bab 6

Romance Completed 3283

"Hafiz!!" jerit Zira bila dia pergi berjumpa dengan Hafiz di padang sekolah.

"ehh, sayang. awak buat apa dekat sini."kata Hafiz.

"sayang otak kau. Kau tengah sebarkan apa sekarang ni!!!" tanya Zira dengan rasa sedikit marah.

Hafiz terus menarik baju Zira dan membawanya pergi ke suatu tempat yang jauh dari padang.
Kerana di situ terdapat ramai kawan kawannya. Hafiz membawa Zira pergi ke taman herba yang terdapat disekolahnya. Di situ tiada orang tetapi masih ditempat yang terbuka.

"kenapa kau sebarkan cerita yang aku dengan kau bercinta!!"marah Zira.

" sabarlah. memang betulkan sayang." kata Hafiz sambil tersenyum.

"banyaklah kau!! Serabutlah kau ni. kau tahu tak, aku tak suka kau. jadi kau boleh hapuskan cerita ni dan pergi dari hidup aku."kata Zira lagi.

"pergi dari hidup kau. memang tak lah." kata Hafiz dan terus berlari.

"bye sayang!!"kata Hafiz lagi.

"ish!!"runggut Zira.

***

"kenapa kau tak suka Hafiz tu ek?"tanya Asmira.

"aku pun tak tau. hati aku memang tak boleh terima dia lah." jawap Zira.

"ke kau masih tunggu Iqmal?" tanya Asmira lagi.

terdengar nama Iqmal membuatkan Zira teringat sesuatu.

"weh, kau tahu tak tadi kan aku jumpa Iqmal."kata Zira.

"haah, apa dia kata. tanya Asmira lagi.

"dia anggap aku dengan Hafiz bercinta. aduh pastu terus dia bla." kata Zira.

"ke Iqmal tu suka kau? hahahahha" kata Asmira dengan nada yang manja.

" mintak mintaklah. hahahah" kata Zira pula.

mereka berdua ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience