Series
17
QHADIR mendengar pertanyaan Asyikin membungkuk sedikit badan lalu mengangkat tangan berbisik, “Perempuan ni dah banyak kali bagi minuman ke aku setiap petang. Biasanya aku terima je tapi petang ni aku tolak sebab aku dah kata yang ada orang dah belikan minuman tapi dia tetap paksa aku terima.” Terang Qhadir mengerling perempuan di depan mereka.
“Dia ni peminat kau ke?” Belum sempat Qhadir menjawab pertanyaan itu, perempuan itu menjerit.
“Jangan dekat dengan Abang Qhadir saya! Awak tak layak untuk dia! Walaupun awak mempunyai rupa paras awak yang cantik itu tak bermakna awak boleh rampas Abang Qhadir dari saya! Dia milik saya!” Marah Karmila memandang Asyikin dengan perasaan marah.
“Jadi betullah awak ni peminat Qhadir?” Tanya Asyikin sambil memeluk tubuh membalas pandangan Karmila.
“Saya bukan peminat Abang Qhadir tapi saya adalah orang yang lebih mengenali Abang Qhadir berbanding orang lain. Awak hanya penganggu yang mengacau hubungan saya dengan Abang Qhadir! Saya nak awak berhenti mengajar Abang Qhadir dan saya nak…” Belum sempat Karmila habis cakap, Qhadir mencelah.
“Menjijikkan betul. Aku tak kenal kau dan aku tak rasa hubungan kita terlalu dekat untuk kau panggil aku dengan panggilan abang. Asyikin ni walaupun beza 3 tahun dari aku, dia tak pernah panggil aku macam tu. Biar aku betul sikit ayat kau tu, Syikin bukan penganggu, dialah orang yang banyak menolong aku. Jadi kau takde hak untuk tentukan hidup aku dan dengan siapa aku nak bersama. Kita tiada apa-apa hubungan istimewa untuk kau tentukan masa depan aku.” Luah Qhadir lalu menghampiri meja pondok, mengemas semua barangnya begitu juga barang Asyikin.
Dia menggalas begnya dan beg Asyikin, mengambil 2 cawan kopi dan menghampiri Asyikin menghulur satu cawan kopi.
Asyikin menyambut huluran Qhadir lalu Qhadir menarik lengan Asyikin meninggalkan perempuan seorang diri.
“Takpe ke kita tinggalkan perempuan tu? Mana tahu lepas ni dia ganggu kau lagi?” Tanya Asyikin selepas sahaja mereka menjauh dari perempuan tersebut dan Qhadir melepaskan pegangan dari lengannya.
“Biarkan dia. Lagipun kalau aku nasihat banyak mana pun, kalau perangai dia tetap macam tu, kau nak aku buat apa lagi?” Qhadir meneguk minumannya sambil melangkah keluar dari pagar sekolah.
“Dah berapa kali dia beri minuman untuk kau?” Asyikin berjalan di sebelah Qhadir sambil meneguk kopinya yang sudah suam.
“Nak dekat 5 kali, aku terima sebab kasihan je. Aku tak minum pun, kadang aku bagi pada kakak aku dan adik aku. Sebab kau tahukan aku tak suka minuman manis.”
“Habis tu kau tak nak pergi lapor ke cikgu displin? Manalah tahu nanti perempuan macam dia tu buat sesuatu di luar jangkaan? Kau jangan main-main dengan perempuan, Qhadir. Perempuan kalau dah cakap dia memang nak orang tu, dia akan dapatkan juga tak kira guna cara kotor sekalipun.”
“Susahlah kalau ada rupa paras kacak macam ni. Takde ke cara nak tukar wajah aku ni selain buat pembedahan plastik? Aku bukan tak bersyukur, aku terlalu bersyukur dengan ciptaan Tuhan tapi aku stress kadang-kadang dari awal aku sekolah sampai sekarang ada je perempuan-perempuan yang tiada perasaan malu dan tiada maruah ganggu hidup aku.” Luah Qhadir sementara Asyikin mendengar luahannya.
“Kau tertekan sangat ni, aku rasa kau perlukan ketenanganlah selepas belajar math. Nak makan aiskrim? Aku belanja kau sebab kau berjaya jawab beberapa soalan math yang aku bagi pada kau tadi.” Kata Asyikin sambil memandang Qhadir dengan senyuman kecil di bibirnya.
“Bolehlah. Aku rasa kopi ni pun tak boleh tenangkan aku.” Balas Qhadir lalu mereka singgah di kedai runcit membeli aiskrim.
MEREKA berdua menikmati aiskrim sambil berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing.
“Syikin. Aku nak tanya, betul ke kau ada hubungan dengan Zack?” Tanya Qhadir sambil memandang Asyikin yang sedang nikmat makan aiskrim.
“Kalau aku kata tidak, kau tak percayakan? So buat masa sekarang aku boleh kata hubungan aku dengan Zack just kawan. Sebab aku perlukan masa untuk terima dia tapi tak boleh dikatakan aku bercinta dengan dia, aku cuma berkawan rapat sahaja dengan dia.” Terang Asyikin membuatkan Qhadir mengangguk kepala mendengar penjelasannya.
“Kau suka ke dengan Zack tu?” Asyikin terdiam seketika mendengar soalan Qhadir.
“Aku suka dia hanya sebatas kawan sahaja sebab aku risau yang Zack tu hanya pandang aku dari segi luaran sahaja bukan dari segi dalaman aku. Sebab tu aku suruh dia bagi aku masa untuk berfikir dan aku masih nak fokus pada belajar. Bagi aku cinta ni boleh tunggu sementara belajar ni tak boleh tunggu, kan?”
Qhadir terdiam mendengar jawapan Asyikin yang ada betulnya. Sebab Asyikin mempunyai rupa paras yang cantik, rambut hitam panjang yang indah dan juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang dekat sekolah. Ramai orang kata yang Asyikin ni adalah bidadari sekolah dan ramai juga lelaki yang luahkan perasaan padanya tapi ditolak olehnya.
“Sebab tu kau tolak semua lelaki yang pernah luahkan perasaan mereka pada kau?”
“Aku tolak sebab aku belum bersedia untuk bercinta lagipun Zack tu bukan luahkan perasaan dia melainkan dia nak berkenalan dengan aku lebih mendalam. Sebab tu aku tak bagi jawapan dan harapan pada dia.” Terang Asyikin sambil memandang ke depan.
“Susah juga hidup kalau semua pandang kita hanya disebabkan personaliti dan rupa paras yang ada pada kita. Cepatlah masa berlalu supaya aku dapat melangkah dari keluar dari sekolah ni!” Luah Qhadir membuatkan Asyikin ketawa kecil mendengarnya.
Selepas itu mereka terus melangkah sehinggalah sampai di rumah masing-masing.
KEESOKAN harinya, Asyikin melangkah keluar dari kelas selepas sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Kebanyakan pelajar melangkah ke kantin manakala dia melangkah laju ke perpustakaan untuk memulangkan buku dipinjam lalu meminjam buku lain.
Baru sahaja dia menuruni anak tangga terakhir, dia dihalang oleh seorang perempuan yang dia temui semalam.
“Boleh ke tepi? Saya nak cepat ni, saya takde masa nak layan awak kalau awak setakat nak ugut saya untuk berhenti mengajar Qhadir. Kalau awak ada sebarang bantahan awak boleh mengadu pada cikgu math dia bukan pada saya. Saya hanya menjalankan arahan cikgu sahaja.”
Selepas berkata begitu, Asyikin terus melangkah menjauhi daripada Karmila. Baru sahaja beberapa langkah, Karmila memegang lengan Asyikin dengan kuat membuatkan buku-buku yang dipengangnya terjatuh ke lantai.
“Aku nak kau menjauh dari Abang Qhadir! Aku yang jumpa dia, aku yang nampak dia dulu! Dan kau serangga penganggu yang cuba goda dia dengan muka cantik kau tu! Kau jangan ingat sebab kau cantik, kau boleh goda dia! Dia milik aku!” Jerit Karmila.
Mendengar hal itu, Asyikin menarik lengannya dengan kuat dari pegangan Karmila lalu menunduk badan mengutip buku-bukunya.
Setelah itu, Asyikin memandang Karmila dengan reaksi biasa, “Macam nilah. Aku dengan Qhadir hanya sebatas kawan sahaja dan aku tahu hukum hakam dalam berhubungan dengan lelaki. Aku rapat dengan dia sebab cikgu math dia suruh aku mengajar dia bukan untuk goda dia. Memanglah Qhadir tu kacak tapi aku masih sedar diri lagi. And aku rasa dia dah jelaskan pada kau semalam yang kau tu bukan sesiapa nak tentukah hidup dia, dia pun tak kenal kau.”
Asyikin memerhati sekeliling dimana mereka dikeliling dengan beberapa pelajar yang memerhati mereka.
“Kalau dah tiada apa-apa, saya minta diri dulu. Saya ada banyak benda nak buat selain bergaduh mulut dengan awak.” Selepas berkata begitu, Asyikin berpaling lalu melangkah ke arah perpustakaan meninggalkan Karmila.
Sampai di depan pintu perpustakaan, Asyikin baru sahaja ingin memegang pemegang pintu tiba-tiba ditarik oleh seseorang dari dalam.
“Eh, Syikin? Lewat awak datang? Biasanya lepas sahaja loceng rehat berbunyi, awak akan datang ke library terus.” Ujar Zack dengan senyuman ramah lalu menarik pintu luas mempersilakan Asyikin masuk ke dalam.
Asyikin melangkah masuk menghampiri kaunter pemulangan buku, “Ada pengganggu yang halang saya datang ke sini. Sebab tu saya lambat datang, apa-apa salah perempuan tu. Dia dah lambatkan waktu rehat saya yang berharga.”
Zack yang merupakan pengawas perpustakaan ketawa kecil mendengar luahan Asyikin lalu melakukan proses pemulangan buku untuk Asyikin.
“Siapa perempuan yang berani halang awak tu? Pesaing baru awak ke?” Tanya Zack sambil menghulurkan kad pinjaman ke Asyikin.
Asyikin menyambut huluran tersebut lalu melangkah ke rak buku yang berhampiran dengan kaunter untuk mencari buku untuk dipinjam.
Ketika itu suasana perpustakaan kelihatan sunyi dengan beberapa pelajar yang masih tetap di dalam untuk membaca dan meminjam buku.
“Bukan pesaing tapi boleh dikatakan begitu. Sebab perempuan tu ugut saya untuk jauhkan diri dari Qhadir. Awak pun tahukan saya rapat dengan Qhadir atas arahan dari Cikgu Malisa kan?” Terang Asyikin, Zack yang ketika itu sedang menyusun buku di rak sebelah berfikir sejenak.
“Tahu, awak ada bagitahu saya pasal tu. Jadi perempuan tu ugut awak supaya awak jauhkan diri dari Qhadir?” Asyikin mengangguk kepala mendengar pertanyaan Zack.
“Kenapa dia minta awak jauhkan diri dari Qhadir? Perempuan tu girlfriend Qhadir ke?”
“Tak. Qhadir ada bagitahu saya semalam yang perempuan tu mula ganggu dia selepas sahaja saya mula mengajar Qhadir. Dia kata saya nak goda Qhadir dan nak rampas Qhadir dari dia. Padahal saya dengan Qhadir tu hanya kawan sahaja, tak lebih dari itu.” Zack terdiam mendengar ayat Asyikin sambil menyusun buku sementara Asyikin sibuk mencari buku.
“Tapi tak salahkan apa yang dia kata? Sebab Qhadir tu kan kacak dan merupakan salah seorang pelajar yang terkenal. Ramai perempuan dekat sini gila-gilakan dia termasuk cikgu sekolah. Takkan awak tak tertarik langsung pada dia selama awak mengajar dia?”
“Biar saya bagitahu satu benda, saya kalau nak suka pada lelaki bukan dari rupa paras tapi hati dia. Hati yang baik untuk lelaki baik lagipun saya agap Qhadir hanya kawan sahaja tak lebih dari itu.” Jawab Asyikin setelah memilih 2 buah buku.
“Jadi saya tergolong sekali ke dalam lelaki yang berhati baik tu?” Tanya Zack, Asyikin mendengar hal itu pergi begitu sahaja tetapi berhenti setelah beberapa tapak melangkah.
“Kalau awak dapat buktikan pada saya yang awak lelaki berhati baik, saya akan pertimbangkan balik luahan awak hari tu.” Balas Asyikin sambil melangkah ke kaunter untuk proses peminjaman buku.
Zack mendengar hal itu terkejut seketika kemudian dia tersenyum lebar lalu melangkah ke kaunter dimana Asyikin tengah menunggunya.
“AKU dengar yang perempuan tu cari pasal dengan kau waktu rehat tadi, betul ke?” Asyikin tengah membaca buku terganggu dengan soalan Qhadir yang tengah menjawab soalan yang diberinya.
“Cepat betul gossip tersebar? Memang betul pun. Masa rehat tadi perempuan tu halang aku, ugut aku suruh aku tinggalkan kau, berhenti mengajar kau dan jauhkan diri dari kau. Kalau ikutkan hati, tangan aku ni nak sangat melayang ke muka dia tu. Biar dia sedar diri sikit. Bahayalah kau punya stalker ni.” Qhadir mendengar ayat terakhir Asyikin ketawa kecil.
“Apasal kau ketawa? Tak kelakarlah.” Marah Asyikin melihat Qhadir ketawa.
“Kau panggil apa tadi? Stalker? Teruk betul gelaran kau bagi ke dia.” Kata Qhadir sambung kembali menjawab soalan yang terhenti tadi.
“Dah tu nak panggil apa lagi? Aku tengok dia macam terlalu obsess pada kaulah, Qhadir. Aku yang tengok dia tu naik bulu roma kalau setiap hari asyik intai kau. Dan…” Asyikin mendekatkan jaraknya dengan Qhadir lalu mengangkat tangan untuk berbisik.
“…sekarang ni perempuan tu tengah intai kau dari belakang. Kalau kau tak percaya, kau boleh tengok dekat belakang kau di sebalik pokok.” Setelah mendengar arahan Asyikin, Qhadir melakukan seperti yang disuruh.
Seperti yang dikatakan Asyikin tadi, kelihatan bayangan seseorang yang tengah bersembunyi di sebalik pokok tersebut.
“Gila. Patutlah aku rasa macam ada orang perhati je aku dari jauh, rupanya ada stalker yang mengintai aku. Abaikan jelah betina tu, baik aku siapkan soalan ni.” Qhadir berpaling menyambung kembali pada soalan.
“Lambat laun perempuan tu bila-bila masa boleh terkam kau.” Qhadir hanya mengangkat kedua belah bahunya menandakan dia tidak ambil kisah.
“Habis tu takkan nak biarkan perempuan tu sembunyi macam tu je? Rasa serba salah pula dia asyik perhati kita.” Asyikin memerhati di sebalik pokok itu dimana Karmila tengah mendengar perbualan mereka.
“Biarkan je. Lagipun kalau dia digigit semut ke atau mana-mana haiwan kecil sekalipun, aku tak kisah. Biar dia rasa insaf sebab bersembunyi di belakang pokok lepas ni.” Ujar Qhadir tersenyum jahat, Asyikin mendengar hal itu hanya menggeleng kepala lalu kembali kepada bacaannya tadi.
Sementara Karmila yang hanya memerhati mereka berdua di sebalik pokok, tidak mengetahu yang mereka berdua menyedari kehadirannya berkata, “Aku akan pastikan kau menjauh dari Abang Qhadir aku! Dia milik aku! Abang Qhadir milik aku!” Jerit hatinya sambil mengenggam seranting kayu sehingga patah.
Share this novel