Rate

Prolog

Romance Series 27618

Persalinan gaun pengantin yang membalut tubuhnya di tenung lama berhadapan dengan cermin.

Ekspresinya datar tidak tertebak. Sedangkan orang-orang yang di jemput datang meraikan hari bahagianya tertawa riang di luar sana.

Happy ever after. Ungkapan itu kedengaran tidak layak di tujukan pada seorang perempuan yang akan menikah dengan iblis sebentar lagi.

"Welcome to hell, Love."

Perjalananan hidupnya setelah ini seperti sudah dapat di baca. Dahinya mengerenyit memejamkan mata. Ada sesuatu yang cuba di tahan sejak tadi. Sesuatu yang menjadi alasan dirinya harus ada di posisinya ini.

Bunyi hempasan pintu bersama derap langkah tumit kasut milik seseorang masuk ke dalam tidak langsung membuat tubuh membatu Lovena berpaling ke arah sosok wanita yang sudah berdiri meninggalkan jeda jarak dua langkah di belakangnya.

Tak berminat dan tak tertarik langsung hendak menoleh.

"Shameless bitch!"

Wow, kasar!

Wanita itu memaki dengan nada cukup lantang meluapkan segala rasa kesal dan jengkelnya terhadap Lovena. Rasa benci terpeta jelas di riak wajahnya.

"Who are you?" hujung rambut di rapikan dengan jemari. Nampak tak terkesan dengan kehadiran wanita tak di kenali di belakangnya. Malas sebenarnya mahu bertanya, tapi apakan daya.

"You masih tak sedar diri lagi? You tak layak untuk dia!" mencerlung tajam matanya terhunus pada belakang tubuh Lovena.

Lovena membalikkan tubuh. Pelan mendekat. "Then who? You?" kekehan kecil meniti bibir. "Don't you realised I'm a winner here." sinis nadanya sehingga wanita depan mata makin tercabar. Melotot biji matanya mencerlung Lovena.

"You, damn bitch!" tangannya yang di angkat mahu melempang Lovena terkaku di awangan. "Aww!" ringisannya kedengaran, berupaya menarik keras tangan yang di cengkam Lovena.

"Keluar dari sini sebelum giliran tangan I pula hinggap dekat muka you, sayang kan make up dah susah payah you tepek sebelum datang jumpa I tadi. Besar kemungkinan you akan di kejarkan ke hospital kalau sampai I buat." pergelangan tangan itu di hempas lalu membalikkan tubuh menghadap cermin semula.

Dengusan tak puas hati wanita di belakangnya dapat dia dengar. Tubuhnya di henyak duduk sejurus bunyi pintu di hempas untuk kedua kalinya.

Celaka!

Nafas kasar di hembus. Dia tidak berminat hendak menambah masalah yang sedia ada. Tapi! jika ada yang memulainya dahulu, mana mungkin dia hanya tinggal duduk diam.

•••

Sesi bergambar di penghujung majlis sarat dengan sandiwara yang terpasang di muka masing-masing. Semuanya mahu nampak sempurna, berlumba-lumba mahu tampak paling terbaik di hadapan mata-mata yang sedang menonton.

Sudah semestinya mereka melakukannya hanya demi menjaga air muka masing-masing. Ke empat orang wanita yang sedang melukis sesempurna mungkin senyum palsu di wajah sejak tadi mencuri tumpuan mata Lovena.

Makin lama di pandang rasanya makin memuakkan. Dasar manusia-manusia gila!

Pinggangnya yang di paut agak kasar dari samping sedikit mengagetkan Lovena.

"Give your beautiful smile to them, show them how happy you are. Make other girls jealous of you because you're finally became my wife today."

Bibir yang berbisik dengan nada dalam itu kedengaran cukup menjengkelkan di telinga Lovena. Mata mereka saling beradu pandang. Hanya Lovena yang dapat membaca tatapan jijik dan aura sinis yang di tujukan khas lelaki itu padanya.

Hidupnya benar-benar sial kali ini. Ibarat menjunamkan diri sendiri ke dalam jurang neraka. Menantinya, ada mereka yang tak sabar untuk menyeksa hidupnya.

Bibir basah yang sedang mendarat di atas kekura tangannya yakin telah membuat ramai wanita merasa iri terhadapnya. Adengan yang di buat seromantis mungkin itu sungguh meloyakan tekak Lovena.

"Welcome to my hell, sweetheart." seringai iblisnya terpeta sempurna di ulas bibir.

Bermacam cara telah di susun untuk menghancurkan isteri di depannya setelah majlis usai nanti.

"I wanna see, how long you can survive."

•••

Berdentam dentum bunyi alunan musik yang terpasang nyaring di penthouse miliknya. Bau arak dan kepulan asap rokok saling menyatu. Beberapa orang wanita kelihatan berenang dengan gaya bebas sambil di soraki suara-suara miang teman lelaki yang lain.

Ada di antara mereka bercumbuan liar di satu sudut tepi kolam renang. Nak malu apa, sudah terbiasa!

"Cheers!"

Masing-masing mengangkat gelas arak di tangan.

"Congrats Lux, you finally became someone husband."

Kekehan mengejek dari teman lain serasa begitu menyebalkan.

"Tapi aku lebih kesiankan perempuan yang jadi wife kau. How pity her life."

Tawa mengejek masing-masing kedengaran lagi.

"I tak perlukan simpati you. So, no thanks. Simpan untuk diri you sendiri."

Semua mata serentak tertunak pada figura yang tiba-tiba saja muncul di situ dalam keadaan diri yang agak kucar kacir. Hujung gaun yang koyak rabak penuh dengan kotoran tanah. Masing-masing memasang wajah terkejut kecuali satu orang darinya.

"You're still alive? Kau buat aku kecewa." nadanya di buat sedih, sebelum bertukar menjadi tawa puas.

"I perlu bertahan jadi isteri you till the rest of your life. We are meant to be together. Don't you think so..."

Tawa di bibirnya serentak mati. Cerlungan matanya menancap tajam pada Lovena, seolah mahu membaham isterinya itu hidup-hidup.

"I bawa bersama hadiah sebagai tanda perkenalan I pada kawan-kawan you." karung guni yang di pegang sebelah tangan di angkat dengan segaris senyuman yang sukar di tebak.

Yang lain sudah memasang muka cuak. Entah apa isi di dalam karung guni itu masih belum dapat di pastikan lagi.

Ikatan tali guni di lepaskan, melempar karung guni ke sisi kolam renang. Ada 10 ekor ular yang sempat di belinya di pasar haram tadi berebut-rebut keluar dari karung guni.

Biarlah dia berhabis duit, asalkan hasilnya memuaskan hati!

Lihatlah mereka yang sudah bertempiaran lari. Berbaloi bukan? Jika lelaki di depannya ini berkelakuan gila, bukanlah dia harus lebih gila lagi?

Jeritan panik dan ketakutan beberapa orang wanita kedengaran.

"Fuck off! Get rid all of this shit now!"

Beberapa orang lelaki berusaha menangkap ular-ular tadi. Oh ya, tak perlu risau. Yang dia beli bukan ular berbisa.

Batang tubuh tegap itu sekejapan sudah berdiri berhadapan dengan Lovena, tangan berurat itu dengan mudah mematahkan leher seekor ular yang sempat di tangkapnya lalu di lempar ke hujung kaki Lovena.

"You dare to do this shit again at my house, I will kill you!" jemarinya naik mencengkeram kuat rahang pipi isteri di depannya.

Rasa sakit di bahagian pipinya di tahan. Wajah bengis di depannya di tentang tanpa rasa gugup.

"Apa yang you harapkan dari I? Menangis air mata darah? Meratap minta you lepaskan I? That's not gonna be happen. I takkan rendahkan kepala I untuk you pijak."

Wajahnya makin di dekatkan tanpa meninggalkan jarak. Cengkaman jemarinya semakin kemas. "Aku suka cara kau. Tu yang buat permainanan aku lepas ni jadi makin menarik."

"You may regret it!"

Tawa besarnya terhambur. Sangat mengejek. "That's won't happen to me. Keep it on your mind." jari telunjuknya menunjal kasar dahi Lovena lantas menyusun langkah ke dalam.

Lovena mengepal tangan. Dia bersumpah takkan tewas selagi lelaki itu belum jatuh tersungkur!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience