Series
17
“SERIUSLAH? Maknanya perempuan tu dah lama ke stalker kau, Qhadir?” Siti memandang Qhadir yang tengah menyedut airnya.
“Kalau aku nak kata lama tu, bolehlah. Aku mula sedar dia start stalk aku masa aku form 5 lagi, aku tahu pun sebab aku selalu dapat surat dari seseorang. Dalam surat tu takde nama pengiring, so aku malas nak layan aku buang surat tu.” Balas Qhadir dengan selamba.
“Kau buang surat tu? Sampai hati kau buang, at least bukalah juga baca sikit. Hargailah surat yang dia penat-penat buat untuk kau.” Siti memarahi sikap Qhadir yang membuang surat perempuan tersebut begitu.
“Aku dah pernah buka surat tu and aku dah baca. Tu kali pertama dan kali terakhir aku buka dan baca surat dia. Kalau boleh putar balik masa, aku nak pergi ke masa hari aku buka surat perempuan tu. Aku menyesal buka surat tu sebab aku rasa jijik dengan surat dia yang penuh kata-kata sampah.” Ujar Qhadir mengalih pandangan pada langit malam.
“Apa yang ayat perempuan tu tulis dalam surat tu?” Tanya Siti dengan penuh hairan.
“Dalam surat tu dia tulis…” Qhadir berfikir sejenak mengingat balik isi surat tersebut lalu berdehem kecil.
“KE HADAPAN KEPADA ABANG QHADIR, NAMA SAYA KARMILA QALISHA DARI TINGKATAN 3 NURULSALAM. SEBENARNYA SAYA DAH LAMA SUKA ABANG…TIDAK…SAYA CINTAKAN ABANG QHADIR. SAYA JATUH CINTA PADA PANDANGAN PERTAMA PADA ABANG SEBAB SAYA BOLEH RASA YANG JODOH KITA BERDUA DEKAT SANGAT. SAYA TERGODA MELIHAT BADAN ABANG YANG SEKSI KETIKA BERMAIN BOLA TAMPAR TADI. ABANG JUGA NAMPAK KACAK KETIKA MEMAKAI CERMIN MATA APABILA TENGAH BELAJAR. SAYA CEMBURU MELIHAT ABANG BERBUAL DENGAN PEREMPUAN LAIN SELAIN SAYA. ABANG QHADIR HANYA MILIK SAYA SAHAJA. JADI TOLONG PERHATIKAN SAYA BAIK-BAIK…”
Qhadir berhenti bercakap apabila Siti menyuapkan murtabak maggi ke dalam mulutnya, “Stop! Aku tak nak dengar lagi, meremang bulu roma aku. Ayat macam orang yang obsess pada seseorang. Budak yang baru umur 15 tahun, tulis surat macam tu. Aku masa tu bercinta pun tak tahu macam mana. Gatal.”
“Bukan gatal tapi tak cukup kasih sayang sebab ibubapa dia tu kerja dekat syarikat masing-masing dan sangat sibuk jadi Karmila ni rasa diabaikan oleh kedua ibubapa dia. Jadi dia fikir kalau dia luah perasaan dia pada Qhadir mungkin Qhadir boleh isi hati dia yang kekosongan itu.” Balas Asyikin dengan senyuman kecil.
“Yelah, aku tahu kurang kasih sayang tapi tulah salah target dia cari untuk dapatkan kasih sayang seseorang. Lagi-lagi lelaki macam kawan baik kita ni, yang hati sekeras batu dengan iman yang kuat. Aku fikir kawan baik kita ni tak normal tau.” Ujar Siti dengan nada selamba.
Qhadir mendengar hal itu berpaling pada Siti, “Kau sama je dengan Syikin, tuduh aku tak normal. Hello, aku normal. Aku dah bertunanglah, jangan nak fikir benda bukan-bukan, boleh tak?” Balas Qhadir memandang kedua kawan baiknya silih berganti.
“Yelah, kalau bukan sebab Risya masuk meminang kau, sampai sekarang kau single kan?” Qhadir memekak telinga mendengar pertanyaan Siti lalu mengalih pandangan ke kawasan bandar yang diterangi dengan lampu.
“Lepas tu apa jadi? Perempuan tu buat apa pada Qhadir?” Siti kembali memandang Asyikin.
“Kau nak dengar yang tengah atau yang akhir terus?”
“Kalau yang tengah tu perempuan tu buat apa? Dia ugut kau ke, beb?” Asyikin kerling Qhadir lalu melihat Siti kembali, mengangguk kepala.
“Nak kata dia ugut macam hantar benda-benda yang menakutkan, takdelah sampai macam tu. Tapi kalau surat tu adalah juga tapi semua surat dia aku buang takpun bakar. Ayat dia macam dekat sama dengan ayat Qhadir tapi ni versi ugut dengan seram, kau nak dengar ke?”
“Nak dengarlah juga ayat versi ugut dia tu.” Siti mendekatkan diri dengan Asyikin.
“Dalam surat tu dia tulis…” Asyikin berfikir sejenak mengingat balik isi surat tersebut.
“PEREMPUAN JALANG! KAU INGAT HIDUP KAU AKAN TENANG SELEPAS KAU RAMPAS MILIK AKU! TAK SEMUDAH ITU, AKU AKAN PASTIKAN KAU MENYESAL KERANA RAMPAS ABANG QHADIR AKU! AKU AKAN PASTIKAN KAU TAKKAN DAPAT BERSAMA DENGAN ABANG QHADIR LAGI! BAIK KAU BERHENTI GANGGU ABANG QHADIR AKU SEBELUM KAU MENYESAL, PEREMPUAN! NI AMARAN DARI AKU, KAU INGAT YE PEREMPUAN!”
“Itu yang dia tulis pada aku, selepas tu aku bagi surat tu ke cikgu displin.” Qhadir mendengar hal itu, berpaling kepada Asyikin bersama kedua kening dinaik.
“Kau bagi surat tu pada cikgu displin, habis tu cikgu displin kata apa?” Asyikin mengingat balik saat dia memberi surat ugutan itu pada Cikgu Hashim, cikgu displin sekolah itu.
“JADI kamu tahulah siapa pengirim surat ni, Syikin?” Cikgu Hashim bertanya pada Asyikin yang berhadapan dengannya sambil membaca isi surat tersebut.
“Dia tu orang yang gilakan salah seorang senior form 5 sekolah ni, cikgu. Cikgu kenalkan pelajar yang bernama Qhadir Zafran Idris?” Cikgu Hashim diam seketika cuba mengingat gerangan nama tersebut.
“Ohh Qhadir, kenal sangat dia tu. Jadi orang yang hantar surat ke kamu ni salah seorang peminat Qhadir ke?” Asyikin mengambil cawan di atas meja lalu meneguk sedikit air sebelum menjawab pertanyaan tersebut.
“Dia kata dia bukan peminat Qhadir tapi dia kata dia kenal Qhadir lebih dari orang lain. Macam stalker pula saya dengar sebab dia selalu intai Qhadir dari jauh.”
“Siapa orang itu? Cikgu kenal ke dia?”
“Dia kata nama dia Karmila Qalisha. Dia tu cikgu, baru je form 3. Dari kelas 3 NurulSalam katanya.”
“Kamu kata nama dia Karmila Qalisha?” Asyikin mengangguk kepala.
“Huissh masalah tu. Ibubapa dia tu orang terkaya di bandar kita ni dan ayah beliau pernah menyumbang kepada sekolah kita ni. Sebab tu sekolah kita sekarang nampak glow up kan? Terutama bilik displin sekarang ni, ceria kan?” Asyikin memandang sekeliling bilik displin yang nampak sedikit ceria berbanding dulu.
“Jadi maknanya saya tak boleh lawan perempuan ni ke?” Cikgu Hashim terdiam seketika mendengar pertanyaan Asyikin.
“Bukan kamu tak boleh lawan dan bukan sebab cikgu tak nak tolong kamu tapi ayah beliau lebih berkuasa dari kita. Jadi buat masa ni kita tutup sebelah mata dulu. Kalau dia cuba cederakan kamu, cikgu sendiri akan bertanggungjawab, Syikin. Cikgu janji dengan kamu.” Cikgu Hashim memandang Asyikin dengan pandangan serius.
“Saya percaya pada cikgu.” Asyikin senyum pada Cikgu Hashim.
“KAYA sangat ke ibubapa dia tu? Sampai cikgu pun tak berani lawan dia, huissh dahsyat. Sekurangnya dia tak apa-apakan kau, kan?” Siti bertanya pada Asyikin yang menggeleng kepala mendengar pertanyaannya.
“Baguslah. Tapi aku nak tahu kejadian apa yang berlaku sampai dia hampir cuba hmm kawan kita tu.” Siti menukarkan perkataan hmm itu sebelum Qhadir marah balik padanya.
“Pasal tu aku tak ingat sangat, kalau kau nak tahu pasal tu, suruh Qhadir cerita. Aku tak tahu permulaan kejadian tu macam mana. Qhadir, kau cerita permulaannya.” Asyikin memandang Qhadir yang menghela nafas panjang sebelum duduk bersila memandang Siti.
“Baiklah. Ia bermula waktu petang, aku tertinggal buku teks aku dekat bawah meja di kelas. Pada mulanya aku nak ambil esok but subjek tu ada homework yang perlu aku siapkan untuk esok jadi petang tu aku tak sempat mandi terus pecut pergi semula ke sekolah. Masa tu memang tiada orang dekat sekolah and aku dengan berani pergi naik kelas sorang-sorang dan ambil buku aku. Aku tak sedar masa tu ada orang lain dalam kelas tu dan dari situlah kejadian tu berlaku.” Qhadir mula bercerita awal kejadian itu berlaku.
QHADIR mencari buku teks di bawah meja lalu ambilnya, “Disebabkan kau, aku terpaksa datang semula ke sekolah untuk ambil kau. Kalau bukan ada homework yang perlu aku siapkan esok memang tak rajinlah aku nak datang sini balik.”
Selepas dia berkata begitu, dia terdengar pintu hadapan kelas tertutup dan Qhadir menganggap angin yang tiup.
Tanpa dia sedari ada orang lain selain dia di kelas tersebut yang tengah bersembunyi di suatu tempat.
Qhadir memegang buku teks tersebut melangkah ke arah pintu kelas dan cuba membuka pintu tersebut tapi hakikatnya terkunci. Dia tidak mengambil serius lalu melangkah ke pintu belakang, mencuba membuka pintu belakang kelas tapi hasilnya sama.
“Macam mana boleh terkunci ni? Padahal tadi aku masuk ok je, takkanlah Pak Jamal tak perasaan aku dalam kelas ni.? Pak Jamal ooo Pak Jamal!” Qhadir menjerit nama penjaga sekolah sambil mengetuk pintu dengan kuat.
“Aduh tak dengar pula.” Qhadir mengeluarkan telefon dari poketnya yang sempat dia ambil dari atas meja rumah.
“Terpaksalah aku call Syikin, suruh dia datang sini.” Qhadir mencari nombor telefon Asyikin apabila jumpa dia menekan nombor tersebut lalu meletakkan di telinganya.
“Hello, Syi…” Belum sempat dia jawab, seseorang menolaknya dengan kuat sehinggalah di jatuh di atas lantai bersama telefon dan buku teks terjatuh secara serentak.
Qhadir memegang kepalanya lalu melihat gerangan yang menolaknya, dengan suara marah, dia menjawab, “Apa lagi yang kau nak, perempuan? Tak cukup ke selama ni kau kacau aku, sekarang kau nak perangkap aku pula ke?”
Qhadir bangun dari lantai, menyapu habuk pada baju dan seluarnya lalu berpaling kepada Karmila yang sedang memandangnya dengan senyuman yang menyeramkan
“Aku tak tahu apa idea kau tapi aku takkan terjebak lagi dalam masalah kau. Jadi tolong hentikan permainan kau ni sebelum…” Mata Qhadir terbuntang melihat apa yang dilihatnya lalu mengalih pandangan ke arah lain.
Kerana Karmila dengan selamba membuang pakaian dan kain sekolah di hadapannya yang hanya tinggal singlet tanpa lengan dengan seluar pendek.
“Kau dah gila ke?! Apa yang kau nak buat ni, hah perempuan?!” Tanpa membuang masa, Qhadir melangkah ke pintu kelas dan baru sahaja dia ingin mengangkat kakinya untuk menendang pintu tersebut.
“Abang Qhadir.” Dengan suara lunak dan menggoda, Karmila memeluk Qhadir dari belakang membuatkan Qhadir terkaku seketika dengan tindakan berani Karmila itu.
Dengan cepat Qhadir menolak Karmila dengan kuat sehingga dia terjatuh ke atas lantai, Qhadir memandang Karmila dengan pandangan menjijikkan lalu baru sahaja dia ingin cuba melangkah.
Karmila berlari ke arah Qhadir membuatkan Qhadir tidak sempat elak membuatkan mereka berdua jatuh secara serentak.
Qhadir cuba bangun tapi malangnya Karmila menindih di atas badan Qhadir. Qhadir dengan perasaan marah, “Baik kau tepi sebelum aku belasah kau, perempuan! Kau fikir kau perempuan, aku tak berani lawan ke hah!”
Karmila senyum seperti orang obsess lalu mendekatkan mulutnya pada telinga Qhadir, “Lelaki handsome memang sesuai untuk perempuan cantik. Lelaki seperti Abang Qhadir tak selamanya akan berlagak suci kan?”
Mata Qhadir terbuntang mendengar hal itu dan terkaku, “Semua manusia di muka bumi ini ada nafsu mereka sendiri, jadi Abang Qhadir rasa apa kata kalau…”
Masa yang sama tangan Karmila naik membuka butang baju sekolah Qhadir satu persatu, tapi belum sempat dia buat apa-apa.
Pintu kelas terbuka dan kelihatan Asyikin bersama Pak Jamal yang tengah membuka kunci terkejut melihat kejadian di depan mata mereka.
“Apa yang kau buat ni, hah!” Asyikin dengan cepat menolak Karmila menjauh dari Qhadir.
Nafas Asyikin tercungap-cungap lalu memandang Qhadir yang hanya kaku, “Kau ok tak, Qhadir?”
Asyikin memegang kedua belah bahu Qhadir lalu dengan suara tinggi, “Qhadir! Kau dengar tak?!” Qhadir mendengar suara Asyikin cepat-cepat tersedar.
“Syikin? Kau…kau buat apa dekat sini? Apa yang aku…” Tanpa dia sedari, ada air mata yang mengalir dari pipi Qhadir.
Asyikin melihat pemandangan itu terdiam seketika lalu memandang Karmila dengan marah berkata, “Aku akan pastikan yang kau akan keluar dari sekolah ini. Tak kira ayah kau pernah bagi sumbangan pada sekolah sekalipun, kau ingat duit tu boleh bayar dengan nyawa dan maruah orang lain ke?! Kau ingat kawan aku apa, mainan untuk kau main-main?! Kau dengar sini, aku akan pastikan kau takkan dapat ganggu Qhadir lagi lepas ni. Aku akan lindungi Qhadir daripada perempuan macam kau!”
Selepas berkata begitu, Asyikin meminta tolong dari Pak Jamal untuk pimpin Qhadir keluar dari kelas tersebut. Asyikin mengambil telefon dan buku teks Qhadir lalu melangkah keluar meninggalkan Karmila.
“WHAT… seriuslah perempuan tu buat tindakan sama macam atasan kau pernah buat ke kau sekarang?” Qhadir terdiam seketika lalu mengangguk kepala untuk menjawab pertanyaan tersebut.
“Kau tak tahu macam mana reaksi aku masa tu. Aku marah sangat-sangat masa tu dengan tindakan kurang cerdik dia tu buatkan aku macam dia fikir maruah orang ni apa? Mainan yang kau sepahkan pahtu letak balik? Kurang cerdik perempuan tu.” Balas Asyikin dengan geram mengingatkan kejadian tu semula.
“Yang aku tak sangkalah selama aku kawan dengan Syikin, aku tak tahu yang dalam diam, dia perhatikan aku setiap masa.” Kata Qhadir sambil tersenyum.
“What do you mean?” Siti memandang Qhadir dengan salah satu keningnya terangkat.
Share this novel