tato bunga ros gabungan tengkorak manusia pada pergelangan tangan kanan dia?”
“Ye itu bukti yang saya dapat dari perempuan tu. Lagipun jarang nak jumpa tato macam tu dekat sini.” Jawab Inspektor Qhadir.
“Hmm buat masa ni ketatkan pengawasan dan sebarkan dekat media sosial tentang tato tersebut. Manalah tahu sekiranya ada saksi yang pernah melihat tato seperti itu.”
“Baiklah, Detektif Laya.” Detektif Laya kembali pada whiteboard sambil terimbas balik soalan Moolit Killer semalam.
“Habis tu orang seperti anda layak ke jadi heroin negara?”
Satu pertanyaan itu membuatkan Detektif Laya berfikir sampailah sekarang kerana dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada soalan yang ditanyakan oleh Moonlit Kiler semalam.
“Jangan-jangan Moonlit Killer dah tahu siapa aku yang sebenarnya? Atau hanya untuk takutkan aku sahaja?” Bisik hati Detektif Laya sambil memikirkan ayat Moonlit Killer itu.
SUASANA pada waktu petang kelihatan sesak dengan manusia yang tengah berjalan-jalan mencari ketenangan.
Di sebuah kafe, Asyikin melihat suasana di luar sambil termenung jauh memikirkan sesuatu.
Aryan menghampiri Asyikin dengan dulang di tangan, “Jauh termenung? Memikirkan tentang kes Moonlit Killer ke?”
Pertanyaan Aryan menghentikan lamunannya lalu memandang Aryan dengan senyuman kecil, “Tidak, saja termenung.”
Seperti yang dijanjikan, Aryan belanja Asyikin makan dessert atas pertolongan Asyikin yang menyelamatkan dirinya dari hampir tertangkap basah dengan Tengku Lily beberapa hari lepas.
Aryan meletakkan hidangan dessert yang dipesannya, “Wow banyaknya dessert awak order. Awak boleh habis ke semua ni?”
Asyikin melihat atas mejanya yang dipenuhi dengan beberapa dessert yang sangat kelihatan sedap.
“Siapa kata saya yang akan habiskan? Saya beli semua ni untuk awaklah, kan saya dah janji untuk belanja awak makan.” Balas Aryan lalu melabuhkan punggung duduk di kerusi berhadapan dengan Asyikin.
“Awak agak-agaklah, Aryan. Perut saya ni bukan tong boleh sumbat semua dessert ni sekaligus. Ahh takde-takde kalau tak habis ni kita bungkus pahtu bawa balik, saya takkan mampu habiskan semua ini.” Ujar Asyikin sambil tidak lepas memandang dessert yang banyak di atas meja.
“Baiklah, apa-apa sahaja untuk penyelamat saya.” Asyikin tersenyum kecil dengan ayat terakhir Aryan lalu mengambil sepinggan dessert iaitu sekeping kek coklat.
Dia mengambil garpu lalu menyuap kek itu ke dalam mulutnya apatah terkejut dia apabila kek itu masuk ke dalam mulutnya.
“Sedapnya kek ni.” Kata Asyikin sambil terus menyuap kek itu sehingga licin, tanpa dia sedar Aryan memerhati tindakan Asyikin yang kelihatan comel pada pandangannya.
“Comelnya.” Gumam Aryan dengan perlahan sambil tersenyum melihat tingkah laku Asyikin.
Asyikin menyedari pandangan Aryan, “Awak tak makan sekali ke? Janganlah biarkan saya seorang diri makan dessert ni. Awak pun makanlah juga. Sebelum saya lupa dessert awak order ni ada kacang tak?”
Asyikin teringat dengan alergi Aryan terhadap kacang. Kena tanya dulu, kan tak pasal-pasal tersilap bagi dessert ada kacang, memang bawa pergi hospital teruslah jawabnya.
“Tiada, saya cuma order dessert yang tidak menggunakan bahan seperti kacang.” Mendengar hal itu, Asyikin berpuas hati lalu menolak satu pinggang kek di hadapan Aryan.
“Lega saya mendengarnya jadi awak boleh makan dessert ni kan?”
Aryan melihat dessert tersebut mencapai sudu kecil yang disediakan dan mengambil sedikit kek lalu menyuap ke dalam mulutnya.
“Macam mana? Sedap kan kek dekat kafe ni?” Tanya Asyikin menunggu jawapan dari Aryan.
“Betul cakap awak, sedap betul kek dekat sini. Mungkin saya boleh bawa balik sekeping kek tu Kak Maria.” Ujar Aryan sambil sambung makan kek itu sehingga licin.
“Jadi Dato ada marah awak tak pasal kes tangkap basah tu?” Tanya Asyikin meneguk kopinya.
“Tak, sebab saya ada bukti kuat yang saya hanya korban dalam rancangan Lily tu. Terima kasih untuk awak. Thoriq ada kata rakaman yang dia dapat tu dari awak. Awak banyak menolong saya, Syikin. Saya memang terhutang budi berlipat ganda pada awak. Bagi saya belanja awak petang ni tak cukup untuk dibandingkan dengan apa yang awak buat.” Balas Aryan dengan senyuman tidak hilang dari tadi sambil memandang Asyikin.
Asyikin tidak menyedari pandangan Aryan dengan selamba, “Kalau awak terhutang budi berkali lipat dengan saya, senang je awak kahwin terus dengan saya. Tiada istilah hutang budi selepas itu.”
Aryan ketika itu ingin meneguk latte tiba-tiba terhenti mendengar ayat terakhir Asyikin tadi. Asyikin melihat reaksi Aryan ketawa kecil.
“Fuh haha, saya gurau jelah. Jangan ambil serius sangat, Aryan.” Sambung Asyikin melihat reaksi Aryan yang masih terkejut dengan ayatnya.
“Bagi saya, awak belanja saya petang ni pun dah cukup bagi saya untuk awak balas budi pada saya. Lagipun saya tolong awak sebab awak kawan saya, Aryan. Kawan tolong kawan kan?”
“Saya baru sahaja nak kata ‘Serius ke awak lamar saya tadi’.” Balas Aryan kembali meneguk latte.
“Hm kalau saya serius pun tak salahkan? Tapi saya risau yang Dato tak terima saya sebagai calon cucu menantu dia. Kan saya jadi cucu diakan setiap hari kitaorang gaduh mulut.”
Mendengar ayat terakhir Asyikin membuatkan Aryan ketawa kecil.
“Sebab tu Daddy suka pada awak, sebab sikap berani awak tu merupakan salah satu ciri yang perlu ada untuk masuk ke dalam keluarga Lee.”
“Huissh, macam keluarga mafia pula saya dengar.” Balas Asyikin sambil matanya memandang sekeliling kafe sehinggalah dia berhenti pada kelibat pasangan yang dia kenal.
Share this novel