Bab 4: Perjuangan kali kedua

Romance Series 3519

Kali kedua aku berjuang semasa Hari Sukan Tahunan Sekolah . Masa tu aku dah bertekad untuk kumpul 2 emas kalau diberi rezeki oleh Tuhan . Malam sebelum keesokan hari tersebut dia menawarkan satu syarat jika aku benar-benar menyayanginya .

Dengan suara yang series dia berkata " kalau sayang betul-betul sayangkan abang , abang nak sayang dapatkan sekurang-kurangnya 1 medal emas dalam olahraga esok " katanya kepada aku . Lalu aku sahut cabaran dia dengan hati yang tak tentu arah .

Pada awalnya aku gelisah . Aku takut jika syarat yang dia tawarkan terlalu mustahil untuk aku hajatkan kerana selama aku bersukan aku tak pernah mendapatkan tempat pertama apalagi untuk dapatkan medal emas . Dengan hati yang tabah aku mencuba walaupun aku tahu perkara itu mustahil bagiku . Malam tu jugak aku cuba kuatkan hati lalu berdoa semoga Tuhan mempermurahkan rezekiku pada keesokan hari .

Pagi pukul 5:15 aku terjaga dari tidurku . Aku masih tak percaya bahawa hari ini adalah hari untuk aku menunjukkan kebenaran kasih sayangku pada dia . Aku tak pernah berhenti berdoa pada setiap minit . Aku terlalu takut . Aku tak nak dia berfikir bahawa aku akan beri dia harapan palsu .

Setibanya aku di padang sekolah namaku dipanggil oleh guru-guru rumah sukan . Dan tibalah giliran aku pada acara 200 meter . Dengan jantung yang berdegup kencang aku tak putus-putus untuk berdoa . Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan 1 medal emas dalam kejuaraan 200 meter PA . Aku bersyukur kerana aku kuat untuk sahut cabaran tersebut .

Kemudiannya, namaku dipanggil lagi untuk acara 400 meter PA . Masa tu aku dah terlalu lelah . Jantung aku takdapat bertahan lagi . Kedua-dua belah kaki langsung terus krem . Aku menangis kerana terlalu sakit untuk teruskan tapi aku inginkan kelebihan dalam tawaran yang dia beri kepada aku . Lalu dengan kaki yang sakit aku tetapkan diri aku agar tamatkan acara akhir . Dengan izin tuhan aku berjaya mengumpul 2 medal emas pada hari tersebut sekaligus dianugerahkan sebagai olahragawati sekola tahun 2017 . Aku bersyukur sangat kerana mampu untuk bertahan walaupun perit sangat untuk habiskan .

Sebelum aku bergerak ke atas pentas untuk mengambil piala olahragawati dia sempat ucapkan tahniah kepadaku . Aku tersenyum riang pada hari tersebut . Dia bangga kerana aku mampu sahut cabaran dan mampu dapatkan lebih daripada itu . Sehingga ke hari ini aku masih mengingati hari tersebut betapa besarnya pengorbanan sehingga kesihatan aku sendiri terjejas hanya kerana dia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience