Rate

Prolog

Other Series 985

Prolog i

“Kalau aku buat salah aku minta maaf. Aku tahu bahasa aku kasar. Aku tahu aku dah banyak lukakan hati kau, sorry, tolong.. tolong jangan buang aku dari hidup kau. Aku sayang kau.”

Langkah Ayyash makin perlahan. Tangan yang berpaut pada lengannya dibiarkan. “Aku pemusnah kebahagian kau. Aku tak nak kau rasa derita yang aku rasai.”

“Tak.. kalau kau pergi aku lebih derita.”

Ayyash memejamkan mata, mencari kekuatan dalam pahit yang ditelan. Ini pilihan dia. Dia perlu hadap dan teruskan. Perlahan dia cuba leraikan tangan yang kejab memegang lengannya. “Kau berhak untuk bahagia dan bahagia kau tiada pada aku.” Walaupun kau kebahagian aku.

“Tak! tak! bahagia aku tak lengkap tanpa kau.. tolong..”

Mereka sedang bergolak melawan. Seorang cuba meraih lengan, seorang lagi cuba meleraikan.

“Aku buat kau sakit balik! Aku.. aku punca kesakitan kau! Tolonglah faham..” Air mata Ayyash menitis. Tangan yang bergelut dengannya semakin lemah. Dia melepaskan.. melepaskan denga rela.

“Aku percaya, suatu hari nanti kita akan bahagia.”

Prolog ii

“Kenapa kau rahsiakan siapa kau sebenarnya? Kau tahukan betapa aku rindukan kau?”

Matanya kelihatan tersenyum. “Aku tidak mahu menjadi penghalang kebahagian kau.”

“Dan tanpa kau sedar kehilangan kau adalah penghalang kebahagian aku.. kebahagian kita.”

Benar apa yang dia dengar. Penafian bukan lagi jalan penyelesaiannya. “Kenapa kau suka aku? kenapa kau tak buang aku macam mana orang lain buang aku?"

“Just because.. kau adalah kau.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience