bab 1

Romance Completed 3283

Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun baru ini. Nampaknya, Zira sudah mencecah umur 16 tahun. Walaupun hakikatnya umurnya belum mencecah 16 tahun kerana hari lahirnya jatuh pada bulan 3. Jika masuk ketingkatan 4, kita seperti murid tingkatan 1 kerana akan dibuat hari orientasi. Zira telah mendapat kelas aliran sains, manakala Iqmal telah mendapat kelas aliran sastera. ketika hari orientasi berlaku ,kelas Zira dan juga kelas Iqmal digabungkan dan dibuat satu kumpulan kecil. Pada masa itu, Zira merasakan hari ini merupakan hari yang paling bermakna padanya kerana nak ditakdirkan Iqmal duduk disebelahnya. walaupun Iqmal boleh berpindah tetapi dia tidak mahu. Pada ketika itu, Zira rasa mahu menghentikan masa itu untuk selamanya.
Hari berganti hari, akhirnya hari orientasi sudah pun tamat. Sejak daripada itu, setiap hari Zira akan mendapat coklat. Coklat itu diletakkan di atas meja Zira dengan sehelai kertas berbentuk hati. Benda boleh ambik buat apa nak fikir. Jadi Zira membukanya dan terus makan.

"Ra, makan apa tu?"tanya Asmira.

Terkejut Zira dibuatnya.

"ishh kau ni , bagilah salam dulu. kalau aku mati tersedak tadi, kau orang pertama aku bunuh" bebel Zira.

"hahahha, sorry sorry. Asalammualaikumwarahmatulallahhiwabarokatu. makan apa tu?" tanya Asmira sekali lagi.

"haah macam tulah. waalikummusalam, coklat. Ada orang letak kat meja aku. aku makan jelah." balas Zira.

"ooo, untunglah ada secret admirer." kata Asmira sambil ketawa kecil.

Zira hanya memandang dengan wajah yang bengang.

"untuk pengetahuan kau. Ini bukan kali pertama aku dapat coklat ni tau. ini dah masuk kali ke 4." zira berbicara kembali.

"seriuslah, mak aii. kau tak bagi aku pun ekk, oo nilah kawan. tak pe takpe nanti aku beli coklat lagi besar dari pada ni aku makan sorang sorang. tak nak ajak kau." bebel pula si Asmira

Zira hanya mampu ketawa dengan gelagat Asmira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience