BAB 75

Thriller Series 17

PADA masa yang sama, Asyikin melangkah menuju ke perpustakaan bersama 2 cawan kopi di tangan.

Sebelum dia masuk, dia mengetuk terlebih dahulu. “Aryan, ni saya. Boleh saya masuk?” Soalnya walaupun kebiasaannya dia main terjah je tapi adab kena ada. Manalah tahu ada orang lain selain Aryan dekat dalam, tak ke macam cari bala namanya.

“Masuklah.” Mendengar balasan tersebut, Asyikin tersenyum puas lalu memulas tombol pintu melangkah masuk ke dalam ruang perpustakaan. Dia menutup pintu tersebut perlahan-lahan lalu menuju ke Aryan yang tengah menatap laptopnya.

Aryan menyedari kehadirannya berpaling pada Asyikin yang menghampirinya bersama cawan di tangan dengan senyuman kecil di bibir.

“Awak nak apa-apa ke?” Soalnya.

“Tak, saya cuma datang nak hantar kopi ni untuk awak. Saya fikir awak perlukan kopi untuk teman awak buat kerja.” Asyikin menghulur cawan itu kepada Aryan menyambut hulurannya, menghidu aroma kopi itu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibirnya.

“Kuat bau aroma kopi ni, berbeza dengan mana-mana kopi saya minum. Jenama kopi apa awak guna?” Aryan menghirup sedikit kopi yang masih panas sementara Asyikin hanya memerhati.

Mata Aryan terbuka luas, “Wow saya suka rasa kopi ni. Kuat tapi tak terlalu pahit, sesuai dengan tekak saya.” Komennya lalu sambil menghirup kopi tersebut.

“Selera awak sama dengan Dato. Kopi awak minum tu takde jenama, saya sendiri yang buat kopi tu.” Aryan tergamam seketika mendengarnya menatap Asyikin dengan perasaan tidak percaya.

“Kopi yang awak minum itu hasil dari biji kopi yang saya tanam sendiri dekat belakang rumah saya. Biji kopi ini dipanggil Arabica. Awak nak tahu lebih lanjut boleh tengok google, terima kasih.”

“Seriuslah awak tanam sendiri biji kopi ni?” Aryan memandang kopi pada cawan yang dipegangnya seperti cuba membayangkan biji kopi yang ditanam oleh Asyikin lalu memprosesnya menjadi serbuk kopi.

“Ye, saya tanam sendiri dengan telapak tangan saya ni.” Asyikin menunjukkan kedua telapak tangannya pada Aryan menunjukkan tangan yang bersih tanpa sebarang luka dan kelihatan kecil pada pandangannya.

“Hebatnya.” Ujarnya dengan senyuman kecil menatap Asyikin yang masih menunjukkan telepak tangannya membuat Aryan perlahan mengangkat telapak tangannya lalu mendekatkan telapak tangannya pada telapak tangan Asyikin seperti mengukur saiz tangan.

Asyikin menyedari tindakan Aryan mendekatkan jaraknya, “Tangan awak besar juga ye? Sementara tangan saya kecil dan kurus kering hanya tinggal tulang je.”

Aryan pun mendekatkan jaraknya menatap tangannya dan tangan Asyikin bersilih ganti, “Betullah, tangan awak kecil dan kurus.”

Sementara masing-masing sibuk menilai tangan masing-masing, Asyikin memecahkan kesunyian antara mereka.

“Atuk call saya, minta kita berdua datang ke rumahnya. Katanya atuk nak berkenalan dengan awak, Aryan. Boleh tak kalau kita balik ke rumah atuk saya untuk beberapa hari?” Soalnya tidak menatap Aryan hanya memandang tangannya dengan tangan Aryan.

Aryan terdiam seketika dengan pertanyaannya. Seingat dia kali terakhir dia berjumpa dengan atuk Asyikin semasa majlis akad nikah mereka berdua dan masa tu atuknya terpaksa pulang awal atas disebabkan kerja. Dia pun sedar yang dia belum berkenalan betul-betul dengan atuk Asyikin termasuk sepupunya.

“Saya tak kisah tapi grandpa bagi izin tak untuk balik ke rumah atuk awak?” Soalnya menatap Asyikin yang tersenyum mendengar pertanyaannya.

“Pasal tu, saya dah uruskan. And Dato kata…” Asyikin berdehem sedikit membuat suara garau lebih tepat nak tiru suara Dato Ryan Lee.

“Aku izinkan dengan syarat jangan tidur bersama, walaupun korang di bilik yang sama, dilarang tidur di atas katil yang sama. Dan balik sebelum hari ujian kau bermula.”

“Itu yang Dato kata kalau dia izinkan kita pergi dengan syarat jangan tidur atas katil sama. Pelik-pelik je syarat Dato ni padahal kita dah kahwin pun dan sah jadi suami isteri.” Gumam Asyikin dengan mulut muncung memikirkan syarat yang diberi Dato kepadanya sebelum dia datang berjumpa dengan Aryan.

“Kalau grandpa dah cakap begitu, saya ok je. Lagipun saya tak berkenalan betul-betul dengan atuk awak dengan sepupu awak. Esok kita balik ke rumah atuk awak.” Jawabnya sambil tersenyum membuat Asyikin terdiam seketika.

Asyikin mendengar ayat terakhirnya, secara automatik mengenggam tangannya dengan tangan Aryan dengan erat lalu bangun dari kerusinya mendekatkan jaraknya dengan Aryan membuat Aryan terundur sedikit ke belakang dengan tindakan berani Asyikin.

Asyikin mendekatkan mukanya dengan muka Aryan dengan mata bersinar, “Betul ke ni, Aryan?”

Aryan berasa terkejut melihat Asyikin yang terlalu dekatnya dengannya membuatnya sedikit gugup, “Ye, sebab dia atuk awak sekaligus dia atuk saya juga. Lagipun awak mesti ada benda nak cakap dengan atuk awak kan? Dan saya pun nak juga tengok tempat awak dilahirkan.”

Tanpa fikir panjang, Asyikin melepaskan pegangan tangannya lalu memeluk leher Aryan dengan erat meletakkan wajahnya pada bahu Aryan.

“Terima kasih Aryan! Saya bersyukur awak jadi suami saya!” Jawabnya dengan suara teruja membuat Aryan terkaku dengan pelukannya.

Tangannya membalas pelukan Asyikin dengan senyuman kecil di bibirnya.

Buat pertama kali dia rasa ada orang memeluknya seerat itu berbeza pelukan mummy dengan Kak Maria. Baginya pelukan Asyikin berbeza dengan mana-mana pelukan dia dapat dan pelukan Asyikin ni terasa hangat sekaligus tenang.

Suasana antara mereka hanya sunyi dengan masing-masing saling berpelukan pada ketika itu seperti tak nak dilepaskan. Pengantin baru katanya.

KEESOKAN harinya ketika waktu tengahari di Balai Polis Brickfield, Inspektor Qhadir menyemak fail di tangannya membaca semua maklumat dan data kes Moonlit Killer dengan serius sehinggalah bahunya ditepuk oleh seseorang.

“Serius sangat kau ni, bro. Sampai berkerut dahi tu.” Tegur Inspektor Rudi melabuhkan punggung di kerusinya setelah keluar dari ruang kerja komander meminta tandatangannya.

“Hm yelah kes Moonlit Killer ni makin serius dengan pembunuhan kejam melibatkan 6 perempuan dan seorang lelaki. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti makin ramai perempuan dekat Kuala Lumpur ni jadi mangsa eksperimen jantan tu.” Balasnya sambil matanya masih terarah pada dokumen di tangannya.

“Bukan sepatutnya kau kerja dari rumah ke? Kenapa kau masuk balai hari ni, tak risau ke kalau atasan kita datang dan kacau kau lagi?” Bisiknya sambil matanya memandang sekelilngnya.

Manalah tahu mereka tengah berborak pasal atasan mereka, muncul tiba-tiba. Tak ke namanya cari bala dan malang petaka.

Belum sempat Inspektor Qhadir ingin membalas, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan cepat, dia mencapai telefonnya lalu melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya.

“Risya?” Dahinya berkerut melihat nama yang tertera, tanpa fikir panjang tangannya menekan ikon hijau lalu mendekatkan telefon pada telinganya.

“Hello, Risya. Ada apa call saya?” Soalnya sambil matanya masih menatap dokumen di tangannya.
“Maaf kalau saya ganggu waktu kerja awak. Saya cuma nak tanya awak ada dekat mana sekarang?” Soalnya sebab dia dah dibagitahu oleh Qhadir yang kemungkinan untuk sementara waktu dia akan bekerja dari rumah atas alasan tertentu.

Padahal kalau Qhadir tak bagitahu pun, Risya dah tahu alasannya tapi malas nak tanya kebih-lebih. Sebab dia tahu Qhadir tak suka orang kuat bertanya kalau berkait tentang dirinya sendiri.

“Saya ada dekat balai, kenapa tanya?” Hakikatnya dia tahu kenapa Risya tanya tentang keberadaan melainkan nak hantar lunch untuknya tapi dia sengaja buat-buat tanya.

“Hihi saja tanya, saya rindu awak. Awak tak rindu saya ke?” Soal Risya dengan berani membuat Qhadir terdiam seketika lalu berdehem kecil.

“Bu…buat apa nak rindu awak, padahal awak dah jadi tunang saya. Saya takkan ke mana-mana pun, Risya. Saya dah jadi milik awak pun.” Ujarnya dengan suara santai hakikatnya telinga sudah berubah sedikit merah.

Sementara anggota lain yang berada di sekitarnya mula menjerit gembira takpun blushing mendengar ayatnya, Qhadir hanya mengabai semua itu hanya fokus pada dokumen di tangannya.

“Hish awak ni buat jantung saya nak tercabut tau. Ni buat saya tak sabar nak jumpa awak. Nanti saya datang ye?” Belum sempat Inspektor Qhadir membalas, Risya meletakkan panggilan begitu sahaja.

Insektor Qhadir menatap skrin telefon yang sudah gelap menandakan panggilan sudah tamat, “Dia letak macam tu je?” Bisik hatinya.

Inspektor Raud melihatnya mula mengusik, “Siapa call tadi? Cik tunang ke? Sweet juga kau ni ye? Aku fikir kau ni jantan yang tak romantic tapi aku silap. Kau ada cara tersendiri untuk jadi romantik, untunglah tunang kau dapat lelaki seperti kau.”

“Aku tak perlu tunjuk dengan tindakan melainkan dengan mulut dan tatapan mata dah cukup untuk jadi romantik.” Inspektor Qhadir menatap jam tangan di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 1 petang iaitu waktu lunch.

“Baik aku tunggu di luar. Nanti kesian pula Risya tunggu dekat luar lama-lama.” Gumamnya dalam hati sambil tangannya mengemas semua fail dan dokumen di atas mejanya.

“Sebelum tu aku nak tanya, lengan kau tu kenapa? Kena pukul ke?” Tegur Inspektor Rudi menunjuk tangannya pada lengan Inspektor Qhadir yang berbalut.

Ketika itu Inspektor Qhadir memakai T-shirt hitam berlengan pendek disebabkan dia baru sahaja pulang dari Layrix Agency berbincang dengan Nazrul tentang operasi semalam.

“Boleh dikata begitu.” Dia merenung lengannya berbalut disebabkan selamatkan Nazrul dipukul semalam.

“NAZRUL, elak!” Jerit Is melalui walkie talkie.

Nazrul mendengar hal itu menatap orang sebelahnya yang sudah mengangkat kayu di tangannya tinggi-tinggi dan ingin menghayunkan padanya.

Nazrul terdiam dan tidak mampu berbuat apa-apa melihat hal itu dan memejam matanya menunggu kayu itu terhempas padanya.

Setelah tiada apa-apa kesakitan yang dia rasa, Nazrul membuka matanya perlahan apatah terkejutnya melihat Inspektor Qhadir yang memeluk bahunya lalu menahan kayu yang dihayunkan menggunakan lengannya.

Inspektor Qhadir dengan cepat mengangkat kakinya lalu menendang perut lelaki tersebut sehinggalah lelaki itu terjatuh di atas lantai.

“Inspektor, tidak apa-apa?” Soal Nazrul melihat lebam teruk pada lengan Inspektor Qhadir apabila dia menyingsing lengan baju.

“Bukan luka teruk pun, sekurangnya anda tidak apa-apa. Kalau tidak, siapa nak ganti tempat Detektif Laya kalau anda sakit, kan?”

Sementara itu, Inspektor Umar dengan tangkas mengari lelaki tersebut setelah dia pengsankannya.

Lalu dia mencabut topi muka yang disarung di mukanya lalu memperlihatkan wajah seorang lelaki muda, “Hmm tak silap jantan ni orang yang kita hampir tangkap sebelum ni.”

Inspektor Qhadir dan Nazrul menghampirinya lalu memandang lelaki tersebut, “Ye, dia lelaki yang sama kita tangkap sebelum ini tapi terlepas.”

“Apa matlamat dia untuk bunuh Nazrul?” Soal Inspektpr Umar mengangkat lelaki tersebut melangkah keluar dari bangunan tersebut.

“Ada satu je matlamatnya. Ancaman. Moonlit Killer menyuruh anak buahnya untuk beri sedikit ancaman kepada kita tapi dia tak tahu siapa kita. Lagipun Detektif Laya tiada jadi Nazrullah mengantikannya. Tiada Nazrul tiada arahan.” Jawab Inspektor Qhadir.

“Apapun aku tak boleh terleka lagi. Kalau Inspektor tak lindungi aku tadi, apa aku nak jawab pada bos?” Bisik hatinya lalu mereka bertiga meneruskan siasatan mereka di sekitar bangunan itu bersama anggota yang lain.

“TAK sakit ke? Aku yang tengok pun rasa sakit.” Soal Inspektor Rudi merenung lengan kawannya yang berbalut.

Belum sempat dia membalas, kedengaran suara tumit tinggi yang menghampiri meja mereka berdua. Ketika itu suasana menjadi hening melihat kedatangan atasan mereka secara tiba-tiba.

Bukan nak menyapa anggota lain malahan dia dengan selamba dan tidak tahu malu menghampiri Inspektor Qhadir dengan lengkok badan mengedik, sakit pula hati ni tengok rasa!

“Qhadir, dah lama saya tak jumpa awak. Awak pergi mana selama ni? Saya rindu…ke awak.” Ujarnya dengan suara manja dan gedik tapi pada pendengaran Inspektor Qhadir kedengaran seperti suara jijik.

“Itu bukan urusan Puan untuk tahu hala tuju saya dan ke mana saya pergi. Puan urus urusan Puan, saya urus urusan saya. Tolong sedar diri dengan status Puan sekarang.” Jawabnya dengan nada serius lalu melintas ASP Wawa begitu sahaja menganggapnya tidak wujud.

ASP Wawa melihat Inspektor Qhadir mengabainya berasa marah lalu dengan berani dia menghampiri Inspektor Qhadir lalu memeluknya dari belakang.

Semua anggota ketika itu terkejut melihat tindakan berani atasan mereka yang memeluk anggota polis padahal statusnya sudah bertunang.

Inspektor Qhadir merasa dirinya di peluk dari belakang cuba melepaskan tangan yang memeluknya tetapi ASP Wawa mengetatkan lagi pelukannya.

“Saya rindu awak, awak tak rindu saya ke, Qhadir?” Dengan riak muka jijik, Qhadir cuba melepaskan pegangan atasan dari pinggangnya.

Belum sempat dia melepaskan tangan itu, dia mendengar seseorang memanggil namanya membuat dirinya terkejut lalu mengangkat pandangannya memandang seseorang di depannya.

Mukanya terus pucat dengan cepat dia menolak atasannya dengan kuat menyebabkan atasannya jatuh ke lantai. Qhadir menghampiri Risya yang melihat adegan tadi.

“Risya, saya boleh jelaskan. Ini tak…seperti yang awak tengok. Saya…” Dia terus panik apabila teringat semua kata-kata yang pernah dia dapat sebelum-sebelum ini jika perkara sama yang berlaku.

“Lelaki pemurah, dasar jantan tak guna!”

“Muka kacak tapi agama cetek, memalukan agama!”

“Murah, badan dan muka kau murah sangat untuk perempuan! Macam jual diri!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience