Chapter 2:Cari jodoh

Humor Completed 202

Selepas “kena bahan” dengan jamnya, Farid memutuskan untuk guna smartwatch itu untuk cari pasangan.
"Smartwatch, tolong cari jodoh untuk aku," katanya dengan penuh harapan.

Jam itu bersinar dan berkata, "Baik, aktifkan mod 'Tinder Turbo'."
Tiba-tiba skrin jam memaparkan gambar perempuan. Farid teruja, tetapi bila dia swipe, semua gambar itu rupa-rupanya… gambar dirinya sendiri!

"Eh, ni kenapa muka aku je?!" Farid mengamuk.
Jam itu menjawab, "Aku cuma nak kau cinta diri dulu, bro. Kalau kau tak sayang diri, siapa nak sayang kau?"

Farid rasa macam nak baling jam itu ke dinding, tapi dia cuba bersabar.
"Tolonglah serius! Macam mana nak cari awek sebenar?"
Jam itu menjawab, "Pergi gym, kurangkan makan nasi lemak. Baru boleh jual muka!"

Farid terdiam. Kali ini dia rasa jam itu betul pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience