Bab 61

Romance Completed 1280357

Nurlisa mempercepatkan langkahnya. Dia sudah melepasi 9 pagi, waktu yang sepatutnya dia berasa di lokasi itu.
Nurlisa baru pulang dari Jakarta setelah bercuti seminggu, berjumpa dengan Eiman yang sudah mula bersekolah di sana. Dia memberi kebenaran untuk Eiman bersekolah di sana kerana dia dijaga sepenuhnya oleh Keluarga Isteri abangnya. Walaupun mereka berlainan agama, tetapi keperluan Eiman di jaga dengan sebenarnya.
Eiman di sediakan bibik dan pemandu yang beragama islam, rumah juga bersih daripada semua yang tidak halal, termasuk arak dan makanan.
Nurlisa masih teringat Eiman meminta kebenaran untuk bersekolah di sana kerana dia tertarik dengan persekitaran yang mesra, kawan kawan yang sangat baik dan mereka saling berkongsi.
Minggu lepas Eiman sudah masuk 5 tahun, maknanya kisah deritanya sudah hampir 6 tahun.
Sudah 6 tahun Allah menulis deritanya. Karangan cerita sangat panjang, dia selalu memberi kata kata positive kepada jiwanya, supaya jiwanya faham apa itu berdamai dengan takdir.
Dia masuk ke dalam grab yang di tempahnya, dia harus ke satu lokasi yang ditetapkan oleh Sharifah Teha untuk photoshoot itu.
Jiwanya melayang meningatkan Syed Arman, setiap hari pun dia tidak pernah melupakan nama itu. Minggu yang pertama kejadian itu, dia menelan ubat yang di bekalkan oleh Dr Malik kerana jiwanya memberontak, tetapi setelah 2 bulan, dia sudah boleh berdamai dengan jiwanya, walaupun tidak sepenuhnya, tetapi dia sudah sedikit tenang.
Sudah 2 bulan Syed Arman pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita.
Sudah 2 bulan juga dia tidak boleh menghubungi Syed Arman kerana numbernya disekat oleh Syed Arman.
Sudah 2 bulan juga dia tidak tahu bila Syed Arman akan kembali, kerana semua tugasan Syed Arman di galas sementara olehnya.
Dia terlalu sibuk dengan semua plan untuk Yayasan Endah dan Project Tahfiz itu. Kalau tiada aral melintang, dia harus ke Mesir bulan depan untuk belajar sistems persekolahan di sana. Dia harus stick to the plan kerana semuanya sudah di luluskan oleh pihak pengurusan.
Nurlisa sudah tiada jiwa untuk berkerja di situ, tetapi ada beberapa perkara dia harus selesaikan sebelum meletak surat berhenti.
Seperti kata kakak iparnya, Allah menarik Syed Arman daripadanya bersebab. Mungkin sebab yang kukuh tidak lagi nampak, tetapi suatu hari nanti, kita akan bersyukur kerana menikmati takdir yang di tulis olehNya.
Telepon di tangannya berbunyi, menandakan WhatsApp messenger masuk.
Nurlisa membukanya, tertera nama Sharifah Sakinah yang memberi message yang berjela itu.
~Lisa, you photoshoot dengan Eusoff kejap lagi ya, semua dah ready ni, MUA pun dah sampai, today ada 10 baju with 10 shawls. Targeted to habiskan by 6pm. I dah bawakkan telekung solat dan make up remover ni, Kita tengah set up studio. Eusoff akan sampai dalam 30mins lagi. Btw what time you sampai?~
Ya, Sharifah Teha terlalu berhati hati apabila bercakap dengannya. Selama 2 bulan, Sharifah Teha cuba berbaik sangka dengan abangnya, cuba memujuk Nurlisa yang berpisah sementara akan memberi impak kepada Syed Arman kerana dia tahu level cinta Syed Arman kepadanya.
Mengikut cerita Sharifah Teha, Syed Arman berada di London bersama dengan Nenda dan Atuknya. Selama Syed Arman tiada, tidak pernah sekali pun dia terima message daripada Sharifah Sakinah dan perempuan seksi itu juga tidak pernah munculkan diri dihadapanya.
Dia bersyukur kerana tidak di kacau oleh Sharifah Sakinah, kerana dia boleh bertenang dan berdamai dengan jiwanya.
~Thanks Teha, I akan sampai lagi 10 mins. Sorry lambat 30mins from call time. I singgah office sekejap ambik stuffs. See you in 10 mins dear Teha~
Ini adalah photoshoot yang pertama setelah dia setuju untuk menjadi model pakaian jenama Teha. Bukan duit yang membuatkan dia bersetuju, tetapi kerana Sharifah Teha. Gadis itu sangat baik denganya, sangat fahami jiwanya, sangat menyantuninya.
~I tunggu you kat lobby office ni, kita beli coffee dulu ya, I dah sediakan breakfast~
Nurlisa melihat kelibat Sharifah Teha menunggunya. Grab berhenti betul betul di hadapan Sharifah Teha. Gadis itu tersenyum memandangnya.
Mereka berpelukan mesra, saling berpegangan tangan tanpa satu suara yang keluar dari bibir mereka.
“Teha, no need coffee lah, I tak rasa nak minum coffee, maybe after lunch. Or you nak coffee?,” Nurlisa menarik tangan Sharifah Teha supaya berhenti.
Sharifah Teha tersenyum sambil menepuk bahu Nurlisa.
“Ameena call me early morning, ask me to buy coffee for her boss. Dia lambat sikit sebab pergi belikan grocery kat mama dia dulu. Sure you tak nak coffee?,” Sharifah Teha memandang wajah Nurlisa dengan rasa yang bersalah, di sudah berjanji pada dirinya, dia akan membahagikan gadis itu semampunya.
“I dah pesan kat dia semalam, no need to follow me today, ini bukan related to office matters pun. Degil sangat ini secretary, nevermind Teha, later I call dia. Kita dah lambat, nak make up lagi. Sat gi semua tunggu I, later kita order thru food panda, boleh kasi business kat depa,”
“Let’s..kita settlekan task today with Bismillah, Insyallah…,” Nurlisa memusing badannya dan menarik tangan Sharifah Teha.
Adik Iparnya itu tersenyum, dia tahu Nurlisa bukan calang calang orang, dia tahu budi pekerti dan hati emasnya, cuma abangnya yang buta, taksub dengan semua plannya, yang sudah pasti melukakan Nurlisa.
Mereka naik ke tingkat 2 lot kedai yang mewah itu, di tingkat 2 itu terdapat studio photoshoot milik penuh Sharifah Teha. Semua gambar di katalog di buat di studio yang mewah dengan peralatan pergambaran yang terkini.
“Assalamualaikum, maaf saya lambat,” Nurlisa menyapa semua krew di studio itu dan terus mendapatkan MUA yang memang di bayar oleh Sharifah Teha. Ameena yang setuju dengan MUA itu yang menurut Ameena, hasil kerjanya sangat hebat.
“Saya Nurlisa, maaf sebab lambat, kita bolehkan sekarang,” Nurlisa menyalami MUA yang dipanggil Hajar oleh Ameena dan Sharifah Teha.
Mereka memulakan makeup session dan krew masih gigih menyediakan semua peralatan dan keperluan photoshoot dan videoshoot. Sharifah Teha menghilang kerana menumpukan kepada story line photoshoot, supaya team pergambaran mempunyai arahan yang lengkap.
Eusoff memasuki ruangan make up, setelah meminta izin daripada Nurlisa. Dia perlu memastikan Nurlisa menutup aurat sebelum mereka boleh berjumpa.
“Sis, no need to tempek tebal sangat, dia dah cantik without makeup, kan Lisa?,” Eusoff menarik kerusi dan letak berhadapan dengan Nurlisa.
“Tak boleh En Eusoff, nanti lighting akan buatkan dia nampak pucat,” Hajar meneruskan kerjanya dengan penuh gigih. Dia juga setuju dengan kecantikan Nurlisa. Dia tidak menafikan gadis ini sangat cantik, pipi dan bibirnya membuatkan kecantikkannya menampakkan luar biasa.
“Andy, apa khabar dengan Arau? Bila you balik?,” Nurlisa memulakan bicara, apabila melihat mata Eusoff memandang tajam kepadanya.
“Lisa, you tahu tak you cantik? Ada orang kasi tahu you tak you cantik sangat?,” Eusoff tidak menjawab pertanyaan Nurlisa, malah memberi soalan lain kepada gadis itu.
“Sorry I jawab call sekejap,” telepon di tangan Eusoff berbunyi nyaring, Eusoff terus mengangkat teleponnya.
“Sekejap mommy, I tanya dia,” Eusoff menekan mute di teleponnya. Dia terus memandang Nurlisa dengan rasa bersalah.
Mommynya always taksub dengan Nurlisa.
“Mommy nak jumpa after kita habis photoshoot, boleh ke? Mommy nak belanja makan kat restaurant yang you nak makan that day,” Eusoff menekankan perkataan restaurant itu kerana mereka pernah ingin makan di situ, tetapi hari mereka meeting di luar itu kebetulan restaurant itu penuh dan perlu tunggu sejam untuk masuk.
“Eh, mestilah boleh. Minta mommy bawakan kek yang dia buat semalam tu, you share gambar kat igs macam sedap jer, nak la rasa,” Nurlisa mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Puan Sharifah Norlia, sama seperti Puan Embun dan Ammar Ziyad.
Eusoff tersenyum, Nurlisa pandai mengambil hati mommy dah Daddynya. Pernah satu Ketika Nurlisa datang bertandang ke rumah mereka, Daddynya sangat menyukai perwatakan Nurlisa, mereka berborak sampai pagi, dari movie yang best sehinggalah tempat mencurahkan sedekah yang paling best.
“Mommy kirim salam, mommy kata kek tu dah habis sebab Daddy makan, mommy akan buat new one sekejap lagi. Lepas tu mummy kata you tidur rumah I malam ni, sebab mommy nak share satu resepi daging perap, persatuan wanita dia yang buatkan. Katanya sedap,” Eusoff terlihat sangat teruja dengan kehadiran Nurlisa di rumah mereka, walaupun bukan kali pertama.
“Boleh, but early morning I kena balik, sebab ada appointment. Monday I cuti, ada urusan kena settlekan,” make up Nurlisa sudah hampir siap, setelah hampir 45 minit Hajar melukis wajahnya.
“Baiklah Princess, I text umi now,” Eusoff tidak boleh menyembunyikan wajah gembiranya. Dia teruja apabila uminya menyediakan satu bilik untuk Nurlisa, menyediakan pakaian dan semua keperluan Nurlisa.
Dia tidak mahu tahu apa yang terjadi pada masa hadapan, tetapi dia perlu menarik Nurlisa perlahan lahan ke dalam keluarganya. Dia mahu Nurlisa tahu masih ada yang menyayanginya, masih ada yang prihatin akan dirinya.
“Kita akan start shoot dalam masa 15 mins. Hajar, nanti touch up Eusoff sekali ya. Baju you guys dorang dah letak dalam bilik masing masing ikut turutan. We start with red dulu,” Sharifah Teha memberi arahan dan berlalu pergi.
Sharifah Teha mempunyai floor manager, tetapi dia perlu mengambil tahu setiap sudut supaya semuanya berjalan mengikut plannya.
Semuanya mengikut perancangan dan mereka berhenti rehat untuk makan tengahari.
Sharifah Teha menyediakan nasi bungkus untuk semua krew termasuk Eusoff dan Sharifah Teha. Coffee kesukaan Nurlisa juga sudah di beli oleh Ameena yang sampai semasa mereka sedang shoot.
“Lisa, as discuss that day, Ameena akan start upload bts picture at your Instagram story ya, same goes to you Eusoff, you boleh start upload. I nak banyak gambar with Nurlisa, behind the scene. I nak start creating story to my audience. Tag my brand ig nanti,” Sharifah Teha kelihatan sangat serius semasa berkerja.
Nurlisa dan Eusoff cuma mengangguk faham. Nurlisa tahu impact yang akan dia hadapi apabila berkerja dengan industry fesyen.
Dia akan berhadapan dengan glamour, gossip, kutukan dan hinaan akan menjadi makanannya selepas ini. Dia tahu itu.
“Teha, I akan upload satu pic with En Eusoff kat feed. Captionnya adalah lovely kurung with lovely person. And continues with ig story,” Ameena seorang yang sangat dedikasi.
Dia tahu apa yang harus dibuat. Dia tahu jiwa sensitive Nurlisa mengenai Syed Arman. Selama 2 bulan, dia tidak pernah bercakap mengenai Syed Arman. Dia sudah berjanji untuk tidak mencampuri
“Cik Lisa, nak I belikan apa apa lagi tak? Atau Cik Lisa perlukan apa apa? Kalu tak, I nak concentrate dengan ig post ni,” Ameena memandang bossnya yang di make up cantik oleh MUA pilihan mereka.
Nurlisa berjaya menyembunyikan rasa hatinya. Ameena tahu satu persatu gelodak hatinya. Tapi Nurlisa sangat professional, dia mampu berdiri sebagai ketua yang bagus, tidak sedikit pun tergugut dengan jiwa kacaunya.
“No need Ameena, semua cukup ni, cuma inform MUA i nak solat sekejap lagi, kena make up lagi sekali. Maybe after 3pm, kita settekan semua kurung dulu, sebab Teha kata diff make up for blouse and jacket,” Nurlisa bangun untuk menyambung kerjanya.
Dia perlu pantas kerana mommy Eusoff akan datang bila bila masa after 6pm. Dia perlu menyiapkan kerjanya, dan sangat senang berkerja dengan Eusoff yang sangat professional dan sudah biasa berkerja dengan modeling
Di dalam kekelutan menyiapkan tugasan baju yang ke 8, Sharifah Teha berlari mendapatkan mereka yang sedang photoshoot.
“Lisa, Eusoff, sorry I kena kasi tahu ni, Abang Arman is here with Sakinah. I tak tahu bila abang balik from London, dorang ada kat bawah, tunggu I unlock the door from here. Eusoff, please jaga Nurlisa ya, I tak nak sesuatu yang terjadi. We need to protect Lisa,” Sharifah Teha berlalu pergi dengan kedutan wajah yang beribu.
Nurlisa terduduk di sofa itu, dia mengigil satu badan, matanya sudah berkaca. Dia sudah semakin pulih, tapi kenapa dia datang saat ini.
Eusoff tahu Nurlisa sudah tidak keruan, walaupun dengan make up yang tebal, dia tahu gadis itu sangat terluka, tanganya juga sudah mengigil.
“Team, I rasa kita stop kejap. She need rest. Give us 15 mins ya,” Eusoff menarik tangan Nurlisa ke bilik persalinan mereka. Dia perlu memberi ruang kepada Nurlisa untuk bertenang.
Nurlisa cuma mengikut tarikan Eusoff, dia cuma perlu bertenang, perlu merangka apa yang perlu dia buat, bagaimana dia mahu memberi reaksi kepada kedatangan Syed Arman.
Perlukan dia menegur?
Perlukan dia menyapa Syed Arman?
Syed Arman sudah menyekat dia selama 2 bulan, dia rasa Syed Arman tidak perlukannya, jadi dia perlu berlagak seperti bertemu dengan ketuanya.
Tapi masalahnya ada Sharifah Sakinah, apa yang harus dia lakukan?
Eusoff melihat Nurlisa yang mendiamkan diri, dia tahu Nurlisa sedang berfikir dengan laju, dia kenal Nurlisa, dia tahu Nurlisa pasti merangka apa yang perlu dia lakukan agar orang lain tidak memandang rendah padanya.
“Maaf sebab I tak tahu pun. Kita teruskan apa yang kita buat tadi. Lisa, please buat macam biasa, like you tak kenal pun Syed Arman. I tak nak Sharifah Sakinah trigger nanti, rosak semua photoshoot today, I dah bayar full kat team mereka. Kita kena siapkan today jugak,” Sharifah Teha memeluk Nurlisa, dia perlu membahagi aura positive kepada Nurlisa.
Nurlisa cuma diam, dia tidak berkata, senyum pun tidak, apatah lagi berduka, dan diam itu sangat merisaukan Sharifah Sakinah.
“Lisa, pakai sarung tangan, I tahu nak buat apa, you boleh pergi Teha, give us another 5 mins,” Eusoff mencapai sarung tangan hitam yang menghulurkan kepada Nurlisa.
“Pakai ni, and I akan gengam tangan you with sarung tangan. Only from here to sofa. After that boleh bukak and kita shoot as biasa. Kita ada 2 baju jer, after this, kita solat and boleh shoot with jacket and shawl. I tunggu you sampai habis. Don’t worry,” Nurlisa mencapai sarung tangan itu dan memakainya seperti arahan Syed Arman.
Dia tidak boleh berfikir, dia hanya mengikut apa yang baik kepada semua orang.
Eusoff mengengam kemas tangan Nurlisa. Mereka keluar bersama dengan penuh mesra. Terlihat Ameena mengambil gambar mereka dan professional cameraman juga mengambil gambar mereka.
Nurlisa berjalan menundukkan wajahnya ke bawah, dia tidak sanggup melihat wajah orang lain. Dia hanya pasrah dengan jalinan takdirnya.
“Hai bro, bila you balik? Apa khabar?,” Eusoff mendudukkan Nurlisa di sofa dan menghampiri Syed Arman untuk bersalam. Setelah 2 bulan tidak berjumpa, dia melihat Syed Arman sangat lain, bertambah kacak dan lebih maskulin.
Eusoff menghulurkan tangan untuk kepada Syed Arman, melihat Sharifah Sakinah berada di sebelahnya. Sangat seksi dan sakit matanya memandang.
Sharifah Sakinah memakai skirt pendek separa lutut dan blousenya sangat ketat, menampakkan 1/3 gunung ganangnya. Walaupun tidak lah bersaiz nasi lemak RM5, rupanya sangat menjijikkan.
Sharifah Sakinah tersengih memandang Eusoff yang ternyata kacak dan bergaya. Anak muda itu pernah menyentuh hatinya.
Syed Arman menyambut huluran tangan Eusoff dan memeluk anak muda itu.
“Aku sihat, alhamdulilah, baru sampai this morning, Sakinah pick aku kat airport, terus datang sini sebab nak jumpa Teha,” Syed Arman mengambil tempat duduk di sofa di sudut studio itu.
Dengan tanpa di suruh, Sharifah Sakinah menempel di sebelah Syed Arman.
Nurlisa dan Eusoff terus beraksi di depan camera dengan baju ke 8. Mereka perlu mengambil shoot untuk single dan berdua bersama dengan baju bertona warna yang sama.
Demi menjaga Nurlisa, beberapa kali Eusoff ingatkan Nurlisa agar teruskan bertabah, jangan gusar, jangan mengigil.
“Bro, sekejap, tudung Lisa berkedut kat atas, I betulkan kejap,” Eusoff terus membetulkan awning tudung Nurlisa, menyentuh kepala Nurlisa dengan penuh kasih sayang.
Nurlisa hanya membiarkan, asalkan Eusoff tidak menyentuh auratnya. Dia tidak boleh berfikir, dia hanya cuba bertenang untuk mengelakkan tangannya mengigil.
Semasa photoshoot tadi, dia dapat mengangkat wajahnya, dan melihat wajah Syed Arman yang tepat memandangnya. Dia melihat wajah gembira Syed Arman di samping Sharifah Sakinah, dia dapat melihat wajah berseri Syed Arman semasa tangannya memegang tangan tunangnya.
“Dia sedang bahagia Ya Allah, aku harus lepaskan dia pergi, betul kata kaklong, ada sebab kenapa Allah menjauhkan seseorang daripada kita, ada sebab kenapa Allah tidak memperkenankan doa kita. Aku harus redha dengan takdir aku,” Nurlisa melayan perasaannya semasa Eusoff sedang tekun membetulkan tudungkan.
Dia terperanjat apabila Eusoff berbisik ke telinganya.
“Princess, you berkhayal, kita teruskan, focus dengan kerja kita. Later kita duduk dan berbincang pasal ni, kita habiskan kerja kita dulu,” Eusoff sengaja menampakkan kemesraan dia bersama Nurlisa, agar Sharifah Sakinah tidak menganggu kerja mereka.
BERSAMBUNG

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-02-01 10:35:45 

best..

Zahrin Zahra
2021-02-01 10:35:28 

tq update

maznom mohd said
2021-01-31 21:30:53 

best....nk lg boleh...lama tk update. belanja lah lebih chapter Rini..excited sgt.


NovelPlus Premium

The best ads free experience