Rate

Bab 1

Romance Series 27618

Seminggu yang lalu.

Sepulangnya dari menjemput Mika balik dari sekolah siang itu, Lovena terus memandu menuju ke rumah kakaknya berdua dengan Mika, anak pada kakaknya yang baru menginjak usia 5 tahun. Mika tinggal dengannya dari umur kanak-kanak lelaki itu berusia 3 tahun lagi.

Kakaknya, Suha bekerja siang malam menghempas tulang demi membayar hutang-hutang ahlong angkara si laki yang kaki judi, kaki perempuan, kaki minum. Package lengkap jadi lelaki tak guna.

Yang hairannya, sampai sekarang Suha masih enggan menuntut cerai. Entah apa faedahnya terus menjadi isteri pada lelaki durjana yang cuma tahunya berfoya-foya di luar sana. Tanggungjawab pada anak bini terabai, langsung tak di hiraukan.

"Mika tak rindu ibu?" Mika di sebelah di pandang sekilas.

Budak itu diam dari tadi. Masih merajuk gara-gara Suha tak jadi hendak datang bertemu tempoh hari beralasan tiba-tiba di suruh kerja lebih masa.

Mika muncungkan bibir. Tangan pula sibuk mengodek kereta mainan yang turut di bawanya sejak dari rumah tadi. Lovena ketawa pelan. Dia tahu Mika masih menyimpan rajuk.

20 minit perjalanan di tempuh, toyota Vios putih miliknya sudah terparkir di hadapan rumah sewa Suha. Sengaja dia tak memberitahu Suha akan kedatangan mereka. Mahu beri kejutan kononnya.

Senyum di bibir Lovena mendadak mati ketika melihat lebam di muka Suha yang menyambut mereka di depan pintu. Hujung bibir pecah, bengkak teruk. Sebelah mata hampir tak dapat di celik. Bukan baru sekali dia melihat keadaan Suha begini. Sudah banyak kali!

Ini jugalah alasan mengapa Suha memintanya membawa Mika tinggal bersamanya. Takut Mika di bantai oleh lelaki yang bernama suami dan ayah.

Suha menundukkan muka. Terkejut juga melihat kedatangan Lovena yang mendadak tiba-tiba. Mika di gamit masuk. Tatapan hairan Mika layangkan ketika melihat wajah bengkaknya membuat hatinya bertambah sayu. Sedangkan dirinya sendiri pun tak mampu dia lindungi dari keganasan seorang suami, bagaimana dia mahu melindungi Mika.

Lovena memaut dengan kedua tangan wajah Suha yang masih menunduk mengelak dari pandangannya.

"Kita ke hospital lepas tu pergi balai buat report. Sampai bila akak nak hidup macam ni."

Suha menepis pelan tangan Lovena. Kepalanya di gelengkan.

Lovena tampak semakin kesal. Inilah kebodohan Suha paling dia tak suka dari dulu lagi. Suka sangat kena seksa gamaknya.

"Nak tunggu akak hilang nyawa dekat tangan lelaki tak guna tu!" nadanya di kawal sebisa mungkin, tak mahu sampai Mika mendengar perbalahan mereka.

Biarlah budak itu tak tahu apa-apa.

"Akak taknak kau dan Mika jadi mangsa Ilhan kalau akak buat report. Kau belum tau Ilhan tu macam mana kalau dah naik hantu." lemah tak berdaya nadanya.

Jawapan Suha makin buat hatinya mendidih panas. Jawapan yang sama dari dulu lagi. Sampai naik jemu telinga mendengarnya. Mulut sudah separuh terbuka hendak membidas kata-kata Suha. Suaranya tersekat di kerongkong ketika sebuah kereta mewah menelusur masuk ke dalam perkarangan rumah.

Wajah Suha berubah pucat. Jemarinya basah dengan peluh dingin. Liur di telan secara paksa. Gemuruh dan gugup pada waktu yang sama.

Bagaimana ini? Dia tak mahu jika sampai Lovena tahu. Sebolehnya, dia tak mahu melibatkan Lovena dan Mika dalam masalah hidupnya.

Seorang wanita paruh baya keluar dari kereta dengan langkah angkuh mendekat. Dua orang lelaki yang mengekori dari belakang di minta segera mengeledah rumah sewa Suha. Lovena kebingungan. Mika lantas di tarik dekat dengannya.

Sedang wanita tadi masih tenang menunggu di luar rumah sehingga salah seorang lelaki tadi keluar lalu membisikkan sesuatu.

Cermin mata hitamnya di turunkan. Suha di pandang sinis.

"Patutlah you nak sangat berhenti kerja. You ingat I tak tau? Berapa ribu you dapat hasil curi you jual."

Mika terkebil-kebil pandang silih ganti sang ibu dan wanita asing di depannya. Mata Lovena membulat. Curi!

Perlahan-lahan, Suha melorotkan tubuh melutut di hadapan wanita itu. Harga dirinya sudah tak di pedulikan lagi. Benar! Dia telah mencuri dua utas jam berjenama dari rumah wanita itu walaupun sedia tahu risiko yang akan dia tanggung. Pilihan apa dia punya? Dia di ugut akan di lacurkan oleh ahlong jika dia gagal menyerahkan sejumlah wang yang cukup banyak pada tempoh yang telah di beri.

Tegun kehilangan kata-kata Lovena mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Suha. Segitu kalinya Suha berkorban diri demi lelaki bernama suami yang tak punya tanggungjawab langsung!

"Manusia tak tau dek untung! Kalau dari awal I tau you jadi pencuri, jangan harap I akan terima you kerja dalam rumah I!"

Sebelumnya, Suha bekerja sebagai pembantu rumah di rumah wanita itu. Namun, dia mendadak berhenti tiga hari lalu. Suha tahu, dia tak mungkin dapat melarikan diri dari kesalahan besar yang telah dia lakukan.

"Heret perempuan tak tau malu ni ikut I ke balai." dua lelaki di arahkan.

"Tunggu!" lantang Lovena menegah.

Mika sudah mula menangis melihat ibunya di tarik paksa untuk bangun.

"You takkan mampu bayar balik hasil curian kakak you." angkuh nadanya memperingati.

Bukan Suha yang harus menderita, tapi Ilhan! Lelaki keparat itu punca semua ini terjadi ke atas Suha. Amarah yang mula merasuk diri cuba di kawal.

Lovena di pandang atas bawah, memakukan lama pandangannya pada wajah tegang itu. Sedang otak bekerja licik merangka sesuatu. Hujung bibirnya terangkat sedikit, membentuk sunggingan yang sukar di tafsir.

"Melainkan jika you tertarik untuk membayar ganti rugi sesuai dengan permintaan I, maka I akan lepaskan kakak you tanpa mengambil sebarang tindakan dan meminta satu sen pun." tegas dia menawarkan sesuatu yang belum dapat Lovena tebak seperti apa.

Ah! Orang kaya memang licik menyusun agenda! Lovena kepal tangan. Suha dan Mika di pandang. Hanya dua insan ini dia miliki setelah orang tua mereka meninggal. Dia tak menyalahkan Suha atas perbuatan nekad Suha. Tak mungkin juga dia membiarkan Suha terus menerus menderita demi orang lain.

Wanita itu tersenyum kemenangan seperti sudah dapat mengagak keputusan yang akan di ambil Lovena.

"Tinggalkan number phone you. I akan hubungi you tempat dan waktu kita bertemu esok. Ingat, sekali you dah setuju tak ada jalan untuk you patah balik lagi. Atau you nak tengok kakak you merempat dalam kandang besi. Asal you tau, I boleh buat lebih dari tu untuk menghancurkan hidup kakak you yang menyedihkan ni."

"Saya tahu dan Puan tak perlu risau." sama tegas Lovena membalas walau masih belum di ketahui seperti apa permintaan wanita itu nanti.

Orang kaya semuanya gila!

•••

Lovena membawa pulang Suha mengikutnya bersama Mika. Dia mengambil keputusan keluar tengah malam itu tanpa memberitahu Suha. Jika dia beritahu niat sebenarnya dari siang tadi, Suha lah orang pertama yang akan menghalangnya.

Sebuah kelab malam mewah di tuju. Kelab malam yang selalu menjadi langganan Ilhan untuk bersenang-senang. Lelaki itu harus di beri pengajaran cukup-cukup malam ini. Apa dia ingat perempuan ni punching bag, hamba abdi?

Pintu masuk kelab di tenung lama. Pertama kali dia jejak kaki ke tempat seperti ini. Langkah kaki di susun dengan yakin masuk ke dalam.

Suara hiruk pikuk dan irama musik begitu membingitkan anak telinga. Lautan manusia kelihatan menari di lantai dansa. Lovena memicingkan mata mencari kelibat Ilhan. Satu demi satu bilik VIP di terjahnya. Ilhan masih tak kunjung dia temui di tempat itu.

Tandas!

Ya, tandas!

Besar dia mengorak langkah menuju ke arah tandas. Tidak jauh dari tandas perempuan, dia melihat Ilhan bercumbuan dengan seorang wanita. Lelaki itu kelihatan tak menyabar menarik turun zip seluarnya. Dengan rasa bengang, Lovena mendekat lalu menerajang tubuh Ilhan dari belakang sampai jatuh tersungkur dalam keadaan diri belum bersedia apa-apa.

Berterabur langkah wanita bersama Ilhan tadi pergi menyelamatkan diri. Tangannya mencengkam rambut lelaki itu, mengheret Ilhan yang belum sempat berdiri masuk ke ruangan bilik air lelaki.

Beberapa orang lelaki yang sedang khusyuk melepas hajat terkejut melihat kehadiran Lovena. Masing-masing menepi ke dinding ketika Lovena mengheret Ilhan masuk ke dalam salah satu tandas yang sememangnya kotor.

Kepala Ilhan langsung di sembam ke dalam mangkuk tandas yang tersumbat dengan kotoran. Sampai tersedak lelaki itu di kerjakannya. Kemas dia mencengkam rambut Ilhan melayangkan satu tumbukan di mata itu.

"Ni yang kau buat dekat Suha kan. Sakit?"

Buk!

Berdarah bibir Ilhan di belasahnya. Kakinya di angkat menendang celah kangkang lelaki itu. Bukan sekali dua. Lebih dari tiga kali.

"Kau ingat kakak aku tu hamba abdi kau? Kau senang-senang celup sana sini dengan perempuan lain, hutang-hutang kau bagi Suha tanggung? Senang betul hidup kau jadi lelaki kan." pipi lebam Ihan di tepuk-tepuknya sambil mengekek.

"Sekali lagi kau naik tangan dekat Suha, you will lost your fucking dick! Tanamkan kata-kata aku ni dalam kepala kau baik-baik. Kau jangan ingat aku tak berani buat."

Buk!

Sekejapan itu tubuh Ilhan tersungkur tak sedarkan diri lagi. Bengkak satu muka, hidung dan mulut berdarah. Itu pun belum cukup buat hati Lovena puas. Tangannya di basuh bersih sebelum keluar dari situ.

Lovena hampir menjerit kesal ketika tersedar kunci keretanya telah tercicir. Terpaksa dia masuk ke dalam kelab malam itu semula. Semua tempat sudah dia cari. Hampir putus asa.

Longlai langkahnya di heret melewati setiap pintu bilik tetamu VVIP sehingga kakinya mendadak terhenti berdepanan dengan satu pintu di situ.

Jumpa!

Laju dia menunduk mengutip kunci keretanya. Serentak pintu depannya terbuka, Lovena tergamam ketika pergelangan tangannya secara tiba-tiba di tarik masuk ke dalam.

Terpingga-pingga Lovena melihat kelakuan manusia di dalam ruangan itu. Mereka melakukan group sex tanpa sehelai pakaian pun di tubuh masing-masing. Mana pergi urat malu mereka? Laju Lovena memaling muka memandang pintu. Memanas wajahnya.

"Take off your clothes."

Suara yang mendominasi seluruh ruangan itu berjaya membuat Lovena berpaling mencari pemilik suara itu tadi.

Ya, dia seorang saja yang lengkap berpakaian di ruangan ini. Sudah pastilah arahan itu di berikan untuknya.

Nun, di atas sofa kulit yang empuk berbaring tubuh sasa seorang lelaki bertelanjang bulat sambil di layani seorang wanita yang sedang memasukkan benda milik lelaki itu ke dalam mulutnya.

Mual tekak Lovena melihat adengan jijik itu. Dia segera berlari keluar dari situ tanpa menunggu lama lagi. Sampai di luar, udara segar malam di sedut sedalam-dalamnya bagi menghilangkan rasa sesak di dada.

Sempat dia meminta agar Tuhan menjauhkannya dari lelaki-lelaki tak guna yang dia temui di dalam tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience