Bab 2

Romance Series 1099

Pagi di Manhattan hadir dengan hembusan angin sejuk yang menggigit lembut pipi. Langit masih kelabu, namun cahaya matahari mula menyelinap perlahan di celah-celah bangunan pencakar langit. Dari tingkap apartmen tingkat dua puluh satu, Kayla berdiri memandang ke luar, jalan raya belum padat, tapi kota itu, seperti biasa, tak pernah benar-benar tidur.
Angin musim luruh menari, membawa guguran daun berwarna tembaga dan keemasan, berputar di atas kaki lima sebelum meluncur jatuh seperti helaian waktu yang tak henti bergerak.
Kayla meneguk sedikit kopi dari mug putih yang digenggam erat, sambil berdiri di depan cermin tinggi. Rambutnya diikat separuh, kemas tapi tetap bergaya santai ‘messy but put together.’ Wajahnya disolek sederhana, sekadar sapuan tinted lip balm dan concealer ringan. Dunia fesyen tak wajibkan solekan berat, tapi penampilan tetap kena on point.
Dia capai kot rona plum gelap dari penyangkut, dipadankan dengan seluar slack hitam potongan tailored dan ankle boots kulit yang berkilat. Beg tangan berstruktur warna mocha disangkut ke bahu. Gaya ringkas, tapi tajam. Katanya ‘New York chic.’
Tepat jam lapan sepuluh minit pagi, Kayla melangkah keluar dari apartmennya di Lower Manhattan. Langkahnya laju namun tenang, menyusuri laluan pejalan kaki menuju ke arah SoHo. Udara pagi itu segar, diselang-seli aroma kopi dari deretan kafe hipster. Kedai roti yang baru sahaja mula beroperasi, dan butik-butik indie sudah mula membuka pintu.
Bangunan pejabatnya kelihatan dari jauh, struktur kaca berkilat yang berdiri megah di celahan bangunan kolonial moden. Dari luar, bangunan itu ibarat pusat kelahiran trend fesyen yang bakal menggoncang dunia dalam tiga bulan akan datang.
Kayla menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke lobi utama. Dia tekan butang lif ke tingkat lima belas, ruang kerja yang juga merupakan pentas harian untuk tekanan, persaingan, dan kadangkala kejutan yang tak dijangka.
“Morning, Kay…” sapa seorang rakan sekerja sambil melintas meja hadapan.
“Hey, morning to you too. Have a good day!” balas Kayla mesra, senyum nipis di bibir.
“Azzalea Mikayla… welcome back! Macam mana trip kau ke Paris?” Suara yang satu lagi itu memang tak asing, Gwen, yang muncul dari arah pantry sambil hulur secawan kopi panas.
Kayla geleng perlahan. “Aku dah breakfast kat rumah. Tapi thanks, babe.”
“How was Paris?” ulang Gwen sambil tarik lengan Kayla perlahan, ajak berjalan balik ke workstation mereka yang terletak sebelah-menyebelah.
Kayla duduk dan bersandar santai di kerusi. “Paris… penuh dengan kejutan. Musim luruh tahun ni, banyak label push material velvet dan leather dalam warna-warna muted. Tahun lepas semua nak warna tanah dan oversized, tapi sekarang orang Paris tengah gilakan siluet yang lebih fitted, sleek, dan ada sentuhan metalik. Oh, and of course… scarf is back! Tapi bukan yang klise, yang dipakai macam necktie, bold dan structured.”
“Oof!, sounds spicy. Paris memang selalu selangkah ke depan,” Gwen angguk penuh minat sambil menyilangkan tangan di dada, matanya bersinar-sinar teruja. “Aku tak sabar nak tengok moodboard kau nanti.”
Kayla senyum senget, sedikit angkuh tapi bersahaja. “Trust me, kau akan suka.” Tangannya lincah mencapai tablet dari meja, jari telunjuknya pantas swipe ke galeri folder FW Paris ‘25.
Dia hulurkan skrin pada Gwen. “Aku dah kumpul semua notes dan street snap sejak hari pertama. Banyak gaya layering dengan tekstur heavy knit dan metallic leather. Jauh beza dengan musim luruh tahun lepas yang lebih ke arah earth tone dan clean cut.”
Gwen julingkan mata sambil mengeluh puas, “Ugh, aku perlukan fashion therapy sekarang!”
Beberapa saat selepas itu, bunyi tumit tinggi berdetak laju di koridor kaca. Suara HR manager kedengaran, "Guys, quick heads-up. Kita ada director baru untuk bahagian kempen dan penjenamaan. Dia akan keliling department kejap lagi. So please, act normal.”
Kayla angkat kening sedikit. “Director of Campaign and Branding? Bukan ke sebelum ni jawatan tu kosong lepas Casey resigned?”
“Yup. Apparently, ada someone baru dari regional HQ yang ambil alih. Ini lah yang aku cakap kat kau masa aku call tu,” jawab Gwen pantas.
“Oh my God… aku dah tak sabar nak tengok dia in real life,” bisiknya teruja, mata membulat penuh rasa ingin tahu.
Beberapa minit kemudian,
Muncul seorang lelaki bertubuh tegap berbaju kemeja putih bersih dengan kot navy yang terletak kemas di bahu. Wajahnya serius, aura dia menusuk suasana. Sekelip mata, semua pandangan tertumpu ke arah pintu masuk.
“Guys, ini dia Director of Campaign and Branding baru kita, Encik Haikal Danish. He’ll be overseeing the regional rebranding under Zaino International mulai hari ini,” umum Eliza dari HR, suaranya kuat tapi sopan. Senyuman profesional melekat di wajah, tapi semua tahu dia pun terkejut separuh nyawa dapat tahu Director baru masuk mendadak.
Kayla rasa dunia seakan berhenti berputar.
Mata dia terkunci pada lelaki itu.
Lelaki yang berdiri di depan semua orang dengan penuh karisma. Lelaki yang sama yang pernah menjabat tangan ayahnya dengan lafaz yakin dan janji seumur hidup kononnya. Di hadapan saksi, dia lafazkan ijab kabul. Haikal Danish.
‘No. This cannot be happening.’ Hatinya menjerit, tapi wajahnya kekal tenang, setenang yang dia mampu lakonkan.
Haikal pula, seakan tahu ada sepasang mata yang menelannya dari jauh, memalingkan wajah. Mata mereka bertaut.
Dan saat itu…
ZAP!
Seperti ada elektrik yang mengalir di udara, tatapan mereka saling bertembung dan Kayla tidak mampu lagi untuk mengalihkan tatapannya.
“Miss Azzalea Mikayla, masuk pejabat saya lepas ni. Aku nak tengok moodboard untuk Paris punya analyst” perintah Haikal tenang tapi tegas.
Kayla pejam mata “baik tuan Haikal.” jawabnya separuh rela.
“Ooo… wow! Looks like you’ve caught his eye from the very beginning. Fighting!” bisik Gwen, separuh bergurau dan separuh lagi risau.
Sementara tubuhnya tegak berdiri dengan wajah selamba yang dikawal rapi, dalam hati Kayla sebenarnya sedang bergelut dengan gelora yang bergulung macam ombak musim tengkujuh. Cukup liar, berat, dan menyakitkan.
Keningnya sedikit terangkat, bibir dikemam halus. Nafas ditarik perlahan tapi dalam, cuba menenangkan dada yang makin terasa sempit.
‘Kalau dia berani buka mulut hina aku lagi macam hari terakhir kami jumpa dulu… sumpah, aku takkan diam kali ni. Aku pun ada harga diri. Aku yang start dulu kat sini, dia tu siapa? Baru je masuk kot!’ Bentak hatinya yang semakin tak tentu arah, tapi riak wajahnya masih tenang, walau ekor matanya jelas membakar.
Tangan kanannya menggenggam tablet erat-erat, sampai jari memutih, sebagai cara terakhir untuk tahan diri dari menggeletar.
‘Takpe, Kayla. Don’t crack. Kau masih ada pilihan. Kau boleh kerja remote. Tak wajib pun hadap muka dia tiap-tiap hari. Kalau aku pandai susun jadual, boleh lenyap terus dari radar dia lepas ni,’ bisik monolognya sambil mengalih pandang ke luar tingkap, cuba sembunyikan mata yang mula berkaca.
Di wajahnya masih terpamer senyum profesional, tapi di sebalik semua tu, hatinya dah lama retak.

Kayla berdiri tegak di dalam pejabat luas itu, cuba kekalkan air muka profesional walaupun hatinya sedikit berkocak. Haikal, lelaki yang tak pernah benar-benar jadi masa lalunya, kini duduk di kerusi empuk sebagai Director baru. Tangannya sedang ligat scroll tablet yang dia hulurkan sebentar tadi, mata tak berkelip, fokus penuh.
“Hmm… not bad,” komen Haikal ringkas, tapi cukup untuk buat Kayla rasa puas hati. Dia mengangguk kecil sebelum hulur semula tablet itu padanya.
“Terima kasih, Encik Haikal. Ini cuma ringkasan awal. Saya akan siapkan full trend report, lengkap dengan consumer insight dan moodboard, nanti team kreatif boleh proceed dengan konsep rekaan,” jawab Kayla dengan nada tenang, penuh yakin walau jantungnya masih degup tak sekata.
Haikal angguk perlahan. “Good.”
Kayla menelan liur nipis. “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu,” ucapnya sambil bersedia berpaling, kelihatan tergesa untuk beredar dari ruang yang udara pun terasa sempit baginya.
Namun belum sempat dia gerakkan kaki—
“Awak apa khabar sekarang?” suara Haikal menahan langkahnya. “Tinggal kat mana? Boleh saya tahu alamat?”
Kayla terkaku. Dahi berkerut, bibir sedikit terbuka. Dia tak pasti dia dengar betul atau otaknya yang sabotaj realiti.
‘Eh? Telinga aku okay ke ni?’ bisiknya dalam hati, hampir tergelak sendiri.
“Kayla…?” suara itu datang lagi. Lembut tapi penuh tanda tanya.
“Oh… maaf, Encik Haikal. Saya tak jawab soalan peribadi waktu kerja,” balas Kayla, cuba kekal tenang walau pipinya rasa hangat dan jantung makin tak tentu arah. Dia tunduk sedikit, sebelum terus melangkah keluar dengan gaya pantas, hampir-hampir macam lipas kudung.
Pintu kaca tertutup kembali, dan Haikal hanya mampu pandang kosong ke arah yang baru ditinggalkan Kayla. Jemarinya menggenggam perlahan.
“Azzalea Mikayla… kau betul-betul dah tutup pintu untuk aku, ya?”
Beberapa saat kemudian, satu notifikasi masuk di telefon Haikal. Skrin menyala.
“You, I janji tak akan push you untuk kahwin dengan I… tapi please, beritahu I. You sekarang ni kat mana?”-SALINA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience