BAB 77

Thriller Series 17

LAYRIX AGENCY, Nazrul memandang laptopnya melihat rakaman video yang baru sahaja dihantar oleh Inspektor Umar beberapa minit yang lepas.

Dia melajukan rakaman video semalam, berhenti pada kali terakhir yang dia lihat semalam lalu menekan butang ‘play’.

“Heroin negara yang menyelamatkan negara tapi adakah dia selamanya akan melindungi negara ataupun mengkhianati negara sendiri? Adakah betul dia adalah heroine negara? Adakah itu apa yang dia nak? Betul ke yang perempuan seperti dia mampu melindung negara dia sendiri kalau dia sendiri mengkhianati negara dia sendiri. Detektif Laya adalah pengkhianat negara dan semua orang! Hahaha!”

Nazrul terlalu khusyuk melihat rakaman itu sehinggalah terdengar hentakan meja yang kuat membuatnya terkejut memandang orang yang membuat tindakan itu.

Mata Nazrul terbuka luas menatap Zulaikha yang merenungnya, “Apa yang saya dengar ni, Nazrul?! Apa yang Moonlit Killer kata tu betul ke?!”

Zulakiha menghampiri kerusi Nazrul lalu melihat rakaman video tersebut yang telah Nazrul ‘pause’ disebabkan terkejut dengan tindakan Zulaikha tadi.

“Kalau ye pun ketuklah pintu dulu, takpun bagi salam ke? Janganlah main terjah je masuk, mujurlah tak tercabut jantung saya ni.” Nazrul mengurut dadanya dimana jantungnya masih berdengung kencang.

“Maaflah tapi bukan niat saya nak main terjah masuk tapi bila saya dengar suara Moonlit Killer lepas tu tuduh bos kita, mana saya tak marah.” Nasib baiklah ruang kerja Nazrul kedap suara jadi orang luar tak dengar suara mereka dari dalam.

Dia datang ke bilik Nazrul pun nak bincang pasal kes Moonlit Killer, masa dia mengetuk pintu tiada sahutan dari dalam. Jadi dia membuka sedikit pintu lalu terdengar suara Moonlit Killer dari laptop Nazrul dan mendengar suara itu menuduh bosnya sendiri, mana dia tak main terjah masuk tadi.

“Sedap-sedap dia je tuduh bos kita, dia ada bukti ke nak tuduh bos kita ni?” Marah Zulaikha lalu menekan butang ‘play’ melihat rakaman video yang masih belum habis.

“Perempuan misteri yang menyorok dirinya dari orang ramai disebabkan muka dia yang hodoh? Betul ke muka dia hodoh ataupun dia takut orang ramai pandang hina atau serong padanya? Jangan-jangan dia masih budak bawah umur yang menyamar jadi Detektif untuk dapatkan duit. Tapi betul ke selamanya dia mampu lindungi atau menjaga negara dia sendiri atau hanya sebab lain? Apapun saya gembira dapat luangkan masa dengan anda semua. Berusahalah lebih keras untuk tangkap saya, para polis dan para anggota Layrix Agency.”
Setelah itu, rakaman video itu habis tapi bukan boleh buat orang tenang malahan buat orang makin marah mendengarnya. Zulaikha mengenggam penumbuk tangannya seperti bila-bila masa boleh tumbuk apa-apa sahaja di sekelilingnya.

Nazrul dengan cepat mengambil laptopnya menjauh dari Zulaikha sebelum laptopnya yang tidak bersalah jadi mangsa Zulaikha.

“Tenang Zulaikha, jangan dibawa sangat emosi awak tu. Saya faham perasaan awak tapi kalau awak marah bukan boleh buat apa pun. Lagipun Moonlit Killer ada bukti ke cakap macam tu pasal bos kita?” Soal Nazrul cuba menenangkan Zulaikha yang sedang berjalan hulu hilir.

“Macam mana saya nak tenang, Nazrul? Jantan tu tuduh bos kita. Kalau saya dapat tahu siapa dia, memang penumbuk ni sampai ke muka dia. Saya nak sangat patah-patahkan tulang pinggang, tulang tangan dan kaki dia, biar dia rasa macam mana perempuan yang tidak bersalah jadi bahan eksperimen dia tu.” Marah Zulaikha.

Mulutnya tidak berhenti membebel memarahi Moonlit Killer seperti mengutuk pun ada juga, Nazrul hanya mampu diam dan memerhati Zulaikha marah.

Ni kalau bagitahu perkara sebenar, sah-sah makin marah pula Zulaikha ni. Silap-silap dia sambung bebel pada bos, cari penyakitlah namanya. Maaflah Zulaikha, bukan aku tak nak bagitahu perkara sebenar pada kau tapi aku dah berjanji pada bos. Kalau aku bagitahu, nanti bos marah aku pula.

Dahlah bos kalau marah lebih dahsyat berbanding Zulaikha marah, silap-silap meja dengan kerusi dia baling padanya. Walaupun kedengaran mustahil tapi kalau bos marah teruk tak hairan sangatlah aku. Tahan jelah telinga dengar bebelan Zulaikha daripada dengar bos marah.

Nazrul hanya mampu memerhati Zulaikha yang masih belum berhenti marah dan masih membebel macam makcik-makcik bawang.

Nanti aku nak cari isteri, aku nak cari isteri yang tak kuat membebel takpun tak kuat marah. Selamatlah telinga aku dari kena bebel setiap hari. Yelah dekat rumah kena bebel, dekat tempat kerja pun kena marah.

CAFÉ PARFAIT, Siti melangkah masuk menghampiri kaunter untuk membeli waffle yang sebelum ini dia beli bersama Asyikin.

“Memandangkan aku takde selera nak makan nasi, aku makan waffle jelah. Harap-harap tak bertembung dengan Thoriqlah, aku tak ready lagi nak cakap dengan dia selepas apa yang berlaku sabtu lepas.” Siti meraup mukanya mengingat kejadian itu.

Sampai di depan kaunter, dia mula memesan, membayar lalu menunggu pesanannya siap. Sementara menunggu, Siti memandang sekeliling melihat suasana kafe yang sangat tenang dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin cari ketenangan contohnya orang seperti dia
Tapi tak bolehlah sebab nanti aku lepak sini lama-lama, bertembung dengan Thoriq habislah aku. Dahlah kafe ni milik dia, silap-silap dia datang sini selepas tu bertembung dengan aku…aaaaa. Dahlah aku rindu sangat ke dia, dia tak rindu aku ke?

Ehh Siti ni kata tak nak bertembung dengan tuan badan tapi seperti mengharapkan sahaja tuan badan datang jumpa dia. Perempuan ni mulut kata lain, hati kata lain. Biasalah perempuankan manalah nak mengaku perasaan sebenarnya.

Tengah dia khusyuk melihat sekeliling, bahunya tiba-tiba dilanggar oleh seseorang.

“Maaf miss, saya tak…” Siti berhenti berminta maaf apabila menatap orang yang melanggarnya, terus riak mukanya berubah terus melihat sepupunya sendiri melanggarnya tadi dengan riak muka sombong.

“Ehh Kak Siti, buat apa datang sini? Datang sorang je ke?” Soal Tiya sambil menatap sepupunya dengan tatapan sinis.

Takkan tak nampak orang datang sini buat apa? Takkanlah tengah menari dekat sini pula. Soalan bodoh sesuai ditanya oleh orang bodoh.

“Datang sini nak beli makananlah. Akak sorang je sebab baru habis kerja katakan, penat tak hilang lagi. Tak macam seseorang yang tak bekerja bolehlah berjalan sesuka hati.” Perli Siti secara halus membuat Tiya mendengar terus berubah riak muka seperti terasa dengan perlian Siti.

Rasakan, padan muka tanya soalan tak logik sangat pun. Dah nampak orang sorang-sorang je kan, takkanlah ada orang lain pula.

“Pandai akak buat lawak. Ouh ye sebelum tulah, Mak Tiya ada bagitahu apa-apa tak pada Kak Siti?” Soal Tiya menatap Siti sambil memegang perutnya.

Siti melihat tindakan Tiya itu mula faham apa yang ingin dikatakannya tapi buat-buat tak tahu jelah, nanti dia tanya pula macam mana aku tahu.

“Bagitahu apa? Mak Ngah tak bagitahu apa-apa pun pada mak akak, akak pun apatah lagi.” Jawabnya sambil tersenyum kecil menatap sepupunya.

Tiya tersenyum lebar mendengarnya lalu tangannya mengusap perutnya yang masih kempis, “Tiya bukan nak sombonglah tapi saja nak bagitahu yang Tiya dah mengandung dekat sebulan.”

Siti berpura-pura terkejut meletakkan tangannya di mulutnya seperti terkejut mendengar berita itu.

“Mengandung? Seriuslah, tahniah akak ucapkan. Akhirnya mengandung juga kamu ye? Jadi maknanya khabar angin pasal kamu mandul tu fitnah je lah, kan?” Soalnya.

“Dah tentulah, kan Tiya dah kata yang Tiya tak mandul. Tiya subur ok, kalau tak macam mana boleh mengandung.” Balas Tiya sambil mengusap perutnya, Siti memerhati tingkah laku sepupunya hanya tersenyum sinis.

“Tapi akak peliklah. Kenapa baru-baru ni mak Tiya datang jumpa akak minta ubat mengandung?” Tangan Tiya terhenti mengusap perutnya menatap Siti yang tengah merenungnya seperti meminta penjelasan untuk pertanyaannya tadi.

“A…apa yang akak kata ni? Mak Tiya datang jumpa akak minta ubat mengandung? Mak minta benda macam tu pada akak ke? Tiya tak tahu pun pasal ni.”

Ehh kau ni padahal kau sendiri minta mak kau minta ubat mengandung dengan sepupu kau sendiri, buat-buat lupa dah.

“Ye, Mak Ngah sendiri datang jumpa akak minta ubat mengandung dengan akak. Akak tanya untuk siapa, katanya untuk kamu jadi sebab tulah akak tertanya buat apa Mak Ngah minta ubat mengandung dengan akak sedangkan kamu boleh je mengandung? Atau ada apa-apa yang akak tak tahu?”

Muka Tiya mula panik lalu dengan cepat-cepat kawal riak mukanya sendiri daripada dikesan oleh Siti yang masih merenungnya seperti ingin makannya.

“A…apa maksud akak ni? Akak nak cakap apa sebenarnya ni?” Soal Tiya dengan tergagap membuat Siti hanya mengangkat kedua bahunya.

“Yelah mana tahu kamu guna cara lain untuk mengandung? Contohnya guna bomoh? Biasanya guna bomoh berkesan tapi tulah ada kesan samping, kamu fahamkan maksud akak? Akak bukan nak memfitnah kamu tapi akak tanya je, kalau salah minta maaflah.”

Mendengar pesanannya sudah siap, “Takpelah, akak pergi dululah. Sekali lagi tahniahlah nak jadi bakal mak tak lama lagi. Kalau kamu nak buat pemeriksaan untuk baby, pintu kilinik akak terbuka untuk kamu datang.”

Setelah berkata begitu, Siti melangkah ke kaunter untuk mengambil pesanannya.

Kalau terasa minta maaflah banyak-banyak, tapi bukan niat aku nak fitnah kau macam-macam Tiya. Aku just nak sedarkan diri kau je yang perbuatan kau dengan Mak Ngah ni salah.

Baru beberapa langkah, tiba-tiba lengannya dipegang oleh seseorang dan baru sahaja dia berpaling, satu tamparan hinggap di pipinya.

Suasana kafe tersebut menjadi riuh melihat adegan yang berlaku di depan mereka sendiri. Siti memegang pipinya yang ditampar oleh Tiya yang kelihatan menatap dirinya dengan tatapan marah.

“Berani akak fitnah dan kata anak Tiya anak syaitan! Akak tak tahu betapa susahnya Tiya nak mengandung! Akak tahu apa?! Disebabkan akak bekerjaya, akak boleh hina dan tuduh Tiya macam-macam! Tiya boleh terima kalau akak hina Tiya sahaja tapi akak hina anak Tiya, Tiya takkan diamkan diri!” Jerit Tiya membuat semua orang di sekelilingnya saling berbisik menatap mereka berdua.

Siti memerhati sekelilingnya yang mula bercakap pasalnya hanya menghela nafas dan membiarkan orang bercakap tentang dirinya.

Melampau pula betina ni. Ada aku kata aku hina anak dia ke tadi? Ada ke? Aku just tanya je bukan hina, kalau salah aku minta maaflah. Tak payahlah sampai tampar pipi aku bagai. Mujurlah kau mengandung, kalau tak dah lama aku sepak perut kau tu.

Siti menghela nafasnya, menatap Tiya yang tersenyum sinis padanya dan baru sahaja ingin membuka mulut untuk membalas.

Satu tangan menarik bahunya dari belakang membuatnya terundur beberapa langkah sehinggalah bahunya bersandar dengan badan seseorang

Siti berpaling melihat orang tersebut apatah terkejutnya orang yang dia tak nak jumpa akhirnya muncul juga. Dia boleh lihat riak muka Thoriq yang kelihatan kemerahan seperti tengah marah dan muka dingin menatap Tiya.

“Salah ke apa yang tunang saya cakap? Kalau tak salah, tak perlulah sampai tampar pipi tunang saya atau apa yang tunang saya kata betul. Entah-entah dalam perut tu bukan ada anak manusia melainkan anak syaitan.”

Huisssh berbisa ayat Thoriq. Siti menutup menekup mulutnya dengan kedua tangan terkejut mendengar ayat terakhir Thoriq yang sebiji macam Qhadir cakap sebelum ni.

Tengok je Thoriq baik macam putera raja tapi kalau melibatkan orang dia sayang, baik jangan cari gaduh mahupun cari bala. Keperibadian seseorang berbeza dari luaran, dalaman kita sendiri pun tak tahu. Jadi jangan pandang luaran seseorang sahaja sebelum malang petaka menimpa.

“Kau…” Tiya memandang sekelilingnya yang tengah menatap dirinya dan saling berbisik antara satu sama lain membuat dia tiada pilihan lain selain melangkah keluar dari kafe tersebut dengan muka marah.

Siti mampu tersenyum sinis, puas melihat sepupunya malu dengan tindakan dia sendiri. Mesti pergi mengadu pada mak dia selepas tu mak dia mengadu pada mak aku pula. Takpe, mengadu jelah. Aku ada bukti, mujurlah dia ada minta rakaman suara dari Asyikin.

“Awak tak apa-apa? Pipi awak sakit tak?” Soal Thoriq dengan tatapan risau memandang pipi Siti yang kemerahan akibat tamparan sepupunya tadi.

Siti memegang pipinya mengalih pandangannya dari Thoriq, “Saya…saya ok sahaja, terima kasih untuk yang tadi. Saya pun kena balik ke klinik semula, kasihan pesakit saya tunggu.”

Belum sempat melangkah ingin mengambil pesanannya, Thoriq menarik lengannya tidak terlalu kuat hanya pegang biasa.

“Ehh awak nak bawa saya pergi mana ni? Thoriq.” Soal Siti menatap Thoriq menarik lengannya sehingga tiba di sebuah pintu lalu Thoriq membuka pintu tersebut menariknya masuk sekali.

“Thoriq, saya tak tahu nak cakap apa jadi tolonglah saya…” Tak sempat habis cakap, Thoriq meletakkan kedua tangannya pada pintu membuat Siti terperangkap di tengah antara kedua tangan Thoriq.

Siti tidak berani mengangkat kepalanya untuk menatap muka Thoriq hanya merenung kasutnya.

Suasana antara mereka menjadi sunyi, hanya kedengaran bunyi aircond sahaja membuat tiada siapa yang mahu bercakap sehinggalah pertanyaan Thoriq memecahkan kesunyian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience