kehilangan 1 ahli

Horror & Thriller Series 519

Yumi sedang siapkan sarapan, Evi dan Eika sudah turun untuk bersarapan, tapi Emma tak kelihatan. "Evi, mana Emma?" tanya Yumi. "Mungkin dalam mimpi lagi kot," jawab Evi sambil tergelak kecil. "knp aku rasa tak sedap hati je ni?" bisik dalam hati Eika. "Jp ye, aku nk kejutkan Emma," kata Yumi. Yumi pergi ke bilik Emma dan mengetuk pintu. "Emma, bangunlah, dh pukul 10 ni," ujar Yumi. Emma di dalam tidak jawab apa². "Emma, bangun!" jerit Yumi lalu menendang keras pintu bilik Emma. bila Yumi masuk dalam bilik Emma, dia terkejut. "weh, Eika, aku dengar semalam kau menjerit, ada yg tak kena ke?" tanya Evi. "takde pape, cuma ade tikus masuk dalam bilik aku, (bohong)"jawab Eika dengan khusyuk bermain phone. "aaahhhh!!!" mereka terdengar jeritan Yumi dari bilik Emma. mereka berlari menuju ke situ dan... "Yumi, ape jadi?!" jerit Evi. Evi melihat Yumi terduduk di lantai sambil meletakkan tangan di mulutnya. "Yumi... takkanlah..." Evi melihat ke katil Emma dan ternampak mayat Emma dalam keadaan tergantung. kulitnya sudah berubah menjadi nenek tua 1000 tahun. rambutnya juga sudah menjadi nipis. mulutnya terbuka luas hingga mencecah dada. matanya sudah menjadi putih. kejadian itu disaksikan oleh mereka bertiga. Eika datang ke situ tergesa gesa. "Eika... Emma..." Evi tak dapat menyambung ayatnya kerana terlalu terkejut. "aku faham, Evi,” kat Eika lalu cuba menyiasat bilik Emma sama ada itu roh lain ataupun roh yg dia bercakap semalam. Evi dan Yumi hanya duduk menangis tersedu-sedan.

selepas Eika selesai menyiasat, Yumi dan Evi berjalan ke arahnya. "Eika, kau tau tak sape yg buat?" tanya Evi. "aku tak pasti... tapi aku percaya ni mesti kerja roh yg aku bercakap semalam," Jawab Eika. "Oi! kau! keluar sekarang!" jerit Eika. mereka terkejut. "Eika... kau panggil roh tu ke?" tanya Yumi. "ye, korang jangan tengok," jawab Eika. mereka berpaling ke arah belakang. roh itu muncul depan Eika. "Knp kau bunuh Emma? aku dh kata kau cuma boleh lindungi kitorang!" marah Eika. roh itu menjawab, "bila masa aku bunuh satu ahli kumpulan kau? semalam aku berjaga untuk lindungi korang," Yumi dan Evi terkejut mendengar suara yg didengari oleh mereka. suara itu seperti suara puntianak. tapi mereka hanya berdiam diri. "habis tu, sape yg bunuh!" kata Eika. "aku pasti pembunuh Eika tu roh dari permainan yg korang main, lagipun masa aku berjaga aku ternampak ade roh budak lelaki, tapi aku tak nampak muka dia sebab dia lari laju," jawab roh itu. "pastu, semalam ape kau buat kat bilik Emma?" tanya Eika dengan perasaan tidak puas hati. "aku nk lindungi dia, jadi aku belitlah tangan, aku dh agak, mesti dia mangsa pertama, tapi kau menghalang aku, jadi aku tak dapat selamatkan Emma," terang roh itu. "oh jadi macam tulah," kata Eika. "takpe, kau pergi dulu, aku nk call polis," kata Eika kepada roh itu. roh itu lalu menghilang dalam sekelip mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience