Series
17
PAGI yang indah untuk semua rakyat Malaysia yang bersemangat terutama pada hujung minggu dimana pada hari tersebutlah mereka dapat merehatkan diri setelah 5 hari penat bekerja tanpa henti.
Berbeza dengan Detektif Laya yang sekarang bersama Inspektor Qhadir di lokasi kejadian dimana terdapat kes Moonlit Killer yang baru berlaku.
Suasana di tempat kejadian terlalu sunyi dan hening kerana lokasi itu berada di sebuah hutan terbiar dan terletak di hujung bandar.
“LAMA-LAMA saya jadi hairan dengan Moonlit Killer sebenarnya. Apa function dia potong semua tangan dan kaki mangsa dengan daging dan jantung mereka? Dia nak ajak kita bermain ke?” Ujar Detektif Laya sambil memegang daging manusia yang dapat rasa lagi haba melalui sarung tangan yang dipakainya.
Inspektor Qhadir melihat tindakan beliau bertanya, “Anda tak rasa geli ke pegang daging manusia?”
“Kalau orang makan daging manusia, saya berani je tengok. Apalah sangat kalau nak dibandingkan pegang daging manusia ni.” Balas Detektif Laya meletakkan balik daging tersebut ke tempat asal.
“Jadi dah dapat identiti mangsa? Atau Luna Asyikin ada hantar maklumat mangsa pada awak?” Tanya Detektif Laya sambil memandang Inspektor Qhadir.
“Tiada, sebab dia dah insaf nak buat macam tu lagi selepas bos dia sendiri warning dia.”
Detektif Laya bangun dari mencangkuk lalu memandang sekeliling, “Sebelum saya lupa, tapak kaki yang kita jumpai minggu lepas tu, pemiliknya adalah seorang lelaki yang berkerja di sebuah kilang. Sekarang staf saya tengah cari dia jadi buat masa ni kita kena sabar dan mencari tempat persembunyian Moolit Killer yang baru.”
Detektif Laya memandang sekelilingnya sehinggalah dia perasaan sesuatu lalu menghampiri ke tempat tersebut.
Dia berhenti di depan semak samun yang banyak membuatkan dia berfikir sementara Inspektor Qhadir memerhati dari belakangnya.
“Kenapa semak samun ni lain dengan semak samun dekat sini?” Detektif Laya dengan cepat mengalih semak samun itu dan apatah terkejutnya mereka melihat ada laluan rahsia yang tersembunyi di sebalik semak tersebut.
“Saya tak tahu pula ada laluan rahsia dekat sini?” Tanya Inpektor Qhadir.
Detektif Laya memandang tanah lalu mencangkuk sambil tangannya menyentuh tanah dimana ada jejak tayar kereta.
“Jejak tayar ni masih baru. Mesti mereka guna laluan ni untuk buang harta mereka di sini. Jadi ni alasan kenapa kita tak dapat jejak mereka.” Ujar Detektif Laya kembali berdiri melihat laluan tersebut yang kelihatan gelap dan sunyi.
“Mungkin kalau kita ikut laluan ni, kita dapat jumpa tempat persembunyian baru Moonlit Killer.” Balas Inspektor Qhadir.
“Mungkin, sebab tu kita perlu siasat laluan ini dulu sebelum kita buat tindakan.” Detektif Laya baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam laluan itu dihalang oleh Inspektor Qhadir.
“Anda nak masuk sekarang? Dengan pakaian begini?” Tanya Inspektor Qhadir menunjukkan pakaian yang dipakai Detektif Laya dimana dia tengah memakai blaus dengan seluar hitam.
“Salah ke penampilan saya ni? Lagipun kita hanya pergi siasat sahaja bukan nak pergi serang terus. Kalau apa yang awak kata tadi tu betul, kita akan bincang balik selepas ni. Sekarang ni…” Detektif Laya memanggil Nazrul yang tengah membantu pihak polis.
Nazrul menyedari bosnya panggil terus menghampirinya, “Ye, bos?”
“Saya dengan Inspektor Qhadir nak siasat laluan ni jadi saya nak awak ikut kami berdua sekali. Inspektor tolong bagitahu anak buah anda yang anda ikut saya, nanti mereka cari Inspektor pula nanti.” Kata Detektif Laya mendapat anggukan dari mereka berdua.
Setelah memberitahu anak buahnya, mereka menghampiri laluan tersebut yang kelihatan sangat menakutkan.
Detektif Laya mengerling kedua lelaki yang berada di belakangnya yang kelihatan takut membuatkan dia tersenyum sinis, “Takut ke?”
Inspektor Qhadir mendengar pertanyaan itu dengan cepat membalas, “Saya tidak takut. Buat malu je saya jadi polis kalau takut nak masuk laluan macam ni, kan Nazrul?”
“Ye, betul tu bos. Bukan sebab takut.” Balas Nazrul, Detektif Laya mendengar hal itu hanya menggeleng kepala.
“Suka hati anda berdualah, tapi kalau ada nampak apa-apa atau dengar apa-apa, bacalah surah kuat-kuat.” Setelah berkata begitu, Detektif Laya melangkah masuk ke laluan tersebut diikuti oleh mereka berdua.
DETEKTIF Laya menyalakan flash di telefonnya begitu juga mereka berdua disebabkan semakin dalam mereka melangkah di laluan itu semakin gelap.
“Dalam juga laluan ni, saya rasa kita dah dekat 10 minit berjalan ni. Macam tiada pengakhiran je laluan ni.” Rungut Inspektor Qhadir memandang sekelilingnya.
“Biasanya tiada pengakhiran ni lah yang selalu ada kejutan, kan? Lagipun kalau ikutkan kesan tayar tadi seperti baru je beberapa jam kereta tu lalu di laluan ni jadi saya tak rasa yang kita buat tindakan yang sia-sia…”
“Tapi saya tak rasa kita jumpa apa…” Belum sempat Nazrul habis cakap, Detektif Laya mengangkat tangan menyuruh mereka diam dan berhenti berjalan.
“Awak berdua dengar apa yang saya dengar tak?” Inspektor Qhadir dan Nazrul membuka telinga mereka luas-luas dan cuba mendengar apa yang Detektif Laya dengar.
Sehinggalah mereka berdua dengar bunyi penghawa dingin yang kuat terpasang.
“Bunyi penghawa dingin.” Kata Inspektor Qhadir.
Tanpa membuang masa, mereka bertiga mengikut bunyi tersebut sehinggalah mereka melihat sebuah rumah banglo besar yang terbina di sana.
Setelah mereka hampir dengan kawasan tersebut, mereka terus bersembunyi di sebalik semak sementara Detektif Laya bersembunyi di sebalik pokok memerhati sekeliling rumah banglo tersebut.
“Nampak gaya kita dah jumpa tempat persembunyian Moonlit Killer.” Ujar Inspektor Qhadir.
“Tapi anda tak rasa ini terlalu mudah bagi kita? Saya pelik kenapa Moonlit Killer buang barang dia dekat tempat yang berhampiran dengan tempat persembunyian dia? Saya tak sedap hati pasal ni.” Gumam Detektif Laya dengan perasaan tidak senang.
Dengan suara tegas tapi berbisik, “Inspektor. Nazrul. Kita perlu keluar dari sini, selebihnya kita bincang dekat agensi.”
Mereka berdua mengangguk kepala lalu mereka bertiga keluar dari kawasan tersebut dengan hati-hati sehinggalah mereka keluar dari laluan tersebut.
“Fuh tapi saya tak sangka dalam hutan terbiar ni ada rumah banglo yang megah terbina.” Kata Inspektor Qhadir membantu Detektif Laya meletakkan semak samun yang tadi dialih ke tempat asal semula.
“Apapun kita dah jumpa tempat persembunyian dia, nampaknya kita perlu lakukan operasi kedua kita malam ni juga. Jadi selepas ni, saya nak anda ikut saya ke agensi untuk bincang strategi malam ni.”
“Baiklah, Detektif.” Balas Inspektor Qhadir lalu menghampiri salah seorang anak buahnya menanyakan situasi.
Nazrul menghampiri bosnya lalu berbisik, “Bos pasti tak perlu bagitahu pasal video yang dihantar oleh Moolit Killer kepada Tuan Inspektor?”
“Saya pasti sebab Moonlit Killer sekarang tengah target saya dan nak saya jadi bahan terakhir dia jadi saya tak rasa yang saya perlu campur tangan dari pihak polis.” Balas Detektif Laya memeluk tubuh memerhati Inspektor Qhadir.
“Baiklah kalau itu apa yang bos mahu, saya ikutkan sahaja.” Detektif Laya tersenyum kecil mendengar ayat Nazrul lalu sambung pada tugasnya.
LAYRIX AGENCY, di ruang kerja Detektif Laya kelihatan beliau bersama Inspektor Qhadir dengan Nazrul sedang berbincang sambil membentang sehelai peta di atas meja bersama satu marker di tangan beliau.
“Kalau ikutkan jarak dan masa laluan tadi tu memakan masa 15 minit dan jaraknya adalah sebanyak 5 km sahaja. Jadi maknanya target kita malam ini adalah di sini.” Detektif Laya membulat satu kawasan tersebut dengan marker di tangannya menunjukkan keberadaan rumah banglo itu.
“Rumah banglo itu berada di tengah hutan. Saya rasa kita kena bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan satu akan berjaga di depan dan satu lagi kumpulan akan berjaga di belakang untuk pastikan tiada musuh di sekitar rumah tu.” Inspektor Qhadir mengemukakan ideanya mendapatkan anggukan daripada Detektif Laya.
“Saya pun fikir benda yang sama, Inspektor. Jadi kita bertiga akan masuk ke dalam rumah itu melalui pintu belakang. Mengikut pemerhatian saya terhadap rumah banglo tu pasti hanya ada 2 tingkat sahaja jadi mudah bagi kita nak cari tempat dimana Moonlit Killer buat eksperimen dia.” Balas Detektif Laya dengan serius.
“Tapi macam mana nak tahu keadaan di dalam rumah itu, untuk pastikan tiada musuh semasa kita nak pecah masuk ke dalam rumah tu?” Tanya Nazrul memandang bosnya yang berjalan ke meja kerja mengambil tabletnya lalu menekan sesuatu pada tablet dan tunjuk pada mereka berdua rakaman CCTV suatu tempat.
“Rakaman CCTV ni, jangan kata dekat…” Inspektor Qhadir memandang Detektif Laya yang seperti memahami apa yang difikirkan oleh Inspektor Qhadir lalu mengangguk kepala.
“Ye, tepat sekali. Ini rakaman CCTV dekat tempat persembunyian Moonlit Killer, sebab saya percaya dalam rumah sebesar tu pasti dipasang CCTV untuk berjaga-jaga. Jadi saya minta tolong dengan Luna Asyikin untuk godam sistem CCTV di tempat mereka dan ini hasilnya.”
“Hebatnya. Tak sia-sia bos ambil dia sebagai salah seorang anggota kita.” Ujar Nazerul dengan kagum melihat kebijaksanaan Luna Asyikin yang berjaya mencerobohi sistem CCTV musuh.
“Pilihan saya tidak selalu salah. Jadi tiada masalah untuk pengawasan tapi saya tak dapat kenalpasti dimana tempat yang Moonlit Killer biasa guna untuk buat eksperimen dia.” Fikir Detektif Laya sambil memandang rakaman CCTV itu.
“Yang tu kita boleh cari selepas sahaja kita berjaya pecah masuk ke dalam. Buat masa sekarang kita perlu cari lebih banyak bukti untuk bongkarkan identiti sebenar Moonlit Killer. Saya dah muak dengan hujung minggu dengan pelbagai kejutan darinya.” Balas Inspektor Qhadir dengan menghela nafas panjang.
“Hujung minggu bukan hari paling bahagia bagi kita sebagai pelindung negara kan? Jangan risau, selepas sahaja kita dapat bongkarkan identiti dia dan masukkan dia dalam penjara, dengan secara rasminya kita kembali dengan hujung minggu yang bahagia.” Ujar Detektif Laya tersenyum kecil kepada Inspektor Qhadir.
“Jadi malam ini kita akan mulakan operasi kedua kita?” Tanya Inspektor Qhadir memandang peta di atas meja.
“Ye, operasi kedua ni saya pasti kita akan bertemu juga dengan Moonlit Killer.” Detektif Laya memandang peta yang dimana pada kawasan yang dia bulat tadi.
PADA waktu tengahari, setelah selesai berbincang tentang rancangan malam ini, Detektif Laya kembali pada kerjanya sambil melihat rakaman CCTV rumah banglo tersebut dengan serius.
“Mana agaknya Moonlit Killer ni buat eksperimen gila dia ni?” Gumam Detektif Laya sambil menongkak muka dengan tangan sambil matanya masih pada rakaman tersebut.
Sedang dia tengah khusyuk pada rakaman itu, kedengaran ketukan pintu dari luar, “Masuk!”
Setelah mendapat keizinan darinya, Zulaikha melangkah masuk lalu menghampiri meja kerja Detektif Laya bersama tablet di tangan.
“Maaf saya ganggu bos, saya nak bagitahu yang Cik Mira yang merupakan PA dari Master Holdings ada call saya tadi.”
“PA dari Master Holdings? Apa yang mereka mahu kali ni? Bukan masalah data syarikat mereka sudah selesai?” Detektif Laya bertanya kepada Zulaikha dengan muka hairan.
“Memang sudah selesai tetapi PA dia kata yang Tuan Aryan ingin buat temujanji dengan bos untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan bos dalam menyelesaikan masalah mereka ini.”
Detektif Laya menyandar badan pada kerusinya, “Saya tak rasa yang saya buat apa-apa. Yang banyak bekerja keras dalam selesaikan masalah ni hanya awak, Nazrul dengan Luna Asyikin kan?”
“Ye, bos. Tapi Tuan Aryan bagitahu yang bukan sahaja itu, beliau juga nak bincang sesuatu dengan bos. Bukan pasal masalah syarikat tapi masalah lain.” Mendengar hal itu, Detektif Laya menegakkan badannya sambil memandang Zulaikha.
“Masalah lain? Masalah apa?” Zulaikha mengangkat kedua bahunya menandakan dia sendiri pun tidak tahu.
“Yang tu saya tak tahu, sebab tu PA dia tanya saya bila bos free? Saya pun tak berani nak jawab bila bos free disebabkan bos pun sibuk dengan kes Moonlit Killer, jadi macam mana bos? Patut ke saya tolak ataupun…” Belum sempat Zulaikha terus bercakap, Detektif Laya mencelah.
“Buat masa ni awak cuma bagitahu mereka yang saya tak boleh janji apa-apa sebab saya sendiri pun tak tahu bila saya free tapi Insyaallah saya cuba untuk luangkan sedikit masa saya untuk Tuan Aryan.” Balas Detektif Laya.
“Baiklah, bos. Ada apa-apa lagi bos nak kata?” Detektif Laya menggeleng kepala menandakan tiada.
Setelah itu Zulaikha meminta izin untuk sambung balik kerjanya lalu melangkah keluar dari bilik kerja Detektif Laya.
“Apa agaknya yang Tuan Aryan nak bincang dengan aku kalau bukan masalah syarikatnya melainkan masalah lain. Jangan-jangan dia nak bincang pasal kes tangkap basah dia yang tak jadi tu?” Fikir Detektif Laya meletakkan jarinya pada dagu seperti memikirkan sesuatu.
“Ahh lantaklah bukan…” Detektif Laya berhenti bercakap apabila melihat gerangan seseorang yang dia tunggu muncul di sebalik rakaman CCTV itu.
Kelihatan seseorang individu yang memakai hoodie berwarna hitam manakala mukanya disembunyi di sebalik topeng yang menakutkan sepertimana topeng yang sama dipakai oleh Moonlit Killer dalam rakaman video sebelum ini.
“Moonlit Killer.” Gumam Detektif Laya dengan suara dingin.
Share this novel