Rahsia Eika

Horror & Thriller Series 519

"weh,apa jadi tadi?!" bisik Yumi. "Eika, knp kau tanya soalan macam tu kat Charlie?" tanya Emma. Eika berdiam diri sambil menundukkan kepalanya. "alah,biarlah Emma, dia kan cuma tanya je. lagipun tu cuma permainan kan?" sampuk Evi untuk menenangkan keadaan. "apa² pun,kita kena lupakan hal ni. ni cuma rahsia kumpulan kita je. jangan bocorkan," kata Eika. "tapi... macam mane kalau kita jadi mangsa?" tanya Yumi dalam ketakutan. "haahlah kan, nanti satu persatu kita kena," kata Emma. Evi dan Eika hanya berdiam diri. "alah, korang janganlah risau, Eika kan ade," kata Evi. "weh, aku tk pahamlah. ape yg special sangat pasal Eika?" tanya Emma kehairanan. "haah. cuba share sikit pasal Eika," ujar Yumi ingin tahu. Evi mula berdiam diri dengan muka yg pucat. "sebenarnya... Eika boleh nampak roh dan boleh berkomunikasi dengan roh. tk kira roh jahat ke,baik ke, dia tetap berkomunikasi dengan diorang. sebab tu, Eika jarang bercakap."

Semua senyap. tiada siapa yg berkata sepatah perkataan. "okey, dalam kumpulan kita ni ade 2 rahsia, yg pertama, permainan Charlie², yg kedua, aku boleh berkomunikasi dengan roh. korang kena ingat rahsia ni. sesiapa yg berani bocorkan, korang kena tidur luar," cadang Eika. semua setuju. "weh,ni dh malam lah, jomlah masuk tidur," ujar Yumi. selepas semuanya sudah selesai, mereka pergi tidur kecuali Eika. Eika turun kebawah untuk lihat 'sesuatu'. Eika bersuara, "tadi ade benda kacau aku dengan geng aku,". "kitorang main permainan Charlie²," sambung Eika. lalu Eika jatuh seperti ditampar seseorang. dia tidak menangis, lalu bangun dan berkata, "maaf, aku tak tau game tu boleh bawak maut, tapi kau kan ada, kau bolehlah lindungi kitorang," lalu kedengaran seperti ada seseorang bercakap, "Eika, kau tau kan kau sorang je boleh nampak aku, macam mane aku nk lindungi korang?" itu suara daripada roh yang bercakap dengan Eika! "biarlah diorang tak nampak aku pun, tapi bila aku panggil kau maknanya aku perlukan pertolongan kau," kata Eika. roh itu mengangguk. lalu dia hilang dalam sekelip mata. kejadian itu disaksikan oleh Yumi, Emma dan Evi. mereka tidak terkejut kerana sudah tau apa rahsia Eika, tapi mereka takut kalau² mereka yg jadi mangsa. Eika berpaling. tiada seorang pun yg bercakap. "dh, korang boleh pergi tidur, aku dh habis ckp," kata Eika. semua pergi bilik masing². mereka mahu melupakan hal yg berlaku hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience