Bab 3: Perjuangan untuk kali pertama.

Romance Series 3519

Tibanya hari jadi kau yang ke-17 tahun, masa tu aku nak sangat jumpa kau. Bermacam benda aku ingin luahkan tapi tak lepas-lepas kerana masa tidak mengizinkan . Aku ambik keputusan untuk wish birthday kau malam tu tapi masa tu dia pun wish birthday kau yang mungkin lebih istimewa dari apa yang aku dapat berikan . Aku kuatkan hati meskipun kau lambat membalas chat aku kerana kemungkinan masa tu kau masih bahagia dan ingin luangkan masa bersama dia pada malam hari jadi kau . Tapi takpa aku faham . Setiap orang mesti nak luangkan masa dengan cinta pertama dia . Jadi lepas aku wish aku terus berhenti chat kau dan menyuruh kau untuk chat dengan dia kerana aku taknak masa bahagia kau dengan dia terganggu . Aku relakan hati untuk mengalah pada malam tu . Aku cuba untuk tahan air mata aku daripada mengalir . Hati aku sakit sangat tapi apa yang aku boleh buat . Aku tak boleh memaksa sebab aku sedar siapa aku pada kau . Satu malam tu sehingga pagi aku tak dapat tahan air mata aku yang asyik mengalir . Aku sakit . Sakit kerana relakan kau bahagia . Tapi kerana perasaan sayanglah aku tahan diri aku daripada mengganggu dan melebih-lebih . Kemungkinannya malam tu kau dah cukup bahagia dapat luangkan masa bersama-sama . Kira bersyukurlah kau dah bahagia cukup memadai bagi aku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience