Selepas kejadian dengan Mira, Farid nekad untuk tidak lagi bergantung kepada smartwatch itu. Tapi sebelum dia buang, dia cuba tanya soalan terakhir.
"Smartwatch, apa nasihat terakhir kau untuk aku?"
Jam itu bersinar dan berkata, "Jangan harap pada teknologi untuk hidup. Hidup kau takkan berubah kalau kau sendiri malas berubah."
Farid terdiam. Walaupun jam itu selalu memalukannya, kali ini kata-katanya masuk akal.
"Baiklah," kata Farid, "Terima kasih, jam. Tapi aku tetap nak buang kau."
Dia baling jam itu ke dalam tong sampah. Tapi, sebelum jam itu terpadam, ia sempat bersuara:
"Jangan lupa password Shopee kau, nanti kau menangis."
Farid teringat semua barang pelik yang dia beli sebelum ini. Dia geleng kepala, tersenyum, dan akhirnya berjalan pergi.
"Hidup baru tanpa jam menyakitkan hati," katanya sambil ketawa kecil.
Tamat.
Share this novel