Series
17
WAKTU malam tiba seperti yang dirancangkan, Detektif Laya bersama yang lain menuju ke lokasi target mereka dan seperti yang dirancang mereka terbahagi kepada 2 kumpulan.
Kumpulan 1 – diketuai oleh Inspektor Firdaus yang mengawasi musuh di bahagian hadapan.
Kumpulan 2- diketuai oleh Muhammad Ismail yang merupakan salah seorang anggota Layrix Agency yang handal dalam bab pemerhatian serta mengawasi musuh di bahagian belakang.
Sementara Detektif Laya bersama Nazrul, Inspektor Qhadir dan Inspektor Umai, salah seorang anggota polis yang pernah bersama mereka pada operasi pertama. Mereka berempat bersembunyi di sebalik pokok dimana mereka memerhati kawasan rumah banglo tersebut.
Nazrul memerhati melalui teropong, “Setakat ni bahagian kanan clear sementara bahagian kiri tak clear. Ada seorang pengikut mereka yang tengah berjaga di sana.”
Detektif Laya memerhati hal tersebut memahami situasi lalu menekan earphone di telinganya memberi arahan, “Is, alih perhatian jantan tu. Dia berhampiran dengan awak, pengsankan dia.”
Ismail atau dipanggil Is mendengar arahan Detektif Laya, “Baiklah, bos.”
Dia melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum melihat seseorang yang dimaksudkan lalu dengan tangkas dia menarik orang tersebut lalu pengsankannya.
Detektif Laya melihat tindakan Is tersebut lalu memberi isyarat pada yang lain untuk terus masuk ke rumah banglo tersebut melalui pintu belakang.
“Khai, bagaimana keadaan di dalam rumah itu sekarang?” Inspektor Qhadir menekan earphone di telinganya bertanyakan situasi kepada anggotanya yang berada di dalam van mengawasi rakaman CCTV sebelum mereka masuk.
“Setakat ni laluan ke pintu belakang clear sebab kebanyakan anggota yang lain berada di bahagian hadapan. Tetapi ada masalah sedikit sekiranya nak keluar dari pintu dapur, anda perlu tumpaskan 2 anggota mereka yang berjaga di pintu dapur kiri dan kanan.” Jelas Inspektor Khai.
“Kedengaran kerja yang senang. Jadi boleh kita masuk sekarang? Tangan saya rasa gatal nak belasah orang sekarang.” Balas Detektif Laya mematahkan tulang tangannya.
“Bos, biar saya dan Inspektor Umai yang masuk dahulu untuk cover anda berdua daripada musuh.” Ujar Nazrul sambil memandang Detektif Laya dengan pandangan serius.
Detektif Laya menyedari pandangan Nazrul menghela nafas, “Kalau saya kata tak, macamlah awak nak dengar. Baiklah tolong cover kami berdua but awak berdua tolong berhati-hati jangan sampai cedera. Kalau tak saya takkan maafkan awak berdua.”
“Baiklah, Detektif.” Balas mereka berdua serentak.
Setelah itu, mereka berempat bergerak dengan pantas lalu mereka masuk melalui pintu belakang bersama senjata di tangan dan bergerak secara perlahan-lahan memastikan musuh tidak menyedari kehadiran mereka.
Tiba di depan pintu masuk dapur, dengan cepat Nazrul dan Inspektor Umai pengsankan mereka menggunakan alat renjatan elektrik lalu meletakkan mereka di dapur.
Detektif Laya memerhati kiri dan kanan dimana ada 2 lorong, kemudian dia memberi isyarat kepada yang lain dimana Nazrul dan Inspektor Umai akan mengambil lorong kiri manakala dia dan Inspektor Qhadir akan mengambil lorong kanan.
Mereka bertiga mengangguk kepala lalu melakukan arahan seperti yang disuruh, dengan cermat mereka menghalakan senjata ke sekeliling bagi memastikan musuh tidak datang secara tiba-tiba.
“Tak sangka rumah ni boleh tahan luas juga. Saya fikir luar je nampak macam sempit hakikatnya luas juga dalamnya.” Puji Inspektor Qhadir secara berbisik sambil melihat sekeliling rumah tersebut.
“Dah tu namanya pun penjahat mesti nak ruang yang luas dan selesa untuk buat eksperimen dia.” Balas Detektif Laya.
SEMENTARA Nazrul dan Umai bersembunyi di sebalik lorong sebelum mereka belok kerana terdapat beberapa musuh bersama seorang lelaki yang duduk bersantai sambil memegang segelas anggur.
Nazrul mengeluarkan alat perakam suara manakala Inspektor Umai memerhati sekeliling memastikan musuh tidak datang secara mengejut.
“Master, anda pasti ini idea baik? Buang barang tu berdekatan dengan tempat persembunyian kita? Anda tak fikir yang Detektif Laya akan jumpa tempat persembunyian kita?” Ujar salah seorang pengikut Moonlit Killer yang kelihatan gelisah.
“Itu memang awal perancangan aku. Aku sengaja suruh kau buang barang kita dekat sana supaya senang mereka tahu tempat persembunyian baru kita dimana aku boleh sambut dia dengan penuh ramah.” Balas seseorang yang dipanggil Master itu sambil meneguk minumannya.
“Dia? Anda maskudkan Detektif Laya? Jadi betullah yang Master ingin jadikan dia sebagai bahan eksperimen terakhir Master?”
“Pada mulanya begitu tapi bila aku fikir balik, jalan pemikiran dia lain daripada yang lain. Aku teringin nak ada orang seperti itu dalam kumpulan aku. Jadi aku fikir kenapa aku tak ambil dia sebagai salah seorang anggota aku sahaja.” Kata Master tersenyum sinis.
“Saya yakin yang Detektif Laya pasti menolak untuk masuk ke dalam group ini ah!” Lelaki tersebut menjerit kesakitan apabila satu pisau melayang dan mengenai bahu kanannya.
“Jangan kau berani cakap macam tu, aku yakin dia pasti terima ajakan aku ini.” Balas Master menghabiskan minumannya lalu melangkah ke lelaki tersebut lalu dengan cepat mencabut pisau itu dari bahu lelaki tersebut.
Belum sempat lelaki tersebut berkata apa-apa, tiba-tiba kepalanya melayang dan darah keluar dengan banyak sehinggalah anggota badannya jatuh ke lantai.
Nazrul melihat hal itu terkejut lalu dengan cepat memberi isyarat pada Inspektor Umai untuk menjauh dari situ setelah menyedari Master ingin melangkah keluar dari ruang tersebut.
“Pastikan kau ambil jantung, buah pinggang dan paru-paru dia sebelum kau buang dia. Barang tu lebih berharga dan boleh mendapat untung yang lebih banyak.” Kata Master lalu melangkah keluar dari ruang tersebut setelah memberi arahan kepada salah seorang anak buahnya.
“Baiklah, Master.” Lalu dia menyuruh anak buah yang lain untuk mengangkat badan lelaki tersebut ke ruang khusus.
“Gila, dia potong kepala manusia hanya menggunakan pisau kecil sahaja? Naik bulu roma aku macam ni lama-lama.” Ujar Inspektor Umai apabila teringat kembali kejadian tadi depan matanya.
“Kalau mereka panggil dia, Master jadi maknanya lelaki tu tadi Moonlit Killer?” Nazrul memerhati kelibat Master yang berjalan ke sebuah bilik yang berada di ruang bawah tanah.
Nazrul melihat hal itu menekan earphone di telinga, “Bos, saya dah jumpa Moonlit Killer. Dia sekarang berada di ruang bawah tanah.”
“Ruang bawah tanah?” Detektif Laya memandang Inspektor Qhadir menyuruh Khai untuk mencari jalan lain untuk turun ke ruang bawah tanah.
Khai mendapat arahan tersebut, menekan sesuatu pada komputer ribanya lalu berkata, “Berhampiran dengan koordinat anda sekarang, ada sebuah pintu di sebelah kiri yang menuju ke ruang bawah tanah.”
Detektif Laya menghampiri pintu yang dikatakan Khai lalu baru sahaja ingin membukanya, dia menyedari ada password yang perlu dibuka sebelum masuk.
“Nak masuk ruang bawah tanah pun ada password juga?” Kata Inspektor Qhadir mengawasi dari belakang sambil memegang senapan.
Detektif Laya mengeluarkan telefon menyambungkan sebuah wayar di telefon dan pada skrin tersebut lalu dia menekan sesuatu pada skrin telefonnya.
Dalam beberapa saat kemudian, pintu itu terbuka lalu dengan cepat mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik tersebut menuruni anak tangga dengan perlahan.
“Hati-hati Detektif Laya, bila-bila masa musuh boleh datang secara tiba-tiba.” Nasihat Inspektor Qhadir sambil menyuluhkan lampu kecil untuk mudahkan mereka menuruni anak tangga tanpa salah langkah.
SAMPAI di penghujung tangga lalu mereka berdua dengan cepat bersembunyi di sebalik lorong melihat beberapa musuh yang berdiri menghadap skrin besar yang memapar maklumat semua perempuan dan mereka juga melihat seseorang yang sedang duduk di sebuah kerusi yang mewah.
“Bahan eksperimen untuk malam ini dah siap ke belum? Tangan aku rasa gatal nak pegang pisau sekarang ni.” Ujar Master sambil tangannya memusingkan sebuah pisau kecil yang digunakannya sebentar tadi.
“Sudah, Master. Sekarang ni perempuan itu tengah dijinakkan oleh anggota kita sebelum kita mulakan eksperimen.” Balas salah seorang anak buahnya yang membuatkan Master mereka ketawa kuat.
“Dia panggil jantan tu ‘Master’ ke?” Tanya Inspektor Qhadir dengan suaar berbisik sambil memerhati lelaki itu ketawa.
“Kalau mereka panggil dia ‘Master’ maknanya dia bos kumpulan ini dan juga Moonlit Killer yang kita tengah buru sekarang ni.” Balas Detektif Laya dengan suara dingin.
“Aku tak boleh sabar lagi, aku nak buat eksperimen aku sekarang juga.” Melihat Master berdiri dari kerusinya dengan cepat Detektif Laya dan Inspektor Qhadir menjauh dari tempat tersebut lalu menaiki tangga dengan laju.
Detektif Laya menekan earphone di telinganya lalu memberi arahan kepada Nazrul, “Nazrul, tolong ekori Moonlit Killer sebab dia sekarang nak ke lokasi dimana mangsa yang diculik tu berada. Pastikan mangsa selamat daripada sebarang luka mahupun cedera.”
“Baiklah, bos.” Nazrul memberi isyarat pada Inspektor Umai untuk terus bersembunyi sehingga Master bersama pengikutnya keluar dari ruang bawah tangga dan menuju ke sebuah lif untuk ke tingkat yang mereka ingin pergi.
Melihat hal itu, Nazrul dan Umai mengambil jalan penyelesaian untuk menggunakan tangga yang berhampiran dengan dapur lalu mereka berdua menaiki anak tangga dengan perlahan tanpa sebarang bunyi.
Apabila mereka sampai di penghujung tangga, mereka memerhati sekeliling memastikan tiada musuh yang menghampiri lalu mereka bersembunyi melihat kelibat Master dengan yang lain masuk ke sebuah bilik.
Nazrul melihat hal itu terus melapor kepada bos, “Mereka berada di tingkat 2, bos.”
“Jadi bagaimana? Perlu ke kita mula serang mereka? Jika kita tidak cepat, mangsa bila-bila masa boleh dikorbankan oleh Moonlit Killer.” Balas Inspektor Qhadir.
Detektif Laya menekan earphone lalu sambung kepada Is, “Is, macam mana situasi sekarang?”
“Setakat ini semua clear, kebanyakan musuh sudah masuk ke dalam rumah banglo.”
“Baiklah, kalau macam tu…operasi kedua bermula sekarang!” Setelah mendengar arahan itu, semua anggota kumpulan keluar dari tempat persembunyian mereka lalu terus masuk ke dalam rumah banglo tersebut.
Malam yang tadi kedengaran sunyi tiba-tiba menjadi bising dengan bunyi tembakan yang kuat.
SEMENTARA Detektif Laya dan Inspektor Qhadir menaiki anak tangga ke tingkat 2, apabila sampai mereka berdua memperlahankan langkah mereka melihat Nazrul dan Inspektor Umai di depan sebuah bilik lalu menghampiri mereka.
“Bilik ini bos.” Detektif Laya berdiri di depan sebuah pintu bilik tersebut dimana terdengar bunyi jeritan perempuan yang meminta tolong.
“Nazrul, tendang pintu ni. Yang lain ready dengan senjata masing-masing, pastikan mangsa selamat dan pastikan malam ini Moonlit Killer ditangkap.
“Baik, Detektif.” Balas mereka secara serentak lalu Nazrul menendang pintu tersebut dengan kuat.
Master yang ketika itu masih memakai topengnya sedang menindih seorang perempuan terkejut dengan tendangan itu dan dengan cepat mereka berempat melangkah masuk ke bilik tersebut.
“Turunkan senjata anda semua! Anda semua sudah dikepung!” Jerit Inspektor Qhadir sambil menghalakan pistol di setiap orang yang berada di situ.
Melihat hal itu, semua anak buahnya mula menyerang mereka berempat dan mereka berempat melawan semua anak buahnya tanpa tiada sebarang luka pada mereka.
Moonlit Killer pada ketika itu mengambil kesempatan dengan cepat melarikan diri ketika anak buahnya mengalih perhatian mereka berempat.
Detektif Laya melihat hal itu menendang salah seorang pengikutnya dengan kuat lalu melangkah keluar dari bilik tersebut untuk mengejar Moonlit Killer.
“Bos!” Nazrul melihat bosnya keluar untuk mengejar Moonlit Killer, mengakhiri perlawanannya dengan sekali tumbukan dan menjerit pada Inspektor Qhadir yang masih melawan beberapa orang.
“Inspektor, saya pergi tolong Detektif Laya!” Inspektor Qhadir mendengar hal itu, memberi isyarat lalu Nazrul mengejar bosnya yang sudah jauh.
KETIKA mereka berdua sudah keluar dari rumah banglo tersebut mengikut pintu belakang lalu terus berlari ke tengah hutan, Detektif Laya dengan cepat mengeluarkan pistolnya lalu melepaskan tembakan di bahu Moonlit Killer.
Moonlit Killer terjatuh sambil menekan bahunya yang ditembak oleh Detektif Laya.
“Berhenti sekarang, Moonlit Killer! Anda tidak boleh larikan diri lagi! Hentikan semua eksperimen anda ini sekarang!” Jerit Detektif Laya sambil menghalakan pistol pada Moonlit Kiler yang tidak berada jauh darinya, tinggal beberapa langkah lagi Detektif Laya hampir dengan dia sehinggalah…
Lelaki tersebut ketawa dengan kuat seperti orang gila lalu memandang Detektif Laya, “Detektif Laya.”
Mendengar suara lembut yang dilontarkan oleh Moonlit Killer membuatkan bulu roma Detektif Laya meremang, melihat Moonlit Killer yang berdiri seperti tidak merasakan apa-apa pada bahunya yang ditembak olehnya tadi.
“Kita bertemu juga akhirnya, bahan eksperimenku.” Sambungnya sebelum dia kembali ketawa seperti orang gila.
“Bukan setakat gila dah macam orang sawan yang tiba masa je boleh masuk dalam hospital sakit jiwa je ni.” Bisik hati Detektif Laya sementara pandangannya tidak beralih langsung dari Moonlit Killer.
Share this novel