Rate

Bab 1

Other Series 985

Angin sejuk bertiup lembut. Dinginnya mencengkam sehingga tangan dan kaki terasa sakitnya. Dunia yang terhidang didepan mata seolah dunia dalam cerita Narnia. Putih, bersih dan dingin. Tasik dihadapannya juga hampir keseluruhannya membeku. Hembusan bayu dingin terasa dipipi. Halus dan dingin.

Ayyash melangkah mendekati tangga titi. Nafas yang dihembusnya kelihatan dek kesejukan dibawah suhu beku. Dia berhenti di anak tangga kedua. Panahan matanya tertumpu pada susuk tubuh gadis yang amat dirindui. Gadis itu asyik berdiri sendirian dihujung kiri titi. Pandangannya jauh merenung gunung-ganang berwarna putih. Ayyash tahu gadis itu khayal dalam dunia realiti yang seolah khayalan itu.

Selangkah dia melangkah ke hadapan dengan berhati-hati. Titi kayu itu mengeluarkan bunyi dan agak licin tetapi titi itu yang paling menjadi tumpuan ramai. Titi yang cukup asing itu punya daya tarikan yang tersendiri. Tak perlu jadi sempurna untuk menarik perhatian orang tapi cukup menjadi diri sendiri dan orang sendiri akan mendekatinya.

Sekali lagi Ayyash berhenti. Kali ini jarak dia dengan gadis itu cuma tiga langkah sahaja lagi. Jarak yang terlampau dekat ini buat dia rasa umpama mimpi yang mustahil untuk digapai.

Terlampau bahagia untuk dia luahkan perasaannya sekarang. Rindu dan cinta dia pada gadis itu terlampau besar. Tidak dia sangka mimpi indah itu berlaku pada tika ini.

"Awak..?" Ayyash beranikan diri untuk memanggil.

Gadis dihadapannya masih dalam dunianya. Mana mungkin dia dapat mengalihkan pandangan yang cukup indah dihadapannya ini.

Ayyash berdehem beberapa kali. "Awak?"

Si gadis yang baru tersedar, berpaling. Senyuman manis dia hadiahkan pada Ayyash. Senyuman yang menjadi asbab Ayyash ingin terus hidup.

Ayyash balas senyuman gadis itu. Hatinya berbunga-bunga. Kalau hatinya boleh dirakam dalam bentuk video sudah pasti gambar bunga sakura yang berwarna-warni terpapar dalam video.

Gadis itu sangat ringkas, dia hanya berselendang pink cair, ber-bubble coat biru gelap, seluar jeans biru cair dan boot-nya berwarna kelabu gelap. Tiada secalit makeup dia kenakan kecuali lipbams pink cair. Cukup ringkas tapi nyata sangat manis dimata Ayyash.

"Tak sangka dunia Narnia tu wujudkan?" soal gadis itu. Tangannya berlari diudara sambil menunjuk ke arah gunung-ganang berwarna putih, tasik yang hampir membeku keseluruhannya dan tanah yang dipenuhi salji yang sangat putih.

Ayyash tidak membalas. Matanya leka melihat gadis itu bercerita dengan senyuman tidak lekang dibibirnya. Kalau boleh dia tidak mahu berkerdip walau sekali. Dia tidak mahu masa kerdipan itu bakal mengurangkan masa dia melihat gadis yang amat dirinduinya.

"Tak sangka Tuhan pertemukan kita pada masa yang tidak disangka, kan?"

Ayyash sekadar mendengar gadis itu bertanya.

Gadis itu ketawa kecil melihat Ayyash yang hanya merenungnya tanpa bercakap. "Awak masih Ayyash Furqan yang dulu. Awak masih Ayyash saya."

Ayyash tersenyum geli hati mendengarnya. Sudah lama dia tidak dengar gadis itu menggelarnya sebegitu. Ayyash berdiri disebelah gadis itu, jarak mereka cuma dihalang oleh ketebalan bubble coat masing- masing. Perlahan Ayyash pegang tangan gadis itu. Dia genggem jari jemari gadis dihadapannya. Dia tak tahu sesejuk mana gadis itu rasa kerana dihalang oleh sarung tangan kulit. Gadis itu juga membalas genggamannya selepas dia melontar senyuman manis pada Ayyash. Hangatnya buat Ayyash lupakan segala kesunyian yang selama ini merajai hidupnya.

"Awak rindu saya Ayyash?"

Detak jantung Ayyash berdegup lain macam. Mana mungkin dia tidak merindui gadis dihadapannya. Setiap saat imaginasi hanya ada senyuman milik gadis manis itu.

"Ayyash? Awak bermimpi lagi?"

Ayyash tergamam. Jangan kejutkan dia dari mimpi ini.

"Tak apa, suatu hari nanti kita akan bahagia. Mungkin sekarang belum tiba masanya lagi. Awak jangan mengalah ya?" Gadis itu tersenyum faham.

Ayyash hanya mampu berdoa supaya sekarang masanya tiba dan bukan lagi seperti sebelum ini yang hanya mimpi.

Cinta mereka unik. Cinta mereka tak perlu diluah dengan kata-kata. Cukup sekadar tersenyum pada yang tersayang rasa bahagia itu hadir bagai lautan yang luas.

"Ouch!"

Kelemahannya adalah kelebihanya. Kelebihanya adalah kelemahanya. Itu definisi Ayyash untuk dirinya sendiri. Dalam sakit, mimpi indah akan hadir. Dalam bahagia, mimpi ngeri menyerang. Kerana mimpinya mimpi nyata. Siapa pun gadis itu dia akan temuinya suatu hari nanti.

Dia rasa tangannya bakal patah tak lama lagi dek menghalang tendangan yang bakal merobek mukanya.

Beberapa minit selepas itu tubuhnya hanya tinggal rasa bisa. Mereka berhenti mengerjakannya.

"Woi budak! kau dengar sini baik-baik, kalau aku suruh buat tu, buat lah tak payah nak bajet kerek sangat lah! Sekali lagi kau lawan cakap aku.." muka Ayyash diterkam. "Muka jambu kau ni hancur aku kerjakan!" dia lepaskan cengkaman pada muka Ayyash serentak dengan tendangan ke perutnya.

Ayyash mengerang kesakitan sambil matanya kuyu memerhati susuk tubuh yang duduk dihujung sebagai penonton dari mula. Dia tahu tak lain tak bukan pasti si penonton itu dalang dalam semua ini. Selagi nyawanya tidak melayang mungkin sampai bila-bila dia tak akan puas menyeksa hidupnya.

Entah kenapa Ayyash tersenyum saat berusaha untuk bangun. Tiap kali dia down dan rasa nak bunuh diri, imaginasinya akan penuh dengan senyuman gadis misteri itu. Dia teruskan hidupnya untuk melihat gadis misteri yang selalu muncul dalam mimpi indahnya tiap kali dia kesakitan. Gadis itu penguat untuk dia hidup. Senyuman gadis itu satu keajaiban buat Ayyash.

Dia tahu kebahagiannya ada pada gadis itu. Kerana itu dia cekal dan kuat untuk terus hidup.

Dia percaya pada kata-kata gadis misteri itu.

'Suatu hari nanti kita akan bahagia.'

Pintu bilik sakit dibuka perlahan. Kepala dijenguk untuk melihat siapa yang berada di dalam. Melilau matanya mencari seseorang yang bakal buat dia buka langkah meninggalkan bilik sakit tersebut. Nafas dihela lega. Kasut ditanggal dan melangkah masuk menuju ke laci tiga tingkat. Laci pertama dibuka.

"Kena lagi?"

Fuh! Sikit lagi jantungnya bakal gugur mendengar teguran mengejutkan begitu. Nasib baik yang menegurnya itu manusia, manusia normal yang akal fikirannya letak dikepala yang di atas bukan dibawah seperti sesetengah manusia.

Kedengaran ketawa kecil dari si penegur yang berada dihujung penjuru kiri. "Tak payah terkejut sangatlah, nak aku tolong tak?"

Ayyash menggeleng. Minyak gamat dibuka dan disapu pada bahagian badan yang luka. Dia basuh dulu luka itu sebelum masuk bilik sakit ini untuk letak minyak gamat. Bukan dia sombong atau tak terharu bila ada yang sudi membantu tapi biarlah dia dengan hidupnya. Dia tak perlukan orang lain masuk dalam hidupnya.

"Sampai bila kau nak biarkan diorang perlakukan kau macam ni Ayyash? Dari kau form 1 lagi.. ni dah masuk form 4, kau masih macam ni."

"Kau nak suruh aku lawan diorang balik, Naz? Kekerasan dengan kekerasan sampai kiamat pun tak akan habis."

Nazri menggeleng lanjut. Ini bukan kali pertama dia berdebat dengan Ayyash tentang perkara ini. Nak dikira, dia pun tak terkira. Tiap kali Ayyash dipukul atau lebih tepat dibuli oleh kawan-kawan dari pelbagai batch; atas mahupun bawah, pasti dia akan curi-curi masuk bilik sakit di mana tempat belajar Nazri sejak form 2 kerana dia merupakan ajk kesihatan dan pada tahun ini, tahun SPM Nazri, dia memegang jawatan sebagai exco kesihatan dan kebajikan.

Ayyash tetap sama. Dia tetap membiarkan dirinya dibuli tanpa mempertahankan haknya sebagai pelajar. Hairan, wujud lagi manusia kebal hinaan, cacian dan kesakitan seperti Ayyash Furqan yang berada dihadapannya sekarang.

"Tak.. aku tak suruh pun kau balas balik. Pukul balik. Tapi sekurang kurangnya kau lawan. Kau bela nasib sendiri. Bukan macam ni, biar dan diam aje apa yang budak-budak tu buat pada kau. At least report pada warden dan dapatkan perlindungan. Haish! aku sebenarnya penat dah nasihat kau, Ayyash. Dari kau hingusan saiz tinggi dagu aku sampai aku pulak setinggi dagu kau. Kau tetap macam ni. Reda dan pasrah. Reda pun ada aturannya. Sabar pun ada tempatnya."

Ayyash tadah telinga. Dia dah hafal beberapa skrip dialog Nazri padanya. Sama. Walaupun penyampaiannya kadang-kadang berbeza tapi hujung pangkalnya tetap sama. Bukan dia dengar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia dengar dan dia hadam. Tapi hadamnya tidak mampu buat dia mengubah segalanya. Kalau nak mengubah kenyataan, lahirnya kena dengan bahagia. Bukan bahagia atas derita orang lain. Permulaan dia dah salah maka dipertengahannya harus berliku. Yang dia rasa pasti, mungkin diakhirnya dia akan bahagia. Walaupun ia sekadar mimpi tapi mimpinya mimpi nyata.

"Kau dengar tak?"

Ayyash tak menyahut. Bagi Ayyash, Nazri tak faham dan dia tak akan faham.

"Tengok tu, susah-susah aku bisukan kau betul-betul nanti, Ayyash."

Selesai meletak plaster pada dahinya. Ayyash simpan semula first aid ke dalam laci pertama. Dia betulkan rambutnya yang nampak serabut dan kemaskan dengan sikat yang terletak di atas laci. Bilik sakit ini sudah seperti bilik keduanya, tak, sebenarnya dia sendiri rasa bilik sakit ini bilik utamanya. Bilik yang berada di atas itu penuh dan sesak dengan gangguan manusia pendek akal. Setiap kali dia berada di atas, dadanya akan sesak akibat kekurangan oksigen. Dia bukanlah pesakit athma atau lelah, dia cuma mangsa kepada pemangsa.

"Thanks bagi aku guna barang-barang bilik sakit ni dan thanks juga sudi bazirkan air liur kau nasihatkan aku yang kedap nasihat ni. Untuk yang kesekian kalinya aku percaya suatu hari nanti.."

"Aku akan bahagia." Belum sempat Ayyash menghabiskan ayatnya, Nazri sudah menyambung. "Pergi matilah dengan statement kau tu, Ayyash. Itu tak akan terjadi kalau kau tak cuba mengubahnya."

"Kau percaya aku?"

"Tak."

Ayyash sengih dan melangkah keluar. "Kau perlu percaya aku baru kau akan percaya kata-kata aku. Okeylah jumpa kau esok."

"See? Macam mana aku nak percaya kau!" suara Nazri agak tinggi bagi membuat Ayyash yang sudah keluar mendengar balasannya. 'Jumpa kau esok.' Itu bermakna Ayyash akan masuk bilik sakit ini lagi.

Ayyash.. Ayyash, kau tak kenal erti penat ke? monolog Nazri sambil kepala digeleng lemah.

??? Jika anda rasa cerita ni menarik.. Far berbesar hati untuk tahu. Sila tinggalkan komen ya?? ???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience