Series
17
QHADIR menutup kedua telinganya dengan kedua tangannya menghalau semua suara-suara yang datang menganggunya.
“Tolong, tolong, aku tak nak semua ni. Aku nak hidup normal, tolonglah jangan ganggu aku…” Jeritnya dalam hati sambil memejam matanya.
“Qhadir.” Semua suara dan ketakutannya hilang selepas mendengar suara tenang yang memanggil namanya.
Risya menghampirinya memegang kedua lengan Qhadir sambil menatap mukanya yang berubah pucat, “Awak ok? Muka awak nampak pucat. Perempuan ni ada apa-apa kan awak?” Soal Risya dengan nada lembut.
Qhadir mendengar suara lembut Risya mengangkat pandangannya menatap muka Risya yang kelihatan risau dengannya, “Awak… tak marah saya? Awak…tak benci saya?”
Risya melihat air mata Qhadir mengalir, menarik hujung bajunya lalu mengelap air mata Qhadir lalu tersenyum.
“Buat apa saya nak marah, kalau yang peluk awak mula-mula perempuan tu. Awak pun cuba lepaskan diri tanpa berkasar dengan atasan awak. Awak masih hormat pada perempuan. Lagipun saya percayakan awak, saya tak rasa awak akan khianati saya, kan?”
Qhadir menunduk kepalanya dengan muka murung, Risya memandang atasan Qhadir yang masih lagi terduduk di atas lantai.
Seperti berharap yang Qhadir akan mengangkatnya. Risya memberi mangkuk tingkat yang dibawanya dari rumah dan beg galasnya pada Qhadir.
Qhadir menyambut huluran Risya lalu memandang Risya melangkah menghampiri atasannya yang masih terduduk lalu menghulur tangan untuk membantu atasannya bangun malangnya atasannya menepis tangan Risya.
“Aku tak nak kau angkat aku. Aku nak Qhadir angkat aku. Qhadir, angkat saya!” Dia mendepangkan tangannya seperti meminta untuk didukung.
Qhadir melihat tingkah laku atasannya hanya mampu memandang dengan tatapan menjijikkan lalu mengalih pandangannya.
Risya menghela nafas lalu tanpa sebarang kata, dia terus menarik tangan ASP Wawa dengan kasar membuat dia tertarik dengan kuat sehingga bangun.
“Auch! Sakitlah tangan aku! Kau tahu tak apa salah kau?! Tarik tangan aku macam tu, kau boleh masuk penjara tau!” Jeritnya memandang Risya sambil matanya memandangnya dari atas ke bawah seperti menilai penampilan Risya.
Amboi tarik tangan orang pun boleh masuk penjara ye? Padahal niat nak tolong tapi sombong sangat, kan dah rasa. Sekarang dah bangun jadi takkan nak perbesarkan masalah ni. Dahlah ucapan terima kasih takde.
“Jadi kaulah tunang Inspektor Qhadir? Hm kalau nak dibandingkan aku dengan kau, aku lebih hot dan sesuai untuk Inspektor Qhadir, kan?” ASP Wawa memandang Qhadir yang tidak menatap arahnya.
“Hm saya tak rasa Qhadir minat pada perempuan hot sebab cuba tengok dia, adakah dia tengah melihat awak sekarang ni? Tak, kan? Jadi jangan perasaan bagus sangat, cik. Walaupun awak atasan tunang saya tak semestinya awak boleh buat sesuka hati awak dan tolong cermin sikit diri tu yang dah bertunangan. Jangan nak ganggu tunang orang.” Nasihat Risya pada ASP Wawa membuat orang sekeliling kagum dengan keberaniannya
Qhadir hanya memerhati dari belakang sambil memegang barang Risya, bersiap sedia jika atasannya ingin memukul mahupun mengangkat tangan pada Risya.
“Alah baru tunang, bila-bila masa boleh putus kan? Qhadir mesti terpaksa kahwin dengan kau. Entah-entah kau yang masuk meminang dia dulu jadi tak nak kau malu dia terima kau. Jangan-jangan dia kahwin dengan kau sebab kasihan?” Perli ASP Wawa dengan senyuman sinis di bibir sementara Risya hanya tersenyum sahaja.
“Sayang sekali memang betul pun apa yang cik kata but dia tolak pinangan saya sebab dia nak masuk meminang saya dan tiada paksaan dari antara kami. Qhadir bukan barang dan benda yang boleh awak cop jadi milik dia sesuka hati! Qhadir adalah manusia, sama dengan awak. Saya takkan biarkan tunang saya menderita, menangis dan terluka disebabkan perempuan macam awak ni!” Risya melangkah setapak ke hadapan berdiri di hadapan ASP Wawa yang tinggi sedikit darinya.
“Hey, kau sedar tak kau cakap dengan siapa? Aku ni…” Tak sempat habis cakap, Risya mencelah.
“Tak kisah awak anak kepada anggota polis yang tinggi jawatan, ada saya kisah ke semua tu? Awak nak pecat saya ke? Rasanya bukan saya yang dipecat nanti melainkan diri awak. Yang tak hormat pekerja bawahan awak dan ambil kesempatan atau cuba bertindak senonoh pada anggota awak.”
Qhadir memerhati tunangnya yang berani melawan atasannya tanpa rasa takut mahupun gerun mula tersenyum nipis sambil memeluk tubuh.
“Nampaknya aku tak silap pilih calon isteri aku.” Gumamnya dalam hati.
“Kau…bukan sahaja perampas tapi perempuan tak guna!” Jeritnya sambil menghala jari telunjuk pada Risya apatah terkejutnya dia apabila Risya dengan selamba menepis jarinya begitu saja.
“Sekurangnya aku dapat Qhadir dengan cara betul bukan dengan cara kotor. Biar aku bagitahu satu benda. Qhadir adalah tunang aku dan bakal suami aku, jadi jangan ganggu kami berdua selepas ni.” Balas Risya sambil menunjuk jari manisnya tersarung cincin tunang.
“Perempuan ni…diamlah!” ASP Wawa mengangkat tangannya tinggi-tinggu bersiap sedia untuk menampar Risya yang hanya memejam matanya.
Tapi belum sempat tangannya menyentuh pipi Risya, dia merasa satu tangan menarik lengannya dan kedengaran bunyi tamparan kuat.
Risya tidak merasakan apa-apa sakit di pipinya lalu membuka matanya apatah terkejutnya dia melihat orang yang menerima tamparan itu adalah Qhadir.
“Qhadir? Why? Kenapa awak pertahankan perempuan seperti dia? Bukan saya? Saya dah lama tunggu awak, tau. Saya dah lama cintakan awak.” Luah ASP Wawa tidak berpuas hati.
Qhadir menatap muka atasannya dengan riak muka tenang, “Puan boleh tampar saya sesuka hati Puan tapi jangan sentuh mahupun tampar tunang saya. Saya pantang kalau ada orang cuba lukakan orang yang saya sayang, jadi ni amaran dari saya. Kalau Puan tak nak saya keluar dari sini, tolong hormat privasi dan tolong hormat maruah saya sebagai lelaki.”
“Dan biar saya bagitahu satu benda kenapa saya pilih dia sebagai isteri saya. Sebab hati dia, hati baik melambangkan sikap dan tingkah laku seseorang. Dia juga tak pandang saya dari segi rupa tak seperti Puan yang pandang saya hanya sebab rupa sahaja, kan?” ASP Wawa tersentak seketika kerana betul, sebab dia jatuh cinta pada Qhadir sebab rupa kacaknya yang kena pada tastenya.
“Ada apa kecoh-kecoh ni? Saya dari luar boleh dengar. Apa yang berlaku ni, Inspektor Qhadir?” Komander Haikal atau biasanya dipanggil Komander menghampiri mereka, apatah terkejutnya dia melihat pipi Qhadir kemerahan disebabkan tamparan yang kuat tadi.
“Ya Allah, apa yang terjadi ni? Apapun Qhadir, awak pergi rehat dulu dengan tunang awak. Pasal ni serah pada saya saja.” Arah Komander sambil memicit pelipis keningnya melihat situasi yang kecoh ini.
“Terima kasih dan saya minta maaf atas apa yang berlaku. Mulai esok saya akan kerja dari rumah sahaja untuk sementara waktu.” Komander memberi tanda ok lalu dia menarik lengan Risya mengambil mangkuk tingkat yang diletak atas meja melangkah ke keluar dari ruang tersebut.
“Qhadir, pipi awak…” Risya cuba untuk menyentuh pipi Qhadir yang kemerahan tapi ditepis perlahan oleh Qhadir.
Risya dengan marah menarik lengan Qhadir untuk berhenti melangkah, “Saya tak kisah dengan apa yang orang nak kata. Yang saya kisah adalah awak, Qhadir! Pipi awak bengkak dan merah, takkan saya nak diam je!”
Qhadir menatap Risya yang kelihatan marah dengan linangan air mata membuat dia menghela nafas, “Habis tu awak nak buat apa dengan pipi saya ni?”
Risya menghampiri kaunter lalu meminta ais dan juga kain bersih untuk tuam pipi Qhadir.
PADA masa yang sama, Aryan memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dari pukul 10 pagi tadi sehinggalah sekarang belum sampai, anggraan ada dalam 2 jam lagi nak sampai.
“Awak pernah pergi Kuala Terengganu?” Soal Asyikin memandang Aryan yang tengah fokus memandu.
“Tak pernah dan ini kali pertama saya menjejak kaki ke Kuala Terengganu. Sepanjang saya hidup 28 tahun, saya tak pernah ke sana.”
“Awak beruntung tau sebab kahwin dengan orang Terengganu dan awak beruntung juga sebab saya tahu semua tempat menarik dekat Terengganu ni. Saya akan jadi pemandu pelancong awak selama dekat Terengganu.” Mereka berdua bercadang untuk stay dekat rumah atuk selama 5 hari 4 malam.
“Mohon kerjasama, pemandu pelancongku. Awak tak rasa mengantuk ke? Sebab dari awal kita bertolak, awak tak tidur langsung. Banyak juga energi awak.”
“Mengantuk tu ada juga tapi saya kasihan dekat awak.” Dahi Aryan berkerut mendengar ayat Asyikin.
“Kasihan? Kenapa kasihan dengan saya pula?”
“Yelah, kasihan sebab tiada orang nak teman awak. Kasihan awak kena memandu sorang-sorang tanpa teman untuk bersembang jadi saya korbankan mata saya ni untuk teman awak selama perjalanan. Jangan risau, dah nak sampai pun kan?” Asyikin tersenyum kecil kepada Aryan membuatnya tersenyum juga.
“Alang-alang dah nampak R&R, kita berhenti dekat sini dulu, boleh? Nak solat dengan makan tengahari, awak mesti laparkan?”
“Awak macam tahu-tahu je perut saya tengah menari-menari sebab lapar.” Aryan tertawa kecil mendengarnya lalu membelok untuk berhenti di kawasan perhentian R&R.
SETELAH memarkir kereta di tempat parkir yang disediakan, mereka berdua melangkah keluar dan terdengar azan Zohor berkumandang.
“Panjang umur, baru azan. Jomlah kita solat dulu, baru makan.” Asyikin memberi isyarat tangan ok kepada Aryan lalu mereka melangkah ke surau masing-masing.
Setelah 20 minit berlalu, Asyikin sudah selesai menunaikan solat Zohor melihat sekeliling mencari kelibat Aryan dari surau lelaki.
“Belum keluar lagi, kot.” Asyikin pun melabuhkan punggung pada sebuah bangku yang terletak di depan surau perempuan sambil memandang sekeliling dan pada masa yang sama dia menanggalkan cermin matanya berkabus disebabkan aircond yang ada dalam surau tadi.
Dia mengambil kain pengelap dari begnya lalu mengelap cermin matanya, tengah dia khusyuk mengilap kedengaran suara lelaki datang menghampirinya. Bukan sorang tapi tiga pula tu.
“Hai, cik manis. Sorang je ke? Tengah tunggu siapa dekat sini?” Asyikin memekak telinganya mendengar pertanyaan lelaki tersebut lalu menyarung balik cermin matanya.
Depan masjid pun nak mengurat perempuan? Tak boleh buat calon suami macam ni, gatal tak kira tempat. Tak sudi aku nak lelaki macam ni.
“Kalau cik sorang diri, apa kata ikut kami pergi minum kopi ke? Dekat sini ada kopi sedap.” Sambung kawan dia yang sorang lagi merenung mukanya seperti tengah menilai.
“Saya memang nak pergi tapi sayang sekali saya tak datang sorang diri, saya datang berdua jadi terima kasih atas ajakan.” Asyikin bangun dari duduknya kemudian ingin melangkah pergi menjauh dari 3 orang yang menganggu ketenteramaan hidupnya.
Baru beberapa langkah, salah satu tangan dari mereka bertiga memegang lengannya membuat Asyikin menahan tangannya dari terus menumbuk lelaki tersebut.
“Janganlah sombong sangat, cik manis. Tak laku pun kalau buat cara macam ni.” Ujar orang yang memegang lengannya.
Jantan ni cari mati ke apa? Takpe dia tak kenal siapa Luna Asyikin, jangan salahkan aku kalau muka kacak kau lebam sebelah.
Asyikin menghela nafas kasar dan belum sempat dia beraksi, kedengaran suara merintih kesakitan lalu berpaling pada Aryan yang memegang tangan lelaki yang memegang lengannya sekarang.
“Lepaskan tangan dia sebelum tangan kau, aku patahkan.” Ujar Aryan dengan suara tenang tapi penuh tegas dan marah baginya suara biasa sahaja, mungkinlah.
Lelaki itu dengan cepat melepaskan pegangan darinya lalu Aryan pun melepaskan tangan lelaki tersebut. Tanpa berpaling belakang, mereka bertiga pun melarikan diri meninggalkan mereka berdua.
“Macam nampak hantu padahal baru manusia bukan haiwan macam beruang lagi.” Gumamnya dalam hati memandang kelibat 3 orang tu berlari macam nampak hantu.
“Awak tak apa-apa? Mereka bertiga ada apa-apakan awak?” Soal Aryan memandang Asyikin dari atas ke bawah dengan tatapan risau campur cemas.
Asyikin menatap muka Aryan lalu tersenyum, “Saya ok je. Mereka just pegang lengan saya je.” Dia mengangkat lengannya yang dipegang lelaki tadi.
Aryan mengenggam tangannya lalu berpaling pada arah yang 3 lelaki tadi berlari dengan tatapan marah, “Sepatutnya saya patahkan saja lengan jantan tu. Pantang betul nampak perempuan cantik. Suka-suka dia je sentuh isteri orang.”
Asyikin menatap tatapan Aryan lalu senyuman lebar muncul di bibirnya, dia mendekatkan jaraknya dengan Aryan lalu memeluk lengan Aryan dengan erat.
Aryan berpaling pada Asyikin yang memeluknya lengan dengan senyuman, “Apapun awak dah selamatkan saya dari mereka, terima kasih Aryan. Saya laparlah, jom makan. Saya rasa nak makan nasi ayam lah, dekat sini ada ke?”
Asyikin melihat kedai makan pilihan yang ada, Aryan melihat tangan Asyikin yang memeluk lengannya lalu tersenyum kecil.
“Kasihan isteri saya lapar, nak makan nasi ayam ye? Jom kita pergi cari nasi ayam untuk awak sebagai tanda maaf sebab biar awak tunggu lama.”
Asyikin tersenyum lalu melepaskan pegangannya dari lengan Aryan beralih pada tangannya lalu mengenggam tangan Aryan.
Dia pun menarik tangan Aryan menuju ke kedai makan pilihan, “Jom, Aryan.”
Aryan hanya membiarkan dirinya ditarik oleh Asyikin lalu mengikut langkahnya pergi ke kedai makan pilihan yang menjual nasi ayam.
Share this novel