Kazuya Ishikawa adalah seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Tokyo, Jepun. Dia seorang yang pendiam dan lebih suka menyendiri. Setiap kali loceng rehat berbunyi, dia akan melarikan diri ke sudut perpustakaan, mencari kedamaian di antara buku-buku lama dan dunia khayalan dalam manga yang dibacanya. Hidup Kazuya penuh dengan kesunyian, namun dia merasa aman dalam dunianya sendiri, jauh dari perhatian orang ramai. Namun, kehidupannya di sekolah bukanlah seindah yang dibayangkan.
Sejak dia memasuki sekolah menengah, Kazuya sering menjadi sasaran buli oleh Ren Takahashi dan Asahi Kubo, dua orang pelajar yang terkenal kerana kebengisan mereka. Ren, dengan tubuhnya yang tinggi dan berwajah dingin, selalu menjadi ketua dalam setiap serangan. Sementara Asahi, lebih kecil namun licik, sentiasa berada di samping Ren, menyokongnya dalam setiap tindakan buli. Bagi mereka, Kazuya hanyalah seekor tikus kecil yang boleh dipijak sesuka hati.
Share this novel