Series
17
“AWAK dah tak suka saya ke?” Soal Thoriq membuat Siti mendengarnya automatik mengangkat pandangan menatapnya.
“Bukan saya tak suka awak. Saya…masih cintakan awak, Thoriq. Tapi…” Siti menunduk kepalanya semula sambil bermain dengan tangannya.
“…saya tahu awak nak kahwin dengan restu kedua ibubapa. Saya tak marah malahan saya bangga dengan awak. Ibubapa awak terima saya seadanya tapi ibubapa saya? Ayah saya boleh terima awak tapi mak saya tak terima awak malahan dia hina awak. Saya…saya malu dengan awak, Thoriq.” Sambung Siti dengan linangan air mata yang mula muncul di matanya.
“Awak baik tapi saya jahat, saya fikir kalau mak saya tak restu kita berdua, saya fikir nak kahwin dengan awak tanpa restu mak saya. Saya…saya nak bahagia macam orang lain juga, saya…” Siti perlahan-lahan membengkok lututnya lalu mencangkuk menekup mukanya dengan lututnya membuat Thoriq pun terikut mencangkuk, pandangannya masih tak lepas dari menatap Siti.
“Saya ada kehidupan saya, saya nak kahwin dengan orang yang saya cinta, saya…tak nak ikut arahan mak saya lagi.” Kedengaran suara tangisan dari Siti, Thoriq menatapnya dengan pandangan sayu hanya mampu memerhati saja walaupun dalam hati nak sangat memeluknya dan menenangkannya.
Thoriq membiarkan Siti melepaskan tangisannya sehingga puas sambil mengenggam tangannya sendiri menahan diri mendengar tangisannya.
KUALA TERENGGANU, setelah beberapa jam memandu akhirnya mereka berdua sampai di destinasi.
Aryan memandang sekeliling perkarangan depan rumah atuk Asyikin yang sangat tenang dengan taman yang penuh dengan tanaman bunga yang segar dan mekar.
“Minat arwah nenek saya dengan Datin sama, suka pada bunga. Sebabkan itu atuk tanam semua bunga ni untuk tunaikan janjinya pada arwah nenek. Semua bunga ditanam sendiri oleh atuk, tiada siapa berani nak tolong.” Asyikin mengambil begnya dan juga beg Aryan dari bonet belakang memerhati Aryan yang terpesona melihat taman bunga atuk.
Yelah taman bunga di rumah grandpa cantik juga tapi nak dibandingan dengan taman bunga atuknya, taman bunga atuklah lebih cantik dan luas dengan pondok dan juga tasik kecil.
“Jadi, nak masuk atau awak masih nak tengok taman bunga tu lagi?” Aryan berpaling pada Asyikin yang sedang mengangkat begnya terus maju mengambil begnya dari tangan Asyikin begitu juga dengan beg Asyikin.
“Ehh tak payah, beg saya ringan je.” Aryan menggeleng kepalanya.
“Sebagai suami, kita kena ringankan beban isteri lagipun beg awak ni ringan je.” Balas Aryan sambil melangkah ke pintu masuk diikuti Asyikin di sisinya.
“Baiklah, encik suami. Isteri awak ni menurut perintah.” Dia pun membuka pintu memandangkan kedua tangan Aryan memegang beg mereka lalu menyuruh Aryan masuk terlebih dahulu.
“Assalaimualaikum!” Jerit Asyikin memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam rumah, Aryan memandang sekitar rumah yang kelihatan tenang dan moden baginya.
Kedengaran bunyi tapak kaki melangkah menghampiri mereka, Kak Su menghampirinya bersama senduk di tangan bersama apron tersarung di badannya.
“Waalaikumusalam, Nona! Dah sampai pun, Nona.” Asyikin memeluk Kak Su dengan erat macam tak jumpa bertahun-tahun padahal dia baru je balik sebelum ni.
“Mana atuk?” Asyikin melihat di belakang Kak Su mencari kelibat atuknya yang menyuruhnya balik membawa cucu menantunya sekali.
“Tuan Haji baru je keluar sebentar tadi dengan Tuan Zass, katanya ada urusan penting. Kejap lagi baliklah tu. Ni suami kamu ke?” Soal Kak Su menatap Aryan yang berdiri di sebelah Asyikin.
Dia dapat tahu dari Tuan Haji yang Nona Asyikin dah kahwin, masa tu dia memang terkejut gila. Mana taknya takde angin, takde ribut terus kahwin takpe bertunang. Dia pun terkejut dia fikir Nonanya kena tangkap basah, hakikatnya memang betul pun tapi Tuan Haji terpaksa memalsukan cerita.
Tuan Haji kata yang Nona Asyikin tak sabar sangat nak kahwin dengan Aryan sebab tu diorang percepatkan perkahwinan padahal sebab lain tapi biarlah hanya yang tahu sahaja yang tahu.
“Ye, ni suami saya. Kak Su kenalkan ni Aryan Lee Yusof, suami Syikin. Dan Aryan, kenalkan ni Kak Su, pembantu rumah di sini dan juga orang yang paling saya sayang.” Asyikin memeluk Kak Su dengan erat.
“Aduhai Nona, Kak Su jadi malu.” Asyikin hanya tertawa kecil memandang muka Kak Su berubah sedikit merah, blushing katanya.
Setelah mereka berdua menanggalkan kasut lalu memakai selipar rumah, mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
“Mesti kamu berdua penat kan? Bawa kereta berjam-jam, KL dengan Terengganu ni bukan dekat sangat.”
“Bolehlah kalau jalan tak sesak. Kalau begitu, saya dengan Aryan naik ke bilik dululah. Nak rehat sebelum makan malam. Nanti kalau dah siap, Kak Su panggil kitaorang ye?”
“Baik, no problem. Apa saja untuk Nona.” Asyikin membalas senyuman Kak Su lalu mengajak Aryan untuk ke biliknya di tingkat atas menaiki tangga.
Setelah sampai di depan pintu bilik Asyikin, Asyikin mengambil kunci yang diletak di bawah pasu bunga yang berada di sebelah biliknya lalu membuka kunci pintu.
Aryan memandang tindakannya dengan hairan, “Kenapa awak letak kunci bilik awak dekat bawah pasu?”
“Sebab bilik saya ni…” Pada masa yang sama, tangannya memulas tombol pintu dan membuka pintu luas-luas untuk memperlihatkan biliknya pada Aryan.
“…ada barang berharga.” Asyikin melangkah masuk terlebih dahulu, memegang pintu mempersilakan Aryan masuk bersama beg mereka.
Aryan meletakkan beg mereka di atas lantai lalu memandang sekeliling bilik Asyikin yang tenang dengan bau wangian bilik.
“Cantiknya bilik awak.” Puji Aryan sambil melihat banyak sijil dan trofi di rak sebelah kanannya, di sebelahnya ada rak baju yang besar. Sebelah kiri terdapat meja kerja dengan rak buku yang berada di atas meja kerja dan di hadapannya sebuah katil double menghadap sebelah kiri. Boleh dilihat juga gambar-gambar yang bergantungan, bukan gambar manusia melainkan gambar suasana seperti pantai, gunung dan taman bunga.
“Ouh lupa pula bilik saya ni takde toto untuk awak tidur malam ni. Sekejap, saya pergi ambil dekat bilik tetamu. Awak tengok-tengoklah dulu bilik saya ni, buat macam rumah sendiri.”
Jawab Asyikin memberi keizinan pada Aryan untuk lihat biliknya sebelum melangkah keluar dari biliknya menuju ke bilik tetamu yang berada di tingkat yang sama cuma terletak di hujung sebelah kiri.
Aryan melangkah menghampiri rak dimana terletak sijil dan banyak trofi, “Wow isteri aku bukan biasa-biasa.”
Mana taknya atas rak tu penuh dengan anugerah akademik sahaja, kalau sukan mahupun permainan tiada langsung. Boleh dikatakan Asyikin ni kuat belajarlah dulu. Aryan mengambil satu sijil yang sudah dipasang bingkai besar dan membaca ayat yang tertera pada sijil tersebut.
“ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DI SELURUH KUALA TERENGGANU.”
Matanya membulat melihat 10A+ tertera di bawah tajuk itu, “Wow 10A+ dia dapat.”
Dia meletak kembali bingkai tersebut lalu melangkah ke meja kerja melihat buku-buku yang tersusun rapi di atas rak mengikut susunan, ketebalan dan jenis.
Aku tak tahu pula dia minat gila dengan penyiasatan. Mana taknya semua buku yang berada di rak tersebut bertemakan siasatan, pembunuhan dan misteri dimana terbukti seseorang itu suka tentang penyiasatan.
Kemudian dia terus pusing satu bilik Asyikin sehinggalah berhenti di meja sisi sebelah katil Asyikin, dia melihat ada sebuah bingkai gambar lalu mengambilnya.
Dia melihat gambar tersebut ada 3 orang, 2 orang dewasa lelaki dan perempuan dan seorang budak perempuan anggaran 4 tahun. Gambar itu diambil di sebuah pantai dimana budak tu memeluk kedua orang dewasa itu begitu juga dengan kedua orang itu memeluk budak itu dengan senyuman mekar di bibir.
Aryan memerhati muka perempuan dewasa itu seiras dengan seseorang. Syikin? Ye, muka perempuan itu seiras dengan Asyikin yang sekarang seperti adik beradik kembar. Tetapi semua persoalan yang bermain di fikirannya terjawab apabila terdengar suara yang menjawab.
“Ni kali pertama awak tengok muka arwah mak dengan arwah ayah saya, kan?” Asyikin meletakkan toto yang diambilnya lalu meletakkan di lantai bersebelahan dengan katilnya. Dia berdiri di sebelah Aryan menatap bingkai gambar yang dipegangnya.
“Perempuan ni arwah mak awak?” Soal Aryan menatap muka Asyikin dengan muka perempuan yang berada dalam gambar.
“Ye, tu arwah mak saya. Kan saya dah cakap sebelum ni, muka saya seiras dengan muka arwah mak saya?” Asyikin mengerut dahinya menatap Aryan yang kelihatan tidak percaya.
“Saya cuma…terkejut sekejap tengok muka arwah mak awak. Jadi lelaki ni arwah ayah awak?” Aryan menatap muka lelaki yang kelihatan sangat kacak dan segak dengan senyuman lebar begitu.
“Ye, itu arwah ayah saya. Kacak, kan? Cuma tulah rupa saya ikut arwah mak saya tapi otak dan pemikiran saya ni ikut arwah ayah saya.” Asyikin meletakkan jari telunjuknya pada kepalanya.
“Budak perempuan yang berada dekat tengah tu saya. Masa tu umur saya 4 tahun, mak ayah saya bawa saya pergi pantai sempena hari lahir saya. Dan sambut hari lahir saya di pantai, masa tu best gila. Saya tak boleh lupa masa tu.” Sambung Asyikin menatap gambar di tangan Aryan.
Asyikin melangkah ke katilnya lalu merebahkan badannya sambil mendepang tangan menatap kipas yang berputar di atas siling.
Aryan memerhati tingkah laku Asyikin memandang seketika gambar itu semula lalu meletakkan bingkai gambar tu ke tempat asal. Kemudian dia melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan dengan Asyikin lalu merebah badannya menatap kipas siling.
Suasana mereka menjadi sunyi ditemani dengan bunyi kipas sehinggalah kedengaran dengkuran halus dari mereka berdua. Mereka berdua terlena di atas katil bersama, mungkin sebab keletihan dalam perjalanan ke sini.
SEMENTARA di sebuah taman yang berhampiran dengan Balai Polis Brickfield, Qhadir sedang memegang sebungkus kain lalu menuam pipinya yang sedikit bengkak akibat tamparan atasannya. Di dalamnya terisi beberapa ais yang diminta Risya tadi.
Risya memerhati dari sebelah membuat Qhadir berasa kurang selesa dengan tatapan Risya seperti ingin menerkam dirinya bila-bila masa.
“Boleh tak jangan pandang saya macam tu, buat saya rasa bersalah pula. Sebab biar awak tengok sisi lemah saya ni buat pertama kali.” Ujar Qhadir tidak menatap Risya masih fokus pada pipinya yang sedang dituam.
“Siapa kata ni kali pertama? Ni kali kedualah. Awak pernah macam ni dulu ke saya, kan? Masa saya bawa lunch untuk awak. Awak pun nangis juga kan?” Qhadir hanya diam mendengar pertanyaan itu.
Risya menatap Qhadir dengan tatapan risau lalu memandang mangkuk tingkat yang dibawanya dari rumah. Dia mengambil mangkuk tingkat tersebut lalu membuka satu persatu di depan Qhadir, terdapat banyak lauk yang dibuatnya.
Qhadir terkejut seketika melihat lauk yang dibawa oleh Risya, “Awak yang masak semua ni?”
“Ye, saya yang masak semua ni untuk awak. Penat tau saya masak dari pagi. Hargailah usaha saya ni.” Qhadir diam lalu mencapai satu mangkuk yang berisi asam pedas, mengambil sudu yang disediakan.
Risya menunggu reaksi Qhadir yang sedang merasa asam pedas yang dibuatnya sebab asam pedas tu permintaan Qhadir sebelum ini.
Qhadir terdiam seketika merasa asam pedas buatan Risya, “Macam mana sedap tak, asam pedas buatan pertama saya? Sebelum ni awak pernah minta saya buat asam pedas, jadi saya tunaikan permintaan awak.”
“Awak masih ingat permintaan saya?” Soal Qhadir menatap asam pedas di tangannya.
“Dah tentulah saya ingat. Apa saja permintaan awak, saya sanggup tunaikan. Tak kisah gadai nyawa atau tak, saya kalau boleh nak tengok awak tersenyum sahaja. Itu cukup bagi saya.” Ujar Risya dengan senyuman di bibirnya.
“Tapi saya tak puas hati lagi dengan perempuan tu. Sesuka hati dia je cop awak tu milik dia. Apa dia fikir orang tu barang atau haiwan peliharaan dia nak main cop-cop bagai, sepatutnya saya tampar je perempuan tu. Berani dia tampar muka tunang saya. Mentang-mentang dia atasan awak, sesuka hati je dia nak buat apa yang dia nak.” Marah Risya memikirkan perangai ASP Wawa tadi.
Qhadir hanya diam lalu sambung menyuap asam pedas beserta nasi, telinga hanya tadah mendengar kemarahan Risya yang tak macam marah sangat, macam marah manja macam tu.
“Takkan awak tak rasa marah langsung? Kalau saya jadi awak dah lama saya minta tukar tempat kerja. Bukan awak tak boleh tapi awak boleh je kan nak tukar balai lain?” Soal Risya memandang Qhadir yang hanya diam sahaja.
“Boleh tapi saya sayang nak tinggal balai polis saya yang sekarang. Saya dah suka dekat sini, ada komander yang baik hati dengan rakan sekerja yang ramah.” Ujar Qhadir membuat Risya rasa serba salah pula dengarnya.
Belum sempat Risya ingin balas, “Jangan risau mulai hari ni sampai kes Moonlit Killer selesai, saya akan kerja dari rumah sahaja. Komander saya pun dah bagi kebenaran tadi. Saya pun malas nak hadap perempuan gila tu lagi, naik rimas saya kadang-kadang.”
Terdengar suara orang ketawa, Qhadir mengangkat pandangannya memandang Risya yang sedang tertawa kecil.
“Ni kali pertama awak panggil seseorang dengan panggilan gila.”
Share this novel