“Lihat dia, Ren. Budak ni pengecut. Tak pernah melawan,” ejek Asahi dengan senyuman sinis.
Kazuya hanya mampu menahan perasaan. Di dalam hatinya, dia merasa marah dan terluka, tetapi dia tidak pernah berani melawan. Keadaan ini terus berulang hampir setiap hari. Apa sahaja yang dilakukannya, tidak pernah terlepas daripada ejekan dan pukulan Ren serta Asahi. Namun, Kazuya terus bertahan. Dia cuba melupakan segalanya dengan membaca manga di rumah, menyelami dunia watak-watak yang lebih kuat daripada dirinya sendiri. Walaupun begitu, semakin hari, dendam dalam hati Kazuya semakin membara.
Bersambung...
Share this novel