Tiga Tahun Kemudian | Paris, Perancis
Langit Paris petang itu disalut rona jingga keemasan. Bayang Menara Eiffel melukis siluet panjang di atas taman Champ de Mars, sementara angin musim luruh mengalun lembut, menyapu dedaunan yang gugur dari pokok-pokok maple di sekeliling.
Azzalea Mikayla berdiri membelakangi menara megah itu. Trench coat krim membalut tubuh rampingnya, dan rambut lurus yang dibiarkan terurai sedikit kusut ditiup angin. Kamera Leica tergantung di lehernya, tapi dia tidak mengambil sebarang gambar. Matanya hanya memerhati senja yang perlahan-lahan meluruhkan cahaya.
Sudah tiga tahun.
Tiga tahun sejak dia ‘dijadikan isteri’ atas nama perjanjian yang bukan datang dari hati. Tiga tahun hidup dalam bayang seseorang yang selalu hadir tapi tak pernah benar-benar dekat.
Kayla menghela nafas perlahan sebelum berpaling dan melangkah menyusuri lorong batu yang dipenuhi pelancong dan pasangan kekasih yang sibuk menangkap detik cinta mereka. Dia hanya berjalan perlahan, berselisih dengan manusia dari pelbagai bangsa yang datang mengejar keindahan kota fesyen dunia itu.
Perutnya mula berbunyi. ‘Ah, makan malam.’
Dengan telefon di tangan, dia mula mencari restoran berhampiran yang masih menerima pelanggan. Flight nya ke Manhattan akan berlepas awal pagi esok. Jadi malam ini, dia mahu menikmati satu hidangan yang sedap dan tenang sebelum kembali ke realiti yang padat dan berselirat.
Dia membelok ke Rue Saint-Dominique, sebuah lorong sibuk yang dipenuhi restoran Perancis bergaya klasik. Lampu gantung di tepi jalan menyala samar, memberikan suasana hangat walaupun suhu mula mencecah belasan darjah.
Dan tepat saat dia melangkah laju, seseorang dari arah bertentangan juga melangkah pantas.
Bugh!
Bahu mereka berlaga. Cukup kuat untuk buat Kayla terundur setapak.
“Oh, I’m sorry,” ucap Kayla cepat, sedikit terkejut. Dia membetulkan beg sandangnya dan terus melangkah tanpa menoleh. “My bad.”
Lelaki itu terhenti. Matanya terpaku pada sosok wanita yang terus berjalan menjauh di tengah orang ramai. Jantungnya seakan tertarik keluar dari dada.
Langkahnya membeku.
Kayla?
Namun Kayla langsung tak menoleh.
Dia tak tahu, lelaki yang bahunya baru dilanggar itu adalah Haikal Danish, lelaki yang sampai saat ini masih pegang title sebagai suaminya.
“Hey dude… what’s up?” tegur sahabatnya, perasan perubahan pada wajah Haikal
Haikal hanya menggeleng perlahan. “Tak ada apa, bro. Jom balik hotel,” balasnya ringkas, walaupun hatinya masih dibelenggu rasa tak pasti dengan apa yang baru saja berlaku tadi.
‘Itu Kayla ke? Tapi kalau betul dia… kenapa dia macam langsung tak kenal aku? Dan… kenapa aku rasa dia lain sangat?’
Langkah Haikal perlahan menyusuri lorong, mata masih separuh kabur dek kejadian tak dijangka tadi. Jari-jemarinya dimasukkan ke poket jaket, dan sekali-sekala dia tunduk mengelak pandangan orang.
Tapi fikiran dia tak di sini.
‘Tadi tu... Kayla ke?’
Dia ulang-ulang soalan tu dalam kepala, seolah otaknya tak dapat proses sepenuhnya. Tadi cuma berlaga bahu. Cuma dengar suara minta maaf. Dan dia tak sempat nak toleh pun sepenuhnya.
Tapi hati dia... entah kenapa tahu.
Itu Kayla.
Tapi bukan Kayla yang dia pernah kenal.
Yang tadi tu, gadis dengan trench coat krim, rambut lurus beralun sampai ke pinggang, langkah yang yakin dan gaya yang... classy, bukan Kayla yang tiga tahun lepas dia tolak mentah-mentah tanpa fikir perasaannya.
…
Seawal jam lima pagi, Kayla dah pun terpacak di terminal Charles de Gaulle, lengkap dengan coat tebal dan mata yang masih sarat dengan sisa mengantuk. Tangannya menggenggam cawan kopi panas. Satu-satunya penyelamat dari suhu sejuk Paris yang mencucuk tulang. Matanya sesekali melirik ke skrin besar jadual penerbangan sambil mulutnya menggumam bacaan boarding pass.
Tiba-tiba, telefon dalam poket coatnya bergetar. Skrin menyala terang, tertera satu nama yang dia dah agak akan muncul ‘Gwen.’
Kayla sempat hela nafas sebelum menyambut panggilan.
“Hello... morning Gwen. Awal gila kau call. Ada apa?” soalnya, suara masih malas tapi curious.
Gwen ni, nama je Mat Salleh, tapi Melayu celup. Fasih cakap macam orang KL, kadang lagi laju dari orang asli kampung.
“Aku ada berita penting, Kay,” ujar Gwen dari hujung talian, suaranya kedengaran macam baru lepas lari naik tangga excited campur suspen.
Kening Kayla terangkat automatik. “Info penting? Pasal apa pulak?” Bibirnya mengulas senyum kecil sambil mata singgah ke jam tangan, sebab waktu boarding dah makin dekat.
“Ingat tak gosip pasal Director of Campaign and Branding yang nak masuk kerja minggu depan?” soal Gwen, nada makin misteri.
Kayla angguk perlahan, walaupun Gwen tak nampak. “Ha... kenapa? Cancel masuk ke apa?”
“Tak! Bukan sebab tu,” Gwen jawab pantas. Nada dia makin naik.
“Then?”
“Kau takkan percaya, beb. Director tu muda gila. Aku ulang, MUDA GILA! And tadi nama dia dengan gambar dah naik kat board HQ. Kay... sumpah handsome tahap buat rahim bergegar. Aku tak tipu!”
Kayla secara refleks tarik telefon jauh dari telinga. “Astaghfirullah... Gwen, slow sikit suara tu,” bebelnya sambil ketawa kecil, malas nak layan tapi tak boleh nafikan rasa terhibur.
“Nama dia—”
TINGGG….
“Ladies and gentlemen, this is the final boarding call for Flight AF 008 to New York John F. Kennedy International Airport, departing from Gate M29.
All remaining passengers, please proceed to the gate immediately with your boarding passes and passports.
Thank you for flying Air France, and we wish you a pleasant journey.”
Pengumuman yang bergema dari speaker atas kepala memotong kata-kata Gwen separuh jalan. Kayla capai beg tangan, lalu tangan sebelah lagi dah pegang passport siap sedia.
“Gwen, aku kena masuk gate sekarang. Nanti kita catch up kat ofis, okay? Save the drama for lunch break.” Senyum terukir di hujung ayat sebelum dia matikan talian dan terus melangkah ke Gate M29, meninggalkan aroma kopi dan teka-teki tentang seorang lelaki misteri yang mungkin… atau mungkin tak... bakal mengubah hidupnya nanti.
Langkah Kayla makin laju menyusuri aerobridge, udara dari luar yang masih sejuk awal pagi tadi masih terasa terperangkap di helaian kot tebal yang membalut tubuhnya. Kot warna beige lembut, potongan tailored dan elegan, cukup buat dia tampak seperti karakter dalam drama Korea yang selalu steady walau cuaca macam mana pun.
Sneakers putihnya pula melangkah yakin di lantai berkarpet biru tua. Dia bukan jenis yang over, tapi cukup tahu cara nak bawa diri. Fashionable, tapi effortless. Dengan beg sandang kulit di bahu, dia langsung tak nampak macam orang yang tengah redah hari yang panjang. Lebih macam someone yang tahu dia ada destinasi dan dia tahu cara sampai ke sana dengan gaya.
Bila masuk kabin, dia cepat-cepat cari nombor tempat duduk.
17A.
Tepi tingkap, tempat kegemaran.
Tanpa banyak drama, dia buka compartment atas kepala dan tolak beg tangannya masuk perlahan. Kot tebal tu sedikit menyukarkan pergerakan, tapi dia dah biasa. Dia duduk perlahan, menghembus nafas kecil sambil membetulkan seatbelt. Matanya sempat menjeling ke luar tingkap, langit Paris pagi itu masih kelabu pucat, seperti sedang bersiap untuk berpisah dengan satu lagi insan yang mahu meninggalkan kota cinta ini.
Tapi belum pun sempat dia larut dalam fikiran sendiri, dia rasa satu pergerakan di sisi.
Ada orang baru masuk dan duduk di sebelah.
Bahunya tersentuh.
Refleks, Kayla toleh.
Dan masa seolah berhenti.
Dalam hati macam ada gelombang kuat tiba-tiba meletup.
Seseorang yang sangat dikenal, tapi sepatutnya dah tak wujud dalam orbit hidup dia, kini duduk hanya beberapa inci dari tubuhnya.
Haikal.
Masih muka yang sama. Dagu tu tetap sharp, renungan dia masih tajam macam dulu, cuma sekarang, ada aura tenang yang sejuk dan susah nak baca. Dah bertahun tak jumpa, tapi dia bukan lagi lelaki yang Kayla susah nak lupa. Sekarang dia nampak lebih matang, lebih maskulin… dan jauh lebih hensem dari apa yang Kayla pernah ingat dulu.
Kayla terdiam. Matanya terpaku. Mulutnya separuh terbuka tapi tak ada kata yang keluar.
Haikal pun… diam.
Cuma renungan dia yang buat segalanya terasa sesak. Macam ada sesuatu yang tertinggal dulu, dan sekarang, benda tu tiba-tiba muncul balik, duduk selesa di seat 17B.
Di tengah bunyi latch compartment ditutup dan suara pramugari yang mula kedengaran samar-samar, Kayla cuma mampu bernafas dalam-dalam.
Dia paksa diri pandang ke luar. Tapi getar dalam dadanya dah lama take off sebelum kapal ni mula bergerak.
‘Macam mana boleh terserempak kat sini? Baru sekarang aku faham betul-betul maksud ‘dunia ni kecil’. Gila, betul-betul kecil.’
Jantung Kayla berdetak laju, tapi wajahnya cuba kekal neutral.
‘Harap-harap dia tak cam aku. Tolonglah jangan…” Dia curi pandang sikit ke arah lelaki tu.
‘Dari gaya dia pandang tadi… macam tak kenal. Lega. Tolong jangan fikir aku sengaja, aku pun tak ready nak jumpa kau begini.’
Share this novel