Bab 4

Romance Completed 1434009

Semasa pertama Lisa masuk rumah agam ini 5 tahun dulu, Pak Leman yang tunjukkan Lisa keadaan rumah itu. Rumah 3 tingkat ini sangat besar dan luas, seperti istana yang memang tersergam. mempunyai 7 bilik, di setiap bilik punya bilik air sendiri. Perhiasan rumah ini sangat exclusive, dengan perabut import, menjadikan rumah agam ini kelihatan sangat hebat.
Di tingkat paling bawah, terletak library yang penuh denagn buku buku motivasi dan novel dari serata dunia. Buku dari novelis kesukaan Lisa juga tersimpan di sana. Di sebelah kiri dapur, terdapat bilik orang gaji, dengan tiga ruang tamu. Dapur juga luas, dengan 2 ruang dapur yang menempatkan meja makan yang memuatkan 10 orang.

Manakala di tingkat 2 mempunyai 5 bilik, dengan ruang tamu yang besar. Dapur juga di bina di tingkat 2, cuma untuk kegunaan kering sahaja.
Di bilik orang gaji itulah ruang kesedihan Lisa bermula. Segalanya bermula di bilik itu. Bilik yang menyimpan seribu duka, bilik yang pernah memberi bahagia, tapi pengakhiran nya duka.

Di tingkat paling atas cuma ada satu bilik sahaja, bilik yang sangat exclusive. Bilik yang kedap udara, bilik yang mempunyai segala galanya. Bilik itu yang membawa Lisa jauh ke Johor, kerana bilik itu juga yang memulakan cerita, dan kerana bilik itu juga, Lisa bersungguh sungguh untuk menoktahkan semuanya hari ini.
“Pak Leman, Lisa tak boleh lama ni, kena singgah rumah Pak Ali kejap, sebelum Lisa bertolak balik ke KL. Insyallah ada masa Lisa datang lagi melawat Pak Leman. Sampaikan salam Lisa kepada makcik dengan kak Ain. Lisa janji akan balik selalu,” kata Lisa sambil menghirup air di cawan mahal itu. Lisa bangun dari kerusi itu
“Lisa ada apa apa nak cerita pada Pak Leman, sebab selepas Lisa hilang, beberapa kali Syed Arman datang sini cari Lisa. Nampak Syed Arman terdesak nak jumpa Lisa. Pernah sekali Syed Arman tengking Pak Leman hanya kerana Pak Leman cakap tidak tahu Lisa di mana. Sesuatu yang berlaku yang Pak Leman tak tahu ke? Lisa nak cerita?,” Suara Pak Leman kedengaran sangat lembut, kedengaran juga Pak Leman cuba melindungi Lisa ketika itu.
Lisa cuba menelan satu satu perkataan keluar dari mulut Pak Leman. Badan Lisa mengigil, kepanasan menerka muka dan terus ke kaki. Lisa mengurut dadanya. Lisa cuba control air mukanya sebaik mungkin, supaya resah gelodak jiwanya dapat di lindungi.

Kenapa perlu mencarinya, sedangkan dia dibuang seperti kucing kurap, Lisa cuba menelan khabar dari Pak Leman itu.

Dalam beberapa saat, Lisa ingat dengan pesan abangnya, Lisa harus bergerak kedepan. Lisa harus buang melangkah kedepan.
Tetapi, bagaimanakan ku harus menoktahkan disini, kalau begini perjalanannya, Lisa bertanya pada dirinya sendiri
“Lisa, jauh pulak termenung tu?,” Pak Leman mencuit Lisa lembut
“Eh..takde lah Pak Leman, Lisa tengah fikir kenapa pulak Syed Arman cari Lisa. Lisa takde kena mengena dengan dia. Lisa cuma penjaga rumah agam ni jer, tak lebih, tak kurang”, Lisa membalas perlahan sambil memaniskan muka.

Segalanya harus di lepaskan hari ini. Dia harus membuang semua, supaya chapter berikut akan lebih senang.
“Syed Arman ada tinggal sesuatu untuk Lisa dalam bilik paling atas, Syed Arman pesan kalau Lisa balik, dia pesan Lisa kena ambik sendiri kat tempat dia simpan. Pak Leman pun tak tahu, Pak leman cuma sampaikan pesan sahaja”, kata Pak Leman lagi.
Lisa memandang Pak Leman tepat ke mata. Lisa mencari perkataan yang sesuai untuk membalas apa yang patut di jawab kepada Pak Leman.

Sesuatu, untuk aku? Lisa menjerit dalam hatinya. Tidak mungkin untuk aku, pasti sesuatu yang akan menjerat aku kembali ke ruang gelap. Tidak, aku harus pergi dari dia, Lisa menetapkan kata hatinya dengan tegas
Di benak Lisa, dia berkira kira untuk beredar dari situ, tiada lagi Syed Arman dalam masa depannya. Cukup lah selama 5 tahun yang lepas, Lisa harus mendengar semua aturan abangnya. Lisa sudah berjanji untuk membuang semuanya. Lisa harus tetapkan hati supaya Abangnya tidak lagi terluka dengan perbuatannya.
“Tak apa lah Pak Leman, tak penting kot barang tu, Lisa gerak dulu lah. Sebab nak balik KL nanti, risau jugak kalau drive malam”, Lisa bangun dan menyelami Pak Leman.
Pak Leman memeluk Lisa kemas. Dia tahu sesuatu yang berlaku antara Lisa dengan Syed Arman, tapi dia tidak mahu melukan hati Lisa. Biarlah Lisa handle sendiri kehidupannya. Pak Leman percaya semua akan baik baik sahaja.
Selepas menghantar Lisa balik, Pak Leman meneruskan kerjanya dengan mencatatkan nama Lisa sebagai tetamu ke rumah agam itu.

*************************************************
Pak Leman masih ingat dengan tengkingan Syed Arman terhadapa dirinya 5 tahun lepas. Selepas Lisa menghilang selama beberapa bulan, Syed Arman datang mencari Lisa. Suatu ketika Pak Leman melihat Syed Arman menangis di koridor sambil memangil nama Lisa.
Syed Arman adalah anak ke dua kepada Syed Awaludin, ahli Perniagaan yang terkenal di kota besar itu. Syed Awaludin mempunyai rangkaian perniagaan yang berbagai dan syarikatnya listed di Busar Saham Malaysia.
Dari kecil, Syed Arman bersekolah di luar negara, tinggal bersama nenek sebelah ayahnya. Nenek sebelah ayahnya berkahwin dengan seorang ahli Perniagaan Pakistan dan menetap di London.

Sebab itu wajah Syed Arman kacak dan seorang yang segak, mewarisi kacukan dari nenek dan ayahnya. Pak Leman tidak pernah melihat anak anak yang lain. Pak Leman pasti wajah mereka juga akan elok seperti Syed Arman. Mereka juga tidak pernah datang ke rumah agam ini.
Ayah Syed Arman pula berjiwa melayu dan tidak gemar dengan budaya barat. Selepas menghabiskan sekolah di London, ayahnya pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan Puan Siti Zaliha, anak kepada guru sekolah pondok, tempat Syed Awaludin mengaji AlQuran. Dengan kecantikan Siti Zaliha, Syed Awaludin tidak tunggu lama untuk menjadikannya hak mutlak beliau.
Pak Leman tidak tahu bagaimana Syed Awaludin menjadi jutawan, tetapi Pak Leman percaya Syed Awaludin seorang dermawan. Rumah agam ini dibina untuk nenek Syed Arman kerana Nenek Syed Arman tidak suka tinggal di Kuala Lumpur. Setiap kali nenek Arman pulang ke Malaysia, dia akan menghabiskan masa di rumah ini. Nenek Arman berasal dari Arau, dan tanah rumah agam ini adalah tanah warisan nenek Syed Arman. Nenek Syed Arman tiada lagi saudara mara, semua sudah berpindah dan meninggal. Sebab itu lah alasan utama Nenek Arman suka dengan rumah agam ini
************************************************************************
Selepas singgah di rumah Haiqal, Lisa memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Lisa tidak lama di rumah Pak Ali itu, cuma sempat berbual santai dengan Mak Cik Aishah. Lisa dapat fahami yang Pak Ali berhajat menjodohkan Lisa dengan Haiqal, Lisa dapat membaca dengan jelas daripada percakapan mereka, tapi Lisa hanya membisu.
Bukan sombong atau jual mahal, tetapi apabila mereka tahu cerita sebenar, tak mungkin mereka mahu bermenantukan Lisa. Itu anggapan Lisa yang harus menjaga aibnya sendiri.
Matlamat Lisa kini jelas, dia akan membahagiakan abang dan kakak ipar, keluarga kecilnya. Lisa tidak pernah terfikri untuk berkahwin, biarlah masa yang akan menentukan. Apa pun perjalanan ke masa hadapan, Lisa harus melindungi mereka yang menyayangi dirinya. Biarlah rahsia yang dia tempuhi 5 tahun dulu tersimpan kemas dalam buku keluarganya.
Singgah di RnR Rawang, Lisa menyambut panggilan telepon daripada kakak iparnya, Melissa Lee Binti Abdullah. Satu satunya wanita yang bersama abangnya menyelamatkan dirinya daripada terjerumus ke hospital sakit jiwa. Di saat dia hampir tumbang, wanita itulah yang bersungguh sungguh memastikan pengakhiran yang baik untuk dia. Semasa 5 tahun dulu, Melissa masih student bersama abangnya, masih mengelek buku dan laptop, menghabiskan tahun akhir di university itu.
Tapi kerana kasih sayang kepada abangnya, Melissa bersama sama menyembuh duka di hati Lisa. Lisa di tempatkan di tempat yang selesa, mengupah orang gaji dan nurse untuk memastikan Lisa mengikut semua jadual yang di tetapkan.

Wajah ikhlas Melissa apabila pertama kali berjumpa juga masih segar di ingatan. Apabila Melissa memujuknya membuka pintu, setelah abangnya gagal memujuknya. Lisa merasanya Allah memberikan dia jawapan untuk deritanya dengan kehadiran Melissa. Sungguh bertuah abangnya.
Abangnya beruntung kerana keluarga Melissa sangat terbuka berkenaan perkahwinan campur, terbuka membenarkan anak anak berkahwin dengan orang melayu.

Selepas tamat practical di Syarikat Ayah Melissa, mereka bersetuju dengan saranan Melissa untuk berkahwin cepat kerana Lisa memerlukan perhatian khusus. Memandangkan abang lelaki dan banyak perkara yang tidak diketahui oleh orang lelaki, abang bersetuju demi Lisa, adiknya yang satu satu darah dagingnya.
Abang Lisa sangat di sayangi oleh keluarga Melissa kerana ketokohan abang di dalam menguruskan business ayah Melissa. Selepas abang mengambil alih perniagaan daripada keluarga Melissa, keluarga Melissa telah berpindah ke Jakarta kerana menguruskan perniagaan disana. Perniagaan pencetakan batik itu masih baru dan mereka perlukan perhatian dan pengurusan yang bijak.
Di dalam doa Lisa, selalu ada bahagian untuk kakak iparnya.
“adik, kaklong dah call management kondo tadi, semua dah ready, barang barang adik pun mereka dah masukkan. Aircond dan siap pasang, barang barang dalam peti ais dah penuh. Kunci adik kena ambik kat guard house ya,” suara kakak iparnya lembut, suara yang selalu memberi vitamin pada dirinya.
“Kaklong tak dapat visit adik this week, kena ikut abang Long ke korea, nak tengok skincare kat sana. Lepas settle semua, kaklong datang sana bawak Eiman ya, budak manja tu dah rindu kat adik, jaga diri adik. Apa pun masalah, kena bawa berbincang. Abang Long dengan Kak Long sayang dengan adik. Ingat tu”, Suara itu yang membuatkan Lisa ingin move on dari cerita lama. Suara itu juga yang membuatkan Lisa percaya masih ada ruang untuk bahagia.
Usai berbual dengan Melissa, Lisa membuka pintu kereta apabila Lisa sudah sampai ke destinasi. Selepas mengambil kunci and passcard, Lisa mencari parking yang memang disediakan untuk setiap penghuninya.
Kediaman di tingkat 30 itu sebuah kondo hadiah dari Edrus dan Melissa sempena penghijrahan Lisa ke kuala Lumpur. Abang dan kakak iparnya juga berkeras untuk adiknya tinggal di tempat selamat dan selesa. Nanti apabila mereka melawat Lisa, mereka punya tempat selesa untuk tinggal.
Apabila membuka pintu kondo itu, Lisa terkejut dengan hiasan dalaman kondo itu, putih dan moden, sangat sesuai dengan citarasa Lisa. Lisa percaya ini semua idea kakak iparnya Melissa kerana Melissa tahu apa yang Lisa suka. Kondo itu lengkap dengan cabinet dapur, meja makan, semua bilik fully furnished.
Dinding rumah itu juga tergantung frame gambar semasa Lisa memegang ijazahnya. Berselang dengan potret lukisan wajahnya semasa dia berumur 17 tahun. Dia pasti Abang Longnya yang menghantar gambar Lisa untuk di lukis.
Semuanya sempura, terima bang long and kaklong, detik Lisa di dalam hati.
Bilik utama di kondo itu menjadi bilik Lisa, bilik yang sangat besar. Katilnya juga besar, bercadar putih dan semua warna plain color. Gambar Eiman juga tergantung di dinding biliknya. Di sudut bilik Lisa juga terdapat rak buku yang besar, dan Lisa pasti kaklongnya ingin Lisa mengisi hobi Lisa di situ. Terdapat juga kerusi santai untuk Lisa menghabis waktu dengan membaca buku.
Kaklong seperti tahu membaca hatinya. Kaklong juga seperti tahu apa yang Lisa suka, hiasan bilik ini seperti dia sendiri yang mengaturkan. Lisa tidak pernah berhenti bersyukur kerana Allah menarik satu, tetapi Allah memberinya banyak. Di sudut katilnya, terdapat bunga lily putih yang menjadikan bilik itu seperti syurga idamannya.
Bunga Lily? Ye..bunga itu juga banyak memberi kenangan kepada dirinya. Lily menyentuh bunga itu mesra. Bunga lily yang memberi seribu nikmat kenangan kepada dirinya.
Selepas membersihkan dirinya, Lisa membuka almari pakaiannya. Semua penuh dengan pakaian yang siap tersusun rapi. Baiknya kaklong, detik Lisa di dalam hati
Lisa duduk di sofa di sudut biliknya. Lisa berkira kira untuk mencari info berkenaan syarikat yang akan menjadi tempat pertama dia mencari pengalamannya. Lisa bersyukur kerana interview di Johor Baharu itu berjaya dan dia di tempatkan dia ibu pejabat. Bersyukur juga kerana Abang Long mengizinkan Lisa berhijrah.
Usai mencari semua information berkenaan syarikat berkenaan, jaraknya dari kondo pun hanya 1 km, selesai juga membalas email tentang mendaftaran esok. Lisa mengambil sepasang baju kurung cutton untuk di gosok, mengambil kasut dan tas tangan, menyediakan semua keperluan esok, supaya dia tidak terlambat.
Tepat pukul 10 malam, Lisa sudah berada di katil empuknya. Selepas menghantar pesanan pada abang long, Lisa menamatkan hari dengan penuh damai.

Share this novel

sha
2024-05-28 07:06:22 

baik bace ,FREE

sha
2024-05-28 07:05:20 

baik aku baca ,free pun free

Rosmawatie Mohamad
2024-04-22 19:09:23 

sis mcm mana nk byr beli lock tu?


NovelPlus Premium

The best ads free experience