Bab 3

Romance Series 267114

“KAMI perlu tahan Puan Aria di hospital sekurang-kurangnya dua hari untuk memastikan Puan Aria tidak mengalami sebarang komplikasi kerana Puan Aria alami pendarahan yang teruk jadi kami terpaksa tahan untuk pantau keadaan Puan Aria sehingga stabil.”

Aria mendengar penjelasan doktor wanita yang merawatnya. Aria fikir dia boleh pulang ke rumah secepat mungkin. Nampaknya Aria perlu mendengar kata-kata doktor wanita tersebut demi kebaikannya. Lagi-lagi bila doktor wanita itu berkata…

“Puan Aria alami keguguran bukan kerana disebabkan jatuh saja tapi Puan Aria juga alami tekanan emosi yang teruk dan itu juga tak baik untuk kesihatan puan sepanjang hamil. Jadi lebih baik puan berehat secukupnya dulu…”

Aria tak nafikan kata-kata doktor wanita itu kerana dia memang agak tertekan sejak akhir-akhirnya ini. Aria juga tidak sedar yang dirinya sudah berbadan dua. Jika Aria tahu lebih awal mungkin dia akan jaga dirinya lebih baik walau jiwanya sengsara dengan perbuatan Syed Hilman.

Aria yang kembali bersendirian dalam bilik terkejut dengan kedatangan Tengku Ziyad Sayf lagi.

Buat apa Tengku Ziyad Sayf datang ke sini awal pagi?

“Morning…”

“Morning, Tengku…” jawab Aria perlahan. 

“How’s your day?” 

Pertanyaan Tengku Ziyad Sayf buat Aria rasa pelik kenapa lelaki ini tiba-tiba ambil berat tentang dirinya tapi Aria tetap jawab juga.

“Okey je tapi I kena stay sini at least lagi dua hari…Doktor still nak monitor keadaan I dan bagi I berehat dulu…”

“You okey stay sini? Atau you nak I transfer you ke hospital lain?”

Terpinga-pinga Aria.

“Oh! I guess you still tak tahu lagi…hmmm…”

“I know…” jawab Aria pendek. “Hospital ni bukan bapak mertua I punya. So lantak la kalau perempuan tu pun bermalam di bumbung hospital yang sama dengan I.”

Aria tahu Emma juga berada di hospital yang sama dengannya. Sekali lagi malam tadi Aria terima gambar Emma dan Syed Hilman melalui WhatsApp dari nombor yang tak dikenali. Kalau dulu Aria ingin tahu sangat siapa yang baik hati membongkar rahsia skandal Syed Hilman tapi sekarang Aria sudah tidak mahu tahu apa-apa yang berkaitan dengan Syed Hilman dan perempuan itu.

“Tengku tak perlu susah-susah tolong I lagi tapi…”

Aria dan Tengku Ziyad Sayf saling bertentang mata. Ada sesuatu yang Aria mahu minta pada penyelamatnya itu lagi.

“I harap Tengku tak beritahu musuh Tengku yang bakal bekas isterinya kena tahan di hospital sama dengan isteri baru kesayangan dia…”

“So you tak nak Hilman tahu you keguguran? Are you sure, Aria?” tanya Tengku Ziyad Sayf minta kepastian. Bukan dia mahu masuk campur hal wanita itu.

Aria menunduk wajahnya. Dia tidak menjawab pertanyaan Tengku Ziyad Sayf. Aria merenung seketika sebelum membuat keputusan. 

“I tak nak ada kaitan dengan Hilman lagi. I rasa tak perlu dia tahu pasal I keguguran anak dia…Hilman…He doesn’t care.”

Mengingatkan kembali kata-kata pedih Syed Hilman semalam mengundang rasa sedih Aria semula.

“Keluarga Hilman nak I berpisah tanpa menyusahkan anak mereka, jadi I sanggup… I nak tamatkan semua dengan cepat.”

Aria terbayang wajah kebencian Syarifah Mazni.

“I tak nak Hilman cari I semula kerana keliru atau rasa bersalah. I nak buang dia dalam hidup I macam mana dia buang I dalam hidup dia. So, Hilman tak perlu tahu yang I pernah mengandungkan anak yang dia ingin kan selama ni…”

Reaksi Tengku Ziyad Sayf kekal sama mendengar luahan isi hati Aria. Wanita di hadapannya ini hanya cuba jadi kuat sedangkan hatinya sudah rapuh. 

“Mungkin satu hari nanti I akan bagi tahu…tapi bukan sekarang. I tak nak ganggu Hilman dan keluarganya lagi…” ujar Aria perlahan.

“Don’t worry, Aria…I akan simpan rahsia you…” Akhirnya Tengku Ziyad Sayf bersuara.

“Betul, Tengku?” Aria angkat muka pandang Tengku Ziyad Sayf semula.

Tengku Ziyad Sayf lihat wajah Aria yang penuh berharap.

“You bukan musuh I so buat apa I nak bongkar rahsia you pada musuh I…” balas Tengku Ziyad Sayf dengan hujung bibirnya ternaik.

Berkerut dahi Aria. “Maksud, Tengku?”

“You kan tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan Hilman, so buat apa I nak anggap you sebagai musuh yang tak pernah I jadikan musuh? Or selama ni you anggap I sebagai musuh sebab you isteri Hilman? Musuh Hilman, musuh you juga?”

Aria gigit bibir. Dia cuba melarikan anak matanya dari tertangkap rasa bersalah pada Tengku Ziyad Sayf. 

“You are so sweet, Aria… Bodohnya Hilman… Tak reti bezakan kaca dengan permata.”

Kata-kata Tengku Ziyad Sayf kedengaran seperti mengejek Syed Hilman tapi kenapa Aria juga turut terasa sekali? Ibarat Tengku Ziyad Sayf juga mengejek Aria yang terlalu sayangkan Syed Hilman sehingga benci orang yang Syed Hilman benci.

“Tapi…But I’m still your rival?” ujar Aria tiba-tiba.

“You yakin ke BookRead Publishing masih milik you juga?” Tengku Ziyad Safy angkat kening.

Aria hilang kata-kata. BookRead Publishing yang masih mengikat dia dan Syed Hilman.

SELEPAS Tengku Ziyad Sayf pulang, Aria sambung termenung seorang diri. Banyak perkara yang sedang bermain dalam fikirannya. Makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak hospital juga Aria makan tanpa selera. Semuanya rasa kosong. Hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku dalam hidupnya.

Tiba-tiba telefon bimbit Aria berbunyi. Aria laju menjawab panggilan dengan panik bila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon. Penjaga Rumah Kasih. 

“Helo, Puan Umi? Kenapa dengan mama saya?” tanya Aria panik.

“Mama Puan Aria sekarang ni tak berapa sihat. Tiba-tiba Puan Aminah diserang demam semalam. Hari ni dia asyik cari puan saja. Mama puan rindu pada puan rasanya. Saya harap puan boleh datang lawat Puan Aminah sebelum rindunya menjejaskan kesihatan dia,” ujar Puan Umi selaku kakitangan rumah penjagaan orang-orang tua yang menempatkan ibu kandung Aria.

Aria terus menangis bila terkenangkan wajah Puan Aminah yang sudah lama tidak berjumpa. Kesibukannya menyebabkan Aria tidak dapat jaga Puan Aminah yang sudah uzur dan kerana idea Syed Hilman, Aria hantar Puan Aminah ke pusat penjagaan orang tua.

Saat Aria rasa kehilangan, dia lupa satu-satunya keluarga yang dia masih ada iaitu ibu kandungnya. Mungkin Tuhan juga mahu mengingatkan dirinya yang lalai dengan tanggungjawab sebagai anak.

“Baik, puan. Saya akan datang lawat mama saya secepat mungkin. Terima kasih puan hubungi saya. Terima kasih sangat…” Cukuplah Aria kehilangan suami dan anak. Aria tak nak rasa menyesal kehilangan Puan Amina pula.

“Sama-sama puan…Cuma ada satu lagi perkara yang saya nak maklumkan pada puan,” ujar Puan Umi.

“Hal apa ya?” tanya Aria yang masih menangis teresak-esak.

“Yuran penjagaan Puan Amina sudah tertunggak lebih 3 bulan.”

“What?” Aria terkejut.

“Saya ada hubungi suami puan baru-baru ni untuk minta jelaskan tunggakan yuran Puan Amina tapi Encik Hilman cakap, dia takkan bayarkan lagi yuran penjagaan mama puan. Encik Hilman cakap dia akan berbincang dengan puan dulu pasal pembayaran yuran Puan Amina.” Kata-kata Puan Umi lagi buatkan Aria bertambah terkejut.

Terketar-ketar bibir Aria. Langsung Aria tak terfikir Syed Hilman sanggup tidak bayar yuran penjagaan Puan Amina berbulan-bulan. Sampai hati Syed Hilman!

“Puan Aria?” panggil Puan Umi bila tiada balasan daripada Aria.

“Kenapa baru sekarang cakap pada saya?” ujar Aria lemah. Satu persatu Syed Hilman menyakitkan hatinya.

“Maaf puan. Saya fikir suami puan sudah beritahu pada puan bila dia cakap mahu berbincang dengan puan terlebih dulu.”

Dada Aria terasa sesak lagi. Mana pergi duit peruntukkan untuk bayar yuran pengjagaan Puan Amina di Rumah Kasih? Syed Hilman guna untuk tanggung keluarga perempuan tak guna itu pula?

Aria dan Syed Hilman usahakan syarikat penerbitan bersama. Walau secara teknikal Syed Hilman yang melabur gunakan duitnya untuk bangunkan syarikat tapi tetap segala urusan perniagaan diurus bersama Aria.

Syed Hilman merupakan CEO BookRead publishing manakala jawatan Aria sebagai COO. Syed Hilman juga beri saham kepada Aria dan sebagai pasangan suami isteri, mereka bersetuju untuk bayar yuran penjagaan Puan Amina dengan bahagian keuntungan saham yang dimiliki oleh Aria. 

Jadi sekarang Syed Hilman tidak mahu beri bahagian Aria? Sebab itu Syed Hilman tidak terus bayar yuran penjagaan Puan Amina seperti biasa? Dan ke mana perginya duit yang patut jadi milik Aria?

Jantung Aria berdegup kencang saat menyambung semula perbualannya dengan Puan Umi. 

“Puan, bagi saya masa sedikit. Saya akan selesaikan tunggakan secepat mungkin. Saya perlu hubungi suami saya dulu.”

“Baik, Puan Aria. Saya boleh bagi puan masa. Puan Aria lebih diperlukan mama puan sekarang dari hal yang lain,” ujar Puan Umi lembut. Dia tidak mahu Aria rasa kusut kerana kehadiran Aria lebih penting buat Puan Amina.

“Saya faham puan… Saya akan lawat mama saya segera.”

Aria mula maki Syed Hilman berbakul-bakul selepas selesai bercakap dengan Puan Umi.

“You memang jantan tak guna, Hilman!”

“Apa lagi perempuan sial tu nak rampas dari aku hah?”

“Kau memang nak buang aku kan Hilman?”

Saat itu Aria mula teringat kata-kata Tengku Ziyad Sayf.

“Tak mungkin bakal bekas suami you akan simpan you dalam company kalau dia dah buang you sebagai isteri.”

Aria ketap bibirnya menahan marah. Masuk akal kata-kata Tengku Ziyad Sayf sekarang kerana sudah terbukti Syed Hilman main kotor untuk rampas apa yang menjadi milik Aria dalam syarikat mereka.

Syed Hilman betul-betul mahu cabar kesabaran Aria.

Pantas Aria hubungi Syed Hilman untuk buat perhitungan terakhir.

“Asal you tak bayar yuran mama? You nak songlap duit I bagi betina sundal tu hah?” tengking Aria.

“I boleh bayar tapi ada syarat…” balas Syed Hilman tanpa peduli kemarahan Aria. Terasa bengang juga bila Aria gelarkan Emma begitu tapi dia perlu bersabar. Hal dengan Aria perlu diselesaikan dengan cepat.

“Syarat? Sejak bila bersyarat pula hah? You jangan cabar I, Hilman…”

“You yang jangan rumitkan keadaan Aria…” Sinis Syed Hilman.

Aria mendengus kasar dengan kata-kata Syed Hilman yang berbaur ugutan.

“I akan terus bayar yuran mama you lepas you sign semua dokumen. Termasuk dokumen penceraian kita. Peguam kita dah bawa semua dokumen pada I. You kat mana? Datang sekarang.”

Tanpa tunggu lama Aria terus menukar pakaian hospitalnya. Dia mahu selesaikan semuanya yang berkaitan dengan Syed Hilman hari ini juga. Sampai Aria lupa pesanan daripada pelawat tetapnya.

Jangan keliru tau nama Tengku tu sebenarnya Tengku Ziyad Sayf tau bukan Safy macam bab sebelum ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience