BAB 45

Thriller Series 17

“KAU ingat tak pen aku yang ada mutiara di atasnya dan kau ada puji masa tu. Kau kata ‘Cantik gila pen ni siap ada mutiara bagai, mesti mahal.’ Ingat tak?” Siti berfikir sejenak.

“Ohh pen tu. Dah tentulah aku ingat, aku tak boleh lupa pen tu. Aku ada try cari dekat Tiktok Shop tapi takdelah. Kau beli mana?” Siti teringat ketika dia pernah puji satu pen yang Qhadir biasa guna untuk menulis dulu.

“Aku tak beli, ada orang yang hadiahkan pada aku dan orang tu berada di sebelah kau.” Qhadir menunjuk jari telunjuknya pada Asyikin yang buat muka selamba.

“Ehh kenapa kau tak pernah bagi pen macam tu pada aku, beb?” Siti memandang Asyikin.

“Pen tu aku beli tapi yang mutiara tu aku pasang sendiri.” Jelas Asyikin.

“Kau percaya tak dalam mutiara tu ada kamera tersembunyi?” Siti mendengar hal itu terkejut lalu memandang Qhadir dengan mata terbuntang.

“Dalam mutiara tu ada kamera tersembunyi?” Qhadir mengangguk kepala.

“Ye, ada kamera tersembunyi dalam mutiara tu. Aku tak tahu pun selama ni sehinggalah Syikin ni bagitahu masa hari kejadian.” Qhadir mengingatkan balik hari dimana sehari selepas kejadian itu, dia dipanggil ke bilik pengetua.

KETIKA itu, kedua ibubapa Karmila ada bersama di dalam bilik pengetua. Qhadir duduk di hadapan mereka dengan riak muka tenang.

“Jadi jantan ni yang berani apa-apakan anak aku? Muka handsome tapi agama cetek.” Tuduh Ayah Karmila kepada Qhadir yang diam sahaja menerima tuduhan itu.

“Bawa bersabar, Tuan. Kita tak boleh ambil tindakan terburu-buru. Kita tak boleh dengar cerita sepihak je dari anak Tuan, kita perlu dengar cerita dari Qhadir juga. Mungkin dia…”
Pengetua terdiam apabila Ayah Karmila menghentak meja dengan kuat.

“So sekarang ni pengetua nak cakap yang anak aku buat perkara terkutuk?! Anak saya ni takkan buat kerja bodoh tulah! Anak saya tak berfikiran cetek macam jantan tu!” Marah Ayah Karmila berpaling kepada Qhadir.

“Hey jantan! Kau ingat kalau kau buat semua ni, aku nak terima kau sebagai menantu aku! Kau sedar diri kau tu, kau tak standing dengan anak aku! Walaupun muka kau kacak tapi kau tu miskin sementara anak aku ni kaya! Kau mengaku jelah perkara sebenar yang kau rancang semua ni untuk perangkap anak aku selepas tu nak bolot harta aku kan!”

Qhadir hanya diam sahaja mendengar segala makian dan tuduhan tersebut sambil mengenggam tangan di bawah meja.

“Qhadir, mengaku jelah kamu yang rancang semua ini. Selesai masalah.” Ujar pengetua sambil memandang Qhadir dengan perasaan simpati.

Qhadir fikir pengetua akan pertahankan dia tapi sebaliknya pengetua lebih pentingkan duit yang pernah beliau sumbangkan pada sekolah membuatkan Qhadir hanya tersenyum sinis.

“Hm apa yang aku boleh katakan sekarang? Kalau aku mengaku perkara sebenar, mereka percaya ke? Silap-silap mereka tuduh aku reka cerita. Mengaku jelah daripada libatkan keluarga aku sendiri.” Bisik hati Qhadir lalu mengangkat kepala setelah lama menunduk.

Baru sahaja Qhadir ingin mengaku, kedengaran ketukan pintu dari luar. Apabila mendapat keizinan dari pengetua, kelihatan kelibat Asyikin dan Cikgu Hashim melangkah masuk ke dalam bilik pengetua.

“Maaf saya menganggu pengetua. Saya Luna Asyikin dari kelas 2 NurulFatah. Saya datang sini untuk membuktikan yang Qhadir tidak bersalah dalam hal ini.” Kata Asyikin dengan berani membuatkan orang di bilik tersebut tergamam seketika begitu juga Qhadir.

Karmila dengan cepat bangun dari duduk, “Tipu! Kau ada bukti apa yang nak dikatakan? Sah-sah Abang Qhadir yang mulakan semua rancangan ni. Abang Qhadir panggil Karmila datang ke kelas Abang Qhadir sorang-sorang pahtu…”

Ibu Karmila melihat anaknya menangis cuba menenangkan anaknya, Asyikin melihat adegan itu tersenyum sinis.

“Ehh betul ke? Tapi kenapa macam lain sangat jalan cerita kau ni? Betul ke yang Qhadir perangkap kau atau kau yang perangkap Qhadir?” Ujar Asyikin membuatkan Ayah Karmila menghentak meja buat kali kedua.

“Kau jangan nak tuduh anak aku macam-macam! Anak aku tak sebodoh tu nak jual maruah dia pada lelaki! Lelaki macam dia ni mesti dah ramai perempuan dia permainkan! Lelaki macam kau patut mati je!” Qhadir menghela nafas panjang.

“Apa bukti yang kamu boleh tunjukkan pada kami kalau anak kami sendiri yang perangkap lelaki tu?” Ujar Ibu Karmila dengan perasaan marah kepada Asyikin.

Asyikin mendengar hal itu, mengeluarkan telefon lalu menghulurkan satu rakaman kepada Ayah Karmila dimana kejadian itu bermula.

Ayah Karmila menyambut huluran Asyikin lalu melihat rakaman tersebut dengan reaksi terkejut begitu juga pengetua yang melihat rakaman itu juga.

Setelah rakaman itu selesai, Ayah Karmila meletakkan telefon tersebut, bangun dari sofa lalu menampar Karmila dengan kuat.
“Abang! Apa yang abang buat ni? Tergamak abang tampar anak kita?” Ibu Karmila melindungi Karmila yang tengah memegang pipinya yang ditampar oleh ayahnya sendiri.

“Kau kata yang kamu diperangkap sebaliknya kamu perangkap anak bujang orang! Pandai kamu reka cerita, Karmila! Perangai kamu ni memalukan nama baik ayah tau! Apa nak jadi dengan kamu ni, hah!” Marah Ayah Karmila membuatkan Karmila terdiam mendengar hal itu.

“Saya juga ada bukti yang dia selalu hantar surat ugut kepada saya. Dia ugut saya supaya saya menjauh dari Qhadir dan berhenti jadi cikgu tutor dia.” Asyikin menunjukkan satu surat yang pernah dia beri pada Cikgu Hashim sebelum ini lalu menghulurkan pada Ibu Karmila.

Ibu Karmila menyambut huluran tersebut lalu membaca isi surat tersebut, Ibu Karmila terkejut membaca isi surat tersebut berpaling pada anaknya.

“Mummy itu…” Asyikin memeluk tubuh memandang Karmila yang teragak-agak.

Ayah Karmila mencengkak pinggang sambil berjalan hulu hilir, “Kenapa aku ada anak macam kau? Kenapa kau jadi anak aku? Aku tak sepatutnya ada anak macam kau, sepatutnya kau tak lahir!” Karmila mendengar hal itu terdiam.

“Tuan. Puan. Sekiranya anda berdua tidak kisah boleh saya cakap sesuatu.” Asyikin meminta izin dari kedua ibubapa Karmila.

“Kau nak cakap apa?” Balas Ayah Karmila dengan kesal.

“Anda rasa yang semua ni salah Karmila ke? Semua ini takkan terjadi kalau anda berdua tidak abaikan dia. Dia buat semua ini sebab dia rasa diabaikan dan kurang perhatian daripada anda berdua yang hanya sibuk dengan kerja. Sehinggalah anda berdua tidak tahu apa yang dia rasa selama ini. Ada tak sekali anda berdua tanya keadaan dia, keadaan sekolah dia takpun pernah ke anda berdua meluangkan waktu bersama dia?” Ayah dan Ibu Karmila terdiam mendengar soalan Asyikin.

“Ini semua bukan berpunca dari Karmila melainkan cara layanan anda berdua terhadap dia. Dia kurang kasih disebabkan itu dia teringin nak dapatkan kasih sayang daripada seseorang. Jadi sebab tu dia buat perkara terkutuk tu tapi Karmila ni salah target. Saya kenal Qhadir ni macam mana dekat sekolah dan macam mana layanan dia dengan perempuan. Biar saya bagitahu satu benda, Qhadir ni walaupun kacak tapi selama saya bersama dia, dia tak pernah ambil kesempatan langsung pada saya mahupun nak goda saya. Sebab bagi dia, lelaki macam dia hanya sempurna dari luaran tapi dalaman dia tak cukup untuk menjadi insan yang ingin mencintai seseorang. Saya boleh katakan yang Qhadir tak bersalah dalam hal ini.” Ujar Asyikin dengan serius dan tegas seperti seorang peguam.

“Saya pun fikir benda yang sama dengan anak pelajar saya. Selama Qhadir belajar dekat sekolah ni, saya tak pernah tengok dia bercinta dengan mana-mana perempuan tak kira perempuan tu kaya ke cantik ke, dia sedikit pun tak pandang semua tu. Bagi dia kesempurnaan tu bukan selamanya melainkan sementara sahaja.” Sambung Cikgu Hashim.

“Pengetua, saya rasa pengetua perlu minta maaf pada Qhadir. Sebab pengetua suruh Qhadir mengaku perkara yang dia tak buat langsung. Kalau anda buat semua ni sebab duit, anda kena ingat. Duit itu adalah rezeki dari Allah dan bila-bila masa Allah boleh tarik rezeki yang kita ada disebabkan kepentingan diri sendiri.”

Pengetua terdiam seketika seperti tersentap dengan nasihat Asyikin yang memang sesuai untuk dia.

“Sa…saya minta maaf Qhadir kerana paksa kamu mengaku perkara yang kamu tak buat. Maafkan pengetua.” Pengetua menundukkan kepala pada Qhadir.

“Aunty pun nak minta maaf bagi pihak anak aunty kerana perangkap kamu. Aunty akan bagi hukuman pada dia atas tindakan dia yang kurang sopan ni. Sekali lagi maafkan aunty.” Ibu Karmila menunduk kepala juga.

“Tidak apa-apa, saya tak ambil hati. Tapi saya nak minta tolong satu benda je dari pengetua untuk rahsiakan masalah ni dari kedua ibubapa saya. Saya tak nak mereka risau dan tahu pasal masalah ini.” Ujar Qhadir memandang pengetua.

“Baiklah, kalau itu yang kamu minta. Saya akan terima. Kamu dah boleh balik ke kelas semula, kamu juga Syikin. Terima kasih untuk kesaksian kamu yang berani ini.” Kata pengetua sambil memandang mereka berdua.

“Sama-sama pengetua.” Setelah mendapat telefonnya kembali, mereka berdua melangkah keluar dari bilik pengetua dan menuju ke kelas masing-masing.

“MACAM mana kau boleh dapat rakaman tu? Seingat aku dalam kelas tu mana ada CCTV kan?” Asyikin tersenyum kecil dengan pertanyaan Qhadir.

“Kau ingat tak lagi aku pernah bagi sebatang pen kepada kau sempena hari pertama kita bertemu?” Qhadir teringat hal itu mengeluarkan pen tersebut yang mempunyai mutiara di atasnya.

“Pen ni ke? Tapi apa kaitan pen ni dengan rakaman…” Qhadir menyedari sesuatu lalu memerhati mutiara yang terdapat pada pen tu dengan jelas, dia dapati ada kamera mini yang tersembunyi dalam Mutiara tersebut.

“Kalau aku tak terang pun, kau mesti dah faham dengan sekali tengokkan?” Ujar Asyikin sambil berjalan ke depan.

Qhadir memandang Asyikin dengan pandangan hairan, “Kenapa kau buat semua ni?”

Asyikin berhenti melangkah lalu berpusing belakang, “Sebab aku dah lama tahu yang perempuan tu perhatikan kau. Dan biar aku cakap satu benda. Kalau sesiapa sahaja cuba apa-apakan orang sekeliling aku termasuk kau, aku takkan lepaskan mereka saja-saja. Kau nak tahu Qhadir kau adalah lelaki pertama yang jadi kawan aku.”

“Kau ni pelik dan menarik. Aku suka jalan pemikiran kau mungkin lemah dalam bab mengira, tapi jalan pemikiran kau dalam memberi idea tu yang aku suka pada dalam diri kau. Jadi apa-apa pun kita tetap kawan baik kan?” Kata Asyikin sambil tersenyum.

Qhadir terdiam seketika medengar hal itu lalu mengalih pandangan pada pen di tangannya sehinggalah dia tersenyum kecil.

Dia menyimpan pen tersebut ke dalam poket bajunya, menghampiri Asyikin yang memandangnya, “Kau ni memang lain daripada yang lain. Tapi aku suka itu. Jadi betullah yang kau ni stalk aku selama ni?”

Asyikin mendengar hal itu memekak telinga lalu melangkah ke depan meninggalkan Qhadir sorang-sorang.

“Macam-macamlah kau ni, Syikin.” Qhadir terus mengejar langkah Asyikin yang semakin ke depan.

“KAU punya jalan kehidupan ni boleh buat novel tau, Qhadir. Tapi aku tak sangka kau boleh terdetik nak letak kamera tersembunyi dalam mutiara tu? Kenapa kau bijak sangat ni beb?” Asyikin mendengar ayat terakhir Siti ketawa kecil.

“Kalau aku tak bijak takdelah aku diterima sebagai salah seorang anggota Layrix Agency. Lagipun aku buat semua tu demi keselamatan Qhadir juga, kalau tak memang sampai ke sudah kedua ibubapa dia nak percaya pada anak mereka.” Balas Asyikin sambil memeluk lutut.

“Habis tu apa jadi dengan perempuan tu?” Asyikin memandang Qhadir meminta dia yang jawab soalan itu.

“Selepas sahaja itu, perempuan tu ditukar ke sekolah lain and tamat. Begitulah ceritanya, jadi dah berpuas hati?” Qhadir memandang Siti yang tengah bertepuk tangan.

“Puas hati. Tapi kau akan cerita pasal ni ke Risya kan?” Qhadir terdiam seketika mendengar pertanyaan itu.

“Perlu ke aku cerita pasal masa lalu aku pada Risya?” Tanya Qhadir memandang kedua kawannya.

“Dah tentu, sebab Risya tu tak lama lagi bakal jadi isteri kau. Dia berhak nak tahu tak kiralah masa lalu ke, masa gelap ke, cerita je semua supaya dia tak salah faham.” Qhadir terdiam seketika, Asyikin menyedari hal itu.

“Siti, aku tak rasa yang kau boleh paksa Qhadir untuk cerita semua masa lalu dia. Sebab memang betul kau kata yang Risya berhak tahu, tapi kalau tuan badan rasa macam tak perlu, tu hak dia sendiri. Sama ada dia nak cerita ataupun tak pada Risya, itu terpulang pada dia. Contohlah kalau aku suruh kau cerita masa lalu kau pada Thoriq, kau nak bagitahu dia?”

Siti terdiam seketika mendengar soalan Asyikin, “Tak kan? So terpulang pada kau, Qhadir. Itu hak kau dan kitaorang tak boleh paksa kau. Semua keputusan di tangan kau.”

Qhadir terdiam mendengar ayat Asyikin lalu tersenyum kecil, “Nilah sebab kenapa aku lebih selesa kawan dengan Syikin daripada kau.”

“Apa pula? Aku dengan Syikin sama-sama perempuanlah cuma kau tak boleh pegang dia.” Siti memeluk lengan Asyikin sambil menjelir lidah seperti mengejek Qhadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience